11 October, 2011

Bukti usaha murni PMUKM ASPIRASI untuk bersama kolej dulu, apa pula usaha PMUKM sekarang untuk bersama kolej kolej UKM?


Bangunan Canselori, 16 Jun - Jam 4 Petang tadi YBhg. Timbalan Naib Canselor HEPA (Prof. Dato' Dr. Mohamad Abdul Razak) telah berjaya mempengerusikan mesyuarat penaja untuk Majlis YDP-YDP JAKSA Kolej. Ini secara rasminya tertubuhlah majlis tersebut yang secara asasnya telah dicadangkan oleh seorang Majlis Tertinggi PMUKM.

Editor blog PMUKM difahamkan oleh salah seorang ahli PMUKM yang turut menjadi ahli majlis tersebut bahawa mesyuarat yang dijadualkan bermula jam 2.30 petang terpaksa ditunda ke jam kira-kira 4 petang kerana YBhg. Dato' terpaksa melaksanakan sesi temuduga kenaikan pangkat ahli akademik dari PPUKM.

Norliana Azhar dalam ulasannya kepada pihak editor blog berkata, secara teorinya majlis yang tertubuh secara rasmi sebentar tadi telah berjaya sekurang-kurangnya dapat menguatkan silaturrahim antara YDP-YDP JAKSA dengan pihak PMUKM yang sebelum ini dilihat agak renggang.

Tambah beliau lagi, YDP-YDP atau wakil YDP yang hadir dilihat penuh bersemangat walaupun pada mulanya semuanya dilihat agak kurang jelas dengan objektif penubuhan majlis ini. Setelah ia diterangkan oleh YBhg Dato', maka secara sedikit demi sedikit, setiap ahli mesyuarat yang hadir dilihat semakin faham dan jelas akan matlamat dan konsep majlis ini.

"Objektif penubuhan majlis nie semakin tercapai hasil kerjasama oleh YDP-YDP kolej. Apa yang penting sekarang adalah dengan adanye majlis ini, kebajikan pelajar akan lebih terurus dengan lebih efisien.." ulas Liana yang juga Exco Latihan & Kepimpinan PMUKM.

Tambah beliau lagi, "kehadiran Dato' TNC mempengerusikan majlis membuktikan karenah birokrasi di UKM dapat dikurangkan, suara mahasiswa harus didengar dan harus diambil kira pandangan mereka kerana tanpa mereka objektif majlis ini sukar untuk dicapai. Penglibatan PMUKM dalam majlis ini, saya kira menjadi satu platform atau wadah untuk merapatkan jurang PMUKM dengan pelajar di kolej.

"Jika kita lihat, pelbagai kontroversi dapat kita dengar sebelum-sebelum ini. Apa yang diharapkan agar, penubuhan majlis ini mendapat pengiktirafan dari semua pihak dalam usaha untuk meningkatkan mutu kebajikan pelajar di UKM khususnya." ulasnya panjang lebar.

Menurut beliau juga, setiausaha majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PMUKM sendiri iaitu Sarfarizmal Saad. Beliau telah dilantik dalam sesi pengundian secara demokrasi dalam mesyuarat tersebut. YDP JAKSA Kolej Keris Mas iaitu Faizul Imran dikatakan telah mencadangkan nama Sarfarizmal sebagai Setiausaha majlis dan tiada bangkangan oleh kira-kira 20 ahli mesyuarat pada petang tersebut.

Pihak editor blog PMUKM cuba untuk mendapatkan komen daripada saudara Sarfa, namun ia tidak berjaya kerana dipercayai selepas tamatnya mesyuarat tersebut, beliau mempunyai satu perjumpaan tertutup dengan beberapa individu.

Apapun tahniah kepada PMUKM kerana telah berjaya menubuhkan MAJLIS YDP-YDP JAKSA 

16 Jun 09 : Majlis YDP-YDP Kolej UKM Sah Telah Ditubuhkan

Written by Kafechew Wednesday, 08 July 2009 13:44 - dari blog pmukm 2009.

" ASPIRASI SEPAKAT TRANSFORMASI GEMILANG "