05 October, 2011

Kegiatan Persatuan Pelajar UKM Semakin Lesu?


 Pada awal 2010, saya berkesempatan ke Universiti Oxford UK selama beberapa minggu atas jemputan utk sertai penyelidikan oleh kawan yang sama-sama belajar di Universiti London satu ketika dulu. Di dalam kesibukan menyiapkan laporan penyelidikan, apabila ada kesempatan saya akan mengunjungi dan membuat penelitian berkaitan kegiatan berpersatuan pelajar pra-siswazah di beberapa kolej Universiti Oxford. Selalunya akan pergi yang berdekatan dengan bilik kerja saya iaitu Nufield College, St Hilda, St John dan Merton. Semuanya ada 38 buah kolej di Universiti Oxford dan mempunyai identiti yg berbeza antara satu dengan yang lain. malah pengetua di setiap kolej ini juga mempunyai nama jawatan yg berbeza seperti Principal, Master, Dean, Provost, President dan Warden. Walaupun namanya pelbagai, taraf serta status perjawatan adalah setara. Maknanya kepelbagaian adalah sesuatu yg diraikan di sana.Menarik juga bila logo setiap kolej berbeza-beza dan menjadi tradisi setiap alumni menyimpan logo kolej masing-masing yg dicetak atas kain bersaiz 1 kaki X 2 kaki.
Bila bercakap tentang kegiatan persatuan pelajar ada tiga perkara/amalan yang menarik di lakukan di Universiti Oxford. Pertama bentuk aktiviti, kedua pengurusan 'student affair office' dan ketiga kemudahan yg disediakan untuk pelajar berpersatuan. Perbincangan untuk bentuk aktiviti dan pengurusan 'student affair office' akan saya tulis pada waktu yg lain. Kali ini biar kita lihat tentang bagaimana kemudahan di sediakan untuk pelajar beraktiviti. Seperti juga di UKM, pelajar di Univ Oxford selain ada persatuan diperingkat kolej masing-masing mereka juga mempunyai student union induk seperti PMUKM. selain itu ada juga persatuan mengikut bidang pengajian seperti persatuan fakulti dan persatuan umum seperti debat, kerjaya dan sebagainya.

Budaya kita di UKM dan juga IPTA lain di negara ini, setiap persatuan akan disediakan sebuah bilik persatuan yang digunakan sebagai pejabat. semakin banyak persatuan maka semakin banyak bilik persatuan diperlukan. Ini berbeza dengan cara univ oxford menyediakan ruang untuk persatuan pelajar. hanya persatuan bertaraf A sahaja diberikan ruang. Kalau di UKM, PMUKM, urusetia PESTA KONVO, PALAPES, SUKSIS, STUDENT MAGAZINES TEAM, AIESEC adalah contohnya persatuan bertaraf A. Menariknya sebagai perbandingan, pejabat PMUKM jauh lebih besar dan lokasi yg sangat menarik berbanding pejabat induk student union di University Oxford dan University London tetapi isi dan kandungan pejabat sebaliknya. Di sana pejabat persatuan sibuk seperti bursa saham atau pejabat suratkhabar. telefon sentiasa berdering, mesyuarat/perbincangan sentiasa sesak dengan pelajar. Oleh kerana politik yg matang, semua parti pelajar bersama-guna ruang pejabat yg sama. Sebab objektif mereka jelas, sesiapa pun yg menang harus memimpin, yg kalah hanya kalah dalam pilihanraya ttp aktiviti diteruskan seperti biasa.

Bilik pejabat tidaklah besar dan kadangkala tak selesa ttp penuh semangat beraktiviti dan aktif sekali. Bila ada masa akan ke cafe di sebelah pejabat untuk secawan dua kopi. Kadang kala keputusan lebih banyak terhasil di cafe berbanding di pejabat persatuan. Sebab itu di sana semua bilik persatuan pelajar akan digandingkan dengan cafe.

