02 March, 2013

Apakah Bentuk Aktiviti Pelajar di Universiti Terbaik Dunia?

Salah satu aktiviti wajib Modul kursus kepimpinan MEP IZISH ialah menyediakan data-data perbandingan aktiviti pelajar di beberapa wilayah dunia khususnya US, Eropah, Asia Timur dan Australia. Tujuannya untuk melihat apakah aktiviti yang dilaksanakan di universiti terbaik dunia. Ahli MEP akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka  dalam kumpulan kecil mencari data-data di Internet (khususnya melalui sampel laman web di kalangan 400 buah universiti terbaik dunia).

Matlamat akhir modul ini ialah membuka pandangan kepimpinan pelajar IZISH untuk melihat, membanding dan menilai apakah bentuk, trend dan fokus aktiviti-aktiviti  di kalangan  universiti terbaik dunia. Selepas mereka selesai mendapatkan data, mereka akan mula membuat analisis ringkas melalui kaedah mengkategorikan aktiviti aktiviti tersebut mengikut terasnya. Maka data menunjukkan ada aktiviti keagamaan, moral, sivik, keusahawanan, sukan, kebudayaan dan sebagainya di universiti berkenaan. Semua kumpulan MEP yang telah dipecahkan kepada kumpulan kecil akhirnya akan membentangkan hasil dapatan mereka pada majlis felo dan perbincangan dijalankan.

Melalui aktiviti sebegini, MEP IZISH dapat melihat secara jelas apakah aktiviti yang mereka akan cadangkan mempunyai ciri-ciri yang sama, berbeza atau sebagainya berbanding aktiviti universiti 400 terbaik dunia. Misalnya di kalangan universiti terbaik di US dan Eropah, kegiatan sukan dan berteraskan pendidikan kesihatan di dapati menjadi aktiviti yang mendapat tempat di kalangan para pelajarnya. Begitu juga dengan aktiviti kesenian seperti teater dan kesukarelaan.

Di kalangan universiti terbaik dunia, pelajar mereka tidak begitu cenderung bercakap soal 'softskills' kerana semua kemahiran itu disepadukan dalam kursus fakulti. Bila menjalankan aktiviti, mereka melakukan kerana itu adalah kegemaran, hobi dan kerana mereka seronokmelakukanya setelah penat belajar. Biasanya mereka lakukan secara sukarela. Jika pelajar yang minat dengan aktiviti nyanyian maka beliau akan sertai kumpulan nyanyian, pada pelajar yang suka aktiviti sukan, beliau akan sertai  sukan dan begitulah seterusnya.

Manakala trend di universiti seperti Jepun, Korea dan kebanyakan negara Asia menunjukkan pelajar cenderung menganjurkan aktiviti berteraskan kebudayaan etnik dan selalunya menjadi fokus utama. Banyak lagi input analisis lain yang telah dibuat oleh setiap kumpulan ini. Di bawah ada salah satu kumpulan yang melakukannya dan menjadi contoh sebagai tatapan para pengunjung blog ini...



 

















CONTOH PROGRAM