25 October, 2011
Tulis blog perlu ikhlas dan bertanggungjawab. Terima Kasih Sdr. Khairul Shazwan
Berikut adalah komen sebuah blog tanpa nama penulis dan profile yang mengulas berkaitan penulisan blog Ilmu Mutu dan Budi. Saudara Khairul Shazwan telah post blog ini... terima kasih. Sebagai pembaca, kita tentu tertanya tanya mengapa seseorang tidak bersedia memperkenalkan dirinya bila beliau menulis sesuatu. Apakah beliau menulis dengan niat yang tidak baik, adakah beliau takut dan tidak mahu bertanggungjawab dengan tulisannya. Maka jangan kita mudah percaya dengan tulisan manusia sebegini. ini bukan amalan yang Islam anjurkan pada umatnya. Bimbang tulisan tanpa nama penulis akan menjadi satu fitnah yang terpaksa ditanggung dosanya. Pada pembuat fitnah memang akan terasa puas nafsunya, tetapi pada yang difitnah akan terasa sakit dan malu. Maka bila Allah samakan dosa fitnah sepert dosa membunuh, kita ambillah pengajarannya. Mulalah menulis dengan identiti diri yang sebenar. Islam meraikan berbeza pandangan demi kebaikan ummah, maka mari kita amalkan.