Kertas ini telah disediakan oleh salah seorang felo IZISH. Saya baru terima dan telah menelitinya. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah saya bersetuju walaupun nama MEP (Majlis Eksekutif Pelajar) telah digunakan sejak IZISH di tubuhkan pada 1996, dan sekarang digunakan sepenuhnya oleh semua kolej kediaman UKM seperti yang dipersetujui oleh pengurusan UKM, biro dan ruang lingkup MEP tidak pula berubah sebagaimana namanya. Kita kekal dalam bentuk lama dan terus melaksanakan sehingga ke hari ini. tanpa menolak bahawa ada yang perlu dikekalkan, kita juga harus bersedia dalam menerima idea baru untuk menghadapi cabaran dan persekitaran masa kini.
Kertas ini telah disediakan Miss Maryam Sarah, saya poskan di blog Ilmu Mutu dan Budi sebagai satu cara untuk saya menghargai peranan felo kolej kediaman UKM, khususnya penjanaan idea dalam pembangunan pelajar yang diusahakan oleh rakan rakan felo di IZISH. Saya juga dalam beberapa keadaan menghargai peranan felo turut memberikan kritikan (maknanya saya mahu mengambil berat dan sayangkan institusi felo). Begitu Saya juga akan melakukan perkara yg sama (memuji dan mengkritik) sebagai tanda saya sangat menghargai aktiviti pelajar.
Dalam hal peranan felo, saya masih berpegang kuat dan percaya bahawa pasukan felo kolej kediaman UKM mempunyai cukup pengalaman untuk melihat dan mampu memberikan idea idea baru dalam membangunkan pelajar UKM. Cabaran kebolehpasaran, sahsiah, kualiti penganjuran aktiviti dan sebagainya memang difahami oleh rakan rakan felo. Tinggal lagi mereka perlukan ruang untuk menyerlah keupayaan mereka.
Saya juga berpegang bahawa sebarang cadangan dan usaha untuk membangunkan pelajar harus melibatkan pelajar sendiri sebagai pemberi inputnya. Untuk pelajar IZISH, saya kira tidak ada salahnya anda mengambil sedikit masa meneliti dan memahami idea beliau, seterusnya jika ingin berkongsi boleh PM saya untuk kita berdiskusi bersama... Saya memaparkan sepenuhnya tanpa sebarang suntingan kertas beliau...(setiap kotak yg berwarna mewakili biro-biro MEP IZISH...Terima kasih Miss Sarah....
19 March, 2013
17 March, 2013
Tahniah Buat Mahasiswa UKM Berjiwa Masyarakat...
Ini satu video yang baru dihasilkan oleh beberapa pelajar di IZISH. Terima kasih pada saudara Maulana, Nisa, Fitri, Aliff, Lulu dan rakan rakan di IZISH yang lain kerana telah berkongsi video ini dengan kami semua. Sebenarnya saya jenis yang sukar memuji aktiviti pelajar, tetapi saya kena akui aktiviti sebegini pasti menerima 'standing ovation" dari saya. Saya ingin katakan walaupun aktiviti seperti ini sangat 'merendah diri' sifatnya, tiada perasmian bergemerlapan, tiada persembahan, tiada gimik atau cenderamata, tetapi impaknya sangat mendalam pada peserta dan juga pada orang yang menerima khidmat. Bayangkan bila makanan yang kita letakkan di hujung kepala gelandangan ketika mereka sedang tidur, bila mereka bangun tiba tiba mata mereka melihat makanan entah dari mana menjadi rezeki untuk mereka. Bayangkan kegembiraan di wajah setelah sekian lama mereka menahan kelaparan. Sejak zaman pelajar dulu, saya juga sering mengikuti aktiviti sebegini, sehinggalah sekarang. Cuma sekarang tidak lagi bersifat rutin sepertimana dahulu. Akan berpelunag sertai hanya bila selesai amanah di universiti.
Pada saya program seumpama ini akan membina sifat dalaman kita. Menjadi ornag yang bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita berlatih menjadi seorang yang sabar dan bijak menilai baik dan buruk untuk masa depan kita. Malah pengalaman kita yng sebegini mendidik kita untuk melihat perjuangan politik semata mata tidak boleh menyelesaikan semua masalah kehidupan dunia...
Saya kena mengakui bahawa kumpulan pelajar ini telah menjadikan saya rasa bangga sebagai pengetua. Bangga punyai anak anak kolej IZISH yang bijak membina aktiviti mereka. Cuba tanya mereka, apakah mereka merasa fun dengan apa yang telah mereka lalui..saya pasti jawapannya tentu "yes..and feeling good, too"..

15 March, 2013
Kisah Mahasiswa Rumah Hantu Dan Mahasiswa NKRA di UKM...
Pasti akan ada segelintir mahasiswa yang marah pada saya selepas membaca tulisan ini. Pasti juga akan ada yang berkecil hati dan saya pasti akan ada juga yang merasa tidak puas hati pada saya. Yang tidak bersetuju dengan saya pasti akan ramai juga. Tetapi saya harus juga menyatakannya. Bukan kerana saya tidak menyokong usaha pelajar tetapi sebagai orang yang diberikan tangggungjawab secara langsung dalam membangunkan pelajar UKM, rasanya saya harus memberikan pandangan sisi saya untuk mahasiswa. Samada anda bersetuju atau tidak, terserahlah pada pemikiran dan pandangan masing masing.
Saya mulakan pembicaraan ini dengan kisah mahasiswa rumah hantu. Kita dapat lihat di beberapa tempat dalam kampus sedang disambut acara tahunan. Ini sesuatu yang baik. Dan seperti kebiasaanya akan ada acara rumah hantu sebagai acara hiburan. Sepatutnya ia adalah acara sampingan sahaja, itu dulu, tetapi sekarang telah menjadi seperti acara utama. Alasannya mudah, "itu yang pelajar nak dan itu yang pelajar suka. Kerana rumah hantu, pelajar akan ramai ramai datang ke program kami". Maka atas pemikiran ala-ala kapitalis sebegitu, kita seperti telah mengiyakan bahawa sesuatu yang menguntungkan dan mendapat pemintaan tinggi harus diberikan keutamaan walaupun tidak semestinya perkara itu memberikan kebaikan pada pelajar.
Seingat saya, budaya rumah hantu ini bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dari dulu acara rumah hantu telah ada dalam program pelajar di UKM, khususnya di Pesta Konvo dan hari keluarga kolej kolej kediaman. malah sejak Bandar Baru Bangi ini masih banyak hutannya, program rumah hantu telah diadakan oleh pelajar UKM. Sehinggalah hari ini, program rumah hantu tetap dianjurkan, kerana masih ramai pelajar yang meminatinya. Saya tidak membenci program ini, saya juga tidaklah menyokong sepenuhnya. Pada saya, biar apapun program yang ingin dianjurkan, kita mestilah mendahulukan pembudayaan ilmu di UKM sebelum kita memikirkan hal hal 'kecil' dan remeh yang lain. Termasuklah dalam menganjurkan program program 'rumah hantu', pertandingan makan paling banyak dan sebagainya di dalam kampus. tentu akan ada mahasiswa yang berkata, "kalau macam tu tak ada lagilah fun dalam kampus UKM ni".
Saya rasa fun (izinkan saya gunakan perkataan fun) boleh berlaku dalam banyak cara hatta pada saya secara peribadi, solat lima waktu yang kita lakukan pun boleh mendatang rasa fun jika kita lakukanya dengan penuh keinginan dan keseronokan. Fun ini datang bergantung kepada apakah budaya, sikap, cara berfikir dan pandangan alam yang kita pegang.
Seseorang boleh mendapat fun bila menghadiri majlis ilmu, manakala yang lain pula mendapat fun bila beriadah di padang, ada pula orang alami "fun tahap maksima" bila sedang membaca. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Jika kita rasa fun kepada hiburan yang berlebihan dan tidak fun kepada majlis ilmu, cuba tanyakan pada diri kita sendiri mengapa terjadi demikian?
Jika kita lebih suka dan rasa fun mengadap facebook berjam-jam lamanya tetapi kita tak rasai perasaan yang sama apabila menelaah pelajaran yang akan menentukan kejayaan hidup kita pada masa depan, kita juga kena tanya mengapa jadi begitu? Kita kena tanya diri sendiri, jangan kita tanya orang lain, jawapan mereka tidak akan sebaik jawapan kita sendiri.
Mungkin ada pelajar akan berkata, "apa salahnya dengan rumah hantu, apakah salah kami anjurkannya atau kami masuk ke dalamnya". Isu pokok saya utarakan bukan rumah hantu. Itu hanya ontologinya saja. Yang saya tekankan ialah bagaimana pimpinan pelajar memupuk cara berfikir dan cara memimpin budaya ilmu di UKM. Tun Mahathir pernah sentuh hal 'hantu-hantu' ini apabila masyarakat mempertikaikan terlalu banyak filem hantu dalam masyarakat Melayu.
