12 October, 2011

Semoga Mereka Berbahagia

Siapakah mereka?
Inilah wajah wajah bekas pimpinan MEP Ibu Zain satu masa dulu. Hari ini mereka berjaya dalam bidang masing masing. Ramai antaranya dah berkeluarga dan bercahaya mata. Cukup sekadar beberapa keping foto buat tatapan sebagai tanda saya masih ingat pada mereka.

Hakim dan Sofia

                                                                                                    Rushdi dan Rafidah

Fauzan dan Azila
Shahrizad dan isteri


Faizal dan Siti Munirah


Dulu merekalah yang menjalankan aktiviti MEP, menjadi PC MMP, menjadi pengarah projek dan segala macam tanggungjawab yang kolej berikan. Mereka setia dan gembira bersama kolej Ibu zain.

Rupanya dalam diam ramai antara mereka akhir jatuh cinta di Ibu Zain dan mendirikan rumah tangga. Banyak lagi foto yang menjadi kenangan abadi buat saya dan isteri sebagai tanda mereka telah berada di dalam hati kami dulu kini dan selamanya. Akan dimuatkan lagi bila ada kesempatan. Didoakan mereka terus berjaya, berbahagia dan sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi.



Bila semua pemimpin MEP Ibu Zain bertemu