Manakala persatuan bertaraf B tidak disediakan bilik khusus tetapi mereka akan berkongsi satu ruang workplace. Diruang ini atau disebut 'club' akan disediakan oleh 'student affair office' semua peralatan yang diperlukan untuk berpersatuan seperti deretan komputer, printer, telefon, fax, bilik mesyuarat (lebih daripada satu bilik), bilik perbincangan, bilik terima tetamu luar, bilik stor yg dikongsi. Mereka berkongsi maklumat di ruang 'resources'/ bilik sumber untuk berpersatuan. Ada bahan seperti report, jurnal berkaitan pembangunan pelajar, deretan majalah terkini untuk pelajar, juga buku buku berkaitan aktiviti pelajar. Malah berbagai pamplet diletakkan agar pelajar 'up to date' dgn berbagai program institusi serta agensi kerajaan dan swasta.

Semua ini diuruskan sepenuhnya oleh Student Union. Student union induk anjur hanya beberapa projek mega bertaraf kebangsaan dan antarabangsa (biasanya bertaraf European Student Assoc.) sepatutnyalah PMUKM menganjurkan beberapa sahaja projek bertaraf ASEAN. Peranan utama PMUKM adalah sebagai fasilitator kepada penganjuran projek persatuan persatuan bertaraf B. 

UKM agak berbeza, kita ada terlalu banyak bilik persatuan, bersaiz kecil sehingga lebih menjadi tempat berlepak dan stor barangan para exco semasa cuti semester. pelajar berada di dalam kelompok masing masing, malah jika kita berada di lorong persatuan anak negeri di pusanika, kita akan melihat antara pelajar negeri A dan negeri B pun tiada interaksi. Apa lagi kalau persatuan dominasi melayu dengan persatuan dominasi Cina, sabah Sarawak. malah lebih jauh jurangnya antara pelajar tempatan dengan antarabangsa.

Kita kena berubah, fizikal dan mental jika berhasrat menjadikan kegiatan pelajar di UKM terkehadapan berbanding IPTA yang lain. Secara fizikal, pejabat mengikut persatuan sudah tidak relevan lagi. Hari ini FB, email, Blog dan web lebih berkesan sebagai sebuah pejabat. Malah SKYPE juga lebih efisyen sebagai penghubung antara ahli dan exco persatuan. Yang diperlukan oleh persatuan pelajar ialah satu ruang 'club' di mana mereka boleh menguruskan secara berkongsi kemudahan yg disediakan oleh universiti. Di kolej ada cuma pejabat JAKSA, di bawahnya ada belasan kelab yg tidak pun disediakan bilik khusus, tetapi kebanyakkan kelab ini masih berfungsi dengan baik dan berkesan. Kita harus memperkasa kelebihan internet dengan mewujudkan sistem yg lebih baik untuk para pelajar.

Tentunya tidak semua yg ada universiti disana adalah baik untuk dicontohi. Kegiatan persatuan di sana tidak diiktiraf sebagai sebahagian ko-kurikulum yg berkredit. Mereka juga tidak disediakan peruntukan yg besar untuk beraktiviti kecuali yg berkaitan aktiviti akademik spt seminar dan conference. Itupun perlu bertaraf antarabangsa. Para pensyarah juga kurang dilibatkan dengan perancangan aktiviti pelajar, pelajar beraktiviti atas kapasiti mereka sendiri. kalau aktiviti berteater, misalnya, pensyarah akan datang sebagai penonton.

Ada juga yg menarik ttg cara kita sediakan jamuan di akhir program kita. MEWAH sekali. Di sana air mineral sudah memadai. Jika melibatkan pegawai, dean atau pengarah, coffee/tea dan biscuits sahaja. Nasi? tak de kerana selain meningkatkan kos, itu bukan tujuan program dianjurkan. Kita berbeza, bukan sekadar kuih, mee goreng, ada juga nasi ayam, tomato, arab etc. Hebat sekali.. Tetapi di sana apabila sesuatu projek mega selesai diadakan jamuan keraian (biasanya dinner) untuk para AJK. Ini menarik dan dianggap satu tradisi yg dikekalkan. T-shirt projek, ya ada, ttp yg paling murah dan simple. Tiada FI atau t-shirt berkolar. Sebab itu  mereka boleh cetak banyak t-shirt dan itulah juga cenderamata pada sesiapa yg dijemput termasuk perasmi program.