Tercatat di dalam AUKU bahawa perlu ada sebuah badan induk pelajar yang mewakili semua pelajar di sesuatu universiti dan di dalam perlembagaan UKM pula tercatat bahawa PMUKM adalah badan induk pelajar UKM.
Terma PMUKM bukan hanya merujuk kepada exco PMUKM atau MPP sahaja. PMUKM didefinisikan merangkumi semua persatuan yang berjumlah lebih 170 buah di kampus induk dan kampus KL. Oleh itu organisasi PMUKM harus difahami sebagai institusi mewakili semua persatuan pelajar dan bukan monopoli atau hak eksklusif di kalangan exco atau MPP PMUKM sahaja. Tanggungjawab exco PMUKM (bermula dari Speaker hingga ke bawah) adalah merancang, mentadbir, menyatukan semua persatuan/kelab dan melaksanakan penyelarasan dengan semua entiti persatuan, kelab dan perwakilan yang dibawah naungan PMUKM.
Analoginya, seseorang calon piliharaya yang menang di peringkat parlimen jika mendapat mandat daripada Perdana Menteri dan perkenan Yang Dipertuan Agong boleh dilantik sebagai anggota kabinet kerajaan. Tetapi badan "Kerajaan" bukan hak eksklusif anggota kabinet. Kerajaan adalah satu badan kuasa/mandat yang diberikan oleh majoriti rakyat. Anggota kabinet hanya bertanggungjawab memastikan peranan eksekutif kerajaan berjalan,manakala institusi kehakiman pula bertanggungjawab memastikan peranan legislatif kerajaan terlaksana. Oleh itu menyamakan kabinet dengan kerajaan adalah tidak tepat. Begitu juga menyamakan badan kehakiman sebagai sebuah kerajaan juga tidak betul.
Exco PMUKM juga sama. Mereka adalah kabinet yang memastikan kerajaan (PMUKM) berjalan dengan lancar dan menyatupadukan semua pelajar di bawah naungan PMUKM. Jika exco PMUKM (kabinet) menggunakan PMUKM sewenang wenangnya untuk menjayakan program kelompoknya sahaja, maknanya exco PMUKM telah menyeleweng dari fungsinya yang sebenar. Maka jika benar ada usaha ke arah itu (harapnya tidak ada), istilah menggunakan 'jentera kerajaan' (pejabat PMUKM, kewangan PMUKM, pengaruh PMUKM dan nama PMUKM) untuk kepentingan kelompok mereka sahaja dan juga untuk memenangkan agenda politik kampus tertimpa atas kepimpinan mereka.
JIka ini berlaku, pasti akan ada kumpulan pelajar yang rasa tidak puashati dengan gaya anggota exco PMUKM mentadbir PMUKM. Oleh itu semua pelajar berhak mengetahui apakah yang telah exco PMUKM lakukan di dalam menggerakkan PMUKM. Termasuklah soal dasar PMUKM, komitmen PMUKM dengan pihak luar, soal kewangan PMUKM yang dibelanjakan oleh exco PMUKM untuk pengurusan program dan pentadbiran.
Saya suka mencadangkan laporan kewangan PMUKM dibentangkan dalam majlis yang terbuka kerana sebagai pengundi pelajar berhak mengetahui ke manakah wang mereka telah dibelanjakan oleh exco PMUKM sesi ini. Apakah exco mengamalkan cara perbelanjaan yang bijaksana, dan memberikan pulangan yang lebih baik serta memberikan faedah pada semua pelajar UKM yang bernaung di bawah badan PMUKM.
Badan PMUKM berbeza dengan Jaksa Kolej. Jaksa Kolej adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk membantu pihak pengurusan UKM dan bukannya diundi. Oleh itu Jaksa bertanggungjawab kepada pihak pengurusan universiti yang melantik mereka dan boleh jika ada keperluan dipecat atau digugurkan dari jawatan, Mereka juga tertakluk kepada aturan perbelanjaan yang ketat seperti yang dikuatkuasakan oleh pihak bendahari. Malah setiap wang yang dibelanjakan oleh Jaksa mempunyai vot yang telah dikhususkan. Misalnya yuran kolej sebanyak RM 100 yang dibayar oleh pelajar digunakan seperti berikut (RM20 untuk t-shirt kolej, RM20 untuk makan malam tahunan kolej, RM 20 untuk kegiatan sukan, kebudayaan, ICT dan rekreasi, RM 20 untuk tujuan kebajikan pelajar (khairat, kecemasan pelajar, program sivik dan kerohanian) dan baki RM 20 ringgit lagi untuk tujuan aktiviti Jaksa Kolej).
Bagaimana pula dengan kewangan PMUKM? Ramai pelajar yang ingin tahu cara perbelanjaan exco PMUKM dan sebagai eksekutif badan induk, exco PMUKM juga berhak pada bila bila masa untuk mengetahui laporan perbelanjaan kelab kelab dan persatuan pelajar di bawah badan PMUKM. Seharusnya pada akhir sesi ini satu laporan aktiviti dan kewangan persatuan pelajar UKM disatukan dalam satu buku "Laporan Tahunan PMUKM sesi 2010-2011". Laporan ini bukanlah seperti majalah Aspirasi, tetapi dokumen rasmi tentang aktiviti PMUKM dan juga laporan kewangannya.

Secara semangatnya, semua persatuan harus memberikan sokongan penuh kepada badan PMUKM, tetapi itu tidak tertakluk sebagai peraturan dalam perlembagaan tubuh PMUKM (mungkin ada exco PMUKM sendiri yang masih belum membaca perlembagaan tubuh PMUKM). Kecualilah satu rang peraturan baru dikemukakan oleh exco PMUKM untuk mewajibkan semua persatuan pelajar UKM patuh dan akur dengan semua dasar dan polisi PMUKM. Sehingga itu, adalah menjadi perkara yang biasa untuk exco PMUKM tidak mendapat sokongan persatuan atau kelab di dalam naungannya.
Jadi persoalan samada exco PMUKM berjaya atau gagal mendapat sokongan daripada persatuan/kelab adalah soal kewibawaan dan karisma exco PMUKM. Persatuan/kelab tidak boleh disalahkan kalau tidak memberikan sokongan pada exco PMUKM dan hanya akan boleh disalahkan jika mereka memohon keluar dari badan PMUKM. Pelajar UKM harus boleh memahami tentang ada bezanya PMUKM sebagai sebuah badan rasmi (kerajaan) dan exco PMUKM (kabinet) yang diberikan tanggungjawab melaksanakan tugas badan rasmi tersebut. Jika kita faham hal ini barulah kita boleh terus berbincang tentang hal-hal yang seterusnya. Semoga exco PMUKM jangan terkhilaf dengan menyangka PMUKM mereka sahaja yang punya..