22 October, 2011

Pimpinan PMUKM, ASPIRASI, ISIUKM dan IZISH Memang Hebat...

Pertama kali dalam sejarah 41 tahun UKM, belum pernah terjadi seperti apa yang telah terjadi pada hari ini. Kepimpinan PMUKM, ISIUKM, ASPIRASI dan IZISH (sebagai pengerusi penganjur dan bertindak sebagai urusetia) bergabung dalam satu agenda kesejahteraan ummah.
Hari ini melakar sejarah kepimpinan mahasiswa yang paling hebat dalam kepolitikan mahasiswa UKM, tidak pernah terjadi sebelum ini hatta di era mahasiswa menggugat pada 1970an sekalipun. Tahniah pada sdr Muzammil, Mohd Kamal Ali, Mohamad Hafizan kerana bersatu memperjuangkan sesuatu yang besar tentang Islam.Tidak terbayang oleh saya bahawa satu hari akan ada pemimpin pelajar UKM yang sering dilabelkan sebagai suka bercakaran dan bermusuhan sesama mereka boleh duduk semeja di bilik mesyuarat G-NET Kolej Antarabangsa Ibu Zain berbincang sesama mereka dengan penuh ikhlas, bersama merangka kerja dan akhirnya bersama sama setuju untuk menyelaraskan penyertaan dalam program HIMPUN. Saya terpana melihat kehebatan anak anak muda UKM sesi ini. saya mengucap syukur kerana berpeluang melihat kehebatan mereka berani keluar dari kepompong lama politik kampus yang sempit.

Saya pasti rakan rakan saya juga kagum dan pelik bagaimana anak muda UKM hari ini boleh bersama kerana hal ini tidak termampu dilakukan oleh mereka dahulu. Saya dahului dengan ucapan tahniah dan sangat terharu atas keberanian dan kematangan anak-anak muda pimpinan PMUKM, ISIUKM dan ASPIRASI. Pada kepimpinan pelajar IZISH selaku pengerusi dan urusetia, terima kasih kerana usaha ini.

Saya tentunya ingin menyatakan rasa bangga saya secara peribadi pada saudara Pak Lah, exco Kerohanian dan Sivik IZISH yang mempelopori usaha murni ini. Peranan beliau akan dikenang sebagai penemu dua 'musuh' politik kampus di UKM. Pada Pak lah (saudara Abdillah), terima kasih dan tahniah.


Saya selalu berpegang bahawa dalam berpolitik akan ada ada tiga perkara asas yang harus difahami, iaitu homogenity. heterogenity dan equilibrium. Homogenity atau persamaan akan membawa kestabilan, heteroginity atau kepelbagaian akan membawa kepada kedinamikan dan terletak antara keduanya equilibrium atau keseimbangan/kesederhanaan. Dalam makna yang mudah, ada perkara yang kita harus bersama kerana kita perlukan kestabilan, pada ketika yang lain ada perkara yang kita perlukan kepelbagaian untuk mencari kedinamikan dan dalam perkara tertentu kita memilih untuk bersederhana dengan membuat perimbangan.

Lihat alam semesta ciptaan Allah. Planet bersama sama mengelilingi matahari dalam putaran pada arah yang sama. Mereka patuh diorbit yang sama.Ini membina kestabilan cakerawala. Tetapi dijadikan Allah swt planet dan bintang berbagai saiz dan rupa untuk manusia mencari kelebihan setiap satu dan membina kedinamikan. Lihat pula manusia yang diciptakan oleh Allah mempunyai persamaan fitrah lahiriah dan batiniah supaya kehidupan masyarakat stabil tetapi Allah juga menciptakan kepelbagaian keupayaan, kebijakan dan bakat bakat yang berbeza antara seorang dengan yang lain. Tujuannya supaya manusia menjadi dinamik dan maju ke depan.

Politik kampus juga sedemikian rupa. Ada perkara yang harus semua pemimpin pelajar bersama demi membina kestabilan. Soal bersama dalam perjuangan agama, menghormati maruah dan menjaga nama baik 'musuh' politik, kematangan moral dengan menghindari dari perbuatan fitnah, menjaga nama baik UKM, menolak budaya surat layang dan membenci cercaan. Jika semua pimpinan pelajar memahami bahawa dengan memiliki kebersamaan ini adalah penting maka kestabilan politik danm kehidupan kampus akan terhasil, dan sebenarnya mereka adalah pimpinan yang matang dan bijaksana.

Pada ketika yang sama, pimpinan politik pelajar juga boleh berbeza untuk mencari kedinamikan. Manifesto piliharaya misalnya harus berbeza supaya pelajar dapat memilih apa yang mereka fikir terbaik untuk mereka. Begitu juga dengan cara perdebatan, gaya kepimpinan, cara mendekati para pengundi dan sebagainya, mereka boleh berbeza dan dengan itu akan menjadikan pemimpin dan politik pelajar lebih dinamik. Ini semua harus diraikan.

Pada ketikanya pula pemimpin pelajar perlu mencari equilibrium atau berimbang dalam tindakan mereka. Sebagai contoh di dalam membuat tuntutan kepada pihak pengurusan universiti perimbangan adalah yang terbaik. Sebagai pemimpin pelajar, mereka tidak semestinya perlu bersetuju dengan semua idea pengurusan universiti seperti pengetua kolej dan sebagainya. Ada ketikanya mereka boleh berbeza pandangan dan pendapat dengan pihak pengurusan. Itu diraikan kerana kepelbagaian akan membina dinamik.

Maka bersederhana dengan kaedah yang bersopan adalah lebih baik. Sebagai satu contoh, ketika permohonan program Himpun ini diajukan ramai pelajar yang ragu ragu akan kesediaan pihak pengurusan memberikan laluan pada pelajar untuk ikut serta. Tetapi kerana sikap bersederhana dan bertimbang tara di kalangan pimpinan pelajar, pihak pengurusan tidak menolaknya. Terima kasih kerana sikap keterbukaan pengurusan universiti di dalam memahami aspirasi dan inspirasi kepimpinan pelajar UKM.

