Berbanding ko-kurikulum, untuk kita memahami makna kecemerlangan akademik di peringkat universiti adalah lebih mudah. Seseorang yang mencapai 3.67 mata PNGK dan ke atas dikategorikan sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Semakin hampir seseorang pelajar mencapai mata kepada 4.00 PNGK maka semakin cemerlang pencapaian akademiknya.
Bagaimanapun makna cemerlang lebih sukar untuk difahami dalam ko-kurikulum. Apakah seseorang yang sangat aktif dan menjadi pengarah berbagai projek boleh dikategorikan sebagai cemerlang ko-kurikulum? Atau apakah bila seseorang pelajar mewakili universiti dalam apa-apa acara dikatakan lebih cemerlang daripada pelajar yang sekadar mewakili kolej kediaman atau fakulti. Atau makna cemerlang boleh diukur walaupun dengan hanya satu acara yang disertai oleh pelajar tetapi kerana ia bertaraf antarabangsa maka itu lebih cemerlang berbanding pelajar pelajar yang lain yang tidak berpeluang menyertai aktiviti ko-kurikulum di peringkat antarabangsa.
Maka bila kita ingin mencari siapakah yang cemerlang ko-kurikulumnya di UKM, lebih lebih lagi bila ingin dicalonkan sebagai penerima anugerah atau menerima pengiktirafan dari pihak berkuasa universiti tidak dapat tidak makna dan konsep kecemerlangan ko-kurikulum mestilah jelas, mempunyai piawai yang jelas untuk semua segmen ko-kurikulum.
Kita harus mulakan perbincangan ini dengan;
1) memahami konsep kecemerlangan;
2) memahami kecemerlangan berasaskan sejarah dan falsafah UKM;
3) memahami kecemerlangan berasaskan hala tuju dan keutamaan dlm pembangunan pelajar di UKM.
Konsep kecemerlangan
Umumnya, semua definisi yang dinyatakan oleh mana mana kamus tersohor dan terkini (Oxford, Webster dan Wikipedia) mengaitkan perkataan cemerlang dengan perkataan outstanding dan habit. Maknanya untuk menjadi cemerlang, seseorang mestilah mempunyai tahap keupayaan yang lebih tinggi daripada 'pesaingnya' atau orang lain secara ketara (outstanding). Kedua, tahap yang tinggi dan ketara (outstanding) itu pula bukan hanya sekali tetapi sudah menjadi satu 'habit' kepada seseorang yang cemerlang.
Misalnya kalau seseorang berjaya mewakili UKM dalam debat inter universiti, cemerlang bukan sahaja bermakna dia hanya berjaya mewakili UKM (yang membuktikan beliau seorang yang aktif berdebat berbanding orang lain, tetapi cemerlang bermaksud beliau mampu mewakili UKM berulang kali dan berupaya melatih rakan rakan menjadi pendebat UKM juga. Lebih cemerlang lagi bila beliau juga berjaya memenangi pertandingan tersebut berulang kali sepanjang pengajian di UKM. Dan mendapat pengiktirafan atas kejayaannya.
Dalam falsafah Islam, cemerlang diberikan makna ihsan. Makna ihsan ialah melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik bagi tujuan mendapat hasil yang terbaik demi mendapat keredhaan Allah swt. Secara prinsipnya mencari insan atau cemerlang dalam Islam adalah suatu ibadah. Makna ihsan ini jauh lebih baik dan besar berbanding makna cemerlang yang telah kita warisi dari pemikiran falsafah Greek yang dikenali sebagai 'arete' atau outstanding yang dikaitkan dengan budaya pertandingan dan berusaha mengalahkan orang lain untuk mencapai atau kekal cemerlang.
Jika kita dapat mengunakan istilah ihsan dalam mengkonsepsikan makna kecemerlangan dalam ko-kurikulum, sudah tentu kecemerlangan ko-kurikulum yang ingin dicapai akan mendekatkan diri kita dengan pencipta kita Allah swt.
Makna kecemerlangan dalam ko-kurikulum juga bukannya berdasarkan kuantiti sahaja tetapi lebih kepada kualiti. Berapa bilangan aktiviti yang disertai, berapa bilangan pertandingan atau berapa bilangan projek yang dianjurkan tidak boleh dijadikan sebagai asas utama yang menjelaskan kecemerlangan seseorang sepenuhnya. Cukuplah pencapaian kuantiti dijadikan sebagai markah bonus dalam kita memberikan pengiktirafan kepada kecemerlangan seseorang dalam ko-kurikulum.
Kita seharusnya menumpukan kepada kualiti, impak dan kejayaan seseorang dalam perjuangan mengangkat bidang ko-kurikulum yang disertai. Seseorang yang menceburi dalam ko kurikulum keusahawanan, mula berniaga di tahun satu sehingga berjaya membuka perniagaaan sendiri di tahun akhir dengan menghasilkan beberapa usahawan lain dibawahnya tentu lebih cemerlang daripada seseorang yang menghadiri berpuluh puluh seminar, konvensyen atau lawatan berkaitan keusahawanan tetapi tidak mempunyai perniagaan sendiri apatah lagi menghasilkan usahawan usahawan muda di bawahnya bimbingannya.
Kecemerlangan berasaskan sejarah dan falsafah UKM
Kita di UKM mempunyai falsafah universiti yang cukup seimbang. Paduan antara iman dan amal serta amal yang bermanafaat..." memberikan makna yang cukup mendalam jika diteliti dan dibuat penaakulan. Sememangnya setiap orang yang menjejak kaki ke UKM samada sebagai tenaga akademik, pentadbiran, pelajar dan alumni harus menyerap falsafah ini.
Sejarah kita juga sangat berkait dengan berbakti kepada masyarakat. Kita bukan sahaja sebuah "The National University" tetapi juga mendukung amanah sebagai "The People University". Maka itu kecemerlangan ko-kurikulum pelajar kita harus mempunyai teras teras kemasyarakatan.
Maka itu seseorang pelajar yang dikatakan cemerlang juga harus memiliki semangat untuk menterjemahkan falsafah "The People's University" ini dalam kegiatan ko kurikulumnya. Sebagai satu contoh mudah, bagaimana seseorang pelajar yang belajar di UKM dengan ilmu yang diperolehi sehingga mencapai PNGK yang cemerlang berupaya menyulami kehebatan ini dengan sahsiah yang hebat dan moral yang tinggi. Beliau akan dilihat sebagai cemerlang apabila mempunyai agenda dan tindakan yg jelas untuk berbakti kepada masyarakat. Tanpa mengira samada seseorang pelajar itu terlibat dengan ko kurikulum badan beruniform, sukan, kesenian, kepimpinan, keusahawanan atau sebagainya, mestilah ada elemen aktiviti kemasyarakatan yang pernah dilakukan sepanjang pengajian di UKM. Tak kiralah samada untuk masyarakat dalam kampus, lebih lebih lagi untuk masyarakat di luar kampus.
Kecemerlangan berasaskan hala tuju dan keutamaan UKM
UKM mempunyai keutamaan dan halatuju yang jelas apa yang ingin dicapai pada masa depan. Seseorang pelajar yang diiktiraf cemerlang ko kurikulum seharusnya tidak hanya memenuhi keperluan individunya semata mata. Misalnya selain mencapai PNGK yang tinggi, tidak cukup dengan hanya berjaya selesaikan 8 kredit ko-kurikulum semata. Beliau juga harus menyumbang kepada pembinaan kepada CITRA UKM. Misalnya tentunya mewakili UKM atau negara jauh lebih cemerlang pencapaiannya berbanding mewakili kolej atau fakulti sahaja. Begitu juga dengan memenangi apa juga pertandingan di peringkat tertinggi sehingga ke peringkat antarabangsa tentunya lebih baik dari sekadar menyertai atau mewakili semata mata.
Ada bezanya antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar yang aktif. Mungkin bilangan yang aktif adalah lebih ramai berbanding dengan cemerlang. Dan ada bezanya antara cemerlang sebagai penganjur program dengan cemerlang sebagai peserta yang 'outstanding'.
Sebenarnya sesiapa sahaja di kalangan pelajar tanpa mengira apa bangsanya, agamanya, budayanya, fakultinya atau kolejnya....tetap mempunyai hak untuk cemerlang ko-kurikulum di UKM...Kita harus cemerlang dalam acuan dan cara kita sendiri..semuanya bermula dengan benar benar mengenali diri sendiri sedalam dalamnya...
26 June, 2012
22 June, 2012
Mentaliti Lama dan Kronisme dalam Persatuan Pelajar UKM
Catatan: Ini pandangan peribadi saya. Mungkin ada yang kurang bersetuju. Mungkin anda juga ada pandangan yang tersendiri. Apa pun pandangan kita, tujuannya harus jelas iaitu kita semua mesti berusaha ke arah meningkatkan kualiti aktiviti pelajar di UKM dan seterusnya membawa kepada peningkatan kualiti graduan UKM.
