08 October, 2011

PMUKM perlu post-mortem sekali lagi...kali ini sungguh-sungguh..

Kisahnya bermula bila Presiden PMUKM tidak mematuhi nasihat agar jangan membelakangkan pengurusan Universiti. lalu di post kenyataan ini sebagai tanda protes pada pihak pengurusan universiti...

Ahmad Muzzammil a Muhd Hairi kita sebagai orang yang diberi amanah wajib untuk melaksnkn dasar dan amalan yang ditetapkan dlm agama Islam. Bagi mereka yg ada jwatan tinggi , jangan cuba menghalang atau mempersoalkan mengapa perlu diasingkn lelaki dn perempuan dlm progrm2..ini adalah usaha untuk tidak terlibat dlam kancah maksiat ..dalam Al Quran pun ada tertulis supaya" janganlah kamu menghampiri zina"..jd sme2 kita berusaha untuk membuat kebaikn dan mencegah kemungkaran..

Lalu pihak pengurusan sekali lagi cuba memberikan nasihat secara baik pada presiden PMUKM...


Sharifah Hapsah Saya berpendapat kurang bijak bertindak atas khabar second hand. Lain kali sebagai Presiden, sila hadir di mesyuarat untuk berbincang sendiri.

Tnchepa Ukm Salam. Kami pengurusan (jawatan tinggi?) UKM tidak berhasrat campurtangan dalam isu2 di FB ini tetapi apabila kenyataan yang ditampilkan adalah tidak sama dengan pesanan yang diberikan kepada wakil PMUKM dalam mesyuarat JK Kebajikan Pelajar semalam disalahertikan dan dituduh pula sebagai menghalang perlaksanaan Islam saya agak terkilan. Lain yang dibincangkan dan dipesankan, lain pula yang ditulis.Satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.


Anuar Ahmad salam saudara, kenyataan saudara jelas berbeza dengan kenyataan wakil pmukm di dalam mesyuarat jawatannkuasa kebajikan yang dipengerusikan oleh pihak pengurusan universiti semalam. Apakah saudara presiden dan setiausaha agung PMUKM tidak sepakat dalam menguruskan dasar PMUKM? Semalam sdr Ezuan dan saudara Izzudin menyatakan pandangan yg berbeza sekali. Saya tak pasti samada saudara yang tukar makluman ezuan atau ezuan sendiri yang tak sampai makluman sebenar pada saudara. Nanti bila minit mesyuarat dah keluar kita boleh semak.Ada baiknya disatukan ukhwah saf kepimpinan dalam PMUKM yang nampaknya mula berpecah.. Bak kata ezuan dalam meeting semalam " sebenarnya kami pun susah sebab ada orang dalam PMUKM yang cuba nak tukar semuanya dalam pmukm" bila pengerusi tanya siapa.. Ezuan senyum tersipu sipu sambil menjeling pada izzudin..mungkin dalam hati mereka berdua berkata "biarlah rahsia".

Maka berpakatlah pimpinan PMUKM dan ISIUKM untuk memprotes nasihat pengurusan universiti. Oleh kerana "tak dapat tanduk, telinga yang mereka pulas".Ini pula jawapan yang diberikan oleh pimpinan pelajar PMUKM..

Mohammad Abdullah Mohamed Yusoff Saya menyokong kenyataan presiden. islam sungguh cantik.klaw xsuka xperlu pertikai kot. jangan nak berpura2 naik perahu, pura2 buat tak tahu..walillahi, islam paling tinggi dan tertinggi. Program universiti kami diberi alasan terpulang pada universiti nak buat apa pun kan, ni program kami, jadi terpulangla nak buat apa.nak asing ke x.xkan kena dpt prsetujuan dr En Anuar. En Anuar pun paling kuat bantai PMUKM, saya baca artikel tuan. walaupun tuan selaku majlis pengetua,jangan terlampau hipokrit. saya cadangkan tuan untuk berhujjah secara berani. xusah tulis dalam facebook je lebat artikel 2. jom kita diskus Artikel hentaman tuan.kita orang berilmu wt cara ada ilmu.apa yang tuan xpuas hati, lontarkan kepada kami secara ilmiah la.baru tahap pengetua kolej.

Faizal Ahmad Sekadar berhujah dalam FB buat apa. Jom kita berdebat. Pusanika ka. Baru kita ada semangat intelek dan wacana berterusan. Tu pun En Anuar Ahmad berani la.
Wan Fahmi Islam dihijab dengan sebab orang islam sendiri.. nak sampai perkara baikpun disekat oleh orang Islam sendiri, macam mana nak sampai Islam kepada orang bukan Islam.. pelajar luar negara yg bukan Islam pun semakin ramai terutama dekat IZISH
Ezuan Saad Ali Hussein ‎" sebenarnya kami pun susah sebab ada orang dalam PMUKM yang cuba nak tukar semuanya dalam pmukm" bila pengerusi tanya siapa.. Ezuan senyum tersipu sipu sambil menjeling pada izzudin..mungkin dalam hati mereka berdua berkata "biarlah rahsia"...

Ezuan : Whoa!, ceritera Anuar Ahmad menjadi lebih dramatik dgn tokok tambah sbgai penyedap fitnah.. ditambah pula dgn fitnah 'komen di delete' utk mraih simpati murahan.. macam budak2 pra-matang.. apa kata kita bsemuka?


Rumusan untuk difikirkan...

1.Bagaimana sebuah persatuan induk pelajar seperti PMUKM boleh mengambil sikap untuk membelakangkan pengurusan universiti yang sedaya upaya menjaga dan memastikan PMUKM berjaya melaksana tugas mereka sebaiknya?

2.Apakah pelajar boleh bergantung harapan kepada pimpinan PMUKM yang terang terang tidak menghormati dan tidak mahu bekerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi UKM?

3. Rupanya sayalah orangnya yang 'telinga dipulas"...