Harapan kita supaya pimpinan pelajar UKM pada masa depan dapat kekalkan kematangan mereka dalam menguruskan kepolitikan di kampus. Kekalkan kesamaan yang membawa kepada kestabilan (perjuangan agama, nama baik UKM etc), raikan kepelbagaian untuk mencari dinamik (idea, perancangan projek dalam manifesto etc) dan bersedia untuk berimbang dalam mencari kesederhanaan (perbincangan dengan pihak pengurusan etc).

Maka sejarah yang tercatat hari ini akan terus menjadi sejarah besar yang baru bermula kerana akan lebih banyak sejarah baru akan terukir bila pemimpin pelajar UKM yang matang telah bersedia untuk memimpin pelajar UKM.

Rupanya Masih Ada Felo Kolej UKM Yang "Tertidur'

Felo kolej diperkenalkan sejak era pentadbiran HEPA dibawah tanggungjawab YBhg Prof. Dato Dr Abdul Halim Othman. Sebelumnya felo dikenali sebagai tutor yang bertanggungjawab membantu pihak pengetua kolej menguruskan penginapan pelajar.

Tutor atau felo ketika itu hanya bertanggungjawab kepada tiga perkara iaitu kunci bilik pelajar, disiplin dalam blok dan kecemasan pelajar. Hal hal lain pelajar biasanya tidak merujuk kepada felo termasuklah hal hal yang berkaitan penganjuran aktiviti di kolej kediaman. Bukanlah pelik ketika itu seorang pelajar yang akan bergraduan tidak pernah bersemuka atau kenal secara rapat dengan felo di kolej mereka menginap.

Di era Prof Dato Abu Hasan Othman sebagai TNC Hepa, institusi felo mula digerakkan sebagai penasihat aktiviti pelajar. Maka felo mula diberikan peranan baru sebagai pembimbing kepada aktiviti pelajar. Masih ingat ketika itu salah satu soalan lazim yang selalu di tanya oleh Prof Dato Abu Hasan bila bertandang ke kolej ialah TUJUH ETIKA MAHASISWA yang diperkenalkannya.

Hari ini institusi felo bukan sahaja semakin dinamik, tetapi peranannya juga semakin siknifikan kepada perkembangan pelajar kolej kediaman. Terdapat serami 160 orang felo di kolej kolej kediaman termasuk di kampus KL. Mereka ada yang terdiri di kalangan kakitangan UKM dan ada juga di kalangan pelajar pasca siswazah.

Setiap felo dilantik oleh TNC Hepa, diberikan elaun saguhati , rumah/bilik penginapan percuma lengkap dengan perabot. Bagi mengemaskinikan institusi felo satu draf "Term of Reference" (TOR) telah disediakan semasa saya bertugas di Bahagian Akademik Kolej (PPP). Begitu juga saya berkesempatan menghasilan dokumen draf TOR Timbalan Pengetua dan juga Felo Kanan.(Kini dalam proses semak semula oleh pihak HEPA dan Majlis Pengetua

Sejarah membuktikan institusi felo sangat penting dan relevan kepada pelajar UKM. Hari ini felo diberikan berbagai tanggugjawab khususnya berkaitan kebajikan pelajar, membimbing perkembangan kemahiran insaniah pelajar, fasilitator projek pelajar dan kekal bertanggungjawab berkaitan disiplin, kecemasan serta menguruskan kunci pendua bila ada pelajar yang tertinggal kunci di dalam bilik.

Maka jika ada kolej yang aktif penganjuran aktivitinya, meriah dan berjaya projek pelajarnya, pujian harus diberikan juga pada para felonya.Memang ada sumbangan yang besar oleh felo bagi menjayakan sesuatu projek pelajar di kolej kediaman. Malah data di JPPEL juga menunjukkan hampir 60 peratus projek pelajar di UKM datangnya daripada kolej kediaman dan semuanya mendapat sentuhan dari felo kolej kediaman.

Pun begitu masih ada keluhan daripada pelajar yang mengatakan ada felo kolej mereka yang masih 'tertidur'. Maksudnya di saat felo-felo lain begitu komited membantu pelajar kolej, ada segelintir felo yang melaksanakan tanggungjawab sekadarnya sahaja. Dan ada juga yang langsung tidak memberikan komitmen mereka kecuali terdesak. Misalnya sekadar menghadiri program pelajar bila ada perasmian atau kehadiran pegawai kanan UKM termasuklah pengetua. Selebihnya mereka tidak melibatkan diri dengan usaha pelajar menganjurkan program. Ada juga felo yang terlalu naif tentang penganjuran aktiviti pelajar kerana tidak aktif semasa di zaman pra siswazahnya dulu. Semasa ditemuduga, mereka ini seperti boleh melakukan apa sahaja demi pelajar, tetapi kemudiannya gagal memanfaatkan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak UKM.

Felo yang sebegini sememangnya tidak sesuai dan seharusnya memikirkan dengan serius untuk melepaskan jawatan. Tetapi kerana tertarik dengan imbuhan elaun dan kemudahan penginapan yang disediakan agak baik, mereka terus menerus menjawat jawatan felo dan 'tertidur'. Pelajar kolej yang sebenarnya rugi kerana sepatutnya tempat felo tersebut boleh diisi oleh orang lain yang lebih berminat dan berpengalaman untuk membantu pelajar kolej.