1. Economy Tranformation Plan (ETP) menjanjikan ratusan ribu peluang pekerjaan pada generasi muda. Dikatakan sekitar 600,000 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan khususnya untuk kumpulan graduan ijazah pertama sehingga 2018. Saya agak skeptikal dengan angka ini tetapi biarlah kita terima dulu sebagai panduan.
2. Hampir 95% atau 570,000 peluang pekerjaan ini datangnya dari sektor swasta. Pada masa yang sama pekerjaan di sektor kerajaan akan mula dikecilkan. Selain penggunaan sistem teknologi maklumat yang lebih efisyen, tumpuan pengurusan kerajaan untuk menjajarkan amalan kos efektif dalam semua segmen kerajaan juga mula dipertingkatkan. Maknanya pengambilan kakitangan baru akan turut menjadi lebih kecil berbanding sekarang.
3.Apa maknanya semua ini dan kesannya pada pembangunan pelajar di UKM? Kalau kita lihat 'nature' aktiviti pelajar yang ada di UKM hampir keseluruhannya adalah warisan sejak tahun 1970an, 1980an hinggalah 1990an. Hampir semua aktiviti atau projek ini adalah atas paradigma "public sector based activities" samada dari segi pemikiran dan idea, protokol, penyediaan kertas kerja, cara penajaan, bentuk dan tatacara majlis sehinggalah kepada kaedah melihat kos efektif dan laporan.
4. Malah lebih mendukacitakan dan perlu diubah segera ialah cara pimpinan pelajar samada di perikat persatuan, urusetia dan kelab projek memilih AJK projek mereka pun berasaskan persahabatan atau favouritisme. Malah jangan terkejut ada pemimpin persatuan atau kelab yang mengamalkan 'mild cronyism' dalam memilih seseorang untuk ke jawatan penting dalam projek mereka.. Menarik bukan?
5. Oleh itu hal hal seperti ini selalu saya tekankan dalam ceramah dan diskusi berkaitan organisasi pelajar apabila dijemput. Saya selalu cadangkan agar meletakkan keutamaan kepada dasar merit dalam pemilihan AJK dan menolak budaya kronisme walaupun tujuannya seakan-akan nampak murni. Misalnya ada pemimpin pelajar akan berkata "kalau kawan jadi ajk saya, senang sikit nak berkomunikasi" atau "saya suka kawan rapat jadi ajk saya supaya senang kami nak buat aktiviti sama sama" dan sebagainya.
6. Budaya memilih kawan rapat sebagai AJK tidak ada masalah selagi meritnya tinggi. Persoalannya, apakah benar benar pilihan yang di buat oleh pimpinan pelajar berasaskan kawan atau merit?
7. Mulanya dulu pimpinan pelajar di UKM termasuklah di IZISH mungkin tak faham maksud saya. Mereka juga sudah terbiasa dengan budaya berpersatuan sebagaimana di kalangan semua pelajar UKM sebelumnya. Tetapi akhirnya sekarang mereka sudah mula faham dan dapat bezakan antara merit dan favouritisme. Bila pasukan kerja sudah di bina, semangat kerja sepasukan telah dibentuk oleh para felo, matlamat, agihan kerja dan sasaran kerja telah menjadi jelas maka barulah pemimpin pelajar akan mula sedar sedar pentingnya merit berbanding amalan kronisme.
8. Kita perlu mula membuka pemikiran baru yang lebih terbuka dengan mengalakkan 'nature' pemikiran korporat dan private sector dalam aktiviti pelajar kita di UKM. Bukan sahaja kerana peluang kerja nanti lebih luas di sektor korporat tetapi juga mula menanamkan sifat daya juang dan punyai kehebatan untuk bertanding dengan graduan lain khususnya graduan IPT yang lain.
9. Ini bukan sekadar isu penguasaan bahasa Inggeris sahaja..ia lebih mendalam dari itu. Tentang budaya kerja syarikat swasta, kemahiran pemikiran dan perkongsian idea dalam syarikat swasta yang sangat berbeza dengan sektor kerajaan.
10. Persoalannya, bersediakan pelajar kita untuk bekerja di sektor swasta jika persekitaran aktiviti di UKM masih berorientasikan cara kerja jabatan kerajaan? Apa pula peranan pemimpin pelajar UKM khususnya di kalangan pemimpin persatuan pelajar UKM?

21 June, 2012
IZISH Berjaya Raih Dua Geran Peruntukan KPT
Usaha untuk mendapatkan geran ini telah bermula sejak Januari 2012 lagi, bila pasukan felo IZISH bersama pasukan MEP telah bersungguh sungguh sehingga berupaya menyediakan lima proposal untuk diserahkan kepada pihak JPPEL yang seterusnya mendaftarkan permohonan tersebut kepada pihak KPT.
Dimaklumkan proposal IZISH terpaksa bersaing sengit dengan sebegitu banyak proposal yang di hantar oleh pihak IPTA dan IPTS yang lain dari seluruh Malaysia. Beberapa kriteria utama seperti kejelasan objektif projek, sejauh mana impak projek kepada pembangunan pelajar dan jaringan kemasyarakatan serta pengalaman sebelumnya telah diambil kira.
Dengan pembiayaan dari geran KPT ini, pelajar IZISH sangat beruntung kerana untuk melaksanakan aktiviti mereka pada sesi depan sekurang kurangnya sudah mempunyai pembiayaan yang mencukupi. Malah dengan kejayaan ini juga, sasaran yang diletakkan dalam Pelan Strategik IZISH 2011-2013 telah mencapai matlamatnya dari segi penajaan luar dari sektor kerajaan.
Dua tumpuan yang diletakkan sebagai keutamaan kepada pengurusan IZISH iaitu program Kelestarian dan juga program Kebolehpasaran akan dapat dijayakan ke peringkat yang lebih tinggi dengan adanya geran kewangan ini. Selain itu satu lagi inisiatif berkaitan Kesejahteraan Kolej dalam proses penyediaan dokumen tindakan peringkat terakhir.
Tahniah buat team pengurusan IZISH, para felo IZISH dan MEP sesi 2011-2012 yang telah merealisasikan harapan ini...
16 June, 2012
MEP IZISH Baru, Cabaran Baru, Azam Baru...
![]() |
| TAHNIAH MEP 2012-2013 |
Malam ini juga bermulanya tanggungjawab baru kepada 13 orang MEP yang baru di IZISH. Dengan diketuai oleh saudari Noor Afiqah dari Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) sebagai Ketua Eksekutif, pastinya cabaran mereka akan lebih besar lagi mengemilangkan aktiviti IZISH pada sesi depan.
Majlis Penyerahan Watikah yang diadakan di dewan Bankuasi, Bangunan Canselori UKM pada malam ini juga mengesahkan perlantikan enam ahli lembaga Pengarah Majlis Eksekutif Pelajar IZISH untuk sesi depan. Terima kasih pada Izzati, Abdillah, Khalid, Ika, Yati dan Jonathan yang sudi menerima tanggungjawab ini. Lembaga Pengarah selaku penasihat MEP akan menyumbangkan idea bagi menyokong semua aktiviti aktiviti yang akan dianjurkan pada tahun depan. Pastinya dengan dukungan dan sokongan ahli lembaga pengarah, MEP sesi depan akan lebih bersedia untuk cemerlang. Tanpa nasihat dan bimbingan para senior, MEP tentunya terpaksa bermula dari 'kosong' untuk menjayakan aktiviti mereka.
Saya sendiri pernah berada dalam situasi yang sama bila menjadi JAKSA Kolej Dato Onn dulu. Bukanlah sesuatu yang mudah menguruskan rakan sebaya untuk menjayakan program JAKSA. Kesukaran itu juga pada akhirnya satu pengalaman yang telah membina diri saya.
Beberapa cabaran baru yang sempat saya nyatakan dalam ucapan majlis watikah tadi ialah;
Cabaran Satu: Penjanaan idea baru, inovasi dan kreativiti mesti menjadi budaya asas kepada kepimpinan MEP sesi depan. MEP tidak harus mengulangi kelaziman yang telah dilakukan oleh MEP sebelum mereka. Bukan kerana idea lama tidak baik tetapi kerana budaya mengulang-ulang kelaziman secara langsung akan mengurangkan cabaran inovasi dan kreativiti kepada kepimpinan MEP. Jika masih ingin meneruskan idea lama, perlu ada penambahbaikan dengan inovasi yang ketara.
