05 October, 2011

Aktiviti Pelajar UKM Perlukan Semangat Baru



Sebagai salah seorang tenaga akademik dilantik sebagai panel penyelidik untuk bidang ko-kurikulum IPT peringkat kebangsaan, saya berpeluang meneliti data-data berkaitan keaktifan pelajar di semua IPT Malaysia. Paling menarik pelajar UKM adalah antara tiga buah IPT yg paling aktif. Dengan ratusan aktiviti setahun, tidak syak lagi pengurusan HEPA UKM telah berjaya mendahului IPT yg lain. 
 
Bayangkan sebagai contoh, untuk bulan september 2011 sahaja, di semua kolej kediaman sahaja telah dirancangkan lebih 70 aktiviti pelajar. Itu baru untuk satu bulan di kolej-kolej, bagaimana dengan urusetia, kelas, sekretariat, persatuan anak negeri, fakulti, pusat dan program. Nyatalah tanggungjawab menguruskan HEPA di UKM bukanlah sesuatu yg mudah.

Persoalannya, dengan sebegitu banyak persatuan dan aktiviti yg berjalan sepanjang masa di UKM, apakah impaknya benar-benar membantu perkembangan pelajar atau sekurang-kurang memberikan pengalaman terbaik  berpersatuan. Setakat ini tiada siapa pun yang tahu, selagi belum ada kajian impak aktiviti kepada pembanguan pelajar dilaksanakan oleh UKM.

Pemerhatian dan pengalaman terlibat samada sebagai penasihar, penganjur dan perlaksana kepada pelbagai aktiviti pelajar lebih 15 tahun memberi peluang untuk penulis membuat analisa serta kesimpulan tentang hal ini. Ada lima rumusan asas yg dapat diutarakan sebagai andaian awal (sehingga kajian yg sistematik dilakukan);

1. Citarasa terhadap aktiviti pelajar
Amalan perlaksanaan aktiviti pelajar di UKM sekarang ini masih terikat dengan kuat dengan budaya aktiviti tahun era 1990an dan sebelumnya. Budaya ini kekal akibat sistem mentor-mentee di kalangan pelajar senior dan junior. Walaupun kesinambungan kepimpinan adalah penting dikekalkan,pemikiran yg berkaitan aktiviti mestilah sentiasa dinamik dan berubah. Keperluan masyarakat, majikan serta pasaran berubah dengan cepat. Jika pemikiran senior masih diamalkan, aktiviti pelajar UKM akan menjadi semakin tidak relevan lagi. Malah sekarang pun para pimpinan persatuan yg masih menggunakan pemikiran lama mula terdesak kerana mereka semakin tidak mendapat sokongan daripada para pelajar. rintihan seperti program yg dianjurkan tidak mendapat penyertaan, kehadiran yg kurang dan menyedihkan adalah isyarat awal aktiviti mereka semakin tidak relevan lagi. 

2. Budaya politik yg merugikan
Hampir 40 tahun UKM bergelumang dengan politik pelajar. Asas kepada politik pelajar ialah PENDIDIKAN bukan KUASA. Pilihanraya kampus memberikan peluang kepada warga pelajar UKM mempraktikan apa yang disebut sebagai demokrasi. Hasratnya, melalui amalan demokrasi di kampus, masyarakat luar akan dapat melihat bagaimana sepatutnya kemurniaan demokrasi harus dilaksanakan. Hasrat ini berasaskan pandangan bahawa sebagai mahasiswa tentulah mereka boleh memberikan makna sebenar politik matang, amalan kemurniaan demokrasi dan juga kewujudan masyarakat sivil di sebuah negara yg masih lagi pada tahun 1970an dikategorikan sebagai negara ketiga. Malangnya sejak 40 tahun itu juga (lebih lebih lagi 10 tahun kebelakangan ini) hasrat melihat kemurniaan politik matang di kampus telah gagal. Puncanya idealisme mahasiswa telah dijajah oleh kerakusan politik massa di luar kampus. Sejak itu juga imej politik matang kampus lenyap sama sekali. Ini berbeza dengan apa yg berlaku diluar negara khususnya di negara maju. Mahasiawa mereka mempunyai kehebatan dan mendapat penghormatan masyarakat kerana berjaya menguruskan kematangan politik di kampus. Kita masih belum terlambat untuk merealisasikan hasrat awal para pemimpin negara untuk melihat mahasisawa matang dalam politik kampus.