HEPA telah membelanjakan peruntukan yang besar pada kebajikan felo. Bayangkan selain rumah atau bilik yang disediakan, elaun berbentuk saguhati sebanyak RM 300 untuk 160 orang felo boleh mencecah lebih setengah juta ringgit setahun.Semoga felo-felo ini insaf dan segera bangun dari 'tidur', mula kenalpasti kebolehan mereka, mula kenalpasti kepakaran dan mula mengerakkan pembanguna pelajar kolej semaksima mungkin. Semoga sinergi HEPA, kepengetuaan, institusi felo, JAKSA dan pelajar kolej secara seluruhnya akan membina persekitaran kolej yang kondusif untuk pelajar merasai 3S (seronok, selesa dan selamat) semasa tinggal di kolej kediaman UKM.

Pada felo felo Kolej, harap jangan 'tertidur' lagi....

21 October, 2011

"Berikan Kepada Mereka Kapak Dan Bukannya Kayu Api"

Inilah kata-kata peribahasa Arab yang disebut oleh Ybhg TNC Hepa dua hari lepas dalam satu perjumpaan rasmi dengan kepimpinan pelajar UKM. Peribahasa ini secara simbolik difahami sebagai jika kita hendak memberikan peluang kemajuan pada seseorang, jangan diberikan sesuatu yang hanya akan digunakannnya sekali sahaja tetapi berilah sesuatu yang dapat digunakan untuk membolehkannya sentiasa memperolehi kemajuan tersebut. Dalam masyarakat Arab, di mana suasana sejuk melampau pada waktu malam, jika kayu api yang diberikan pada mereka, kayu api itu hanya boleh digunakan untuk memanaskan badan mereka untuk sekali sahaja, tetapi jika kapak atau parang yang diberikan maka mereka akan mencari kayu api untuk digunakan memanaskan badan pada setiap malam.

Dalam peribahasa masyarakat Cina ada juga disebut, berikan pancing pada pengail supaya pengail tidak lagi kelaparan. Maknanya seseorang akan lebih maju dalam hidupnya jika kita berikan sesuatu alat, kemahiran atau pengetahuan yang boleh digunakan secara berterusan untuk memajukan diri.

Mungkin hal ini sangat bertepatan bila membincangkan soal aktiviti pelajar UKM. Sejak dahulu lagi setiap tahun pelajar UKM secara keseluruhan menganjurkan lebih 400 aktiviti, kecil dan besar. HEPA melalui JPPEL meluluskan peruntukan kewangan berjumlah ratusan ribu ringgit untuk memastikan semua penganjuran aktiviti pelajar berjalan lancar. Aktiviti pelajar datang dari pelbagai kelompok samada fakulti, kolej, pusat kebudayaan ,pusat sukan serta urusetia yang bernaung di bawah Jppel.

Hasilnya pelajar UKM memang terkenal dengan keaktifan menganjurkan program. Malah rekod di KPT juga menunjukan UKM merupakan antara tiga buah IPTA yang sangat aktif program pelajarnya.

Masa berlalu, zaman juga berubah. Hari ini tujuan utama penganjuran projek ialah untuk meningkatkan kemahiran 'soft skills' pelajar. Hal ini tidak pernah menjadi isu atau ditekankan pada tahun 1970an hinggalah 1990an. Ketika itu penganjuran projek ialah untuk menjayakan projek, menambahkan pengetahuan atau membina kesedaran pelajar. Tiada apa yang dikaitan secara langsung dengan soal pembangunan komunikasi, kerja berpasukan, kebijakan membuat keputusan dan sebagainya.

Hari ini penganjuran aktiviti semuanya terarah untuk pembangunnan insaniah. Malah pelajar juga didedahkan melalui kontrak pembelajaran, dididik mengenalpasti apakah rubrik kemahiran insaniah yang ingin dibangunkan apabila melibatkan diri dalam sesuatu projek. Misalnya jika pelajar meganjurkan projek khidmat masyarakat; apakah kemahiran insaniah yang bakal diterokai dan diperolehi oleh pelajar, begitu juga jika dianjurkan program hari keluarga kolej atau pertandingan debat atau teater.

Maka bolehlah kita analogi kayu api itu umpama duit untuk anjur projek pelajar, api itu ibarat projek dan haba panas api itu ibarat kemahiran insaniah. Setiap tahun ratusan ribu ringgit yang dikeluarkan (dibakarkan) oleh JPPEL untuk menyalakan 'api' aktiviti pelajar. Semakin banyak duit dekeluarkan, maka semakin besar api, maka semakin panas haba yang diperolehi.Tetapi setiap kali itu jugalah untuk memastikan projek pelajar tidak padam dan terus berjalan, HEPA terpaksa mengeluarkan wang. Ada kayu api, adalah apinya dan adalah habanya. Ada duit, adalah projeknya dan adalah kemahiran insaniahnya.

Hal ini perlu diubah. Tidak selamanya HEPA UKM boleh membantu semua projek pelajar dalam keadaan peruntukan kewangan kerajaan semakin dikecilkan pada semua IPTA. Peruntukan kerajaan sekarang menjurus kepada perkara yang lebih kritikal seperti membasmi kemiskinan, meningkatkan kualiti pendidikan rendah dan menengah serta meningkatkan taraf kesihatan dengan pembinaan hospital dan kemudahan asas yang lain. Pihak HEPA juga tentunya tidak lagi boleh terus mengharapkan peruntukan yang besar dari pihak UKM pada masa masa akan datang.

Oleh itu semua pihak termasuk kepimpinan pelajar perlu meneliti dan mencari jalan penyelesaian kepada kaedah baru kepda pembiayaan kewangan aktiviti pelajar. Sebagai contoh jika satu projek pelajar diberikan pembiayaan sebanyak RM 500 untuk menjayakan satu projek, peruntukan tersebut biasanya adalah untuk pakai habis. Tetapi jika peruntukan tersebut diberikan untuk tujuan mikro-kredit HEPA di mana pelajar diberikan peluang membuat pinjaman dan menjalankan perniagaan kecilan di dalam kampus, dan membayar kembali kepada UKM dalam tempoh masa yang dipersetujui tanpa faedah, maka ianya ibarat memberikan kapak kepada pelajar untuk mencari kayu api. Wang itu juga dapat digunakan berkali-kali oleh HEPA untuk kumpulan pelajar yang berbeza.

