05 October, 2011

Ko-K... oh... Ko-K


Pagi ini selepas memberikan kuliah, beberapa pelajar datang berjumpa saya. Selalunya memang itupun yang berlaku. Selepas kelas pasti akan ada yang datang untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan tambahan berkaitan isi kuliah. Saya selalu anggap sesi ini penting. Mengapa? Pertama saya akan berpeluang mengenali setiap individu pelajar saya. Kedua, pelajar berpeluang meminta penjelasan, dan ketiga sesi ini sebenarnya satu sesi latihan meningkatkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri pelajar. Mungkin ini tak disedari oleh kebanyakan pelajar dan juga pensyarah. Saya jarang terus keluar dari dewan kuliah selepas selesai kuliah kerana ini adalah salah satu ruang untuk pelajar membina diri mereka.


Antara yang ramai bertanya, soalan kumpulan terakhir menarik minat saya? Mereka bertanya " Macam mana nak dapat A untuk Ko-K? Saya terdiam sebentar. Pertama, kerana soalan itu tidak sepatutnya untuk saya. Kedua, mengapa tanya nak A untuk  Ko-K dan bukannya kursus saya ini?

Saya tak nak hampakan pelajar yang bertanya, jadi saya bertanya pula dah daftar kursus ko-k.  Jawab mereka dah.. saya terdiam sekali lagi. Terlintas dalam fikiran saya sepatutnya mereka bertanya pensyarah ko-k...

Isu penilaian dalam ko-k memang agak unik. Pertama, ia tidak sesuai dinilai melalui peperiksaan bertulis. Ko-K lebih berkesan dinilai melalui tahap penglibatan. Oleh itu samada seseorang pelajar mendapat A, B atau gagal dalam ko-k seharusnya mencerminkan tahap penglibatan dalam ko-k. Di UKM, hal ini telah berubah. Pengelasan samada seseorang mendapat A, B atau GAGAL bergantung kepada penilaian oleh penyelia yg meperakukan kontrak pembelajaran. Misalnya jika seorang atau sekumpulan pelajar membuat khidmat masyarakat sebagai ko-k, yang akan menentukan gred A dan sebagainya ialah sejauh mana pelajar tersebut berjaya meningkatkan kemahiran kemahiran yang disebut 8 hasil pembelajaran (e.g kemahiran komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat dsbnya, berasaskan rubrik penilaian yg disediakan- agak teknikal kepada pelajar untuk memahami hal ini). Pusat Akreditasi Pembelajaran lebih maklum akan hal ini.

Soalan yang lebih besar ialah jika seseorang pelajar mendapat A untuk kemahiran komunikasi, apa maknanya? Adakah A itu menunjukkan beliau telah berada dalam rubrik pertama (markah penuh 8-10)? bagaimana beliau boleh membuktikan bahawa gred A yang beliau perolehi sebenarnya benar benar A? Atau jika ada yang bertanya bagaimana beliau boleh buktikan apakah jawapan yang akan diberikan. Adakah jawapannya berbunyi "kalau sudah penyelia saya beri A, tentulah saya dah A". Macam mana saya nak buktikan lagi?"

Pembuktian adalah sesuatu yang penting dalam penilaian ko-k. Misalnya jika seseorang yang masuk palapes atau suksis mendapat A untuk kemahiran kepimpinan, ia boleh dibuktikan setelah berjaya ditauliahkan sebagai pegawai muda berpangkat leftenan muda. Begitu juga dengan suksis berpangkat Inspektor. Jika seseorg mendapat A dalam kemahiran membuat keputusan, pembuktiaan ialah beliau berjaya menjalankan satu aktiviti keusahawanan sehingga membawa keuntungan dan diktiraf. Jika seseorang mendapat A dalam kerja berpasukan, pembuktian ialah pelajar tersebut berjaya mementaskan teater atau drama bersama kumpulannya. Begitu juga jika seseorang yang dapat A untuk komunikasi, beliau boleh membuktikan melalui kejayaanya mewakili UKM dalam debat MADUM dan sebagainya. dan A+ (jika ada) jika berjaya mewakili negara ke peringkat dunia.

Maknanya, 8 kemahiran boleh dinilai oleh penyelia untuk memberikan gred A atau sebagainya tetapi tidak membuktikan apa-apa. Maka untuk pembuktian pelajar  perlu n dengan meningkatkan  tahap penglibatan dalam ko-k sepanjang di UKM. Majikan biasanya nak A yang mereka tanggap bukannya apa yang penyelia berikan pada pelajar.Ini berbeza dengan kursus di fakulti. Oleh itu alat ukur A mestilah berasaskan sesuatu pengiktirafan. PALAPES, SUKSIS, JPA3, BSMM, SIJIL USAHAWAN, SIJIL JURULATIH SENITARI, JURULATIH SUKAN, MEWAKILI UKM, NEGARA juga adalah contoh contoh pengiktirafan...oleh itu kursus ko-k haruslah bersifat dinamik, kompetatif dan mengambilkira tanggapan majikan..Menarik bukan...