09 October, 2011

Apa kata PMUKM bila kerajaan peruntukan bajet RM 232.8 billion untuk rakyat pada 2012?

Utusan Malaysia kata 'Bajet Sejahtera'
Berita Harian kata ' Sasaran yang realistik'
Kosmo kata ' Bajet untuk kenang budi rakyat"
Star kata "Good handouts before election"
Harakah kata " Bajet Cedok"

Kesatuan Guru Melayu Malaysia kata 'bajet 2012  aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang sosioekonomi dapat akses pendidikan berkualiti'

Transparency International Chapter Malaysia  kata "Kita tidak nampak penekanan terhadap penambahbaikan selanjutnya terhadap integriti pengurusan kewangan kerajaan,"

Persatuan Orang Asli Malaysia kata 'Terima kasih kerajaan'

PMUKM tak kata apa-apa !

******
Sebagai sebuah badan induk mahasiswa  di sebuah universiti bertaraf kebangsaan (satu-satunya yang diberi status istimewa ini di Malaysia), PMUKM seharusnya memberikan kenyataan dan maklumbalas tentang bajet 2012.

Mengapa? kerana PMUKM bukan sahaja mewakili pelajar UKM secara langsung tetapi juga secara tidak langsung wakili generasi terpelajar IPT seluruh Malaysia. Tidak semestinya PMUKM sokong semuanya isi kandungan bajet, PMUKM juga boleh boleh mengkritik dengan niat yang baik.

Tinjauan di laman web dan facebook rasmi PMUKM nampaknya belum ada kenyataan rasmi berkaitan bajet 2012 sehingga 12.45 tengahari Ahad 9 Oktober 2011. Nampaknya agak lewat sekarang untuk dilihat proaktif  selepas dua hari bajet diumumkan. Tentunya juga PMUKM juga belum ada perancangan untuk membuat kenyataan rasmi di media arus perdana.

Nampaknya terpaksalah dicadangkan nanti diwujudkan Biro Jaksa Pendidikan Ekonomi dan Kepenggunaan di semua kolej kediaman UKM agar para pelajar lebih mendekati isu ekonomi dan kepenggunaan. Ini bukan setakat isu harga makanan kafe yang mahal atau isu PTPN belum masuk, tetapi pelajar UKM juga perlu tahu secara jelas lanskap perancangan ekonomi negara yang sentiasa berkembang dan juga kemahiran menguruskan hak kepenggunaan mereka.

Pelajar UKM akan mula bekerja dan berumah tangga dalam tiga empat tahun akan datang (tentu bila sampainya ketentuan rezeki dan jodoh). Soalnya selepas graduan atau selepas kahwin nanti, apakah cara mereka menguruskan perekonomian dan kepenggunaan mereka  sama dengan orang yang tidak belajar di universiti?

Kalau sama sahaja cara mengurus maka PMUKM akan dilihat gagal di dalam berperanan untuk membina intelektual dalam konteks pengetahuan ekonomi kehidupan dan kesedaran kepenggunaan pada peringkat pelajar. sememangnya kita semua tahu hal seumpama ini tidak akan diajar di dewan kuliah secara spesifik oleh para ahli akademik. Ini adalah hal berkaiatan ilmu kehidupan yang bersifat umum tetapi sangat penting.Maka akhirnya nanti yang ada hanyalah learning output (sekeping ijazah) dan bukannya learning outcomes (ilmu dan kemahiran yang bermanafaat untuk kehidupan).

Maka cukupkah sekadar Kursus Perkahwinan yang menjadi trade mark PMUKM sejak dulu lagi (PMUKM aspirasi pun selalu anjurkan juga). Khabarnya program seumpama ini sangat mendapat sambutan dan program yang sangat menguntungkan pihak penganjur. Kadang kala terpaksa di buat secara bersiri.

Akhir sekali, dicadangkan elok PMUKM supaya anjurkanlah forum atau perbincangan Meja Bulat Bajet 2012: Kesan terhadap dinamika pelajar di IPT" atau lebih menarik jika perbincangan dalm korpus yang lebih besar. Misalnya "Impak Bajet 2012 kepada Masyarakat Tani Melayu'. Pelajar UKM mungkin tidak tahu bahawa pak tani dan juga kumpulan petani sektor pertanian kontan (Felda lebih bernasib baik), sekarang berada dalam keadaan yang semakin sukar hidup mereka. Selain tanaman yang kurang akibat serangan serangga perosak, mereka juga 'ditekan' dengan sistem hutang , sewaan tanah yang melambung tinggi dan harga baja dan racun serangga yang tidak munasabah mahalnya.Maka PMUKM akan dilihat lebih  re-aktif, kalaupun tidak proaktif di dalam isu bajet 2012.

Kursus Perkahwinan..? itu juga mesti diteruskan kerana satu keperluan...atas nama kebajikan pelajar UKM.