Apabila dilantik sebagai pengetua IZISH, saya mempunyai beberapa impian dan rancangan berkaitan kemudahan pelajar di kolej ini. Ada yang telah dijayakan tetapi malangnya tidak bertahan lama kerana wujudnya budaya vandalisme di kalangan pelajar, ada juga yang saya masih cuba jayakan secara perlahan lahan dengan kerjasama dan kelulusan pihak unit UKM yang lain kerana usaha menjayakannya di luar bidang kuasa sebagai pengetua kolej, ada yang agak sukar kerana kos menjayakannya yang tinggi.
Pada masa yang sama, kita juga harus faham peruntukan universiti yang terhad juga tidak memungkinkan impian ini dijayakan sepenuhnya. Malah dengan yuran penginapan kolej di UKM antara yang terendah di kalangan IPTA pasti tidak memungkinkan semua impian ini terlaksana. Mana mungkin dengan yuran penginapan sekitar RM 4.00 sehari (termasuk air dan elektrik), impian seperti ini mudah dicapai.
Apapun, tidak ada salahnya untuk saya kongsi impian saya dengan pelajar pelajar khususnya di IZISH. Mana tahu, anda punyai idea yang lebih baik bagaimana untuk menjayakannya yang saya tidak nampak. Atau sekurang kurangnya perkongsian ini memberikan ruang untuk saya menyatakan harapan dan aspirasi saya... untuk diketahui oleh pelajar pelajar sekalian..
|
Saya mengimpikan setiap bilik penginapan pelajar yang ceria, bersih dan teratur. Pada saya ini sangat penting untuk meningkatkan mood pelajar untuk belajar dan berehat di dalam bilik mereka. Kajian berkaitan pengaruh persekitaran terhadap pendididikan membuktikan lebih ramai pelajar yang berada di dalam ruang penginapan yang berkualiti berpeluang mencapai prestasi akademik yang lebih tinggi. Mereka juga cenderung menjadi seorang yang periang, ceria dan mempunyai tahap yakin diri yang lebih tinggi. |
|
Saya juga mengimpikan kemudahan tandas untuk pelajar yang sentiasa bersih, wangi dan kemas. Ini juga menjadi satu elemen yang penting dalam kehidupan pelajar di kolej kediaman. Oleh kerana tandas kolej digunakan 24/7, tahap penjagaan dan pencucian tandas jauh lebih mencabar berbanding tandas di fakulti yang biasanya digunakan pada waktu pejabat. Ini memerlukan kos naiktaraf yang besar. |
|
Impian ini saya sudah mulakan. Kolej Antarabangsa Ibu Zain merupakan satu satunya kolej di UKM yang telah menyediakan bilik pantri di setiap blok kediaman pelajar. Penyediaan ruang pantri dengan kemudahan microwave, kettle (cerek eletrik) dan peti ais pasti akan meningkatkan kualiti hidup mahasiswa. Bagaimanapun budaya 'vandalisme' yang masih wujud di kalangan pelajar menyukarkan pihak kolej mengekalkan kemudahan ini di tahap yang terbaik sepanjang masa. |
|
Kemudahan ini pada asasnya telah bermula. Perkhidmatan mesin basuh merupakan kemudahan asas yang snagat diperlukan oleh pelajar UKM. Malah IZISH juga pada masa hadapan ingin menyediakan kemudahan sterika (iron) untuk para pelajar. Ini merupakan satu perancangan jangka pendek yang akan dilakukan bila ada peruntukan tambahan untuk pihak kolej. |
|
Satu lagi impian saya ialah menyediakan kemudahan bilik rehat di kolej kediaman yang dilengkapkan dengan penghawa dingin. Suasana yang selesa akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Ruang seperti ini juga sesuai untuk tujuan perbincangan atau belajar secara berkumpulan. |
|
Bilik Rehat Impian saya di setiap blok pelajar. |
|
Bilik Rehat Impian saya untuk Pelajar IZISH |
|
Salah satu impian saya sejak dulu untuk IZISH ialah membina sebuah bilik rehat pelajar (common room) . Ruang untuk pelajar berehat, bermain permainan indoor atau ruang untuk pelajar berbual dan bersosial sesama mereka. |
|
Tentunya Majlis Eksekutif Pelajar dan Presiden kelab di kolej kediaman memerlukan ruang mesyuarat yang kondusif untuk merancang dan menyelaras aktiviti pelajar kolej. |
|
Bilik perbincangan untuk digunakan secara terbuka untuk semua pelajar kolej kediaman. |
|
Satu lagi impian besar saya. Menyediakan sebuah cafetaria yang ceria pada pelajar. Bagaimanapun, ini bukanlah dibawah bidang kuasa pengetua kolej untuk menjayakannya. Begitu juga sukar mencari pengusaha kafetaria yang sanggup membuat pelaburan untuk menyediakan ruang yang sebaik ini untuk kolej kolej kediaman UKM. Perlua ada pendekatan baru untuk menjayakan impian ini. Kefetaria yang menawarkan kepelbagaian jenis makanan, dari tempatan, makanan Cina yang halal, makanan India, Arab dan makanan Barat. |
|
Makanan Tempatan |
|
Kepelbagaian Makanan Cina (Yang Halal) |
|
Makanan Timur Tengah |
|
Impian saya juga menyediakan Kemudahan Kedai Serbanika Mini yang lengkap di kolej IZISH UKM |
|
Semoga akan wujud persekitaran IZISH yang tenang seperti ini.. |
|
Lanskap Kolej yang menenangkan seperti ini juga satu lagi impian besar saya. Bagaimanapun ini memerlukan peruntukan yang besar untuk menjayakannya. |
|
IZISH pada tahun 2003, telah menyediakan kemudahan gimnasium. tempatnya telah digantikan dengan bilik G-NET sekarang. Punca tidak diteruskan kerana apabila pengurusan gim ini diserahkan pada kelab pelajar untuk diuruskan, sedikit demi sedikit barangan gim hilang dan rosak kerana tidak dijaga dengan baik. Ini satu isu yang menyukarkan kemudahan yang mahal ini disediakan di kolej kediaman UKM. |
|
Paling akhir, impian terbesar saya ialah mewujudkan sebuah IZISH ARENA di lobi kolej sekarang. Ruang utama kolej yang menjadi centre kepada aktiviti dan student life di IZISH. Kos yang tinggi menyebabkan impian ini masih tinggal impian. Tetapi masih ingin mencuba berdikit dikit mencapainya..biarpun masa yang diperlukan lebih lama. |
Betul, ini semua hanya satu impian, hanya satu keinginan dan hanya satu harapan. Tetapi dengan impian inilah saya selalunya akan terus bergerak ke depan. Dengan keinginan inilah juga saya berusaha sedikit demi sedikit dan sentiasa ingin mencapainya. Jika tidak hari ini, atau jika tidak bulan atau tahun depan...ia tetap satu harapan murni demi pelajar dan impian ini telah akan terus terbayang di minda saya...saya benar benar menginginkannya....