Begitu juga jika satu kumpulan pelajar diberikan peruntukan untuk menubuhkan unit kesukarelaan yang menjadi 'one stop center' untuk pengurusan semua aktiviti khidmat masyarakat secara berterusan dengan komuniti misalnya di hospital, rumah orang tua, rumah anak yatim, SPPCA, WWF, Aman Malaysia, Global Peace, Muslim Relief dan sebagainya, peruntukan yang diberikan untuk unit tersebut walaupun perlu sekali sahaja oleh Hepa, program khidmat masyarakat akan terus menerus dilaksanakan dan pelajar mendapat 'haba' kayu api yang terbakar tanpa henti.

Maknanya penganjuran projek secara konvensional seharusnya digantikan dengan kaedah kaedah baru yang lebih berjangka panjang, bertujahan dan terfokus. Penganjuran projek- projek seperti hari keluarga kolej serta projek seumpamannya walaupun baik, tetapi dalam jangka panjang semakin tidak 'sustainable' dengan keadaan semasa. Ketika peruntukan mula mengecil, permintaan terhadap pembangunan 'soft skills' semakin meningkat dalam pasaran kerja, keperluan menjenamakan projek pelajar harus mula diteliti semula.

Buat ketika ini tiada mana-mana kumpulan kepimpinan pelajar yang menonjol dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada persoalan sebegini. Kebanyakkan daripada mereka hanya berupaya menjadi 'posmen' yang mengumpul dan menyampaikan berbagai aduan pelajar kepada pihak pengurusan UKM tanpa sebarang cadangan atau idea penyelesaian yang dilampirkan bersama. Tiada apa lagi yang para pelajar dapat harapkan dari mereka.

Sudah sampai masanya, penganjuran projek pelajar pada masa kini dan seterusnya didasari oleh beberapa perkara sebelum diluluskan peruntukannya oleh HEPA. Antara dasar yang utama;
1. Projek yang bila diluluskan peruntukan dalam bentuk pinjaman di mana aktiviti boleh menjana kewangan sendiri dan membayar balik dalam masa yang dipersetujui
2. Projek yang meletakkan agenda universiti sebagai teras (kemasyarakatan, kesukarelaan terfokus, mempertahankan identiti kebangsaan & perlembagaaan negara dan mengalakkan kesepaduan kaum)
3. Projek yang membentuk akhlak dan Islam sebagai cara hidup sebenar termasuk aktiviti yang memberikan kefahaman sebenar tentang Islam pada pelajar Islam dan bukan Islam.
4.Aktiviti pembangunan akademik, kebolehpasaran, inovasi dan kemahiran penyelidikan kepada pelajar.

Semoga aktiviti yang berimpak tinggi akan menjadikan pelajar UKM bersedia untuk lebih berdaya saing pada masa depan.

20 October, 2011

Tujuh Kali Tahniah Untuk Exco PMUKM

Nampaknya exco PMUKM dah mula memperbaiki reputasinya di mata pelajar UKM. Tentunya bukan kerana usaha kecil yang telah dilakukan oleh blog Ilmu Mutu dan Budi. Tindakan ini dibuat apabila Exco PMUKM mula sedar mereka perlu lakukan sesuatu untuk segera menambat hati para pengundi menjelang Pilihanraya Kampus UKM tidak lama lagi. Maka ada baiknya blog ini mengucapkan TUJUH kali tahniah untuk exco PMUKM sesi ini.

1. Tahniah kerana exco PMUKM bersetuju bersama Aspirasi, ISIUKM dan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Antarabangsa Ibu Zain untuk menyertai Program Himpun Sejuta Umat pada hujung minggu ini.

2. Tahniah kepada exco PMUKM jika mereka sudah mula memahami tindakan membelakangkan pihak Pengurusan universiti tempoh hari adalah sesuatu yang tidak bijaksana dan berusaha tidak mengulangi tindakan yang sama pada masa depan.

3. Tahniah kepada Exco PMUKM jika mereka mula sedar bahawa penganjuran Pesta Konvo tahun ini tidaklah sebaik tahun tahun yang lalu dan mereka berazam untuk memastikan penganjuran tahun depan akan lebih baik dan bermakna.

4. Tahniah kepada exco PMUKM jika mereka mula sedar bahawa badan PMUKM adalah milik semua persatuan pelajar dan bukan milik kelompok tertentu sahaja di UKM.

5. Tahniah pada PMUKM jika mereka mula mengambilkira keperluan para pelajar bukan Islam yang ingin sama sama menyumbang kepada aktiviti dan program pelajar di UKM.

6. Tahniah kepada PMUKM jika mereka sedar bahawa memperjuangkan Islam memerlukan keazaman yang kuat melampaui kepentingan dan agenda politik kampus yang sempit.

7. Tahniah pada exco PMUKM yang dilaporkan mula menziarahi secara bergilir gilir dan mengimarahkan surau surau kolej kediaman sejak beberapa minggu ini.

Dan tambahan satu lagi.. Tahniah pada exco PMUKM kerana menganjurkan Forum Bajet 2012 Dimanakah mahasiswa, yang sebelumnya tiada dalam takwin PMUKM, secara tiba tiba diadakan selepas blog Ilmu Mutu dan Budi mencadangkannnya pada PMUKM..mungkin secara kebetulan...