![]() |
| SYABAS MEP 2011-2012 |
Cabaran Tiga: IZISH mesti meraikan kesinambungan untuk cemerlang. Oleh itu diwujudkan badan lembaga pengarah MEP. Melalui platform ini, pelajar senior berpeluang memberikan pandangan dan idea konstruktif kepada berbagai perkara untuk kemajuan IZISH. Mereka sudah berpengalaman dalam penganjuran projek dan tahu kekuatan dan kelemahan sesuatu projek.
Cabaran Empat: Kepimpinan MEP melangkah sederap dengan Pelan Strategik IZISH 2011-2013. Pada sesi depan IZISH akan memasuki fasa kedua dan terakhir Pelan Strategik IZISH 2011-2013. Fasa ini adalah fasa pemantapan. Agenda utamanya ialah aktiviti penjenamaan. Sebagai contoh, bila seseorang menyebut IZISH, dalam masa dua saat apakah yang terbayang di fikiran pendengarnya? Kolej Lestari, Kolej Sejahtera, Kolej Rujukan, Kolej Penanda Aras, kolej yang punyai pelajar yang hebat, kolej yang lengkap prasarana, kolej yang cantik lanskapnya atau apa? sama sama kita nantikan nanti jawapannya...
14 June, 2012
Nasihat Buat Pelajar UKM...
Saya adalah antara segelintir mahasiswa yang berkahwin masa belajar. Satu keputusan yang sukar tetapi berbaloi bila difikir sekarang. Beberapa rakan yang mengambil keputusan yang sama juga merasa begitu.
Tetapi bukan kisah 'indahnya berumahtangga' itu yang ingin saya sampaikan kali ini. Walaupun ada kena mengena juga. Seperti rakan rakan yang berkahwin semasa belajar, secara total cara kami berfikir tentang kehidupan berubah sama sekali selepas berumahtangga. Semuanya kerana tanggungjawab sebenar telah bermula bila melangkah ke alam berumahtangga.
Jika dahulu ibubapalah tempat mengadu jika 'kekeringan' duit, bila sudah berkahwin harus berfikir untuk punya pendapatan sendiri. Malu rasanya jika masih meminta minta pada ibubapa sedangkan sudah menjadi suami isteri. Maka belajar dan bekerja sambilan menjadi pilihan utama dan terakhir. Selain tumpukan sepenuhnya pada pelajaran, pemikiran masa depan menjadi lebih jelas tentang apa, bagaimana dan kenapa keputusan yang cemerlang dalam akademik harus dicapai. (jangan pula ini menjadi alasan pada pelajar yang membaca untuk cepat berumahtangga!).
Tanggungjawab yang semakin besar menyebabkan masalah yang dahulunya sebelum berkahwin dilihat besar telah menjadi sangat kecil. Tanggungjawab yang besar menyebabkan pandangan hidup kami lebih jelas. Jika dulu terasa demam terus berkira kira untuk tidak hadir kuliah, bila sudah berkahwin bukan sahaja demam malah apa juga rintangan pasti tetap ke kuliah dan ke tempat kerja. Jika dahulu sebelum berkahwin sibuk dengan cerita politik kampus, bermain dan berbual kosong selepas menelaah pelajaran, selepas kahwin hal hal sebegitu bukan lagi menjadi keutamaan. Bukan kerana tidak penting tetapi tanggunjawab baru ini menyebabkan sesetengah isu mula menjadi remeh. Paling utama ialah untuk mencapai kecemerlangan akademik, menjadi suami yang punyai pendapatan sendiri dan memastikan keluarga dalam suasana yang baik.
Moralnya pengalaman kecil ini ialah bila kita ada tanggungjawab yang lebih besar yang perlu kita pikul, segala masalah, rintangan dan cabaran yang satu masa kita katakan besar, akan menjadi kecil dan tidak utama lagi.
Saya bawakan kisah hidup ini untuk menyatakan bahawa kita sebagai pelajar di universiti harus mula melihat perkara perkara yang penting dan besar. Pada masa yang sama jangan sekali kali membesar besarkan perkara yang kecil. Isu makanan mahal, bas lambat, jalan berlubang, penat, letih, benci kawan yang suka mengata, malas, ketagihan FB, internet perlahan dan lain lain sebenarnya adalah isu yang hanya besar pada mereka yang tidak punyai pandangan hidup dan masa depan yang jelas. (jangan terasa hati bila saya berkata begitu!). Tetapi bukan maksudnya isu isu ini tidak perlu diselesaikan..ia masih perlu diselesaikan..
Oleh itu, ada bezanya pelajar yang ada pandangan hidup yang jelas dengan pelajar yang kabur dan lebih suka membiarkan keadaan yang menentukan masa depannya. Bayangkan ada pelajar yang menulis di FB sedih seharian semata-mata sebiji jerawat tumbuh di wajahnya. Ada yang sanggup ponteng kelas untuk bermain permaian online di internet. Ada juga yang sanggup tidak ke kuliah kerana lewat sedikit. Kononya takut dimarahi pensyarah.
Ada pula yang tidak kuliah kerana tidak ada baju yang sesuai atau tudung yang tidak sedondon dengan baju. Ada yang sanggup gunakan wang PTPTN untuk berhibur sedangkan wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membeli bahan pembelajaran. Mungkin itu wang pelajar sendiri, gunakanlah tetapi pada yang jelas pandangan hidup pasti mereka akan menyimpan untuk digunakan pada saat saat yang sangat diperlukan...
Kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang pun bermula dengan pandangan masa depan yang jelas. pelajar UKM harus melihat perkara yang lebih besar dalam kehidupan masa depan mereka. Jangan biarkan perkara yang remeh temeh menjadi kekangan kepada melaksanakan tanggungjawab anda...belajar..belajar...belajar..

12 June, 2012
Kisah Ubi Berisi Dan Tin Kosong di UKM
Lima tahun dahulu di dalam satu seminar yang sempat saya hadir anjuran Perpustakaan Negara, dinyatakan rakyat Malaysia secara purata membaca dua halaman buku setahun. Maka terkejutlah semua peserta. Ada yang mempertikaikan data tersebut. Sya juga terkejut tetapi jika ditenungkan memang ada kebenarannya data tersebut. Mungkin pada mereka yang kuat budaya membaca tidak terfikir bahawa adanya ramai rakyat Malaysia yang kurang membaca atau tidak pernah membaca buku selepas tamat sekolah.
Budaya membaca membawa kepada budaya lain seperti budaya berhujah dengan bukti dan budaya pemikiran yang kritikal. Malah budaya membaca terutama bahan bacaan yang berkualiti akan dengan jelas membezakan antara individu yang berpengetahuan dengan individu yang bercakap tanpa maklumat. Ibaratnya seperti 'ubi yang diam diam berisi' berbanding "tong yang hanya kuat berbunyi tapi kosong'.
Seminggu yang lalu Star Publication membuat promosi selama tujuh hari dengan mengedar beribu-ribu naskah akhbar Star di semua kolej kediaman UKM. Saya ambil peluang ini untuk melihat sejauh mana budaya membaca bahan yang baik dan percuma ini dimanfaatkan oleh pelajar UKM.
Promosi, makluman dan pemberitahuan telah dilakukan lebih awal oleh kakitangan pejabat kolej dan juga pihak felo. Malangnya bagaimana bentuknya yang diletakkan di awal pagi, begitulah juga bungkusan tersebut terikat kemas hingga ke petang sepanjang program ini. Maka untuk menjayakannya, pihak felo dan kakitangan bertindak dengan mengedarkan surat khabar ini ke blok blok pelajar. Tinjauan menunjukkan hal yang sama berlaku di semua kolej kediaman yang lain. Sayang sekali usaha baik pihak Star ini tidak dimanafaatkan oleh pelajar.
Saya melihat budaya membaca perlukan 'hero' yang berupaya memperjuangkannya di kalangan pemimpin pelajar. Seharusnya memperjuangkan budaya membaca dilakukan bersungguh sungguh selari dengan tuntutan agama Islam. Kita harus berfikir akan hikmahnya ayat yang mula mula diturunkan oleh Allah swt melalui Jibrail a.s kepada Muhammad saw ialah "Bacalah.." Makna benarlah dan besarlah dakwah dalam memperjuangkan budaya membaca ini untuk dilakukan.
Jika ada pelajar yang boleh berdemontrasi, berarak, terjerit terjerit menuntut berbagai perkara, tidak pernah sesiapapun di kalangan pelajar yang ingin mengangkat perjuangan pembudayaan membaca.
