05 October, 2011

Graduan, Kebolehpasaran dan Peranan Universiti..


Awal pagi ini, saya menerima beberapa SMS daripada bekas pelajar yang akan berkonvo minggu depan. Seperti tahun tahun yang lalu, setiap kali majlis konvo, memang ucapan terima kasih serta jasamu di kenang akan saya terima. Bangga menyelinap bila mendengar anak-anak didik akan bergelar graduan. Satu status serta gelaran yang menjadi impian ramai orang.

Tapi kali ini sedikit berbeza. Pertama, sms yang mengundang gembira juga disulami rasa dukacita. Gembira kerana menerima ucapan terima kasih, dukacita kerana berkongsi rasa terkilan graduan graduan muda ini. Ada antara mereka yang menyesal kerana tidak begitu bersedia memasuki satu alam baru selepas alam universiti. Alam baru ini, iaitu alam mencari pekerjaan untuk terus menyara hidup rupanya sangat sukar, lebih sukar dari menyiapkan assingment dan tesis ketika di universiti dulu. Kata salah seorang graduan dalam smsnya, " majikan macam tak percaya saya boleh bekerja dengan syarikat mereka". Kerana agak kurang jelas, saya balas semula kiriman sms tersebut dengan bertanya, mengapa? Selang lima belas minit saya terima balasan kedua sms yang agak panjang,. Lebih kurang berbunyi begini " Saya dah mohon berpuluh jawatan dan telah pergi temuduga 8 kali sejak tamat semester dulu. Ada yang jawab dukacita, ada yang kata akan dipanggil jika ada kekesongan jawatan dan ada yang langsung tak jawab apa-apa. Setiap kali nak pegi temuduga, saya buat persiapan yang rapi, semua sijil disediakan, profil syarikat pun saya study, saya ikut semua petua yang saya belajar masa bengkel kerjaya, tapi belum rezeki saya. Ntah, rasa macam hilang semangat". Membaca sms anak muda ini apa lagi yang boleh saya katakan.. mungkin yang terbaik" sabar je, mungkin belum rezeki lagi". saya tahu jawapan tu tidak membantu sebab perut yang lapar perlu diisi, bagaimana pula dengan perancangan hidup yang lain. Nama baik ibubapa juga harus diambil kira, nanti apa pula jawab mereka bila tanya jiran sekampung " anak dah kerja?Ini dilema yang sering dihadapi hampir kebanyakan bakal graduan. Mungkin bakal graduan dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi tidak perlu melalui perasaan ini. Tetapi graduan sains sosial, sains dan teknologi, pengajian Islam, malah graduan undang-undang dan kejuruteraan pun mula tertimpa dengan dilema ini.Apa yang boleh anda lakukan jika anda adalah pelajar yang akan menamatkan pengajian mungkin tahun hadapan, dua tahun atau tiga tahun lagi?Anda mungkin berkata, 'jika saya belajar dah dapat keputusan cemerlang, hal ini bukan lagi masalah saya?' Mungkin benar dan mungkin juga salah. Benar jika kecemerlangan anda disulami dengan bakat, kreativiti, kepimpinan dan yang paling utama kemahiran berkomunikasi. Tetapi mungkin juga anda salah, kerana selain telah memiliki keputusan akademik yang baik dan soft skills yang tinggi, kebanyakan majikan hari ini juga memerlukan perkara-perkara lain. Contohnya kemahiran 'multi tasking', dan memiliki keupayaan 'multi-cultural' di tempat kerja. Hal ini belum berkembang di universiti tetapi semakin menjadi tumpuan dalam persekitaran dunia pekerjaan yang dinamik.Budaya 'division of labor' serta 'ethno-cultural' yang tinggi di dalam kehidupan universiti menyebabkan ramai pelajar gagal memperolehi pekerjaan yang diidamkan. Seseorang yang berkelulusan Pengajian Islam perlu juga menguasai psikologi manusia, kemahiran IT, bahasa Inggersis serta bahasa Arab dengan baik. Seseorang yang memegang ijazah sains dan teknologi juga harus ada pengetahuan dalam undang-undang, sejarah masyarakat serta sosiologi kemasyarakatan. Hal ini belum berlaku di IPTA tempatan tetapi telah mula dilaksanakan di beberapa universiti tersohor di dunia. Begitu juga  keadaannya bila kita tinjau berkaitan 'ethno-cultural' yang wujud dalam kehidupan pelajar. Ramai pelajar merasakan mereka tidak selesa berada di dalm kelompok bukan kumpulan etnik sendiri. Misalnya pelajar melayu tidak selesa dalam kelompok pelajar Cina atau India, apatah lagi di kalangan pelajar antarabangsa. Mereka lebih suka berdamping sesama kumpulan etnik masing masing. alasanya mudah, soal bahasa, ibadat serta makanan. Begitu juga sebaliknya, pada pelajar Cina dan India.Malangnya jika di universiti para pelajar tidak mengambil peluang mendedahkan dirinya kepada pengalaman dalam budaya kelompok etnik yang berbeza, mereka tak akan ada lagi peluang apabila mula memohon pekerjaan. Persekitaran tempat kerja yang bersifat 'ethnic dominant' akan semakin lama semakin berkurang. Pada era 1970an sehingga akhir 1990an, sektor kerajaan didominasi oleh orang melayu dan sektor swasta didominasi oleh orang Cina. Hari ini sudah berlaku 'kecairan dominasi' di tempat kerja. Jika pelajar tidak bersedia, mereka akan tercabar dengan persekiran baru ini. Malah cabaran semakin besar jika mereka berhajat untuk menjadi usahawan bila tamat pengajian kelak.Maka pihak universiti perlu memikirkan semula dasar-dasar seperti progarm pengajian akademik yang terlalu rigid dan sempit (monotonous), begitu juga dengan dasar penginapan pelajar supaya lebih bersilang budaya, serta dasar aktiviti pelajar yang memberi lebih ruang untuk pelajar menimba pengalaman dengan pelajar berbagai kumpulan etnik. Begitu juga dengan penekanan pengamalan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang lebih berkualtii. Hal ini menyebabkan aktiviti yang dianggap tidak memberi impak kepada persediaan pelajar memasuki alam pekerjaan harus dikurangkan tetapi tidaklah sampai perlu dihapuskan (aktiviti khidmat masyarakat, kesukarelaan masih sangat penting). Penekanan peruntukan untuk aktiviti pelajar harus lebih terfokus, berimpak tinggi serta mempunyai perancangan yang teliti dan menyeluruh.Pelajar khususnya di kalangan pemimpin pelajar harus mula mengubah paradigma di dalam mendefinisikan makna 'kebajikan pelajar'. Jika dulu maksudnya merujuk soal kemudahan untuk pelajar seperti pengankutan, penginapan, perpustakaan, tempat letak kenderaan, air, keselamatan dan seumpamanya, hari ini maksud kebajikan pelajar telah berkembang kepada peranan dan tanggungjawab pemimpin persatuan pelajar merancang dan melaksanakn program untuk memastikan masa depan pelajar lebih baik, memiliki tahap kebolehpasaran yang tinggi, memiliki keupayaan keusahawanan dan sebagainya. Tak tercapai maksud kebajikan jika di kampus segala kemudahan pelajar cuba diperjuangkan tetapi sebaik sahaja tamat pengajian, mereka tidak dibekalkan dengan kemahiran, pengalaman serta keupayaan untuk bersaing.Pada pelajar-pelajar yang pernah mendapat bimbingan saya..Selamat berkonvokesyen .. Kini anda bergelar  GRADUAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Tahniah.. dan selamat menempuh alam pekerjaan.