Tak ketinggalan TIGA ucapan tahniah juga diberikan pada Aspirasi UKM

1. Tahniah pada aspirasi jika mereka mula mengemaskinikan gerakerja organisasi mereka sejak minggu lalu.

2. Tahniah pada aspirasi yang mula mengaktifkan facebook dan blog mereka sejak minggu lalu.

3. Tahniah pada aspirasi kerana bersama sama PMUKM, Isiukm dan IZISH untuk penyertaan dalam program HIMPUN hujung minggu ini.

Tentu akan ada banyak lagi ucapan tahniah pada masa depan bila PMUKM, Isiukm, ASPIRASI, 'Gmukm' dan 'TSB' mula melakukan lebih banyak peningkatan dalam organisasi mereka dalam masa terdekat demi kebajikan pelajar.Tahniah untuk semua pemimpin pelajar UKM.

Layakkah Pemimpin Pelajar UKM menjadi Pelapis Pimpinan Negara ?

Selalu orang berkata, pemimpin pelajar di universiti adalah pemimpin negara masa depan. Saya juga bersetuju dengan kata-kata tersebut. Setuju sepenuhnya. Tetapi mestilah ada syaratnya.

Untuk menjadi pemimpin negara masa depan, pemimpin pelajar universiti mestilah dilatih sebagai penyelesai masalah, bukan sekadar penyampai atau pengadu masalah. Sebagai pemimpin pelajar, mereka juga perlu melatih diri mereka sebagai seorang pemikir untuk menyelesaikan masalah pelajar di kampus. Setelah melalui latihan yang panjang sebagai pemikir dan penyelesai kepada masalah pelajar di kampus barulah mereka layak dan bersedia dikatakan sebagai pelapis kepimpinan negara.

Pengalaman sebagai pengetua kolej sejak beberapa tahun lalu memberi peluang kepada saya mendengar, melihat serta memahami cara pemimpin pelajar berkerja sebagai pemimpin pelajar di kampus. Paling ramai ialah jenis pemimpin pelajar yang hanya mahir sebagai pengadu masalah pelajar kepada pihak pengurusan universiti. Penulis setuju adalah menjadi tanggungjawab pemimpin pelajar sebagai orang tengah antara pelajar dan pengurusan universiti. penulis sangat setuju. Tetapi apakah itu sahaja yang mampu dilakukan oleh pemimpin pelajar? Hanya sebagai penyampai (posmen) masalah. Apakah selamanya sehinggalah jika berpeluang nanti menjadi pemimpin di peringkat negara itu sahaja kemahiran yang diperolehi oleh pemimpin pelajar semasa di kampus?

Pemimpin pelajar harus keluar dari kepompong sebagai pengadu masalah pelajar kepada peranan yang lebih tinggi martabatnya iaitu sebagai penyelesai masalah pelajar. Penulis setuju tidak semua masalah pelajar di kampus boleh diselesaikan oleh pemimpin pelajar. Ada masalah yang memerlukan komitmen yang lebih besar daripada pihak pengurusan universiti. Sebagai contoh jika kurang bas, pemimpin pelajar tiada kemampuan membeli bas untuk pelajar UKM, di sini adalah peranan pihak pengurusan UKM. Begitu juga apabila melibatkan kawalan keselamatan kampus, yuran pengajian atau sebagainya. Tetapi ada juga masalah pelajar kampus yang boleh diselesaikan atau sekurang kurang cuba diselesaikan oleh pemimpin pelajar. Isu mengurangkan kes kemalangan jalanraya dalam kampus, isu mengurangkan masalah gangguan binatang liar seperti monyet di dalam kampus, isu mengurangkan karenah birokrasi berkaitan permohonan kelulusan aktiviti pelajar, isu meningkatkan kelestarian kampus, isu meningkatkan kesedaran keselamatan diri dan barangan oleh pelajar, isu perpaduan kaum, isu meningkatkan kecekapan bantuan kebajikan kepada pelajar yang memerlukan, isu penguasaan bahasa Inggeris, isu kemudahan kolej, isu meningkatkan kebolehpasaran graduan UKM dan sebagainya.

Malangnya kotak pemikiran pemimpin pelajar UKM lebih menjurus kepada mengadu dan terus mengadu. Itu lebih mudah dan lebih baik dari terpaksa berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah pelajar. Kemalasan untuk berkreativiti dan berfikir amat ketara di kalangan pemimpin pelajar kampus. Bayangkan ada pemimpin pelajar kampus yang sekadar mampu menyampaikan aduan misalnya sampah lambat dikutip, bilik air di kolej lambat dibersihkan, makanan kafetaria mahal, tetapi bila ditanya kembali apakah cadangan untuk menyelesaikan masalah sebegini kebanyakan pemimpin pelajar akan terdiam, tanda minda mereka kosong!

Bagaimanakah mereka akan menjadi pelapis negara jika kepimpinan pelajar yang ada hari ini sekadar terlatih sebagai pengadu dan bukan mahir sebagai penyelesai kepada masalah. Malah sebenarnya kemahiran sebagai penyelesai masalah pun bukanlah kemuncak kepada kemahiran kepimpinan kerana pemimpin yang berkualiti bukan setakat boleh menyelesaikan masalah tetapi juga berkeupayaan membuat perancangan, mempunyai wawasan dan gagasan besar untuk masa depan para pengikutnya.

Oleh itu, dalam pertemuaan-pertemuan pemimpin pelajar dengan pengurusan UKM, acapkali kedengaran pemimpin pelajar dipelbagai peringkat termasuk PMUKM lebih cenderung menjadi pengadu/penyampai masalah semata-mata. Mereka tidak ada kemampuan berfikir ke arah mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang diadukan apatah lagi mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Maka itu, penulis berazam untuk mula menggerakan kumpulan pimpinan pelajar di IZISH supaya mula berfikir dalam ruang yang baru, bukan sebagai pengadu masalah tetapi bertindak sebagai penyelesai masalah pelajar. Mungkin tidak sepenuhnya semua masalah pelajar dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya sebagai pemimpin pelajar mereka telah mencuba untuk belajar menyelesaikan masalah pelajar.

