05 October, 2011

Selepas Sebulan Pelajar Baru di IZISH UKM

Beberapa hari lagi akan genap sebulan pelajar baru tinggal di Kolej Antarabangsa Ibu Zain. Tentu anda telah melalui berbagai peristiwa dalam tempoh sesingkat ini. Pastikan juga matlamat mencapai kejayaan akademik yang cemerlang dan juga ketrampilan diri yang hebat terus membara. Saya ingin kongsi satu kajian yang telah kemudiannya menjadi teori berkaitan transisi hidup pelajar baru di kampus. Teori ini dikenali sebagai Teori  “W-Curve”. Dibangunkan oleh Profesor Dr.Zeller dan Dr.Profesor Mosier, pakar bidang pendidikan pada tahun 1993.

Menurut teori ini, kebanyakan pelajar baru yang mula belajar di universiti biasanya akan mengalami pengalaman mengikut fasa-fasa berikut;

1) Honeymoon period: the initial period of excitement upon arrival to university; anda rasa bangga seronok, kagum kerana berjaya belajar di UKM (beberapa hari awal di UKM)- MALAH TELAH BERMULA BILA MENERIMA SURAT TAWARAN.

2) Culture Shock Period: A period of discomfort with one’s new environment, often laden with crises; mulai rasa tertekan dan penat dengan aktiviti perkuliahan, aktiviti kolej serta merasakan semuanya terpaksa diuruskan sendiri. Juga melihat seolah orang lain lebih baik,hebat, yakin diri, cantik atau segak berbanding diri sendiri-sebenarnya ini hanyalah perasaan sahaja, tetapi perasaan ini masih perlu diurus dengan baik untuk memulihkannya. Semakin lemah esteem diri seseorang biasanya perasaan ini akan lebih memberi tekanan.(biasanya sebulan yang pertama di kampus)

3) Initial Adjustment period:  a period of adaptation and adjustment; seseorang pelajar dengan bantuan kolej, pensyarah, rakan senior, rakan sebaya akan mula membuat penyesuaian diri hidup di kampus. jadi segera berhubungan dengan mereka agar anda segera dapat membuat penyesuaian. Belajar berkomunikasi dengan mereka, jangan malu dan beranikan tunjukan kebolehan, bakat serta semangat anda untuk cemerlang di UKM. Cabar diri untuk memberanikan diri lakukan sesuatu yang memaksa anda berkomunikasi dalam dewan kuliah, tutorial atau mesyuarat aktiviti di kolej.

4) Mental Isolation period: a period of loneliness often accompanied with academic challenges and missing one’s home environment.  Ada masa dan ketikanya anda akan merasa kesunyian, murung dan sedih. Biasanya rasa kehilangan sebab berjauhan dengan keluarga. rasa seperti tiada sokongan dan bantuan oleh keluarga. rasa seperti tiada yang peduli dengan anda di kampus. Ini adalah perasaan yg normal untuk dilalui. Tetapi hal ini boleh dihindari dengan melibatkan diri dengan aktif dengan program di kolej. Jangan tunggu untuk dijemput menyertai kelab, program atau apa juga aktiviti sebaliknya tawarkan diri untuk ikutserta secara sukarela pada abang dan kakak senior di kolej (rujuk dengan felo dan MEP)

5) Acceptance & Integration Period: a more stable adjustment and comfort with one’s total campus environment. Ini adalah peringkat akhir transisi permulaan kehidupan anda di kampus. Semakin cepat anda masuk ke ruang ini akan segera anda merasa gembira, seronok dan dihargai. Pada felo, MEP, senior Ibu Zain anda ada peranan yang besar untuk menjadikan adik adik junior segera bersedia untuk gembira tinggal di kolej. Berilah mereka peluang beraktiviti, lantik mereka menjadi ajk dan yang paling penting budayakan diri anda untuk mula mengucapkan tahniah, syabas serta memberikan pujian atas semua usaha pelajar baru. Amalkan juga budaya sentiasa bertegur sapa dan saling menyokong antara satu sama lain.

Percayalah...Kesedaran seseorang pelajar tentang bagaimana melalui tahap-tahap ini akan menentukan keupayaan anda untuk membuat penyesuain diri dengan lebih cepat. Ini juga akan membantu  pencapaian akademik dan perkembangan soft skills dengan lebih cepat di kampus. Buar semua pelajar baru IZISH...SEMOGA SELAMAT BERJAYA MENEMPUHI KEHIDUPAN KAMPUS DI BULAN-BULAN SETERUSNYA..