Saya setuju dengan beliau, bila beliau tegaskan budaya -budaya tidak produktif ini jangan dilakukan secara berlebihan, kerana ia akan melemahkan daya fikir dan ketahanan jiwa masyarakat Melayu. Tanpa kita sedar, ketika kita secara berlebihan berseronok dengan hiburan yang tidak produktif seperti ini, kita sebenarnya sedang melemahkan daya fikiran kita.Kisah rumah hantu ini samalah seperti kisah memancing ikan di kolam ikan. Memancing di kolam ikan memang menarik, memang terhibur tetapi sifatnya tidak produktif. Ada bezanya dengan memancing di sungai atau di laut untuk mencari rezeki.
Jangan salah faham, saya tidak menolak hiburan sama sekali. Saya sehingga hari ini masih ke konsert bersama keluarga, setiap hujung minggu menonton wayang bersama anak anak dan selalu mendengar muzik berbagai genre setiap hari. Tetapi pada saya, semua ini tidak boleh sampai melampaui diri saya dari menjadikan aktiviti membaca buku sebagai yang paling utama.
Kisah kedua ialah kisah mahasiswa NKRA. Kita sudah mengetahui kerajaan setelah sepenuhnya melalui pelbagai projek penyelidikan, konsultansi dan perundingan telah berjaya menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Enam bidang tersebut ialah;
Saya mulakan pembicaraan ini dengan kisah mahasiswa rumah hantu. Kita dapat lihat di beberapa tempat dalam kampus sedang disambut acara tahunan. Ini sesuatu yang baik. Dan seperti kebiasaanya akan ada acara rumah hantu sebagai acara hiburan. Sepatutnya ia adalah acara sampingan sahaja, itu dulu, tetapi sekarang telah menjadi seperti acara utama. Alasannya mudah, "itu yang pelajar nak dan itu yang pelajar suka. Kerana rumah hantu, pelajar akan ramai ramai datang ke program kami". Maka atas pemikiran ala-ala kapitalis sebegitu, kita seperti telah mengiyakan bahawa sesuatu yang menguntungkan dan mendapat pemintaan tinggi harus diberikan keutamaan walaupun tidak semestinya perkara itu memberikan kebaikan pada pelajar.
Saya rasa fun (izinkan saya gunakan perkataan fun) boleh berlaku dalam banyak cara hatta pada saya secara peribadi, solat lima waktu yang kita lakukan pun boleh mendatang rasa fun jika kita lakukanya dengan penuh keinginan dan keseronokan. Fun ini datang bergantung kepada apakah budaya, sikap, cara berfikir dan pandangan alam yang kita pegang.
Seseorang boleh mendapat fun bila menghadiri majlis ilmu, manakala yang lain pula mendapat fun bila beriadah di padang, ada pula orang alami "fun tahap maksima" bila sedang membaca. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Jika kita rasa fun kepada hiburan yang berlebihan dan tidak fun kepada majlis ilmu, cuba tanyakan pada diri kita sendiri mengapa terjadi demikian?
Jika kita lebih suka dan rasa fun mengadap facebook berjam-jam lamanya tetapi kita tak rasai perasaan yang sama apabila menelaah pelajaran yang akan menentukan kejayaan hidup kita pada masa depan, kita juga kena tanya mengapa jadi begitu? Kita kena tanya diri sendiri, jangan kita tanya orang lain, jawapan mereka tidak akan sebaik jawapan kita sendiri.
Mungkin ada pelajar akan berkata, "apa salahnya dengan rumah hantu, apakah salah kami anjurkannya atau kami masuk ke dalamnya". Isu pokok saya utarakan bukan rumah hantu. Itu hanya ontologinya saja. Yang saya tekankan ialah bagaimana pimpinan pelajar memupuk cara berfikir dan cara memimpin budaya ilmu di UKM. Tun Mahathir pernah sentuh hal 'hantu-hantu' ini apabila masyarakat mempertikaikan terlalu banyak filem hantu dalam masyarakat Melayu.Saya setuju dengan beliau, bila beliau tegaskan budaya -budaya tidak produktif ini jangan dilakukan secara berlebihan, kerana ia akan melemahkan daya fikir dan ketahanan jiwa masyarakat Melayu. Tanpa kita sedar, ketika kita secara berlebihan berseronok dengan hiburan yang tidak produktif seperti ini, kita sebenarnya sedang melemahkan daya fikiran kita.Kisah rumah hantu ini samalah seperti kisah memancing ikan di kolam ikan. Memancing di kolam ikan memang menarik, memang terhibur tetapi sifatnya tidak produktif. Ada bezanya dengan memancing di sungai atau di laut untuk mencari rezeki.
Jangan salah faham, saya tidak menolak hiburan sama sekali. Saya sehingga hari ini masih ke konsert bersama keluarga, setiap hujung minggu menonton wayang bersama anak anak dan selalu mendengar muzik berbagai genre setiap hari. Tetapi pada saya, semua ini tidak boleh sampai melampaui diri saya dari menjadikan aktiviti membaca buku sebagai yang paling utama.
Kisah kedua ialah kisah mahasiswa NKRA. Kita sudah mengetahui kerajaan setelah sepenuhnya melalui pelbagai projek penyelidikan, konsultansi dan perundingan telah berjaya menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Enam bidang tersebut ialah;
- Menurunkan kadar jenayah
- memerangi rasuah
- Meningkatkan pendapatan isirumah yang berpendapatan rendah
- meningkatkan peluang dan pencapaian pendidikan
- Meningkatkan prasarana dan kemudahan asas kepada masyarakat pendalaman dan luar bandar
- Meningkatkan kecekapan pengangkutan awam bandar
Enam bidang ini dikenalpasti jika tidak ditangani akan sangat menekan kehidupan masyarakat dan bersifat kritikal. Menjayakan pelan NKRA akan secara langsung menjayakan kehidupan yang lebih berkualiti untuk masyarakat negara ini. Ini bukan soal politik. Ini soal kesejahteraan hidup masyarakat, dan jika kita tidak mampu melihat kebajikan hidup dan peningkatan kualiti hidup masyarakat sebagai satu yang penting dan masih juga mesti dipolitikkan, maka kita telah tidak berlaku tidak adil pada masyarakat yang terbabit.
Sebagai mahasiswa di sebuah sebuah universiti bertaraf kebangsaan, cuba anda tanya diri anda sendiri, " Apakah sumbangan saya dalam menjadikan hidup masyarakat Malaysia lebih baik? Apakah saya sudah menyumbangkan kepada usaha menurunkan kadar jenayah, atau bersedia bertindak memerangi rasuah dengan cara saya sendiri, atau mempunyai idea bagaimana untuk memberikan peluang kepada sesetengah keluarga miskin meningkatkan pendapatan mereka? Atau sebenarnya saya sebagai seorang mahasiswa UKM tidak perlu memikirkannya? Masalah masyarakat bukan masalah saya... atau saya lebih suka berfikir tentang rumah hantu yang lebih menghiburkan?"
Banyak program yang harus mahasiswa sebagai pemimpin pelapis negara boleh lakukan dalam membantu meningkatkan kehidupan masyarakat di luar kampus (juga dalam kampus). Program seperti memberikan maklumat dan mendidik kepada masyarakat adalah contohnya. Mahasiswa perlu anjurkan lebih banyak klinik kesihatan, ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah masyarakat di kawasan pendalaman, pinggir bandar dan kawasan setinggan bandar untuk memberikan maklumat tentang pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan, pemakanan yang sihat dan pencegahan penyakit berjangkit, menjayakan kempen pengangkutan awan dengan cara yang kreatif dan inovatif, berbengkel dan menyediakan resolusi, seterusnya menghantar memorandum menyokong usaha memerangi rasuah, adakan klinik undang undang, bengkel kekeluargaan, ketengahkan isu hak hak wanita, menganjurkan aktiviti berteraskan ekonomi untuk membantu keluarga miskin dan ibu tunggal meningkatkan pendapatan isu rumah mereka secara berterusan, mengadakan klinik akademik, klinik solat, program ICT dalam komuniti dan sebagainya untuk tingkatkan pencapaian anak anak luar bandar, setinggan bandar dan kumpulan kanak kanak istimewa dan sebagainya.
Pelajar UKM memang sudah ada yang berhati masyarakat, berjiwa pemimpin dan menghargai budaya ilmu tetapi jumlahnya tidak ramai. Lebih ramai mahasiswa yang sukakan keseronokan berlebihan, membuang masa dengan perkara yang remeh temeh (seperti menulis dalam facebook perkara-perkara yang menjengkelkan, "Seronok pagi pagi korek hidung! atau seumpamanya! dan masih ramai yang lebih mengutamakan budaya keseronokan sehingga membelakangkan budaya ilmu dan budaya berfikir.
Bila kita berada di UKM, kita harus mengutamakan aktiviti membaca, berbincang, berdialog, berdebat dan menulis yang akan mendekatkan kita dengan budaya ilmu. Samalah seperti bila kita berada masjid, ada aturan atau budaya yang harus kita alami, begitu juga bila kita ke restoran, jika kita ke perpustakaan, ke panggung wayang dan sebagainya. Ada budaya dan aturan yang harus kita fahami dan alami.