Saya kira perjuangan ini satu perjuangan dari pelajar yang pasti berterusan dari usaha memohon diadakan bahan bahan membaca di berbagai tempat di UKM, ruang membaca diperbanyakkan, kempen membaca digerakkan, insentif dan ganjaran membaca hinggalah kepada penubuhan 'Book Club' dan siri siri kritikan buku. Juga jemputan untuk penulis buku datang ke UKM membuat pengisahan pemikiran buku buku tulisan mereka. Boleh dianjurkan juga book sale, sumbangan buku pada nasyarakat luar kampus dan sebagainya.
Sayangnya hal ini tidak berlaku di UKM. Malah juga tidak berlaku di mana mana IPT yang lain. Maka tidak hairanlah jika saya katakan kebanyakan pelajar yang berdemontrasi untuk mansuhkan AUKU pun tidak membaca keseluruhan dokumen tersebut. Apa lagi untuk memahaminya secara bijaksana.
Oleh itu sebaiknya PMUKM, ASPIRASI, ISIUKM, Jaksa Kolej Kediaman dan lain lain persatuan pelajar UKM mulalah mengerakkan perjuangan budaya membaca di UKM. Anjurkanlah sebanyaknya aktiviti yang mengerakkan momentum budaya membaca. Semakin kita banyak membaca semakin berisi pengetahuan dan pengalaman kita. Semakin jauh kita dari sifat sifat "tin tin yang kosong"...bukankah membaca dan mencari pengetahuan baru adalah idea asasnya mengapa sebuah universiti dibina...
![]() |
| Gambar ini diambil pada jam sekitar jam 6.00 petang di lobi IZISH |

06 June, 2012
Jayakan Dakwah Keselamatan di UKM
"Salam Sejahtera, jika anda perhatikan kenderaan anda telah diletakkan dengan cara yang salah kerana menghalang aliran lalulintas. Anda mungkin anggap ini adalah perkara kecil. Bagaimanapun perilaku anda ini telah menyebabkan kesulitan pada orang lain. Anda pasti kecewa kalau orang lain melakukan perkara yang sama pada anda. Bertimbang rasa dan berusahalah untuk memberikan kesejahteraan pada orang lain kerana itu adalah satu perbuatan yang mulia. Apa pun alasan anda, perbuatan ini tetap sesuatu yang salah. Berusahalah berubah untuk juga memikirkan kesejahteraan orang lain. Semoga anda juga dirahmati"
Sekian. Terima Kasih
Ikhlas dari Pengetua IZISH
Nota ini mungkin pernah diterima oleh beberapa orang pelajar IZISH. Puncanya mereka meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan. Samada di kawasan yang menghalang lalulintas dalam kolej atau pun kereta yang diletakkan di tempat parking motosikal.
Saya sendiri menyimpan beberapa salinan nota ini di dalam kereta saya dan bila berjumpa dengan 'mangsa' saya akan selitkan nota ini di bilah 'wiper' kereta atau di dalam tempat barang motosikal mereka.
Petang ini, Ybhg TNC HEPA mengutarakan isu yang hampir sama. Beliau telah 'post' gambar sebuah kereta yang diletakkan di kawasan yang tidak sepatutnya (speed level) di kampus UKM. Saya setuju budaya negatif ini jika tidak dibendung akan menjadi sesuatu yang sangat sukar dikawal pada masa depan.
Pihak keselamatan UKM telah melakukan berbagai usaha dengan apa yang mereka terdaya. Memberikan nasihat sudah, memberikan amaran juga sudah. Clamp dan mengeluarkan saman juga sudah. Tetapi ini seperti tidak ada hujungnya. Tentunya tidak adil untuk hanya menyerahkan tanggungjawab ini pada pasukan keselamatan UKM sahaja. Dengan jumlah pelajar yang mencecah lebih 20,000 dan ribuan buah kereta dan motosikal, semua orang harus bersama sama bertanggungjawab dengan perilaku mereka sendiri.
Pada yang berduit, mungkin saman RM50 akan mereka bayar, asal sahaja dengan mudah meletakkan di kenderaan paling hampir dengan tempat yang ingin mereka tuju dalam kampus walaupun secara salah. Apatah lagi kalau sekadar kuliah seminggu sekali bagi pelajar sarjana dan ijazah lanjutan secara separuh masa yang telah lama bekerja. Tetapi duit ringgit tidak boleh dijadikan alasan untuk 'mengampunkan' kesalahan mereka.
Pada saya budaya menghormati dan mematuhi undang undang jalanraya dalam kampus ini harus dibangunkan dan diwar warkan kembali. Kisah menyayat hati pelajar di kolej Ungku Omar yang meninggal akibat rempuhan kenderaan seharusnya menjadikan kita lebih tekun dalam meningkatkan tahap keselamatan jalanraya kampus. Malang tidak perlu berbau, ajal juga tidak perlu kita undang, tetapi kealpaan kita sudah cukup untuk mentakdirkan semua itu.
Saya percaya ramai yang akan berkata..cukup cukuplah berkempen, berprogram tentang keselamatan jalan raya dan sebagainya, tak akan berubah punya perangai warga UKM ini. Pi mai pi mai tang tu juga jawabnya..
Saya punya pandangan yang berbeza. Dakwah keselamatan dan kesejahteraan hidup ini harus kita pertingkatkan dari masa ke semasa, dengan berbagai cara. Jika dulu berbagai kempen, program dan penguatkuasaan telah dilakukan, hari ini dan seterusnya pun amalan ini harus dilakukan.
Sebab itu saya mengesyorkan di IZISH mulai semester depan PROGRAM KESEJAHTERAAN KOLEJ akan dilaksanakan. Kes pelanggaran peraturan jalanraya dalam kolej (e.g. kesalahan meletak kenderaan, pelajar yang tidak menggunakan laluan pejalan kaki yang disediakan), kes kecurian laptop dan sebagainya menunjukkan sesuatu secara besar besaran harus dilakukan di IZISH. Pihak UKM telah memasang kunci pendua di pintu bilik, pihak kolej dari masa ke semasa sentiasa mengingatkan langkah langkah keselamatan, tetapi pelajar sendiri perlu lebih prihatin dengan keselamatan diri dan barangan mereka.
Dokumen perancangan KESEJAHTERAAN KOLEJ telahpun disediakan dan akan dijadikan dalam bentuk pamplet untuk diedarkan pada semua warga IZISH pada semester depan. Program KESEJAHTERAAN KOLEJ adalah sebahagian usaha kesepaduan sosial yang telah dirangka oleh Majlis Felo IZISH. Saya sangat percaya usaha mensejahteraan kehidupan pelajar sama pentingnya dengan usaha pembangunan akademik dan softskills para pelajar melalui aktiviti kolej.
Apa gunanya pencapaian akademik dengan PNGK 4.0, aktiviti LC lengkap 8 kredit tetapi cara meletak kenderaan pun masih mementingkan diri sendiri. Apa gunanya juga setimbunan sijil sijil ko kurikulum kalau pelajar masih ke kuliah dengan membiarkan lampu dan kipas angin terpasang di bilik seharian.
Cabaran ini tentunya sangat besar pada pengurusan kolej dan majlis felo IZISH. Berkat usaha semua termasuk MEP dan ketua blok, dakwah ini pasti akan dijayakan juga nanti...Insyallah
Sekian. Terima Kasih
Ikhlas dari Pengetua IZISH
![]() |
| Foto oleh Ybhg TNC HEPA bertarikh 6 Jun 2012: Pelanggaran Peraturan Jalanraya dalam Kampus UKM |

03 June, 2012
Pilihanraya Kampus UKM 2012: Politik Hujah Atau Politik Telagah?
Bermula dengan debat bersejarah antara Shabery Chik dan Anwar Ibrahim, kita mula dihidangkan dengan debat Soi Lek vs Guan Eng dan Rafizi vs Khairy. Malah kita juga berkemungkinan besar akan mendengar pusingan kedua debat Soi Lek dan Guan Eng.
Saya secara peribadi seperti ramai orang yang cintakan keamanan menyokong usaha ini. Ini satu budaya baru yang sukar ibubapa kita dapat nikmati suatu masa dulu.
Malah jika debat politik boleh dikembangkan, biarlah setiap bulan/minggu dianjurkan debat ini di media elektronik arus perdana. Elok juga sebaik sahaja tamat siaran berita perdana jam 8 malam, kita di hidangkan dengan debat politik yang bermutu berbanding terpaksa menghadap tv menonton lawak minggu ini atau program tv picisan yang di beli dari barat.
Aktiviti debat membawa bersama budaya berhujah. Berbeza dengan ceramah politik yang lebih membawa budaya bertelagah. Cuba dengar ceramah politik oleh mana-mana ahli politik di Youtube. Mereka cenderung untuk memburukkan lawan politik yang kadangkala secara berlebihan daripada menceritakan apakah kebaikan yang ingin mereka bawa kepada rakyat. Bila berceramah, prosesnya hanya satu hala, sedangkan bila berdebat prosesnya ada dua hala.