Sebagai comtoh di IZISH, gangguan monyet menjadi isu yang tidak pernah selesai sejak lima enam tahun yang lalu. Pembukaan lebih banyak kawasan hutan dalam kampus untuk tujuan pembinaan bangunan menyebabkan gangguan monyet di IZISH semakin ketara sejak dua tahun kebelakangan ini. Masalah monyet juga dihadapi oleh kebanyakan kolej berhampiran hutan hinggalah turut dirasai kehadirannya  di bangunan Pusanika.

Di IZISH atas inisiatif felo dan JAKSA, satu program yang dinamakan IZISH Food Waste Management Program (IZISH-FWM) telah diperkenalkan dan mula dilaksanakan dalam semester ini. Ini adalah idea dan inisiatif felo dan JAKSA, cuba untuk menyelesaikan masalah gangguan monyet di IZISH. Pihak kolej memberikan sokongan penuh untuk menjayakan program ini. Dua fokus utama dilakukan dalam program ini. Pertama, untuk mengelakkan gangguan monyet di dalam blok, semua tong sampah dalam blok telah direkabentuk semula untuk menghalang monyet atau binatang liar seperti anjing menyelongkar tong sampah tersebut. Sistem pembuangan sisa makanan oleh pelajar di dalam blok juga diperkemaskan. Kesannya begitu ketara kerana dalam semester ini belum ada aduan di terima oleh pihak kolej berkaitan gangguan monyet di dalam blok pelajar. Monyet tidak lagi menganggu di dalam blok pelajar kerana tiadanya sisa makanan di sana.

Fokus kedua ialah mengurangkan kehadiran monyet di persekitaran kolej dengan menyediakan 'feeding area' antara sempadan IZISH dan hutan. Oleh kerana usaha ini masih di peringkat rintis, kesannya masih belum dapat dijelaskan di sini. Objektif diwujudkan feeding area ialah, dengan adanya sisa makanan disediakan di kawasan berkenaan, monyet-monyet tidak lagi perlu bekeliaran di dalam kawasan kolej untuk mencari makanan. Usaha penyelesaian ini diharap dapat mengurangkan masalah gangguan monyet di IZISH, jika pun tidak mampu menghapuskan masalah tersebut sepenuhnya dalam masa terdekat.

Apa yang penting ialah isu dan masalah ganguan monyet telah menjadi 'kes' kepada Jaksa IZISH menjalani latihan sebagai pemimpin, di mana mereka sekarang dilatih berfikir untuk menyelesaikan masalah berbanding hanya berfungsi sebagai pengadu masalah semata-mata.

Sebenarnya sangat banyak masalah pelajar yang boleh dijadikan sebagai bahan "kes" untuk pemimpin pelajar UKM gunakan untuk berlatih berfikir di dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka. Sebagai contoh bagaimana caranya untuk memberikan kesedaran supaya pelajar turut mengikuti program atau aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar tanpa perlu dipaksa ? Bagaimana untuk mengurangkan harga makanan di kafetaria tanpa perlu mengadu pada pengurusan UKM supaya 'memaksa' peniaga menurunkan harga makanan ? Bagaimana pula caranya untuk memastikan maklumat aktiviti pelajar sampai pada setiap pelajar di UKM dengan kos publisiti yang paling murah? Bagaimana untuk mendidik pelajar kolej agar tidak selalu tertinggal kunci di dalam bilik ? bagaimana untuk mendidik pelajar supaya tidak terlalu banyak menghabiskan masa di internet untuk tujuan yang kurang berfaedah? bagaimana untuk menggalakan penjimatan air dan letrik di kolej ?

Semakin banyak 'kes' yang dapat diselesaikan oleh pemimpin pelajar semakin baik dan berkualitilah kepimpinan mereka. Maka akan semakin berwibawa dan semakin tajamlah cara mereka berfikir. Jika pemimpin pelajar UKM  hanya mahir membuat aduan dan tidak mampu berfikir sebagai penyelesai masalah pelajar, layakkah mereka nanti menjadi pemimpin pelapis kepada negara? Saya seperti juga orang lain pasti sangat musykil dengan keupayaan mereka...

19 October, 2011

Tahniah, IZISH Mula Rintis Jayakan Kelestarian UKM ...


 Imej Rasmi IZISH

Pelan Strategik IZISH 2011-2013 memberi fokus  perancangan sistematik melestarikan IZISH


Laporan Pencapaian IZISH 1996-2010

     
9 Okt 2011: Pelajar IZISH bergotong royong membersihkan Hutan Pendidikan Alam UKM. Semoga HPA menjadi pusat kegiatan 'outdoor' pelajar UKM.

 Training of Traîners (TÔT) on Greening thé Future @IZISH, UKM

Sambutan Karnival Kesedaran Alam Sekitar oleh Pelajar IZISH

Kempen Pengurusan Sisa makanan Pelajar IZISH


Kempen Amalan Penggunaan Bekas Plastik Mengantikan Polisterin


Kempen Sifar Polisterin IZISH 2011

Pengenalan sistem 'Tender Terbuka'  untuk pendaftaran projek LC. Pelajar bebas memilih projek yang mereka suka dan berminat. Tiada paksaan dalam beraktiviti di IZISH




Inisiatif Felo dan JAKSA melestarikan kehidupan warga IZISH dan hidupan liar di UKM



Program bersepadu pengurusan sisa makanan dan pengawalan gangguan monyet di IZISH

Apakah Exco PMUKM Terkhilaf Melanggar Etika 'Berkerajaan" ?