Samalah juga bila berada kita berada di dalam kampus. Kita harus ada aturan dan mengalami budaya ilmu ini dalam kampus. Jika tidak berlaku, maka tidak ada bezanya kita yang berada sebuah kampus universiti dengan pekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Bangi. Kita harus membezakan budaya kilang dan budaya kampus. Kampus memberikan kita peluang untuk meningkatkan intelektual kita, berfikir dengan matang dan rasional yang berlapis tinggi berbanding orang lain di luar kampus. Bukan bermaksud di luar kampus tidak bijak, maksud saya, peluang untuk meningkatkan daya keintelektualan terbuka luas di dalam kampus, jika kita meraikan budaya ilmu tersebut.
Kisah mahasiswa rumah hantu dan mahasiswa NKRA adalah dua kisah mudah yang menuntut kita mengubah cara dan budaya kita kepada sesuatu yang lebih baik. Mungkin ada pemimpin pelajar yang akan berkata, "kalau kami anjurkan ceramah, debat dan diskusi, sambutannya sangat kurang, sebab itu kami buat rumah hantu", sambutannya meriah".
Saya cuma ingin katakan dalam memperjuangkan urusan keilmuan, cabarannya pasti ada. Kita boleh berbangga dengan jumlah manusia yang hadir dalam acara kita, tetapi apakah kita boleh berbangga dengan kesan kesejahteraan insan kepada mereka? dan jika pemimpin mahasiswa manganggap mereka harus menyediakan apa yang disukai oleh mahasiswa lebih daripada apa yang diperlukan sebagai mahasiswa, saya rasa sedikit sebanyak anda sebagai pemimpin pelajar UKM sebenarnya telah gagal menjadi pemimpin yang baik...anda fikirkanlah...
14 March, 2013
Sisi Baru Transformasi Pembangunan Pelajar di UKM?
Bila berada di UKM, sebagai pelajar anda selalu mendengar tentang pembangunan pelajar. Malah antara universiti utama yang menerajui pembangunan pelajar di negara ini, UKM telah memulakan program LC pembangunan pelajar berjumlah 8 kredit. Universiti lain semuanya adalah antara 2-6 kredit sahaja. Mengapa persoalan pembangunan pelajar ini penting. Apakah dulu di era 1970an ketika UKM mula di buka soal pembangunan pelajar tidak penting? Apa pula yang berlaku pada era 1980an dan 1990an tentang pembangunan pelajar. Apakah tidak ada program pembangunan pelajar. Mengapa sekarang UKM bersedia memberikan kredit akademik sehingga 8 unit untuk pembangunan pelajar dan mesti dilengkapkan oleh para pelajar?
Sebenarnya telah banyak kajian yang dilakukan berkaitan pembangunan pelajar. Saya tidak berhajat menghuraikannya satu persatu. Cukuplah sebagai satu kesimpulan untuk saya katakan semakin hari, persoalan pembangunan pelajar menjadi semakin penting. Semakin hari, penekanan membangunkan diri pelajar menjadi urusan teras sesebuah universiti. Bukan lagi hanya sekadar soal pembangunan akademik sahaja.
Pembangunan pelajar dari perspektif yang terhad merujuk kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills). Misalnya membangunkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran membuat keputusan, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran mencari maklumat, kemahiran keusahawanan, kemahiran berfikir secara inovatif dan kreatif. Ada sesetengah universiti memasukkan kemahiran bahasa (lisan dan tulisan), kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran melakukan penyelidikan, kemahiran kepimpinan, kemahiran pengurusan diri dan sebagainya sebagai kemahiran insaniah.
Pembangunan pelajar juga boleh membawa maksud pembangunan profesionalisme dan pembangunan personal. Ada universiti yang mengasingkan kedua-duanya dan berkecenderungan memberikan maksud dan penekanan kepada hanya pembangunan profesionalisme sebagai maksud pembangunan pelajar.
UKM juga cenderung menggunakan prinsip yang sama dalam membangunkan pelajar. Maka disenaraikan 8 teras kemahiran insaniah untuk pelajar penuhi semasa menjalankan aktiviti atau program. Diharapkan melalui kaedah ini, semua kemahiran yang ditetapkan akan dikuasai oleh para pelajar UKM sebelum tamat pengajian mereka.
Saya lebih cenderung untuk melihat pembangunan pelajar dalam ruang makna yang lebih besar dan menyeluruh. Maka saya lebih bersetuju dengan penghayatan Falsafah Pendidikan Negara yang menetapkan perlunya diwujudkan keseimbangan dalam membangunkan pelajar dari segi tinggi kerohanian (agama dan moral), kuat jasmani (sihat tubuh badan), kukuh emosi (tinggi self-esteem dan tahan dayasaing), bijak intelektual (berilmu dalam bidang pengajian dan bukan bidang pengajian, tahu antara baik dan buruk, betul dan salah, berupaya mengaplikasikan maklumat) dan mahir sosial (memiliki kemahiran interpersonal dan intrapersonal, menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggersi/Arab dengan baik, memiliki kemahiran komunikasi dalam konteks, sopan dan beradab, mahir dalam acara rasmi dan beretika dalam majlis).
Mengapa saya melihat pembangunan pelajar harus lebih menyeluruh dari sekadar kemahiran insaniah (softskills)? Saya nyatakan sebab utamanya;
Selama ini usaha pembangunan pelajar di IPT adalah untuk menjawab persoalan kebolehpasaran (employability). Maksudnya universti akan dedahkan pelajar kepada program pembangunan diri supaya mereka dapat memenuhi kehendak majikan. Diharapkan dengan cara ini, graduan IPT akan lebih berdaya saing, memiliki kompentensi diri yang tinggi serta mahir. Maka mereka lebih mudah mendapat pekerjaan. Bagaimana pun kajian kajian mutakhir menunjukkan bukan kemahiran insaniah (softskills) sahaja yang ditagih oleh majikan tetapi yang lebih diinginkan ialah BAKAT dan INOVASI. Untuk menzahirkan bakat, seseorang pelajar tidak cukup dengan hanya menguasai kemahiran insaniah (soft skills) semata-mata.
Rujuklah beberapa buku misalnya oleh Profesor Bernie Trilling (2009), 21st Century Skills: Learning For Life in Our Times, terbitan Jossey Bass, yang menegaskan bakat dan inovasi akan menjadi teras kepada mengapa seseorang graduan masa kini akan diambil bekerja. Begitu juga buku oleh Prof Alan Guarino (2010), "Smart is Not Enough", terbitan Wiley Press, yang turut mengutamakan soal bakat dan inovasi. Kata beliau " The past is gone, the future is now and the talent age is upon us". Tambah beliau abad 21 akan menyaksikan bahawa bakat akan menjadi modal yang paling utama, bukan lagi teknologi canggih dan juga modal kewangan. Sebuah lagi buku yang membawa pandangan yang sama ditulis oleh Prof William Schiemann (2012) bertajuk "Reinventing Talent Management: How to Maximize Performance in the New Marketplace", yang juga diterbitkan oleh Wiley Press. Kajian beliau menunjukan di kala syarikat syarikat biasa mengalami kemerosotan untung akibat keadaan ekonomi yang merudum, sesetengah syarikat yang mementingkan soal pembangunan bakat dan inovasi kekal bersaing dan membuat keuntungan. Ringkasnya pembangunan pelajar hasrus menerima hakikat bahawa pemupukan dan penjanaan bakat dan inovasi pelajar akan menjadi sesuatu yang sangat kritikal dan perlu diuruskan berbading sekadar kemahiran insaniah (softskills).
Oleh itu dalam kita di UKM berfikir untuk melakukan tranformasi pembangunan pelajar, kita harus membuat pertimbangan yang memberikan keseimbangan kepada pembangunan tersebut. Ini harus menjadi kerangka utama pembangunan pelajar yang dipersetujui oleh semua pelaku (actor) dalam kampus. Dari pelajar, pensyarah, pegawai universiti dan sebagainya. Setiap usaha yang ingin dilakukan dalam konteks pembangunan pelajar harus memiliki kesimbangan yang mendalam sifatnya.
Ambil satu contoh, misalnya pembangunan pelajar dalam soal celik politik (political literacy). Political literacy harus diasaskan kepada kerohanian (politik nilai yang bermoral tinggi), juga kepada kebijakan intelektual (academic freedom), berhujah dengan bukti dan kajian, banyak membaca dan berbincang, serta menggunakan politik hujah dalam menyelesaikan pertikaian. Begitu juga dengan penguasaan emosi yang tinggi (pelajar belajar tentang adab, sabar, tiada amarah) dalam menjalankan kegiatan berpolitik mereka. Provokasi dengan niat menyakiti hati lawan politik misalnya boleh dianggap sesuatu yang tidak mementingkan emosi. begitu juga dengan kemahiran sosial dalam berpolitik (bijak dengan seni mempengaruhi yang sihat, bijak berkomunikasi, berhujah, berdialog atau berceramah).
