1. Sejak akhir -akhir ini semakin ramai pelajar yang membincangkan hubungan tak seimbang antara PMUKM dan ISIUKM. Semua orang tahu PMUKM merupakan sebuah badan induk persatuan pelajar UKM. Di dalam naungan PMUKM terdapar lebih 20 ribu orang pelajar aktif yang mendaftar. Selain 15 ribu pra-siswazah terdapat terdapat hampir lima ribu siswazah yang sedang melanjutkan pengajian di UKM.
2. PMUKM juga menaungi kumpulan pelajar minoriti seperti pelajar Cina, India serta pelajar antarabangsa. Mereka juga bertangungjawab terhadap pelajar dari Sabah dan Sarawak. Juga kumpulan pelajar OKU dan saudara baru.
3.Di dalam PMUKM terdapat lebih 170 buah kelab dan persatuan. Setiap satunya bertanggungjawab kepada PMUKM sebagai badan induk persatuan pelajar di UKM. Maknanya PMUKM haruslah menjaga kebajikan mereka sebagai entiti dalam pertubuhan PMUKM.
4.Walau bagaimanapun tidak semua 20 ribu pelajar, kumpulan minoriti dan juga persatuan pelajar mendapat pembelaan sewajarnya daripada PMUKM. Pimpinan PMUKM lebih cenderung mengikut hanya satu sahaja persatuan iaitu ISIUKM. Malah cara pentadbiran, jargon bahasa, bentuk program serta semua ajk program di PMUKM datangnya dari ISIUKM. ISIUKM menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pimpinan PMUKM. Itulah keadaanya jika dari pandangan orang luar apabila menilai hubungan PMUKM dan ISIUKM.
5.Maknanya, ISIUKM lah yang sebenarnya menguasai PMUKM dan bukan sebaliknya. Apa yang diarahkan oleh ISIUKM terpaksa dipatuhi oleh PMUKM walaupun statusnya adalah lebih tinggi sebagai sebuah badan induk yang dipilih oleh seluruh pelajar UKM. Maka tiada pilihan lain kecuali mahu tidak mahu pimpinan PMUKM hanya memberikan segala perhatian, menjaga kebajikan dan kepentingan aktiviti ISIUKM dan terpaksa membiarkan persatuan lain tanpa pembelaan. Memanglah ada beberapa persatuan pelajar yang bersetuju dengan tindakan PMUKM digunakan oleh ISIUKM, tetapi lebih banyak pelajar dan persatuan yang lain tidak senang dengan keadaan ini. PMUKM adalah hak bersama semua persatuan pelajar, bukannya hak ISIUKM sahaja.
6.Persatuan pelajar Cina seperti langsung tidak dipedulikan oleh PMUKM (tentulah atas 'nasihat' ISIUKM), buktinya tidak ada projek lain yang digerakkan oleh perwakilan pelajar Cina di peringkat PMUKM selain projek tradisi iaitu Pesta Tanglung dan Pesta Ang Pau. ISIUKM tentu akan bertanya mengapa penulis menyokong kebajikan persatuan pelajar Cina yang ingin beraktiviti. Jawabnya mereka juga ada hak atas PMUKM sama seperti yang dinikmati oleh ISIUKM. Persatuan pelajar India lebih sedih lagi. Bukan sahaja tiada pembelaan oleh PMUKM, mereka seolah dinafikan langsung di dalam pengerakan PMUKM sebagai sebuah badan induk yang mewakili semua kumpulan pelajar. Siapa wakil pelajar India yang aktif di dalam PMUKM? Ramai yang tidak tahu.
7. Setahu penulis di dalam Jaksa-Jaksa Kolej kediaman, sekurang kurang 1 daripada 14 ahli Jaksa mestilah wakil pelajar India. Beliau bukan sahaja mewakili pelajar India tetapi juga menganjurkan projek yang disertai oleh semua pelajar lain. Di IZISH, Jaksa dari pelajar India bertindak sebagai bendahari, satu jawatan utama dalam JAKSA. Berapa bilangan semua pelajar India di IZISH? Hanya 5 orang. Sedangkan pelajar IZISH seramai 547 orang. Demi memastikan kesaksamaan antara setiap kumpulan pelajar terbela, kumpulan pelajar Cina dan India diraikan di kolej kediaman. Berapa pula bilangan ahli MT Pesta Konvo? 25 orang, berapa wakil pelajar Cina? hanya seorang, berapa pula wakil pelajar India? Nil (tiada). tetapi bilangan ajk Melayu 24 orang atau 96% !!
8. Kolej lebih bernasib baik kerana mempunyai kekuatan sendiri. Selain mempunyai peruntukan aktiviti pelajar, pihak JAKSA juga mempunyak sokongan yang kuat kalangan pelajar kolej masing masing. Malang bagi persatuan anak negari dan persatuan lain di Pusanika yang tidak mempuanyai kekuatan sebagaimana di kolej kediaman.
9. PMUKM semakin jelas menjadi 'alat' oleh ISIUKM untuk mejayakan agenda politik mereka. Pelajar tidak gembira dengan keadaan ini. Tetapi seperti biasa mereka tidak bersuara. Mungkin mereka tidak bersuara sekarang tetapi masa akan menentukan samada PMUKM sekarang masih boleh bertahan untuk tahun depan dan tahun tahun seterusnya. Penulis faham, Presiden PMUKM adalah mangsa kepada keadaan ini. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Disanggah arahan ISIUKM maknanya mencabar perjuangan, dituruti kehendak ISIUKM maknanya PMUKM terpaksa melupakan tanggungjawabnya kepada semua persatuan lain yang bernaung di bawahnya... memang sukar buat Presiden PMUKM tahun ini...apa boleh beliau lakukan selain hanya mampu tersenyum.