Apa kesannya permaianan politik ini kepada aktiviti pelajar? Kesannya serius sekali. Pertama budaya politik yg dijajah telah membina prasangka, kebimbangan serta permusuhan sesama pimpinan kumpulan pelajar di kampus. penjajahan minda menyebabkan mereka lupa sebagai pemimpin pelajar mereka mempunyai keperluan yg sama, identiti serta aspirasi yang sama. Peranan mereka pada masa depan rakan rakan pelajar di kampus, pada masyarakat dan pada negara yang memerlukan khidmat serta sumbnagan mahasiawa.Maka bermusuhanlah sesama mereka sehinggakan segala masa, tenaga, pemikiran dan semangat digunakan untuk menjatuhkan kumpulan pelajar yg lain yg dikatakan musuh politik mereka. Siapa yg mendapat keuntungan atas permusuhan ini? Siapa pula yg kerugian atas persengketaan ini? Pastinya pensyarah dan kakitangannya universiti tidak berada di dlm kumpulan yg untung atau rugi). Yang sangat beruntung tentulah 'tangan tangan' yang mengaturkan pelajar supaya sentiasa bermusuh. Mereka untung kerana melalui kaedah meadudombakan dan meniupkan semangat berpolitik kepada pelajar akan memberikan sumber tenaga muda secara berterusan untuk menyokong kerja-kerja politik mereka di luar kampus. Bila bermusuhan pelajar pula perlukan tempat bergantung, mentor serta sokongan moral. Tangan tangan ini akan bersedia memenuhi keperluan pelajar ini. Permusuhan, percanggahan anatar pemimpin pelajar ini menyebabkan aktiviti pelajar tidak mampu diangkat setingginya. Jangan kita berharap aktiviti pelajar seperti seminar antarabangsa di UKM yg dianjurkan oleh pelajar, atau forum sedunia pelajar universiti dan sebagainya. Hatta pesta konvo UKM pun semakin hilang auranya, bukan kerana AJK tidak bekerja bersungguh sungguh tetapi politik memecah mecahkan kekuatan pelajar UKM bila beraktiviti.

3.Misi yang sepadu
Satu hal yang ketara di dalam aktiviti pelajar UKM ialah tiadanya kesepaduan di dlam misi dan visi penganjuran projek. walaupun HEPA telah mempunyai visi dan misi, ia adalah misi untuk menguruskan pelajar. Pelajar sendiri (baca;PMUKM) juga harus mempunyai visi dan misi (bukan  misi dan visi organisasi tetapi misi dan visi penganjuran aktiviti).  PMUKM harus berusaha menggerakkan tranformasi aktiviti pelajar secara terarah, menyeluruh dan berterusan. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Inggeris adalah penting. Tiada musykil lagi. PMUKM seharusnya mempunyai misi dan visi untuk memastikan pelajar UKM mampu menguasai bahasa Inggeris sekurang-kurang pada tahap intermediate (boleh mengaturkan ayat yg betul semasa bertutur serta menulis dengan nahu bahasa yg betul seadanya.) Oleh itu tranformasi secara sepadu harus dimulakan pada semua urusetia, sektretariat, kelab, persatuan dan sebagainya. Hal ini tidak berlaku kerana tiadanya misis dan visi yg sepadu antara semua persatuan pelajar di bawah PMUKM.

4. Aktiviti tidak berimpak tinggi
Selepas lebih 20 tahun terlibat dengan aktiviti pelajar dan setetusnya berpeluang terlibat dengan aktiviti pelajar di luar negara serta aktif di dalam badan sukarelawan peringkat kebangsaan dan antarabangsa,saya secara teliti melihat bahawa kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh pelajar masih tidak memberikan impak yang tinggi kepada perkembangan mereka (sahsiah, moral, softskill serta pemerolehan pengetahuan umum). Maknanya jika MUET bahasa Inggeris ketika masuk ialah band 2, apabila keluar sukar juga untuk mencari telah mencapai band 6. Begitu juga dengan tahap komunikasi serta gaya penulisan. Sebagai pengetua kolej, saya berpeluang mengikuti secara dekat setiap individu pelajar dibawah tanggungjawab saya. Hal ini berlanjutan sejak berathun tahun yang lalu. Maka itu tranformasi aktiviti pelajar harus dimulakan. Aktiviti sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang harus dielakkan. Aktiviti yg diyakini boleh meningkatkan soft skills harus dipertingkatkan. Ciri ciri impak timggi seperti aktiviti berteraskan kesurelawanan, keusahawanan, kelestarian alam, kesepaduan sosial, kemahiran bahasa Melayu dan Inggeris, penguasaan asas bahasa ketiga, kemahiran teknik komuniksi lisan dan tulisan harus dititikberatkan secara konsisten pada semua pelajar (dan harus diketahui dahulu keupayaan sedia ada pelajar).

5. Jaringan luar yg minima
Satu hal yg masih kurang berlaku di dlm aktiviti pelajar ialah menjayakan jaringan dengan org luar.Mungkin ada beberapa khidmat masyarakat di kampung kampung tetapi jaringan dengan sektor korporat tempatan dan antarabangsa, kesukarelawan tempatan dan anbangsa  masih belum dilakukan dengan baik dan berkesan. Sekadar jaringan dengan menjemput sebagai perasmi program janganlah dianggap telah berjaya sepenuhnya melakukan jariangan yang berkesan. PMUKM seharusnya memulakan jaringan dengan syarikat syarikat yang berminat dngan CSR sebagai teras aktiviti kebajikan mereka (alam sekitar spt Shell, Esso, petronas) kemanusiaan (Jusco, TV3), hidupan liar (MKLand Corporation). Saya tidak fikir syarikat seperti ini akan memberikan dana jika kumpulan pelajar UKM menganjurkan aktiviti secara kecil-kecilan (hari keluarga), tetapi akan lebih berminat dengan projek jangka panjang seperti 3- 5 tahun menanam bakau di kawasan yg dikenalpasti. membantu sebuah kampung secara bertersuan di pendalaman Malaysia atau menjadi persatuan pelajar UKM sebagai 'penjaga bagi pihak syarikat yng menjadi keluarga angkat kepada hidupan liar yang terancam. Malangnya hal ini sukar kerana politik pelajar yang akan membuang semua usaha lawannya bila mereka mengambilalih PUSANIKA.