Pendekatan yang sama juga dengan program keusahawanan. Perlu ada elemen jasmani, rohani, emosi dan sosial yang seimbang dibangunkan dalam aktiviti keusahawanan tersebut. Tentu sahaja elemen moral juga penting dalam program keusahawanan, sukan (e.g mengikut peraturan permainan), kesenian dan sebagainya dan bakat serta inovasi disepadukan dalam program ini.
Oleh itu, pembangunan pelajar tidak boleh sekadar membangunkan kemahiran insaniah sahaja. Pembangunan pelajar sangat besar ruang lingkupnya. Menyediakan pelajar untuk kebolehpasaran dengan hanya melihat aspek-aspek kemahiran insaniah yang sempit akan menyebabkan graduan UKM tidak mampu menghadapi daya saing yang mencabar di luar sana. Kemahiran insaniah sahaja tidak memungkinkan pelajar UKM menguasai soal intergriti, kualiti, academic freedom, pengurusan bakat, pembangunan jati diri, pemilikan patriotisme, peneraju kepada pembentukan masyarakat sivil dan sebagainya.
Maka transformasi pembangunan pelajar yang lebih menyeluruh sememangnya sangat diperlukan oleh kita di UKM. Jika ini dapat dilakukan, sekurang kurangnya kita sudah berjaya melebarkan makna pembangunan pelajar kepada sesuatu yang lebih luwes dan menyeluruh. Bukan lagi hanya sekadar bermaksud kemahiran insaniah (softskills) semata mata. Kita perlukan pembangunan pelajar yang benar benar membangunkan diri pelajar, sebagai sumber tenaga mahir, ahli masyarakat yang berkualiti dan juga sebagai insan yang kamil...

12 March, 2013
Teruslah Bekerja MPPUKM, Pelajar Hargai Khidmat Anda..
Kalau pelajar perasan, sejak akhir akhir ini semacam berlaku satu 'perlumbaan' sihat antara MPP ASPIRASI dan MPP "GMUKM". Mereka bekerja keras menyelesaikan isu vending machine, isu cafetaria, isu mesin basuh di kolej kediaman, isu jalanraya kampus yang berlopak dan sebagainya. Nampaknya akan semakin keraplah pegawai Jabatan Bendahari dan JPP dikunjungi oleh MPP dari kedua dua kumpulan ini. Lebih menarik, modus operandi mereka hampir sama, bila segala usaha mereka selesai, pasti akan segera 'dipaparkan' dalam blog masing masing, sebagai bukti mereka sedang bekerja untuk kebajikan pelajar UKM.
Tahniah untuk usaha mereka. Tentunya semua usaha ini akan menguntungkan pelajar UKM. Semakin kuat mereka bekerja maka semakin banyak yang pelajar raih. Kita tentu bangga punyai MPPUKM sebegini.
Tetapi kalau itu sahaja yang dilakukan, serasanya masih belum menepati tanggungjawab seorang MPP. Pada saya sekurang kurang tiga perkara yang mesti ada pada setiap MPPUKM. Pertama, sahsiah yang unggul, kedua, komitmen kerja yang berterusan dan ketiga, memiliki ilmu dalam memimpin misi yang jelas untuk mahasiswa UKM.
Berkaitan sahsiah, kita selalu merujuk MPP mestilah mempunyai perilaku yang bermoral tinggi (cara mereka bercakap, cara berpakaian, cara menghormati orang lain, bersopan santun), MPP juga diharapkan memiliki nilai dan pegangan agama yang boleh dijadikan contoh.
Tetapi kita juga harus melihat makna sahsiah dalam ertikata yang lebih luas. MPPUKM juga harus punya intergriti, berpolitik secara matang, mengutamakan keharmonian kampus, mementingkan nama baik UKM terpelihara, menolak politik songsang yang merosakkan pemikiran individu yang bersivil, memgemukakan pandangan dengan hikmah dan sebagainya. Sahsiah ini pada saya masih perlu dipertingkatkan, saya juga yakin seluruh mahasiswa UKM pasti ingin melihat budaya tinggi dan murni serta bersahsiah ini menjadi amalan MPPUKM.
Kita juga ingin melihat MPPUKM yang beristiqamah di dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar. BUkan sekadar di musim PRK UKM sahaja. Dan tentunya perkhidmatan mereka bukan sekadar sebagai 'broker' semata mata. Selesai sahaja JPP melakukan sesuatu penyelengaraan, berpusu pusu MPPUKM mengaku itu hasil usaha kerja mereka. Saya tidak salahkan usaha usaha ini. Ini juga usaha murni, mesti diteruskan.
Tetapi tentulah pelajar memerlukan MPPUKM mereka melakukan lebih dari sekadar seorang 'broker' atau penyampai berita penyelenggaraan JPP semata mata. Mereka tentu inginkan MPPUKM yang boleh meletakkan sasaran dalam bekerja. Jika manisfesto yang diberikan sebagai janji sudah diedarkan, maka WAJIB dengan sedaya upaya untuk menunaikannya. Jika tidak bersedia menunaikannya, janganlah MPPUKM berjanji..kerana janji anda akan dituntut nanti , dituntut bukan oleh seorang tetapi oleh ribuan pelajar UKM. Setiap MPP perlu ada perancangan jangkapanjang (setahun) tentang apakah yang ingin mereka perjuangkan, tentang apa yang ingin mereka capai.
Perkara ketiga pada saya baru sahaja bermula dan belum lagi menjadi budaya. Memiliki ilmu untuk memimpin misi dan visi untuk pelajar UKM. MPPUKM perlu menyediakan diri mereka dengan pengetahuan untuk memimpin pelajar UKM. Maka acara seperti diskusi, debat, dialog dan ceramah harus mengisi ruang ruang masa MPPUKM. Program baru baru ini seperti "Real-Politic: Apa Kata Anda" yang dipanelkan oleh wakil Aspirasi, wakil "GMUKM" dan wakil PESEPSI adalah satu contoh yang baik.
Mereka juga harus boleh melemparkan pandangan dengan hujah yang baik, punyai data dan bukti. Mereka juga harus punyai kemahiran melihat sesuatu lebih tangkas berbanding pelajar yang lain. Mereka boleh menelah isu masa depan dalam kampus UKM dan boleh mencadangkan perubahan untuk menguruskan isu tersebut. Saya kagum dengan usaha MPPUKM dan juga pelajar yang boleh duduk semeja berbincang dan bertukar pandangan walaupun bukan dari kumpulan yang sama.
Politik masa depan ialah politik moral berasaskan ilmu. Politik murahan seperti fitnah dan pekikan pasti akan tetap berterusan kerana pasti akan ada ahli politik yang tidak mampu mendepani politik moral berasaskan ilmu akan terus mengamalkannya. Cuma pengundi akan nampak ketidakmampuan minda ahli politik 'murahan' sebegini dengan cepat.
MPPUKM harus bersedia dengan semua ini. mereka harus punyai sahsiah yang baik dan unggul, komitmen kerja yang tinggi dan ilmu pengetahuan yang dapat mendepani masa.
Semoga semua MPPUKM tahu pengundi yang memenangkan mereka mengharapkan ketiga tiga perkara ini dipenuhi..teruslah bekerja demi kebajikan pelajar UKM...mereka pasti menghargai usaha murni anda semua..para MPPUKM.

11 March, 2013
Mana Perginya Karyawan Mahasiswa UKM?
Sejak sekian lama pelajar UKM tahu bakat seni mereka diiktiraf oleh pihak universiti. Maka hasilnya ada pelajar UKM yang hebat dalam tarian, debat, pantun, teater dan sebagainya. Dalam bidang kepimpinan politik mahasiswa, UKM apatah lagi. Dengan permainan politik tanpa henti antara "GMUKM" vs Aspirasi, para pimpinan pelajar UKM lebih di kenali oleh IPT lain sebagai zon medan tempur 'peperangan' politik mahasiswa. Seolahnya kita seperti telah menerima bahawa politik adalah satu satunya perkara yang mampu menjadi platfrom aktiviti mahasiswa menunjukkan kebolehan mereka.
Tetapi kita mungkin lupa sejarah. Kita lupa bahawa negara ini terbina perjuangannya menuntut kemerdekaan, sebenarnya datangnya dari tangan dan minda kumpulan penulis dan karyawan.
Kita harus tahu bahawa bukan ahli politik Melayu yang memulakan cita cita membina bangsa yang merdeka. Penulis dan karyawanlah yang memulakannya. Ketika awalnya, sejarah membuktikan pemimpin elit Melayu masih akur bersama penjajah mentadbir Tanah Melayu. Walaupun mereka adalah pemimpin Melayu tetapi tidak semua mereka melihat kemerdekaan sebagai satu matlamat perjuangan mereka. Ada di kalangan pemimpin melayu ketika itu bimbang dan sangsi mampukah orang Melayu mentadbir negara mereka sendiri tanpa bantuan penjajah. Sekitar 1920an, golongan kaum muda Melayu yang terdiri dari golongan yang belajar di Timur tengah seperti Al Azhar di Mesir kembali ke tanah air sebenarnya yang memulakan idea perjuangan membebaskan bangsanya dari penjajahan Inggeris.

