TAHNIAH MEP 2012-2013 |
Malam ini juga bermulanya tanggungjawab baru kepada 13 orang MEP yang baru di IZISH. Dengan diketuai oleh saudari Noor Afiqah dari Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) sebagai Ketua Eksekutif, pastinya cabaran mereka akan lebih besar lagi mengemilangkan aktiviti IZISH pada sesi depan.
Majlis Penyerahan Watikah yang diadakan di dewan Bankuasi, Bangunan Canselori UKM pada malam ini juga mengesahkan perlantikan enam ahli lembaga Pengarah Majlis Eksekutif Pelajar IZISH untuk sesi depan. Terima kasih pada Izzati, Abdillah, Khalid, Ika, Yati dan Jonathan yang sudi menerima tanggungjawab ini. Lembaga Pengarah selaku penasihat MEP akan menyumbangkan idea bagi menyokong semua aktiviti aktiviti yang akan dianjurkan pada tahun depan. Pastinya dengan dukungan dan sokongan ahli lembaga pengarah, MEP sesi depan akan lebih bersedia untuk cemerlang. Tanpa nasihat dan bimbingan para senior, MEP tentunya terpaksa bermula dari 'kosong' untuk menjayakan aktiviti mereka.
Saya sendiri pernah berada dalam situasi yang sama bila menjadi JAKSA Kolej Dato Onn dulu. Bukanlah sesuatu yang mudah menguruskan rakan sebaya untuk menjayakan program JAKSA. Kesukaran itu juga pada akhirnya satu pengalaman yang telah membina diri saya.
Beberapa cabaran baru yang sempat saya nyatakan dalam ucapan majlis watikah tadi ialah;
Cabaran Satu: Penjanaan idea baru, inovasi dan kreativiti mesti menjadi budaya asas kepada kepimpinan MEP sesi depan. MEP tidak harus mengulangi kelaziman yang telah dilakukan oleh MEP sebelum mereka. Bukan kerana idea lama tidak baik tetapi kerana budaya mengulang-ulang kelaziman secara langsung akan mengurangkan cabaran inovasi dan kreativiti kepada kepimpinan MEP. Jika masih ingin meneruskan idea lama, perlu ada penambahbaikan dengan inovasi yang ketara.
SYABAS MEP 2011-2012 |
Cabaran Tiga: IZISH mesti meraikan kesinambungan untuk cemerlang. Oleh itu diwujudkan badan lembaga pengarah MEP. Melalui platform ini, pelajar senior berpeluang memberikan pandangan dan idea konstruktif kepada berbagai perkara untuk kemajuan IZISH. Mereka sudah berpengalaman dalam penganjuran projek dan tahu kekuatan dan kelemahan sesuatu projek.
Cabaran Empat: Kepimpinan MEP melangkah sederap dengan Pelan Strategik IZISH 2011-2013. Pada sesi depan IZISH akan memasuki fasa kedua dan terakhir Pelan Strategik IZISH 2011-2013. Fasa ini adalah fasa pemantapan. Agenda utamanya ialah aktiviti penjenamaan. Sebagai contoh, bila seseorang menyebut IZISH, dalam masa dua saat apakah yang terbayang di fikiran pendengarnya? Kolej Lestari, Kolej Sejahtera, Kolej Rujukan, Kolej Penanda Aras, kolej yang punyai pelajar yang hebat, kolej yang lengkap prasarana, kolej yang cantik lanskapnya atau apa? sama sama kita nantikan nanti jawapannya...