Kini idea mewujudkan OSC di UKM muncul kembali. Malah ini antara perkara yang sedang diambil tindakan secara bersungguh sungguh oleh Ybhg. Prof TNC HEPA untuk tahun 2012, mewujudkan sebuah 'one stop centre' yang lebih moden, berpusatkan pelajar dan dinamik persekitarannya (warna dan kemudahan) di Pusanika. Sama -sama kita doakan agar usaha murni ini akan dapat direlisasikan sepenuhnya pada tahun ini.
Apakah konsep one stop centre? Apa pula gunanya pada pelajar? dan apakah wujudnya one stop centre akan meningkatkan citra sesebuah universiti?

i) Sebagai 'meeting point' kepada para pelajarnya. OSC letaknya ditengah tengah kesibukan pelajar. PUSANIKA UKM adalah contoh terbaik. Maka itu perlu diperbanyakkan ruang rehat, kerusi, sofa dan sebagainya sebagai tempat pelajar 'berlepak' untuk bertemu dengan rakan rakan sementara menunggu waktu kuliah dan tutorial bermula. Malah UKM beruntung kerana letaknya PUSANISA di sebelah PTSL, yang akan menambahkan lagi peranan dan fungsi OSC di UKM.
ii) OSC sebagai pusat maklumat untuk semua perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar. Maka kaunter kaunter perkhidmatan disediakan untuk pelajar mendapatkan maklumat, mengambil borang, menghantar borang, dan sebagainya. Juga OSC menyediakan brosur dan pamplet untuk semua maklumat pada pelajar. Selain itu laman web dan maklumat secara 'online' berkaitan perkhidmatan pelajar juga diuruskan oleh kakitangan OSC.

iv) OSC juga diwujudkan sebagai pusat rekreasi (leisure) untuk pelajar. Maka saya sempat melihat ada OSC di People Universiti of Korea, terdapat satu ruang besar yang tergantung lebih 20 TV bersaiz besar di OSC. Pelajar akan duduk menonton tv satelit menggunakan headphone yang boleh dipilih channel oleh para pelajar. Selain tv ada juga disediakan wifi berkelajuan tinggi, ada ruang permaian indoor (ping pong, chess etc) untuk digunakan oleh pelajar. Malah ada juga OSC yang mempunyai ruang ruang kiosk perniagaan makanan dan alatulis samada dilakukan oleh kumpulan pelajar ataupun disewakan pada peniaga. OSC yang mempunyai empat fungsi ini pasti akan menjadi tumpuan para pelajar, bukan sahaja di waktu siang tetapi pasti juga menjadi tumpuan pelajar pada waktu malam dan hujung minggu!
2. Maka akan tiba masanya nanti OSC akan diuruskan sendiri oleh pelajar untuk pelajar. Saya yakin masanya akan tiba nanti. Malah saya yakin ramai pelajar berkemampuan menjadi penerima dan penyampai maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh UKM secara profesional untuk rakan rakan mereka sendiri. Ini pastinya akan menjadikan UKM antara universiti yang mempuntai OSC yang boleh dibanggakan oleh pelajar UKM dan warga UKM. Pastinya citra UKM akan menerima aura dengan keberadaan OSC yang boleh kita semua banggakan. Sehingga tibanya saat itu, OSC yang sedang mendapat sentuhan pimpinan HEPA memerlukan sokongan dan sambutan daripada pelajar. Elok benar jika semua pelajar juga mencadangkan apakah konsep yang paling dekat dihati pelajar pada pihak JPPEL yang berperanan pada pembangunan OSC di Pusanika.