Sifat perjuangan mereka merentas negeri negeri Melayu berbanding perjuangan sebelumnya era 1850an ketika perjuangan Dol Said di Naning, Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau dan Dato Bahaman di Pahang atau Rentap di Sarawak. Pahlawan Melayu hanya berjuang berciri wilayah kedaerahan dan tidak menyeluruh ke seluruh tanah air. Berbeza dengan kaum muda yang telah berjaya mengerakkan perjuangan di seluruh negeri negeri Melayu.
Soalnya bagaimana mereka melakukannya? Bagaimana dengan jumlah yang kecil kumpulan kaum muda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Al Hadi dan rakan rakan yang lain mampu berjuang? Ya, dengan menulis, dengan berkarya. Dan mereka menulis tanpa jemu jemu, istiqamah dalam melaksanakan usaha usaha perjuangan ini. Maka lahirlah akhbar akhbar kecil seperti Chahaya pada 1900 di Pulau Pinang, Idaran Zaman pada 1925.
Begitu juga majalah Al Iman, Majlis dan berbagai surat khabar lain di awal abad ke 20. Hanya setelah golongan penulis dan karyawan memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan, bila sudah menyelinap dalam masyarakat akan erti kebebasan dan kemerdekaan, perjuangan ini disambut pula oleh golongan pendidik dan para guru lepasan MPSI (SITC).

Saya bawa sejarah perjuangan bangsa ini dengan seringkas mungkin untuk menyatakan betapa karyawan seperti penulis, penyajak, cerpenis, kartunis, pelukis, penyanyi, pelakon dan berbagai lagi bentuk karyawan yang sebenarnya telah memberikan impak yang besar dalam mengubah pemikiran dan budaya sesebuah masyarakat.
Dalam kampus UKM, kita mengharapkan para karyawan mahasiswa UKM dapat diwujudkan di kampus ini. Jika selama ini kita mungkin terlalu berfokus dalam melihat dan membangunkan karyawan dengan maksud kesenian, maka sudah tiba masanya kita membuka makna karyawan dalam bentuk yang lebih luas dan dinamik. Bukan sekadar muzik dan teater, atau tarian dan pantun. Kita hanya melihat penyanyi, penari, pengiat teater, pemantun sebagai pengiat kesenian dan karyawan di UKM. Kita juga harus mengiktiraf penulis, cerpenis, pelukis, kartunis, penyajak, penyair dan yang lain sebagai karyawan mahasiswa.
Kita ingin melihat lebih ramai penyajak seperti Usman Awang, Rendra, Keris Mas, Muhammad Haji Salleh di UKM. Kita juga ingin melihat lebih ramai pelukis seperti Latif Mohidin di kampus ini. Kita juga ingin melihat lebih ramai penulis penulis novel yang hebat seperti A Samad Said dan Shahnon Ahmad.
Hanya dengan usaha dan pengiktirafan sebegini, penulis dan karyawan mahasiswa UKM boleh muncul dengan idea baru, mempunyai daya kritikan membina serta menjadi peneraju minda mahasiswa di menara gading keramat ini.Tetapi jika karyawan ini dipinggirkan dan tidak dibangunkan, tidak diiktiraf dan tidak diberikan peluang oleh pihak universiti, pasti bakat dan jiwa mereka tidak dapat disuburkan.

Sudah tiba masanya diwujudkan Kelab Karyawan Mahasiswa di UKM. Berbagai program dari bengkel, pertunjukan, wacana, dialog, seminar, penulisan blog, pertandingan, kem karyawan, penerbitan karya, lawatan dan sebagainya dapat dijayakan. malah jika pereka fesyen juga seorang ahli karyawan, UKM tentu ada pertunjukkan fesyen untuk mengiktiraf karyawan mahasiswa UKM dalam bidang rekaan fesyen.
Menjadi impian, satu hari nanti ingin sekali saya dapat hadir ke Malam Anugerah Karyawan UKM yang meraikan para karyawan mahasiswa UKM. Malam gala yang mengumpulkan sebanyak mungkin penyair tersohor Malaysia, penulis mapan negara, cerpenis prolifik, novelis tersohor serta para pengiat seni negara. Semua hadir meraikan karyawan mahasiswa UKM.
Malah, ingin sekali saya melihat adanya acara Festival Karyawan Mahasiswa IPT di UKM. Acara yang dipenuhi dengan pameran, dialog dan wacana oleh karyawan Mahasiswa IPT seluruh negara yang berkampung di UKM.

Kita berharap UKM bukan hanya ada pimpinan politik mahasiswa, pengiat kesukarelawanan, ahli sukan, pengiat kesenian tetapi juga kita ingin wujudnya karyawan mahasiswa. Mereka yang menulis dan melukis, mereka yang menghasilkan novel, cerpen, antologi pantun, sajak, syair, menghasilkan filem pendek, penulis blog dan sebagainya.
Kita mungkin tidak melihat hal ini dijayakan pada masa ini. Kita harus merasa 'berdosa' kerana telah sekian lama 'pinggirkan bakat besar para karyawan mahasiswa UKM. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya tidak belajar dari sejarah, bahawa para karyawan juga boleh memiliki pengaruh yang kuat suaranya dalam membina masyarakat kampus UKM.
Selama ini kita telah kecilkan skop dengan melihat pemimpin politik sahaja boleh menyemarakkan kampus. Kita lupa dalam banyak hal "pena sebenarnya jauh lebih tajam dari kata kata". Kealpaan kita mesti ditamatkan. Karyawan mahasiswa UKM..bangunlah berkarya dan mulalah bersuara...

Hidup dan Tanda Tanya...
![]() |
| Penulis Tamu |
Rasanya memang benar
bahwa binar binar hidup
ada yang kita tentukan
menghadap pada segala
pelempar tanya
dengan segumpal jawab
seperti asap mengepul
di atas gunung likaliku
semuanya akan berakhir
pada tanya yang tak berakar
ini tentang memilih
memilih bagian mana dari hidup
yang masih layak dihidupi.
RACHMAT
fssk, 2013
08 March, 2013
Buat Team "Beauty With Brains" IZISH. Anda Berjaya Dengan Cemerlang..
Saya tidak ingin menulis panjang untuk kali ini. Cukuplah videoclip ini menjelaskan segala-galanya. Buat team Beauty With Brains..saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah. Anda telah berjaya dengan cemerlang...
Ikhlas,
Anuar Ahmad
Pada Pelajar Yang Lemah Akademik: INSAFLAH...
Saya sempat meneliti secara mendalam prestasi akademik pelajar IZISH, Ya, secara mendalam. Saya lihat satu persatu keputusan akademik pelajar IZISH. Saya kelompokan mereka dalam kumpulan kumpulan kecil yang akan saya adakan program pembangunan akademik yang sesuai dengan mereka di peringkat kolej.
Saya ingin ucapkan tahniah pada pelajar yang berjaya. Ada yang berjaya mencapai PNGK yang sangat membanggakan (4.00). Ramai yang mencapai 3.50. tetapi lebih ramai yang berada dalam kategori sederhana (3.00-3.49). Apa pun prestasi mereka masih boleh diperbaiki jika mereka mengubah cara belajar dan pengurusan masa mereka. Kata Peter Drucker "First Thing First". Jika ini berlaku, pasti prestasi akademik mereka akan meningkat pada semester depan.
Dalam pada itu, saya juga risau melihat masih ada pelajar yang berada dalam kelompok lemah (2.00-2.50). Bilangannya tidak ramai tetapi tidak bermaksud kumpulan ini tidak perlu diberikan perhatian. Mereka juga ada hak untuk berubah. Cuma mereka perlukan satu kekuatan baru yang 'luarbiasa' untuk berubah. Mereka bukan sekadar perlu ubah cara mereka belajar atau ubah cara mereka menguruskan masa, lebih besar dari itu, Mereka perlu segera INSAF, seinsaf insafnya mengapa mereka datang dan belajar di UKM, insaf tentang berapa besarnya harapan ibu dan ayah mereka di kampung, insaf tentang masa depan mereka yang semakin mencabar...atau jika tidak mereka akan kecewa selamanya.
Saya tidak bersifat perkauman, tetapi bila saya lihat keputusan akademik yang dianalisis, kebanyakan di dalam kumpulan yang lemah akademiknya adalah di kalangan pelajar pelajar Melayu. Ada antaranya saya kenal kerana aktif dalam aktiviti kolej. Ada juga yang saya jarang nampak (mungkin kurang aktif dan lebih suka berada dalam bilik tidur, mungkinkah mereka belajar? Atau mereka lebih aktif di tempat lain (fakulti atai persatuan luar kolej) dan bukan di IZISH.
Apa pun saya ingin ambil sedikit masa mereka (jika mereka membaca blog ini) untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah saya. Saya tahu kumpulan pelajar yang lemah akademik secara psikologinya tidak suka dipanggil beramai ramai untuk mendengar ceramah motivasi, mereka juga tidak suka membaca bahan bahan yang panjang lebar yang pada akhirnya akan menunjukkan kelemahan mereka. Mereka juga tidak suka kepada program motivasi akademik, apatah lagi diarahkan berjumpa orang itu dan orang ini, semata mata untuk mereka dipaksa mendengar leteran dan syarahan yang berjela.
