Usaha untuk mendapatkan geran ini telah bermula sejak Januari 2012 lagi, bila pasukan felo IZISH bersama pasukan MEP telah bersungguh sungguh sehingga berupaya menyediakan lima proposal untuk diserahkan kepada pihak JPPEL yang seterusnya mendaftarkan permohonan tersebut kepada pihak KPT.
Dimaklumkan proposal IZISH terpaksa bersaing sengit dengan sebegitu banyak proposal yang di hantar oleh pihak IPTA dan IPTS yang lain dari seluruh Malaysia. Beberapa kriteria utama seperti kejelasan objektif projek, sejauh mana impak projek kepada pembangunan pelajar dan jaringan kemasyarakatan serta pengalaman sebelumnya telah diambil kira.
Dengan pembiayaan dari geran KPT ini, pelajar IZISH sangat beruntung kerana untuk melaksanakan aktiviti mereka pada sesi depan sekurang kurangnya sudah mempunyai pembiayaan yang mencukupi. Malah dengan kejayaan ini juga, sasaran yang diletakkan dalam Pelan Strategik IZISH 2011-2013 telah mencapai matlamatnya dari segi penajaan luar dari sektor kerajaan.
Dua tumpuan yang diletakkan sebagai keutamaan kepada pengurusan IZISH iaitu program Kelestarian dan juga program Kebolehpasaran akan dapat dijayakan ke peringkat yang lebih tinggi dengan adanya geran kewangan ini. Selain itu satu lagi inisiatif berkaitan Kesejahteraan Kolej dalam proses penyediaan dokumen tindakan peringkat terakhir.
Tahniah buat team pengurusan IZISH, para felo IZISH dan MEP sesi 2011-2012 yang telah merealisasikan harapan ini...