Sekali dua mendengar ceramah sebegini mungkin menghiburkan tetapi jika diulang ulang makian, kutukan serta penggunaan perkataan yang kasar, sebagai pendengar kita akan mula merasakan 'keceluparan dan kebodohan' ahli politik semakin lama semakin ketara.
Generasi muda terutama yang berpelajaran tinggi sudah muak dengan bentuk ceramah sebegini. Generasi muda inginkan satu persembahan maklumat yang lebih berkualiti, berterus terang dan mempunyai kebijakan yang tinggi. Mereka sudah hilang selera dengan ceramah yang dipenuhi dengan caci cerca dan maki hamun tanpa hujung pangkal. Kalau pun ada generasi muda yang masih minat dengan ceramah politik murahan sebegitu, biasanya mereka adalah di kalangan yang tidak berdaya pemikiran tinggi. Golongan sebegini pasti akan ada dalam mana mana kelompok masyarakat.
Itu kisah di luar kampus. Di dalam kampus, saya yakin pelajar di IPTA termasuk di UKM juga perlu berubah dalam menjayakan demokrasi kampus. Pertama, bangunkan idealisme perjuangan mahasiswa sendiri, bukannya masih terus menerus menjadi 'keldai politik' pihak luar kampus. Kedua, ubahlah cara berpolitik dari asyik bertelagah tentang hal yang remeh temeh kepada politik berhujah yang dinamik dan penuh keharmonian.
Hari ini pertelagahan berterusan termasuk di alam siber memburukkan lagi keadaan. Saya lihat ramai penyokong kedua-dua front politik kampus UKM (kononnya pro kerajaan dan pro-pembangkang) mengharapkan pimpinan mahasiswa dapat berpolitik atas kapasiti mereka sebagai mahasiswa sepenuhnya. Malangnya oleh kerana kepimpinan kampus yang berada di tingkat tertinggi kepimpinan pelajar terlalu taksub dengan gaya politik di luar kampus, harapan murni ini seperti mustahil untuk dijayakan.
Para pelajar UKM tentunya ingin melihat para pimpinan politik kampus bersaing secara sihat dengan aturan penuh disiplin dalam mengamalkan demokrasi yang tinggi. Keupayaan berhujah diutamakan, politik bertelagah diketepikan. Menonton ceramah di Speakers' Corner kadang kala kelihatan lebih menjurus kepada pembinaan budaya bertelagah berbanding budaya menghujah di UKM.
Pelajar UKM tahu, kedua dua front dalam kampus ada kekuatan dan ada kelemahanya. Soalnya bagaimana kedua-dua kumpulan ini boleh berunding dan bermusyawarah secara baik untuk berkerjasama dalam hal-hal yang dipersetujui dan berhujah secara matang dengan perkara perkara yang tidak ada persetujuan bersama. Biarlah para pelajar yang mendengar hujah-hujah pemimpin pelajar yang menentukan apakah pilihan yang patut mereka buat..

02 June, 2012
Apakah Maksud Aktiviti Pelajar Berimpak Tinggi?
Dalam diam rupa-rupanya masih ramai pelajar yang tidak jelas mengapa mereka beraktiviti di kolej, fakulti atau persatuan yang begitu banyak diwujudkan di UKM. Seolahnya mereka melakukannya sekadar untuk mengisi masa lapang dan ingin 'berseronok' melepaskan tekanan bersama rakan rakan setelah seharian di bilik kuliah atau di makmal. Pastinya tentu ada yang telah jelas dan faham benar mengapa mereka beraktiviti. Terutamanya di kalangan pimpinan persatuan, JAKSA dan sebagainya.
Begitu juga, ramai pelajar yang tidak dapat 'menangkap' dan melihat betapa pengurusan UKM sudah melakukan tranformasi dengan meletakkan aktiviti pelajar sebagai sesuatu yang sangat penting. Bayangkan UKM adalah satu satunya IPTA di negara ini yang menawarkan 8 kredit untuk aktiviti pelajar. Sedangkan rata rata IPTA lain sekadar menawarkan 2 hingga 6 kredit sahaja.
Malah di UKM, pembelajaran berasaskan minat dan kecenderungan pelajar diutamakan sehingga pembelajaran berasaskan Kontrak pembelajaran dijadikan sebagai asas pembelajaran berpusatkan kepada pelajar. Maknanya pelajar yang memilih, merancang, melaksanakan dan menentukan apa yang ingin dicapai dalam proses pembelajaran ini.
Sepanjang bertemu dan berbincang dengan pelajar, saya cenderung melihat mereka seperti 'terperangkap' dengan cara yang agak salah di dalam menterjemahkan aktiviti berkredit berasaskan kontrak pembelajaran. Mereka seperti tergesa tergesa untuk melengkapkan 8 kredit tanpa menghiraukan sangat soal hasil pembelajaran. Saya sudah beberapa kali menulis hal ini pada masa lalau dalam blog ini dan sebaiknya tidak lagi mengulangi untuk kali ini. Intipati yang harus difahami oleh pelajar ialah fokusnya bukan kontrak pembelajaran tetapi mencapai hasil pembelajaran.
Kali ini biar saya utarakan isu yang berkaitan aktiviti juga tetapi bersifat untuk masa depan. Jika terus diulang ulang tentang isu kontrak pembelajaran, kita pasti tidak akan ke hadapan dengan cepat terutamanya dalam usaha bergerak bersama dalam tranformasi UKM. Izinkan kali ini saya berdiskusi soal aktiviti berimpak tinggi.
Apakah aktiviti pelajar yang berimpak tinggi?
Pada tahun lepas, saya pernah memberikan ceramah saya pada semua felo di Port Dickson tentang konsep dan bentuk aktiviti berimpak tinggi. Dalam sesi tersebut, saya dapat menangkap secara intuitif bahawa masih ramai juga rakan rakan felo yang agak kurang jelas maksud serta bentuk aktiviti berimpak tinggi (high impact activities). Bunyinya memanglah agak sedap di dengar tetapi tanpa kefahaman yang mendalam, usaha untuk menjayakannya pasti akan menemui kegagalan.
Secara umum aktiviti impak tinggi membawa maksud selepas sesuatu aktiviti di lakukan oleh pelajar kesannya mestilah berjaya meningkatkan sekurang kurang satu dari tiga komponen di bawah. Jika sesuatu aktiviti berjaya meningkatkan ketiga tiga komponen di bawah sekaligus, maka itulah aktiviti paling tinggi impaknya.
a. Meningkatkan keperibadian pelajar yang bermaksud meningkatkan empat perkara berikut;
- kemahiran insaniah (komunikasi, kerja sepasukan, membuat keputusan etc)
- akhlak dan moral (kerohanian, amanah, bantu membantu etc)
- jatidiri kebangsaan (Bahasa Melayu, sejarah bangsa, toleransi, perpaduan, memahani interbudaya)
- kebolehpasaran (bahasa inggeris, hubungan industri etc)
b. Meningkatkan Citra UKM
- mempromosi imej universiti sebagai sebuah universiti berstatus kebangsaan
- kecemerlangan dalam semua bentuk pertandingan dalam dan luar negara
- pembinaan rasa sayang pada UKM dan program alumni.
c. Meningkatkan aktiviti yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat kampus, masyarakat dalam dan luar negara.
- Program khidmat masyarakat secara konsisten berasaskan bidang yang dipelajari di UKM.
- Mengerakkan Kesukarelawanan secara segera bila diperlukan dalam dan luar negara (e.g bencana)
Bagi setiap komponen ini ada rubrik (e.g: skala pencapaian 1-10) yang harus dibina. Setahu saya ini belum ada pada di UKM kecuali rubrik bahagian Kemahiran Insaniah (hanya salah satu dalam komponen keperibadian pelajar). Tanpa rubrik tidak mungkin kita dapat membuat penilaiaan pencapaian para pelajar UKM.
Di mana kita?
Saya yakin kita masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan di dalam menguruskan aktiviti yang berimpak tinggi. Secara kasar pada saya kita baru mencapai 1/3 daripada keseluruhan konsep aktiviti berimpak tinggi. Aktiviti berimpak tinggi memerlukan satu dasar yang jelas, juga penyediaan perancangan strategik yang di kongsi bersama antara pengurusan universiti, kepengetuaan dan kedekanan, tenaga pengajar, pemimpin pelajar dan juga seluruh warga pelajar.