Maka saya upload satu video pendek untuk mereka yang lemah akademiknya sebagai satu usaha kecil saya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengetua memberikan 'sedikit' kesedaran pada mereka. Pada pelajar yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, yang sudah cemerlang prestasi akademiknya mungkin ini juga mampu menyedarkan anda.
Sekali lagi saya harap pelajar Cina dan India atau yang lain melihat tujuan saya ini dengan pandangan yang positif. Saya sekadar ingin pelajar Melayu di IZISH yang lemah prestasi segera bangun membina diri mereka supaya turut berjaya seperti anda...Selamat Menonton...

07 March, 2013
Real Politic: Tujuh Persoalan Yang Tidak Terjawab...
Semalam saya dan anak lelaki saya (insyallah akan melanjutkan pelajaran dalam bidang analisis ekonomi dan hubungan antarabangsa) berkesempatan hadir untuk mengikuti diskusi Real Politic: Apa Kata Anda? anjuran salah seorang MPPUKM. Kebetulan anak saya baru selesai menghabiskan pembacaan buku oleh Machiavelli bertajuk The Prince yang menjadi rujukan utama pemikiran Real Politic. Pulang dari acara tersebut, kami terus berbual tentang sejauh mana masyarakat kita berjaya melihat real politic dan menguruskannya.
Saya tak ingin mengungkap apa yang telah dibincangkan semalam, walaupun pada saya seperti manis di pangkal tetapi tawar di hujungnya. wakil PESEPSI ternyata berjaya memberikan makna kepada real politik tetapi panel seterusnya tidak berpegang kepada definisi yang jelas tentang apakah real politik dan mengaitkannya dengan hujan yang diberikan. Boleh rujuk misalnya konsep real politic seperti berikut,
Walaupun secara ontologinya, elemen seperti federalisme, demokrasi terpimpin, pendidikan, media, bantuan kerajaan, GTP, ETP ada disebut, perkaitannya tidak begitu menyakinkan. Saya separuh setuju dengan seorang pelajar dari kalangan audien yang berkata " tajuk diskusi ini kabur", sebenarnya bukan tajuk yang kabur tetapi ahli penel yang sepatutnya menghujahkan dengan lebih mendalam perkaitan antara semua ontologi yang saya sebutkan di atas dengan 'real politic'. Apa pun usaha mereka sudah boleh diucapkan tahniah kerana mencuba sebaiknya.
Kita harus faham real politic adalah satu bentuk politik yang realisme dan pragmatik dengan membenarkan apa juga cara cara yang praktikal untuk mencapai matlamat untuk menguruskan negara, mencapai kuasa atau mengekalkan kuasa. Real politic tidak bermaksud semuanya memberi kesan negatif, ada kalanya real politic diperlukan untuk mengukuhkan negara dan masyarakat melalui kuasa politik. Pada masa yang sama real politic tidak memberikan ruang pada aliran idealisme, bersifat ideologi apatah lagi mengunggulkan etika dan moral. Real-politic akan membawa kesan baik jika penguasa mempunyai integriti, kebijakan, amanah dan patriotisme yang tinggi dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh rakyat.
Saya tidak perlu ulas panjang lebar kerana para mahasiswa juga boleh rujuk makna serta perdebatan tentang real politic di internet atau di PTSL. Mungkin sekadar satu refleksi saya mengharapkan beberapa persoalan berikut dijawab semalam tetapi nyata tidak kesampaian;
Saya tak ingin mengungkap apa yang telah dibincangkan semalam, walaupun pada saya seperti manis di pangkal tetapi tawar di hujungnya. wakil PESEPSI ternyata berjaya memberikan makna kepada real politik tetapi panel seterusnya tidak berpegang kepada definisi yang jelas tentang apakah real politik dan mengaitkannya dengan hujan yang diberikan. Boleh rujuk misalnya konsep real politic seperti berikut,
"The term realpolitic, "the pursuit of national interests by leaders without regard for ethical or philosophical considerations" http://www.americanthinker.com/2012/07/the_modern_machiavelli.html#ixzz2MpFC1BeA
Kita harus faham real politic adalah satu bentuk politik yang realisme dan pragmatik dengan membenarkan apa juga cara cara yang praktikal untuk mencapai matlamat untuk menguruskan negara, mencapai kuasa atau mengekalkan kuasa. Real politic tidak bermaksud semuanya memberi kesan negatif, ada kalanya real politic diperlukan untuk mengukuhkan negara dan masyarakat melalui kuasa politik. Pada masa yang sama real politic tidak memberikan ruang pada aliran idealisme, bersifat ideologi apatah lagi mengunggulkan etika dan moral. Real-politic akan membawa kesan baik jika penguasa mempunyai integriti, kebijakan, amanah dan patriotisme yang tinggi dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh rakyat.
Saya tidak perlu ulas panjang lebar kerana para mahasiswa juga boleh rujuk makna serta perdebatan tentang real politic di internet atau di PTSL. Mungkin sekadar satu refleksi saya mengharapkan beberapa persoalan berikut dijawab semalam tetapi nyata tidak kesampaian;
- Persoalan Pertama: Apakah PAS sebagai penguasa menggunakan realpolitic dalam cara parti itu menggunakan agama Islam sebagai wadah mengekalkan kuasa di Kelantan dan Kedah? Apakah ajaran Islam yang membentuk realpolitic kerajaan PAS atau sebaliknya kerajaan PAS menggunakan Islam sebagai tindakan realpolitic? Apakah parti itu juga menggunakan real politic dalam isu "Kalimah Allah", isu bersepakat dengan DAP untuk berkuasa di peringkat federal (parti yang telah secara rasmi menolak negara Islam anjuran Pas). Apakah satu realpolitic juga apabila pimpinan PAS menkafirkan ahli parti lawan (UMNO) yang bersekongkol dengan parti bukan Islam yang tidak menolak agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Begitu juga soalan yang sama kita boleh kemukakan pada UMNO? Apakah tindakan tindakan yang dicanangkan sebagao tidak adil oleh pihak pembangkang berkaiatan isu ekonomi, politik, undang, undang dan hubungan kaum boleh dianggap sebagai perlakuan perlakuan realpolitic?
- Persoalan Kedua: Adakah tranformasi ekonomi dan politik kerajaan barisan Nasional merupakan satu bentuk real-politic jika agenda tersebut dilakukan secara meneyeluruh pada semua rakyat Malaysia tanpa membezakan kaum, jantina, pegangan politik, agama, wilayah/negeri dan sebagainya?
- Persoalan Ketiga: Apakah contoh contoh realpolitic yang positif telah dilakukan oleh semua parti di Malaysia? Parti mana yang lebih banyak melakukan real politik yang positif kepada pembangunan rakyat?
- Persoalan Ke Empat: Dalam bentuk undang-undang, apakah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), AUKU, OSA dan Akta Perhimpunan Aman 2012 boleh menjadi tindakan tindakan bersifat realpolitic? Bila pula akta akta ini diperlukan khususnya dalam keadaan keadaan lain. Misalnya jika isu Lahad Datu jika berpanjangan, isu gerakan memurtadkan orang Islam atau isu ajaran sesat? Apakah itu juga dalam diistilahkan sebagai real politic?
- Persoalan Kelima: Bagaimana mahasiswa boleh menguruskan realpolitic untuk menjadikan mereka celik politik, apakah yang perlu mereka lakukan, apakah ada kemahiran kemahiran khusus yang diperlukan?
- Persoalan Keenam: Apakah bentuk bentuk lazim real politic dalam kampus UKM?
- Persoalan ketujuh: Apakah konsensus yang boleh para pimpinan mahasiswa UKM nyatakan dalam memurnikan politik kampus UKM? Atau semua pemimpin pelajar UKM setuju mereka juga harus mengamalkan realpolitic sebagaimana yang dilakukan oleh real-politician di luar kampus? Apakah dalam kampus pimpinan mahasiswa juga setuju untuk menolak politik nilai, etika dan moral untuk merebut kuasa PRK UKM?
Nampaknya semua persoalan ini masih belum terjawab sepenuhnya.... Apa pun tahniah pada MPPUKM yang berjaya anjurkan dikusi ilmiah ini. Memang memberansangkan dengan kehadiran mahasiswa UKM yang mempunyai pandangan politik yang berbeza. menariknya mereka mampu duduk dengan aman, mendengar hujah hujah dengan tenang dan balik dengan senyuman. Saya percaya tanpa rencah realpolitic yang buruk dari luar kampus, setiap anak muda UKM akan mampu berfikiran waras dan bijaksana, malangnya bila mereka didoktrinkan bertalu talu oleh pihak luar UKM, jiwa mereka menjadi kacau, resah dan mula melakukan perlakuan tidak bijaksana lagi. Berdemo di DECTAR pada saya tidak bijaksana sifatnya, menggantung banner menghina orang lain juga tidak bijaksana, apatah lagi mengedar gambar gambar tidak senonoh dengan tujuan mengaibkan rakan seuniversiti. Ini merupakan contoh realpolitik yang kotor dan merosakkan politik nilai yang sedang diwarisi oleh anak anak muda UKM. Apakah kita rela hilang nilai, hilang moral dan hilang segalanya, semata mata ingin menguasai PUSANIKA? Sebab itu agama Islam letaknya di atas politik, kepentingan negara dan survival bangsa juga mesti di atas politik dan prinsip moral, amanah, etika juga di atas permaian politik. Jika permaian realpolitik sudah berada di atas semua ini, maka sekularlah pemikiran politik kita.