Tercatat di dalam AUKU bahawa perlu ada sebuah badan induk pelajar yang mewakili semua pelajar di sesuatu universiti dan di dalam perlembagaan UKM pula tercatat bahawa PMUKM adalah badan induk pelajar UKM.

Terma PMUKM bukan hanya merujuk kepada exco PMUKM atau MPP sahaja. PMUKM didefinisikan merangkumi semua persatuan yang berjumlah lebih 170 buah di kampus induk dan kampus KL. Oleh itu organisasi PMUKM harus difahami sebagai institusi mewakili semua persatuan pelajar dan bukan monopoli atau hak eksklusif di kalangan exco atau MPP PMUKM sahaja. Tanggungjawab exco PMUKM (bermula dari Speaker hingga ke bawah) adalah merancang, mentadbir, menyatukan semua persatuan/kelab dan melaksanakan penyelarasan dengan semua entiti persatuan, kelab dan perwakilan yang dibawah naungan PMUKM.

Analoginya, seseorang calon piliharaya yang menang di peringkat parlimen jika mendapat mandat daripada Perdana Menteri dan perkenan Yang Dipertuan Agong boleh dilantik sebagai anggota kabinet kerajaan. Tetapi badan "Kerajaan" bukan hak eksklusif anggota kabinet. Kerajaan adalah satu badan kuasa/mandat  yang diberikan oleh majoriti rakyat. Anggota kabinet hanya bertanggungjawab memastikan peranan eksekutif kerajaan berjalan,manakala institusi kehakiman pula bertanggungjawab memastikan peranan legislatif kerajaan terlaksana. Oleh itu menyamakan kabinet dengan kerajaan adalah tidak tepat. Begitu juga menyamakan badan kehakiman sebagai sebuah kerajaan juga tidak betul.

Exco PMUKM juga sama. Mereka adalah kabinet yang memastikan kerajaan (PMUKM) berjalan dengan lancar dan menyatupadukan semua pelajar di bawah naungan PMUKM. Jika exco PMUKM (kabinet) menggunakan PMUKM sewenang wenangnya untuk menjayakan program kelompoknya sahaja, maknanya exco PMUKM telah menyeleweng dari fungsinya yang sebenar. Maka jika benar ada usaha ke arah itu (harapnya tidak ada), istilah menggunakan 'jentera kerajaan' (pejabat PMUKM, kewangan PMUKM, pengaruh PMUKM dan nama PMUKM) untuk kepentingan kelompok mereka sahaja dan juga untuk memenangkan agenda politik kampus tertimpa atas kepimpinan mereka.

JIka ini berlaku, pasti akan ada kumpulan pelajar yang rasa tidak puashati dengan gaya anggota exco PMUKM mentadbir PMUKM. Oleh itu semua pelajar berhak mengetahui apakah yang telah exco PMUKM lakukan di dalam menggerakkan PMUKM. Termasuklah soal dasar PMUKM, komitmen PMUKM dengan pihak luar, soal kewangan PMUKM yang dibelanjakan oleh exco PMUKM untuk pengurusan program dan pentadbiran.

Saya suka mencadangkan laporan kewangan PMUKM dibentangkan dalam majlis yang terbuka kerana sebagai pengundi pelajar berhak mengetahui ke manakah wang mereka telah dibelanjakan oleh exco PMUKM sesi ini. Apakah exco mengamalkan cara perbelanjaan yang bijaksana, dan memberikan pulangan yang lebih baik serta memberikan faedah pada semua pelajar UKM yang bernaung di bawah badan PMUKM.

Badan PMUKM berbeza dengan Jaksa Kolej. Jaksa Kolej adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik untuk membantu pihak pengurusan UKM dan bukannya diundi. Oleh itu Jaksa bertanggungjawab kepada pihak pengurusan universiti yang melantik mereka dan boleh jika ada keperluan dipecat atau digugurkan dari jawatan, Mereka juga tertakluk kepada aturan perbelanjaan yang ketat seperti yang dikuatkuasakan oleh pihak bendahari. Malah setiap wang yang dibelanjakan oleh Jaksa mempunyai vot yang telah dikhususkan. Misalnya yuran kolej sebanyak RM 100 yang dibayar oleh pelajar digunakan seperti berikut (RM20 untuk t-shirt kolej, RM20 untuk makan malam tahunan kolej, RM 20 untuk kegiatan sukan, kebudayaan, ICT  dan rekreasi, RM 20 untuk tujuan kebajikan pelajar (khairat, kecemasan pelajar, program sivik dan kerohanian) dan baki RM 20 ringgit lagi untuk tujuan aktiviti Jaksa Kolej).

Bagaimana pula dengan kewangan PMUKM? Ramai pelajar yang  ingin tahu cara perbelanjaan exco PMUKM dan sebagai eksekutif badan induk, exco PMUKM juga berhak pada bila bila masa untuk mengetahui laporan perbelanjaan kelab kelab dan persatuan pelajar di bawah badan PMUKM. Seharusnya pada akhir sesi ini satu laporan aktiviti dan kewangan persatuan pelajar UKM disatukan dalam satu buku "Laporan Tahunan PMUKM sesi 2010-2011". Laporan ini bukanlah seperti majalah Aspirasi, tetapi dokumen rasmi tentang aktiviti PMUKM dan juga laporan kewangannya. 

Secara semangatnya, semua persatuan harus memberikan sokongan penuh kepada badan PMUKM, tetapi itu tidak tertakluk sebagai peraturan dalam perlembagaan tubuh PMUKM (mungkin ada exco PMUKM sendiri yang masih belum membaca perlembagaan tubuh PMUKM). Kecualilah satu rang peraturan baru dikemukakan oleh exco PMUKM untuk mewajibkan semua persatuan pelajar UKM patuh dan akur dengan semua dasar dan polisi PMUKM. Sehingga itu, adalah menjadi perkara yang biasa untuk exco PMUKM tidak mendapat sokongan persatuan atau kelab di dalam naungannya. 