26 May, 2012
Ahli Lembaga Pengarah MEP: Satu Lagi Inovasi Pembangunan Pelajar IZISH
Teori Pembelajaran Bandura (1986), Teori Keperluan Manusia Maslow (1989), Teori Kontruktivism dan beberapa teori utama pendidikan lain banyak memahamkan saya bahawa cara paling berkesan untuk belajar adalah melalui pengalaman. Cara terbaik untuk mendapat pengalaman ialah dengan melakukannya sendiri. Semakin sukar dan tinggi cabaran yang dihadapi apabila melakukannya, akan semakin banyak pengalaman yang diperolehi, maka semakin berkesan pembelajaran tersebut.
Di kolej kediaman, setiap tahun akan ada sekumpulan pelajar yang akan dilantik sebagai JAKSA (MEP di IZISH) untuk memimpin para pelajar. Selain JAKSA ada juga yang dilantik sebagai pengarah serta AJK sesebuah projek. Selepas setahun berkhidmat, ahli JAKSA akan melepaskan jawatan mereka untuk kumpulan junior untuk meneruskan kepimpinan.
Acapkali saya melihat kumpulan yang melepaskan jawatan JAKSA ini mempunyai banyak idea dan cadangan untuk dimajukan pada pihak pentadbiran kolej. Oleh kerana mereka telah mempunyai pengalaman setahun sebagai JAKSA, mereka ada pengetahuan selok belok pengurusan universiti, faham maksud pembangunan pelajar dan telah mahir menguruskan aktiviti di kolej. Malangnya kerana tempoh khidmat sebagai JAKSA hanya setahun, banyak idea dan cadangan mereka 'terbengkalai' begitu sahaja. Idea yang baik ini tinggal dalam lipatan pemikiran mereka sehinggalah tamat pengajian di UKM.
Oleh itu, sebagai mengiktiraf keupayaan dan potensi penjanaan idea dari kalangan mantan JAKSA dan pengarah pengarah projek di IZISH, mulai sesi depan beberapa orang dari kumpulan ini akan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Majlis Eksekutif Pelajar (ALP-MEP). Badan ini akan bertindak sebagai kumpulan yang akan memberikan nasihat dan bimbingan secara kontruktif dan berterusan pada MEP, bukan badan yang membuat keputusan. Keputusan tentang aktiviti adalah di bawah tanggungjawab MEP sepenuhnya. Seramai tujuh orang pelajar senior yang telah dikenalpasti mempunyai idea, kepimpinan, pengalaman serta cemerlang akademik akan diberikan tanggungjawab sebagai ALP-MEP. Salah seorang akan bertindak sebagai Pengerusi ALP-MEP. Manakala empat orang pelajar yang akan dilantik iaitu Ketua Eksekutif MEP, Timbalan Ketua Eksekutif, Eksekutif Pentadbiran MEP dan Eksekutif Kewangan MEP juga adalah ahlinya. Semuanya 11 orang ahlinya adalah terdiri di kalangan pelajar IZISH.
Lima peranan utama ALP-MEP yang akan bersidang tiga kali dalam satu semester ialah memberikan pandangan dan idea kepada pihak MEP berkaitan;
- penambahbaikan pengurusan projek MEP,
- bimbingan penjanaan kewangan projek MEP;
- memperkasakan nic projek berimpak tinggi di bawah MEP
- agenda pemerkasaan kepimpinan pelajar MEP;
- kaedah mengoptima sumber manusia semua unit di bawah MEP (kelab, biro dan urusetia)
Secara langsung sebahagian peranan felo IZISH akan disokong oleh kumpulan ALP-MEP. Pasukan felo IZISH akan mempunyai ruang untuk lebih menumpukan kepada usaha usaha pembangunan pelajar sepenuhnya. Sinergi Kepengetuaan-Majlis felo-MEP dan ALP-MEP diyakini akan memantapkan lagi usaha IZISH membangunkan pembangunan pelajar selari dengan Pelan Strategik IZISH 2011-2013.
Sebagai pasukan kepimpinan pelajar yang mempunyai pengalaman setahun memimpin pelajar di IZISH, pasukan ALP-MEP pasti mempunyai banyak idea dan cadangan yang boleh dimanafaatkan oleh seluruh warga IZISH. Semoga inovasi ini akan meningkatkan lagi pembangunan pelajar di IZISH pada masa depan...
24 May, 2012
"Pelajar UKM Baik Tapi Belum Cukup Bagus" -Pandangan Majikan di UKM Career Expo 2012
![]() |
| Majlis Ikrar Pelajar UKM |
Career Expo 2012 mencatatkan sejumlah 42 syarikat yang ikut serta. Sebenarnya masih ada beberapa syarikat lain juga bersetuju untuk ikut serta tetapi terpaksa di tolak kerana ruang DECTAR yang telah pun penuh. Selain itu, lima syarikat telah bersetuju menjadi penaja utama (UDA Holdings, Maybank, SHELL Berhad, MIDF dan CIMB). Dana yang terkumpul hasil tajaan dan sumbangan menunjukkan pada masa depan projek ini berkeupayaan untuk mampu berdiri sendiri tanpa pembiayaan dari pihak UKM.
Saya ambil peluang pada hari terakhir Career Expo 2012 (sabtu tengahari 19 Mei 2012) untuk berlegar legar di dalam DECTAR. Tujuan saya bukan meneroka peluang pekerjaan tetapi ingin mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbual bual dengan para majikan di booth syarikat. Dua persoalan utama yang saya ingin ajukan dalam perbualan dengan mereka.
Pertama, selepas menerima kunjungan pelajar, menemubual calon yang memohon pekerjaan di syarikat mereka, apakah pandangan awal (pra) dan mereka akhir (pos) mereka pada pelajar UKM? Kedua, sebagai majikan, apakah elemen utama yang mereka cadangkan untuk dibangunkan dalam diri pelajar UKM supaya memiliki tahap kebolehpasaran yang lebih tinggi dan berdaya saing?
Ini pandangan mereka secara umum. Apabila mereka didatangi oleh para ajk career expo untuk menjemput mereka menyertai UKM Career Expo 2012, mereka melihat kumpulan pelajar ini sebagai yang kumpulan pelajar berkualiti. Para ajk yang hadir mempunyai imej serta tahap komunikasi yang baik. Malah cara kerja serta follow up yang dilakukan juga memuaskan.
Saya kaitkan persepsi positif majikan ini dengan usaha pihak felo iZISH yang sentiasa membimbing serta mempersiapkan ajk pemasaran untuk ke syarikat syarikat dengan bahan dan dokumen yang baik. Malah para felo juga menekankan soal imej serta etika apabila berhadapan dengan pihak syarikat. Ini satu keperluan yang sepatunya mesti diadakan untuk semua program yang melibatkan pemasaran dengan pihak luar UKM. Kumpulan ajk pemasaran adalah 'duta duta' UKM di mata para majikan dan industri.
![]() |
| Logo UKM Career Expo UKM 2012 |
Kebanyakkannya masih mempunyai tahap malu yang tinggi, bercakap dengan suara yang kurang menyakinkan dan tidak mempunyai kekuatan daya saing dan kurang pengalaman bekerja dalam kumpulan yang pelbagai budaya. Misalnya kata salah seorang majikan "Bila ditanya, pernahkan anda melakukan aktiviti bersama pelajar Cina dan India?, Pelajar itu menjawab 'pernah'. Boleh ceritakan pengalaman tersebut? Pelajar tersebut menjawab kali terakhir lakukannya ialah semasa aktiviti Bulan Mesra Pelajar (setahun yang lalu!). Ini menunjukkan aktiviti pelajar di UKM masih kurang menekankan soal bekerja dalam pasukan yang mempunyai latarbelakang yang diversiti.
Maksudnya secara umum, majikan yang hadir selama dua hari di UKM mempunyai dua persepsi yang berlainan tentang pelajar UKM. Sebelum masuk ke UKM untuk program ini, mereka mempunyai persepsi yang baik tentang UKM. Nama UKM sendiri sebagai satu satu universiti berstatus kebangsaan sudah cukup menjelaskan hal itu. Apatah lagi dengan status universiti penyelidikan, nama nama besar tokoh intelektual UKM, senarai penyelidikan dan inovasi mengukuhkan lagi persepsi positif ini. Dikuatkan lagi dengan nama Pusat Permata Pintar dan sebagainya pasti reputasi UKM cukup membanggakan.
Bagaimanapun bila majikan masuk dan mula mengenali secara dekat dengan pelajar UKM, nampaknya persepsi ini mula berubah. Kekurangan kemahiran komunikasi (BM, lebih lebih lagi BI), tahap keyakinan diri yang kurang memberansangkan dan kurang ciri ciri daya saing menyebabkan majikan mungkin berfikir kembali persepsi awal mereka.Saya pasti tidak semua pelajar di UKM sebegitu. Ramai yang bagus dan hebat. Tetapi bak kata pepatah melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Maka tidak dapat tidak hal ini perlu diperkemaskan.