Tahniah juga pada wakil PESEPSI, ASPIRASI dan "GMUKM" kerana berkongsi pandangan anak muda UKM semalam. Diharapkan team ASPIRASI juga akan menganjurkan acara diskusi sebagai satu acara rutin mereka. Tentu saya fikir pihak "GMUKM" juga pasti akan menghantar wakil mereka nanti..maka kita tunggu bersama diskusi anjuran ASPIRASI UKM...

04 March, 2013
IZISHIANs:Terima Kasih Atas Semua Aduan...
Ada orang berkata, aduan orang pada diri kita adalah sesuatu yang negatif. Aduan menunjukkan kita lemah, tidak cekap, rendah prestasi. Soalnya apakah ada kehidupan di dunia ini yang bersifat sempurna? Saya tahu dan pasti tidak ada kesempurnaan dalam semua hal kecuali Allah dan para RasulNya.
Maka itu setiap aduan harus dilihat dan diterima secara positif dan bagi tujuan membina. Tetapi mohon dibezakan maksud aduan dengan kejian atau hinaan. Itu tidak boleh disamakan. Malah sangat jauh bezanya.
Jika anda ke laman facebook IZISH, anda pasti akan dapat melihat aktifnya aduan pelajar kolej di sana. Ada aduan tandas tersumbat, sinki bocor, masalah eletrik, isu perkhidmatan kafetaria, masalah gangguan monyet dan berbagai lagi. Seolahnya tidak ada kesudahannya aduan aduan ini.
Semua aduan tersebut boleh dilihat di laman (https://www.facebook.com/groups/194842577224489/)
Mungkin pada sesetengah pentadbir kolej, membenarkan aduan-aduan pelajar di media sosial seperti facebook seolah-olah membuka 'pekung di dada', seperti membuka kelemahan pengurusan kolej untuk di ketahui oleh semua orang dan seolahnya ini sesuatu yang tidak patut dibenarkan. Malah ramai pentadbir yang merasakan cara ini hanya akan 'memakan diri' dan tidak selamat untuk dilakukan.
Saya mungkin berbeza pandangan dalam hal ini. Bila kita bercakap soal ketelusan, kita harus benar benar melaksanakan ketelusan tersebut. Jika kita bercakap kita benar-benar ingin bekerja untuk kebajikan pelajar, kita harus membuktikan kata kata kita. Maka menjadikan media sosial (facebook) khususnya tempat pelajar IZISH membuat aduan penyelenggaraan kolej tidak pernah saya anggap 'memakan' diri saya. Malah saya bangga punya para pelajar yang berani bersuara (dengan cara yang sopan) untuk mendapatkan hak mereka sebagai pelajar kolej.
Ada dua sebab mengapa saya mengalakkan pelajar IZISH menggunakan facebook membuat aduan kepada pihak pengurusan. Pertama ia kaedah paling efisyen dan paling mudah, juga paling murah (percuma). Mengapa saya perlu membuat pelajar IZISH bersusahpayah untuk membuat aduan di pejabat. Jika tandas tersumbat di waktu malam, pelajar terpaksa menunggu pejabat kolej dibuka keesokannya untuk membuat aduan. Maka usaha untuk membaikinya mungkin di sebelah petang atau sehari kemudian. Pelajar pula terpaksa ke pejabat semata mata untuk membuat aduan ringkas tersebut. Cumanya, nasihat saya aduan haruslah lengkap dan dilakukan dengan penuh tanggungjawab (bukan nama samaran) bila melalui FB. Tanpa maklumat (bentuk kerosakan, tempat, masa) serta nama pengadu yang lengkap, pihak kolej tidak boleh mengambil sebarang tindakan. Post-post seakan akan merungut (sekadar sebagai contoh) "susahlah tak ada air" atau "apa nie, tiap tiap hari black-out" tidak akan membantu semua pihak menyelesaikan masalah pelajar.
Keduanya melalui penggunaan FB, pihak pengurusan dapat membuat maklumbalas yang segera. Jika berlaku black-out sebelah malam, selepas pengurusan membuat panggilan kepada pihak juru elektrik, secepat mungkin tindakan tersebut boleh dimaklumkan pada pihak pelajar. Bukan pada seoarang tetapi semua pelajar kolej.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan penggunaan FB untuk urusan sebegini. Saya hormati cara mereka. Tetapi di IZISH saya rasa media FB harus digunakan sepenuhnya. Saya juga tidak ambil kisah jika ada pihak luar IZISH yang mungkin berkata "wah banyaknya aduan pelajar di IZISH, kolej lain tak ada pula aduan sebanyak ini di FB kolej mereka". Saya tak ambil kisah tentang hal itu. Saya hanya memikirkan kesejahteraan pelajar di bawah tanggungjawab saya.
Semakin banyak aduan diterima, semakin bagus pada saya. Itu maksudnya sistem aduan berfungsi dengan baik. Semakin banyak maklumbalas pengurusan kolej diberikan kepada pihak pelajar itu maksudnya perkhidmatan kolej semakin baik. Itu juga bermaksud kami (pengurusan kolej) sedang bekerja kuat untuk kebaikan hidup pelajar Ibu Zain. Maka janganlah dinilai berapa banyak aduan yang terpapar di laman FB IZISH tetapi lihatlah betapa meningkatkan keberkesanan menguruskan aduan aduan tersebut serta kebaikan disebaliknya.
Jika masih ada yang menganggap bahawa semakin banyak aduan maknanya itu sebagai kelemahan pengurusan, saya terima sahaja tanggapan tersebut. Kerana tangggapan orang luar kolej tidak penting pada saya. Saya hanya perlu menjawab di hadapan Allah swt adakah saya telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah saya, dan bukannya di hadapan orang lain yang bersandar tanggapan tanggapan sebegitu.
Apa yang paling utama, harapan saya semua pelajar IZISH tahu mereka mendapat perkhidmatan yang telus dan gembira dengan perkhidmatan yang diberikan. Mungkin ada aduan yang terpaksa mengambil masa kerana kerja kerja hanya boleh dilakukan oleh pihak lain misalnya UPP atau JPP. Mungkin bidang kuasanya bukan di bawah kolej, tetapi di bawah unit pihak berkuasa universiti yang lain (misalnya kafetaria di bawah kuasa Bendahari UKM). Tetapi pelajar kolej berhak mendapat maklumbalas atas aduan mereka. Dan saya tahu selama ini dasar yang telus, ikhlas dan terbuka serta maklumbalas yang cepat dan lengkap dari pihak pengurusan kolej sangat dihargai oleh pelajar.
Atas semua aduan dan teguran dengan niat untuk meningkatkan perkhidmatan Kolej Ibu Zain, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada semua IZISHIANs. Kerana dengan input input ini perkhidmatan kolej akan terus dapat dipertingkatkan...
Ikhlas,
Anuar Ahmad.

03 March, 2013
Angkara Siapa?
Kita tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, Mungkin kumpulan ASPIRASI, mungkin juga kumpulan GMUKM, mungkin juga kumpulan kumpulan kecil politik 'serpihan' untuk melaga lagakan ASPIRASI dan GMUKM. Atau mungkin juga individu yang tidak termasuk dalam mana-mana kumpulan di atas, yang melakukannya atas tindakan individu. Mungkin juga orang dari luar kampus UKM yang melakukannnya. Tetapi apa pun perlakuan ini pasti menimbulkan satu isu baru selepas redanya isu "Demo Dectar" minggu lepas oleh ISIUKM-GMUKM. Kita tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat siapakah yang melakukannya, tetapi dengan kebijaksanaan yang Allah swt kurniakan pada kita, kita gunakanlah dengan matang untuk melihat apa natijahnya tindakan tidak matang ini.
Saya tidaklah terkejut sangat dengan budaya tidak bermoral ini. Kerana orang sebegitu memang ada pada setiap masa. Kesannya juga saya tidak akan terkejut. Pasti kumpulan yang marah dengan tindakan ini akan pula mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina pemimpin kerajaan pula. Maka situasi berantakan warga pelajar dalam kampus ini akan mengembirakan dan menjayakan cita-cita pencipta banner ini.
