Saya tak ingin mengungkap apa yang telah dibincangkan semalam, walaupun pada saya seperti manis di pangkal tetapi tawar di hujungnya. wakil PESEPSI ternyata berjaya memberikan makna kepada real politik tetapi panel seterusnya tidak berpegang kepada definisi yang jelas tentang apakah real politik dan mengaitkannya dengan hujan yang diberikan. Boleh rujuk misalnya konsep real politic seperti berikut,
"The term realpolitic, "the pursuit of national interests by leaders without regard for ethical or philosophical considerations" http://www.americanthinker.com/2012/07/the_modern_machiavelli.html#ixzz2MpFC1BeA
Kita harus faham real politic adalah satu bentuk politik yang realisme dan pragmatik dengan membenarkan apa juga cara cara yang praktikal untuk mencapai matlamat untuk menguruskan negara, mencapai kuasa atau mengekalkan kuasa. Real politic tidak bermaksud semuanya memberi kesan negatif, ada kalanya real politic diperlukan untuk mengukuhkan negara dan masyarakat melalui kuasa politik. Pada masa yang sama real politic tidak memberikan ruang pada aliran idealisme, bersifat ideologi apatah lagi mengunggulkan etika dan moral. Real-politic akan membawa kesan baik jika penguasa mempunyai integriti, kebijakan, amanah dan patriotisme yang tinggi dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh rakyat.
Saya tidak perlu ulas panjang lebar kerana para mahasiswa juga boleh rujuk makna serta perdebatan tentang real politic di internet atau di PTSL. Mungkin sekadar satu refleksi saya mengharapkan beberapa persoalan berikut dijawab semalam tetapi nyata tidak kesampaian;
- Persoalan Pertama: Apakah PAS sebagai penguasa menggunakan realpolitic dalam cara parti itu menggunakan agama Islam sebagai wadah mengekalkan kuasa di Kelantan dan Kedah? Apakah ajaran Islam yang membentuk realpolitic kerajaan PAS atau sebaliknya kerajaan PAS menggunakan Islam sebagai tindakan realpolitic? Apakah parti itu juga menggunakan real politic dalam isu "Kalimah Allah", isu bersepakat dengan DAP untuk berkuasa di peringkat federal (parti yang telah secara rasmi menolak negara Islam anjuran Pas). Apakah satu realpolitic juga apabila pimpinan PAS menkafirkan ahli parti lawan (UMNO) yang bersekongkol dengan parti bukan Islam yang tidak menolak agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Begitu juga soalan yang sama kita boleh kemukakan pada UMNO? Apakah tindakan tindakan yang dicanangkan sebagao tidak adil oleh pihak pembangkang berkaiatan isu ekonomi, politik, undang, undang dan hubungan kaum boleh dianggap sebagai perlakuan perlakuan realpolitic?
- Persoalan Kedua: Adakah tranformasi ekonomi dan politik kerajaan barisan Nasional merupakan satu bentuk real-politic jika agenda tersebut dilakukan secara meneyeluruh pada semua rakyat Malaysia tanpa membezakan kaum, jantina, pegangan politik, agama, wilayah/negeri dan sebagainya?
- Persoalan Ketiga: Apakah contoh contoh realpolitic yang positif telah dilakukan oleh semua parti di Malaysia? Parti mana yang lebih banyak melakukan real politik yang positif kepada pembangunan rakyat?
- Persoalan Ke Empat: Dalam bentuk undang-undang, apakah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), AUKU, OSA dan Akta Perhimpunan Aman 2012 boleh menjadi tindakan tindakan bersifat realpolitic? Bila pula akta akta ini diperlukan khususnya dalam keadaan keadaan lain. Misalnya jika isu Lahad Datu jika berpanjangan, isu gerakan memurtadkan orang Islam atau isu ajaran sesat? Apakah itu juga dalam diistilahkan sebagai real politic?
- Persoalan Kelima: Bagaimana mahasiswa boleh menguruskan realpolitic untuk menjadikan mereka celik politik, apakah yang perlu mereka lakukan, apakah ada kemahiran kemahiran khusus yang diperlukan?
- Persoalan Keenam: Apakah bentuk bentuk lazim real politic dalam kampus UKM?
- Persoalan ketujuh: Apakah konsensus yang boleh para pimpinan mahasiswa UKM nyatakan dalam memurnikan politik kampus UKM? Atau semua pemimpin pelajar UKM setuju mereka juga harus mengamalkan realpolitic sebagaimana yang dilakukan oleh real-politician di luar kampus? Apakah dalam kampus pimpinan mahasiswa juga setuju untuk menolak politik nilai, etika dan moral untuk merebut kuasa PRK UKM?
Nampaknya semua persoalan ini masih belum terjawab sepenuhnya.... Apa pun tahniah pada MPPUKM yang berjaya anjurkan dikusi ilmiah ini. Memang memberansangkan dengan kehadiran mahasiswa UKM yang mempunyai pandangan politik yang berbeza. menariknya mereka mampu duduk dengan aman, mendengar hujah hujah dengan tenang dan balik dengan senyuman. Saya percaya tanpa rencah realpolitic yang buruk dari luar kampus, setiap anak muda UKM akan mampu berfikiran waras dan bijaksana, malangnya bila mereka didoktrinkan bertalu talu oleh pihak luar UKM, jiwa mereka menjadi kacau, resah dan mula melakukan perlakuan tidak bijaksana lagi. Berdemo di DECTAR pada saya tidak bijaksana sifatnya, menggantung banner menghina orang lain juga tidak bijaksana, apatah lagi mengedar gambar gambar tidak senonoh dengan tujuan mengaibkan rakan seuniversiti. Ini merupakan contoh realpolitik yang kotor dan merosakkan politik nilai yang sedang diwarisi oleh anak anak muda UKM. Apakah kita rela hilang nilai, hilang moral dan hilang segalanya, semata mata ingin menguasai PUSANIKA? Sebab itu agama Islam letaknya di atas politik, kepentingan negara dan survival bangsa juga mesti di atas politik dan prinsip moral, amanah, etika juga di atas permaian politik. Jika permaian realpolitik sudah berada di atas semua ini, maka sekularlah pemikiran politik kita.
Tahniah juga pada wakil PESEPSI, ASPIRASI dan "GMUKM" kerana berkongsi pandangan anak muda UKM semalam. Diharapkan team ASPIRASI juga akan menganjurkan acara diskusi sebagai satu acara rutin mereka. Tentu saya fikir pihak "GMUKM" juga pasti akan menghantar wakil mereka nanti..maka kita tunggu bersama diskusi anjuran ASPIRASI UKM...
Tahniah juga pada wakil PESEPSI, ASPIRASI dan "GMUKM" kerana berkongsi pandangan anak muda UKM semalam. Diharapkan team ASPIRASI juga akan menganjurkan acara diskusi sebagai satu acara rutin mereka. Tentu saya fikir pihak "GMUKM" juga pasti akan menghantar wakil mereka nanti..maka kita tunggu bersama diskusi anjuran ASPIRASI UKM...