Bila ditanya apakah elemen utama yang perlu diberikan kepada pelajar UKM, rata rata majikan menjawab latihan Bahasa Inggeris. Sesuatu yang sejak dulu telah diperkatakan oleh semua orang di dalam dan luar UKM.
Kedua, penekanan tentang aktiviti kemahiran komunikasi. Majikan merasakan perlunya kemahiran komunikasi yang dapat membezakan mahasiswa yang masih berkomunikasi seperti 'kebudakan' dengan mahasiwa yang berupaya berkomunikasi seperti seorang ynag profesional.
Ketiga, elemen aplikasi pengetahuan yang diringkaskan seperti berikut: Apabila seseorang mahasiswa tahu tentang perubahan ekonomi dunia dan Malaysia, bagaimana pengetahuan ini diterjemahkan kepada peningkatan produktiviti syarikat. Majikan ingin tahu sejauh mana keupayaan seseorang mahasiswa melihat setiap perkara sebagai peluang dalam perniagaan. Jika setakat kebolehan menerangkan situasi ekonomi malaysia (naik turun bursa saham, KDNK negara etc), itu tidak bersifat aplikasi kepada majikan. Banyak contoh lain seperti gaji minima, GTP kerajaan, ETP etc.
Setelah puas berlegar di dalam DECTAR, saya mengajak beberapa majikan naik ke tingkat satu ruang jamuan, kami terus berbual (tentunya bukan sahaja tentang pelajar tetapi juga tentang politik nasional). Tetapi saya masih ingat kata kata salah seorang majikan yang minum bersama "Pelajar UKM ni baik baik belaka, tetapi mereka belum cukup bagus". Saya terdiam, angguk tidak geleng pun tidak. Tandanya saya setuju dan tidak setuju dengan pandangan beliau. Pada saat kita bangga dengan mahasiawa UKM yang hebat, rupanya masih banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk membangunkan mahasiawa/i UKM dengan segera...
23 May, 2012
Bila Lagi ASPIRASI dan ISIUKM akan adakan Debat ala- Khairy vs Rafizi?
Baru selesai tonton Debat Sinar antara YB Khairy Jamaludin (MP Rembau) dan Sdr Rafizi, Ketua, Unit Strategi PKR. Dua- dua berjaya dengan cara dan gaya masing masing. Tentunya ucapan tahniah kepada kepimpinan PM YAB Dato Seri Najib yang mula membuka pintu kepada program program seumpama ini.
Mahasiswa sepatutnya menggunakan platform yang sama untuk meningkatkan keupayaan mereka. Program berdebat, berpidato dan bersyarah sepatutnya menjadi teras dalam aktiviti mereka. UKM telah menyediakan Speakers' Corner yang menyokong kepada usaha ini malangnya sambutannya masih kurang mengalakkan. Sekali sekala ada juga kepimpinan pelajar UKM yang cuba menggunakannya tetapi tidaklah begitu berjaya menarik perhatian para pelajar UKM secara menyeluruh.
Apa pun, usaha berdebat dengan cara yang terhormat, disusun dengan bahasa yang bersopan, diselangi dengan sorak sokong para pegikut yang beretika harus diperkasakan. Tujuan akhirnya ialah memberikan penambahan ilmu pada para pendengar. Pemidatonya pula berpeluang berkongsi idea dan menggarap pengalaman yang akan meningkatkan kewibawaannya dalam perucapan umum.
Tentunya persoalan politik akan menjadi mercu tanda kepada aktiviti debat. Bukan kerana debat integriti, debat pengguna, atau debat alam sekitar tidak menarik tetapi debat isu politik ada keunikannya. Dengan mengambilkira semangat keterbukaan kerajaan dan kerjasama positif para penyokong yang semakin matang, mungkinkah sudah sampai masanya debat ASPIRASI vs ISIUKM boleh diadakan dalam masa terdekat di dalam kampus UKM? Mungkinkah lobby atau kafetaria iZISH boleh diisikan dengan aktiviti sebegini? Apakah MEP iZISH boleh menjadi penganjurnya?
Asal sahaja pihak JPPEL bersedia meluluskan aktiviti sebegini, saya pasti akan memberikan laluan. Jangan kita masih tidak mahu berubah dan kekal dalam kerangka lama kepolitikan luar kampus yang hanya asyik berceramah hanya untuk para penyokong sahaja. Tentunya itu sesuatu yg mudah tetapi tidak lagi mencabar minda. Bersyarah atau berceramah pada para penyokong tegar tidak membawa masyarakat kita ke mana mana, hanya sekadar mengukuhkan lagi doktrin sedia ada dalam minda penyokong semata mata.
Maka itu perdebatan terbuka ala YB Khairy vs Rafizi adalah satu mekanisme yang boleh mengukuhkan lagi usaha menjayakan demokrasi kampus dan juga keintelektualan para pelajar UKM. Tentunya kepimpinan ASPIRASI UKM mempunyai banyak agenda untuk menyakinkan pelajar UKM bahawa apa yang sedang dianjurkan oleh kerajaan sekarang adalah yang terbaik demi kebaikan dan kemajuan rakyat. Begitu juga kepimpinan ISIUKM tentunya juga mempunyai idea alternatif untuk diusulkan kepada pihak kerajaan. Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang lebih mendengar dan bersikap terbuka, maka usulkanlah secara berdebat...itu jauh lebih baik dari hanya duduk dan bantah!

22 May, 2012
TAHNIAH!! Buat JAKSA Kolej Kediaman UKM Sesi 2012-2013
Sejarah JAKSA di kolej UKM memang panjang. Asalnya dulu JAKSA atau nama penuhnya Jawatankuasa Siswa/i merupakan satu jawatankuasa peringkat pelajar yang ditubuhkan oleh pihak kepengetuaan komsis/kamsis/kolej untuk membantu pihak pengurusan menjaga kebajikan pelajar.Peranan JAKSA pada mulanya sangat asas. Seseorang yang ingin menjadi JAKSA juga tidak memerlukan apa apa kriteria yang khusus. Cukuplah kalau beliau bersetuju untuk dilantik oleh pihak pengurusan kolej untuk menjadi JAKSA.
Hari ini, cabaran dan tuntutan telah berubah. Selain mempunyai pengalaman berorganisasi di peringkat tahun satu, seseorang Calon juga perlu mempunyai keputusan PNGK sekurang kurangnya 2.50. Selain itu memiliki perwatakan yang dihormati oleh para pelajar kolej. JAKSA juga mempunyai kuota etnik (Melayu, Cina, India dan sabah Sarawak). Malah latar kenegerian dan fakulti juga diambil kira agar lebih menyeluruh.
Dulu bilangan keahlian JAKSA kolej agak besar. Ada kolej yang mempunyai sehingga 22 orang jaksa. Tetapi apabila berlaku penyesuaian selari dengan perkembangan biro dan bentuk aktiviti, bilangan keahlian JAKSA kekal antara 11 hingga 14 orang sahaja.
Biro JAKSA biasanya meliputi YDP, NYDP, Setiausaha, Bendahari, serta beberapa exco lain termasuklah sukan, kesenian, kerohanian, integrasi, alumni, pengantarabangsaan, kebajikan, hal ehwal siswi, keusahawanan dan sebagainya. Apabila ahli JAKSA diluluskan oleh pihak universiti supaya diberikan kemudahan penginapan percuma selama satu sesi berkhidmat, Majlis Pengetua telah bersetuju menetapkan jumlah keahlian JAKSA ialah 14 orang kecuali di KPZ, KKM dan KTSN di mana jumlahnya ditambah atas rasional bilangan pelajarnya yang jauh lebih besar berbanding kolej kolej yang lain. Jika dulu peranan JAKSA ialah membantu pengurusan kolej berkaitan kebajikan pelajar, hari ini dan pastinya pada masa depan peranan ini akan berubah, bukan sedikit demi sedikit tetapi berlaku perubahan yang besar.
JAKSA hari ini dan masa depan akan mula berubah kepada mengungguli peranan menjayakan pembangunan pelajar. Soal kebajikan pelajar telah berubah daripada hanya berkisar soal perabot di bilik, bekalan air, mutu makanan di kafe kepada soal kebajikan berkaitan kebolehpasaran graduan, kemahiran komunikasi, pembinaan akhlak dan sahsiah etc. Kebajikan bentuk lama walaupun masih penting tidak akan lagi menjadi urusan teras kepada JAKSA kolej kediaman sesuai dengan tranformasi UKM.

Pengenalan konsep kolej akademik di UKM di mana aktiviti berkredit berasaskan kontrak pembelajaran dilaksanakan di kolej menuntut kepimpinan JAKSA untuk mula menumpukan perhatiannya kepada penganjuran aktiviti berimpak tinggi untuk disertai oleh para warga pelajar di kolej.