Kalau kita membaca mana mana pandangan penganalisis politik, kita akan berjumpa dengan istilah 'mengalih isu'. Ini adalah satu strategi dari puluhan strategi permainan politik yang efisyen bila digunakan. Istilah orang sekarang ialah membina 'isu murahan' untuk mengalihkan isu yang lebih besar. Misalnya bila seseorang ahli politik atau sesebuah parti melihat sesuatu tindakan mereka tidak popular, mereka akan berkecenderungan untuk mengalihkan isu besar dengan membina isu murahan agar isu besar atau tindakan-tindakan mereka yang tidak popular segera dilupakan orang.
Cuba renung-renungkan, dalam seminggu dua ini apakah ada tindakan-tindakan yang tidak popular di lakukan mana-mana kumpulan 'politik' dalam kampus UKM. Jika ada, maka strategi 'mengalihkan isu' perlu dilakukan segera oleh kumpulan berkenaan. Ini juga satu isyarat bahawa mereka mengaku dan sedar tindakan mereka sebelumnya adalah tidak popular dan mesti dialihkan sesegera mungkin.
Lemahlah fikiran kita untuk kita percaya, pihak atau kumpulan yang tidak ada apa-apa isu dalam seminggu dua ini dalam UKM secara tiba tiba ingin mencipta isu murahan yang akan menimbulkan kemarahan orang lain tanpa ada sebab yang jelas. Tidak cerdiklah mereka jika tiba-tiba mereka ingin membuatkan para pelajar menjadi benci dan marah pada mereka. Tindakan menaikkan banner menghina pimpinan utama sebuah parti politik secara tiba-tiba, apa untungnya pada pihak yang tiada isu atau masalah dalam kampus? Dan tentunya sangat tidak bijak pada mana mana pimpinan pelajar yang tiada isu untuk melakukan perbuatan sebegitu..
Saya tidak menuduh mana mana pihak, kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui. Biarlah kita berserah kepadaNya. Cuma kita ada akal untuk melihat mengapa sesuatu berlaku dalam kehidupan kita...dan kita mesti berfikir dan buatlah kesimpulan yang matang. Mungkin juga ini satu hasil karya kreatif absurd dari seseorang yang ingin mengekpresikan bakatnya..siapa tahu? Cuma tema karyanya dan cara persembahan yang agak tidak kena...
Walallahu'alam...

Majlis Felo IZISH Akan Pelopori Takrif Projek Pelajar Yang Lebih Menyeluruh...
Ada beberapa PM Facebook yang saya terima, minta saya komen tentang prestasi GMUKM dan juga ASPIRASI. Sejauh mana keupayaan dan kejayaan MPP mereka setakat ini? Saya rasa bukan saya yang patut menilai prestasi mereka. Para pengundi PRK UKM-lah yang lebih layak menilai keupayaan pemimpin mereka. Cuma saya sekadar ingin mencadangkan sebagai berlaku adil pada para pengundi PRK UKM, sebaiknya semua MPPUKM dari kelompok ASPIRASI dan GMUKM secara personal mengeluarkan "Report Card" masing masing, apakah yang telah mereka lakukan sebagai MPPUKM dalam memberi sumbangan pada pelajar. Tentu menjadi harapan para pelajar UKM untuk melihat sumbangan semua MPP mereka dengan memaparkan kad kemajuan MPP masing masing supaya pelajar UKM dapat membuat penilaian sejauh mana usaha semua "Yang Berhormat" UKM sesi ini. Tetapi jangan pula dikeluarkan kad kemajuan GMUKM atau Kad kemajuan Aspirasi. Itu tidak tepat. Pelajar tidak dapat meneliti dan menilai prestasi sebenar setiap MPPUKM dan tentu sahaja ada MPPUKM yang 'curi tulang' akan berjaya disembunyikan kelemahan usaha mereka! Itu sahaja yang saya boleh cadangkan. Kita lihat sahaja MPPUKM kelompok mana yang akan keluarkan kad kemajuan terlebih dahulu.
Saya cadangkan hal ini kerana seperti di IZISH, kami telah budayakan setiap felo IZISH mengeluarkan laporan aktiviti mereka setiap bulan. Pelajar yang berminat untuk mengetahui apakah yang telah felo iZISH sumbangkan kepada pembangunan pelajar IZISH boleh hadir ke pejabat kolej untuk melihatnya. Ini bagi saya penting untuk membuktikan kewujudan jawatan felo di IZISH adalah sesuatu yang penting dan relevan kepada pembangunan pelajar IZISH. Itulah respons saya.
Kali ini izinkan saya memberikan sedikit pandangan tentang takrif 'projek pelajar UKM'. Kita harus mula berfikir untuk memperkemaskan maksud “Projek Pelajar” dari hanya satu peringkat iaitu “penganjuran projek” kepada 3 peringkat iaitu a)Penjanaan Idea Projek ; b)Penganjuran Projek dan c) Penjenamaan Projek.

Rasional
Amalan sekarang semua pihak dari pentadbir pembangunan, para pensyarah, kalangan penyelia LC dan khususnya kepimpinan pelajar
memahami bahawa takrif projek ialah satu aktiviti yang bermula dengan menyediakan
proposal, memohon kelulusan, mencari dana projek, pelaksanaan, post mortem dan
seterusnya menghantar laporan kepada JPPEL. Takrif ini tidak sepenuhnya tepat dalam ertikata untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan projek pelajar sepenuhnya.
Maka kita perlu memgemaskinikan dan memperhalusi takrif ini dengan benar benar menjadikan keseluruhan aktiviti
dari mula hingga akhir membawa maksud ‘projek pelajar’. Oleh itu, dicadangkan keseluruhan aktiviti pelajar dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu;
a) Penjanaan Idea Projek;
b) Penganjuran Projek ;
c) Penjenamaan Projek.
Melalui tiga peringkat ini, setiap aktiviti pelajar UKM dapat dibina prosedur yang lebih sistematik, lebih menyeluruh dan akan banyak membantu penyelia membuat penilaian Learning Contract yang lebih tepat dan
menyeluruh. Pada masa yang sama juga kualiti projek dapat diteliti serta tekal
pelaksanaanya pada setiap masa. Pada yang inginkan maklumat lanjut, pihak IZISH akan terbitkan Manual Prosedur Projek Pelajar yang akan menjelaskan semua peringkat ini tidak lama lagi....
02 March, 2013
Apakah Bentuk Aktiviti Pelajar di Universiti Terbaik Dunia?
Salah satu aktiviti wajib Modul kursus kepimpinan MEP IZISH ialah menyediakan data-data perbandingan aktiviti pelajar di beberapa wilayah dunia khususnya US, Eropah, Asia Timur dan Australia. Tujuannya untuk melihat apakah aktiviti yang dilaksanakan di universiti terbaik dunia. Ahli MEP akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mereka dalam kumpulan kecil mencari data-data di Internet (khususnya melalui sampel laman web di kalangan 400 buah universiti terbaik dunia).
Matlamat akhir modul ini ialah membuka pandangan kepimpinan pelajar IZISH untuk melihat, membanding dan menilai apakah bentuk, trend dan fokus aktiviti-aktiviti di kalangan universiti terbaik dunia. Selepas mereka selesai mendapatkan data, mereka akan mula membuat analisis ringkas melalui kaedah mengkategorikan aktiviti aktiviti tersebut mengikut terasnya. Maka data menunjukkan ada aktiviti keagamaan, moral, sivik, keusahawanan, sukan, kebudayaan dan sebagainya di universiti berkenaan. Semua kumpulan MEP yang telah dipecahkan kepada kumpulan kecil akhirnya akan membentangkan hasil dapatan mereka pada majlis felo dan perbincangan dijalankan.
Melalui aktiviti sebegini, MEP IZISH dapat melihat secara jelas apakah aktiviti yang mereka akan cadangkan mempunyai ciri-ciri yang sama, berbeza atau sebagainya berbanding aktiviti universiti 400 terbaik dunia. Misalnya di kalangan universiti terbaik di US dan Eropah, kegiatan sukan dan berteraskan pendidikan kesihatan di dapati menjadi aktiviti yang mendapat tempat di kalangan para pelajarnya. Begitu juga dengan aktiviti kesenian seperti teater dan kesukarelaan.
Di kalangan universiti terbaik dunia, pelajar mereka tidak begitu cenderung bercakap soal 'softskills' kerana semua kemahiran itu disepadukan dalam kursus fakulti. Bila menjalankan aktiviti, mereka melakukan kerana itu adalah kegemaran, hobi dan kerana mereka seronokmelakukanya setelah penat belajar. Biasanya mereka lakukan secara sukarela. Jika pelajar yang minat dengan aktiviti nyanyian maka beliau akan sertai kumpulan nyanyian, pada pelajar yang suka aktiviti sukan, beliau akan sertai sukan dan begitulah seterusnya.
Manakala trend di universiti seperti Jepun, Korea dan kebanyakan negara Asia menunjukkan pelajar cenderung menganjurkan aktiviti berteraskan kebudayaan etnik dan selalunya menjadi fokus utama. Banyak lagi input analisis lain yang telah dibuat oleh setiap kumpulan ini. Di bawah ada salah satu kumpulan yang melakukannya dan menjadi contoh sebagai tatapan para pengunjung blog ini...

CONTOH PROGRAM
Subscribe to:
Posts (Atom)