Felo IZISH bersama JAKSA (MEP) dalam Bengkel Kesepaduan Sosial Kolej 2012 |
Peranan felo sangat penting, terutama dalam hal berkaitan kebajikan, keselamatan serta pembangunan pelajar. Felo hari ini tentunya lebih sibuk berbanding felo lima tahun dahulu. Bertugas 24/7, mereka mengambil tanggungjawab membantu kolej menguruskan aktiviti pelajar, menjaga keselamatan, mengadakan kaunseling dan rundingan, memastikan peraturan dan disiplin pelajar terkawal.
Sewajarnya semua pelajar memberikan ucapan penghargaan pada felo yang penuh dedikasi menjalankan tanggungjawab mereka, sebaliknya 'menasihatkan' kalau ada felo yang alpa di dalam melaksanakan tugas yang sepatutnya mereka laksanakan. Jika itu juga tidak berkesan laporkan sahaja pada pihak pengetua kolej secara rasmi dan bertanggungjawab agar tindakan susulan dapat dilakukan. Sebagai satu panduan di bawah ini adalah senarai rasmi terma tugasan yang juga disebut Term of Reference (ToR) untuk membantu pelajar mengenali dan memahami peranan serta tugasan seorang felo di kolej kediaman.
TOR FELO
KOLEJ KEDIAMAN
1. Membantu pihak pentadbiran kolej
dalam aktiviti pelajar bagi membina keupayaan kemahiran insaniah dan akademik
pelajar kolej kediaman.
2. Memantau dan memastikan
keselamatan dan kesihatan pelajar kolej kediaman berada dalam keadaan baik.
3. Membantu pihak pentadbiran kolej
dalam memantau masalah kebajikan pelajar kolej kediaman.
4. Menyelia dan memantau program dan
aktiviti pelajar yang dilaksanakan melalui kolej kediaman.
5. Menjadi penasihat kepada JAKSA
kolej kediaman.
6. Menjadi Ahli Jawatankuasa
Tatatertib Pelajar kolej kediaman.
7. Memberi
khidmat nasihat akademik kepada pelajar kolej kediaman.
8. Melapor kerosakan kemudahan dan
pasarana kolej kediaman kepada pihak pengurusan kolej.
9. Menjadi pegawai insiden kolej
kediaman.
10. Menjalankan tugas-tugas seperti yang
diarahkan oleh pengetua kolej kediaman dari masa ke semasa.