Misalnya di IZISH, JAKSA (lebih dikenali sebagai Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) atau Students Executive Council (SEC) telah memulakan peranann barunya dengan menganjurkan beberapa projek berimpak tinggi seperti Minggu Hak Asasi Manusia (mendekati isu Palestin), Festival Kesenian (melibatkan puluhan kolej, sekolah dan IPTA), UKM Career Expo 2012, (42 syarikat multinasional dan syarikat swasta), Program Keusahawanan Izish Corner, Kelestarian Kolej etc. Malah keseluruhannya 41 projek di IZISH telah berjaya dianjurkan oleh MEP IZISH sepanjang sesi ini. Begitu juga dengan JAKSA kolej lain yang turut juga berjaya dalam berbagai aktiviti yang telag mereka anjurkan.

Jika di teliti dari data jumlah aktiviti pelajar di UKM yang terdapat di JPPEL, JAKSA Kolej Kediaman UKM telah menyumbang sebanyak hampir 60% daripada bilangan aktiviti keseluruhan pelajar UKM dan kekal sebagai penyumbang aktiviti pelajar yang terbesar di UKM sejak lima tahun yang lalu.
JAKSA melangkah ke hadapan
Mulai minggu lepas dan sehingga minggu depan, semua kolej telah mula membuka percalonan JAKSA, sesi temuduga dan juga proses perlantikan ahli JAKSA untuk sesi depan. Dijadualkan sebelum bermulanya peperiksaan, semua proses ini akan selesai sepenuhnya di semua kolej.
Maka kepada semua calon calon JAKSA yang akan dilantik, anda perlu mula mempunyai minda dan kefahaman yang jelas tentang apakah peranan serta fungsi anda jika di lantik sebagai seorang JAKSA. Paling utama JAKSA berkhidmat untuk semua pelajar tanpa mengira apapun kecenderungan politik pelajar kampus. JAKSA juga merupakan satu pasukan ampuh yang sentiasa bersama dengan pengurusan kolej dan sentiasa akan terus menyokong perancangan aktiviti dan program HEPA UKM demi kebaikan pelajar UKM. Jika dulu, fungsinya sebagai 'pengurus' kebajikan pelajar semata mata, kini JAKSA adalah pimpinan yang perlu berusaha membangunkan potensi pembangunan pelajar UKM.
Semoga 167 orang JAKSA yang akan dilantik untuk memimpin 15,230 pelajar di 12 kolej kediaman sesi depan akan menanamkan semangat sedia berkhidmat untuk kemajuan pelajar dan akan sentiasa bersama dengan pengurusan UKM memartabatkan citra UKM di persada yang dicitakan.
Buat semua JAKSA sesi 2012-2013 yang akan dilantik, saya ucapkan setinggi tinggi TAHNIAH!! dan selamat berkhidmat untuk seluruh pelajar di kolej anda...dan untuk UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA...
17 May, 2012
iZISH Mula Kuatkuasa Pemakaian Kad Kolej Mulai Khamis 17 Mei 2012
Dalam sebulan sahaja sudah dua kali berlaku kecurian di iZISH (kali pertama 18 April 2012 dan kali kedua hari ini 16 Mei 2012). Pelajar yang menjadi mangsa, kehilangan laptop mereka bersama semua kerja kerja akademik yang perlu di siapkan. Pihak kolej sangat kesal dan sedih atas apa yang menimpa para pelajar iZISH. Kejadian buruk ini telah merosakkan semua usaha untuk menjadikan iZISH sebuah kolej yang tenang, aman dan sejahtera.
Pihak kolej tidak mempunyai kemampuan untuk menukarkan semua pintu pelajar dengan tombol tombol baru yang lebih baik kualitinya. Kolej tiada peruntukan kewangan. Walaupun itulah yang sangat ingin saya lakukan sejak sekian lama.
Setelah sering menasihatkan pelajar agar lebih berhati hati selepas kecurian yang pertama bulan lalu, kebanyakan pelajar telah mengambil langkah langkah yang dinasihatkan. Mereka telah mengunci pintu setiap kali keluar bilik samada ke cafetaria, ke kuliah hatta ke bilik kawan sekalipun. Mereka telah lakukan semuanya. Tapi kes kecurian masih berlaku.
Mengapa?
1. Seperti kes yang pertama, kes kali ini juga bukan kes curi tetapi kes pecah bilik dan curi. Maksudnya penjenayah ini telah membuat jenayah yang lebih agresif berbanding satu masa dulu dahulu. Semua bilik terbabit diumpil dan ada yang dipecahkan kunci mangga. Ini menunjukan perlakuan mencuri semakin serius kerana telah dirancang lebih awal oleh penjenayah.
2. Semua bilik pelajar di iZISH direka mempunyai kepingan kaca di atas pintu bilik. Tujuannya dulu adalah untuk pencahayaan bilik. Malangnya rekaan ini menjadikan penjenayah ini berpeluang mengintip bilik sebelum memecah pintu bilik tersebut. Dengan hanya mengintip, si penjenayah akan tahu samada pelajar ada di dalam bilik berkenaan atau tidak.
3. Semua laptop yang hilang dilaporkan diletakkan di atas meja belajar. Masalah timbul bila si penjenayah mengintip dari atas pintu, mereka dapat melihat keseluruhan bilik pelajar. Mereka akan dapat melihat laptop di atas meja belajar dan sebagainya. Tetapi bagi satu kes di mana laptop tiada di atas meja kerana pemiliknya menyimpan di dalam almari, bilik beliau tidak dipecahkan walaupun sudah ada tanda untuk dipecahkan. Mungkin selepas mengintip, si penjenayah tidak nampak apa apa yang berharga, beliau membatalkan niat memecahkan bilik berkenaan.
4. Pintu bilik pelajar di iZISH boleh dibuka secara mudah dengan menggunakan kad nipis e.g kad top up telefon. Tiga tahun lalu pihak kolej telah mengadakan gotong royong 'memaku' semua ruang antara pintu dan tombol untuk mengelakkan penggunaan kad yang dilarikkan untuk membuka pintu. Malangnya semasa tinjauan di buat, kebanyakan bilik sudah dikeluarkan paku oleh pelajar kerana di kalangan pelajar sendiri ada yang menggunakan kad untuk masuk ke bilik mereka. Mungkin bukan pelajar sekarang tetapi pelajar pelajar sebelum ini yang menghuni bilik berkenaan.
Bagi mengatasi isu ini, pihak pengurusan iZISH akan segera melaksanakan peraturan mewajibkan pemakaian kad kolej mulai hari ini (17 Mei 2012). Tentunya keputusan ini satu tindakan yang tidak popular tetapi perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan pelajar di iZISH.
Pada peringkat awal, kuat kuasa pematuhan pemakian kad kolej ini akan dilakukan dengan nasihat, teguran serta amaran. Seterusnya akan melalui dendaan (minimum RM5.00) sebagaimana yang ditentukan dalam Arahan Kolej Kediaman UKM. Pemakaian kad ini wajib pada semua warga kolej termasuk pengetua, felo, kakitangan dan para pelajar. Para pekerja pencucian juga akan diwajibkan memakai kad identiti yang dikeluarkan oleh pihak kolej. saya juga membenarkan pelajar membuat teguran jika pengetua atau mana mana felo/staf pejabat iZISH yang tidak memakai kad kolej mulai hari ini.
Kedua, pihak kolej akan menyediakan perkhidmatan peti simpanan untuk para pelajar iZISH di pejabat pentadbiran kolej. Pelajar boleh menyimpan laptop/barangan berharga di pejabat kolej dengan menyerahkannya di kaunter pejabat. Pihak pejabat akan memberikan kad akuan terima kepada pemilik laptop. Mereka boleh mengambil barangan yang disimpan dengan menyerahkan kembali kad akuan terima pada pihak pejabat. Perkhidmatan ini percuma dan disediakan khususnya pada pelajar yang mengikuti program/keluar kampus/kuliah yang tidak memerlukan laptop di bawa bersama. Perkhidmatan ini akan dimaklumkan pada semua pelajar sebaik sahaja peti simpanan yang dibeli tiba di iZISH.

16 May, 2012
Foto Sekitar Malam Anugerah Tahunan iZISH 2012
Ini adalah sebahagian dari foto sempena Majlis Jamuan Tahunan Kolej Antarabangsa Ibu Zain ke 16 pada tahun ini. Penghargaan untuk sdr Danny Hamidon (pengurus iZISH) yang telah merakamkan saat saat manis jamuan kolej untuk tatapan seluruh warga iZISH.
Subscribe to:
Posts (Atom)