Jadi persoalan samada exco PMUKM berjaya atau gagal mendapat sokongan daripada persatuan/kelab adalah soal kewibawaan dan karisma exco PMUKM. Persatuan/kelab tidak boleh disalahkan kalau tidak memberikan sokongan pada exco PMUKM dan hanya akan boleh disalahkan jika mereka memohon keluar dari badan PMUKM. Pelajar UKM harus boleh memahami tentang ada bezanya PMUKM sebagai sebuah badan rasmi (kerajaan) dan exco PMUKM (kabinet) yang diberikan tanggungjawab melaksanakan tugas badan rasmi tersebut. Jika kita faham hal ini barulah kita boleh terus berbincang tentang hal-hal yang seterusnya. Semoga exco PMUKM jangan terkhilaf dengan menyangka PMUKM mereka sahaja yang punya..

18 October, 2011

Academically Adrift: Limited Learning on College Campuses,

Drawing on survey responses, transcript data, and results from the Collegiate Learning Assessment (a standardized test taken by students in their first semester and at the end of their second year), Richard Arum and Josipa Roksa concluded that a significant percentage of undergraduates are failing to develop the broad-based skills and knowledge they should be expected to master.
Growing numbers of students are sent to college at increasingly higher costs, but for a large proportion of them the gains in critical thinking, complex reasoning, and written communication are either exceedingly small or empirically nonexistent.

At least 45 percent of students in their sample did not demonstrate any statistically significant improvement in Collegiate Learning Assessment [CLA] performance during the first two years of college. [Further study has indicated that 36 percent of students did not show any significant improvement over four years.] While these students may have developed subject-specific skills that were not tested for by the CLA, in terms of general analytical competencies assessed, large numbers of U.S. college students can be accurately described as academically adrift. They might graduate, but they are failing to develop the higher-order cognitive skills that it is widely assumed college students should master. These findings are sobering and should be a cause for concern.
While higher education is expected to accomplish many tasks—and contemporary colleges and universities have indeed contributed to society in ways as diverse as producing pharmaceutical patents as well as prime-time athletic games—existing organizational cultures and practices too often do not put a high priority on undergraduate learning. Faculty and administrators, working to meet multiple and at times competing demands, too rarely focus on either improving instruction or demonstrating gains in student learning.
More troubling still, the limited learning we have observed in terms of the absence of growth in CLA performance is largely consistent with the accounts of many students, who report that they spend increasing numbers of hours on nonacademic activities, including working, rather than on studying. They enroll in courses that do not require substantial reading or writing assignments; they interact with their professors outside of classrooms rarely, if ever; and they define and understand their college experiences as being focused more on social than on academic development.
Moreover, we find that learning in higher education is characterized by persistent and/or growing inequality. There are significant differences in critical thinking, complex reasoning, and writing skills when comparing groups of students from different family backgrounds and racial/ethnic groups. More important, not only do students enter college with unequal demonstrated abilities, but those inequalities tend to persist—or, in the case of African-American students relative to white students, increase—while they are enrolled in higher education.
Despite the low average levels of learning and persistent inequality, we have also observed notable variation in student experiences and outcomes, both across and within institutions. While the average level of performance indicates that students in general are embedded in higher-education institutions where only very modest academic demands are placed on them, exceptional students, who have demonstrated impressive growth over time on CLA performance, exist in all the settings we examined. In addition, students attending certain high-performing institutions had more-beneficial college experiences in terms of experiencing rigorous reading/writing requirements and spending more hours studying. Students attending these institutions demonstrated significantly higher gains in critical thinking, complex reasoning, and writing skills over time than did students enrolled elsewhere.
The Implications of Limited Learning
Notwithstanding the variation and the positive experiences in certain contexts, the prevalence of limited learning on today's college campuses is troubling indeed. While the historian Helen Horowitz's work reminds us that the phenomenon of limited learning in higher education has a long and venerable tradition in this country—in the late 18th and early 19th centuries, "college discipline conflicted with the genteel upbringing of the elite sons of Southern gentry and Northern merchants"—this outcome today occurs in a fundamentally different context. Contemporary college graduates generally do not leave school with the assumption that they will ultimately inherit the plantations or businesses of their fathers. Occupational destinations in modern economies are increasingly dependent on an individual's academic achievements. The attainment of long-term occupational success in the economy requires not only academic credentials, but very likely also academic skills. As report after blue-ribbon report has reminded us, today's jobs require "knowledge, learning, information, and skilled intelligence." These are cognitive abilities that, unlike Herrnstein and Murray's immutable IQ construct, can be learned and developed at school.
Something else has also changed. After World War II, the United States dramatically expanded its higher-education system and led the world for decades, often by a wide margin, in the percentage of young people it graduated from college. Over the past two decades, while the U.S. higher-education system has grown only marginally, the rest of the world has not been standing still. As Patrick Callan, president of the National Center for Public Policy and Higher Education, has observed: "In the 1990s, however, as the importance of a college-educated work force in a global economy became clear, other nations began making the kinds of dramatic gains that had characterized American higher education earlier. In contrast, by the early 1990s, the progress the United States had made in increasing college participation had come to a virtual halt. For most of the 1990s, the United States ranked last among 14 nations in raising college-participation rates, with almost no increase during the decade."
For the first time in recent history, many countries today graduate higher percentages of their youth from college than does the United States. While the United States still ranks second among Organisation of Economic Co-operation and Development (OECD) countries in terms of adult workers' bachelor-level-degree attainment, it has dropped to sixth when higher-education attainment of only the most recent cohort of young adults is considered. "We may still have more than our share of the world's best universities. But a lot of other countries have followed our lead, and they are now educating more of their citizens to more advanced levels than we are," the recent federal report "A Test of Leadership" observed. "Worse, they are passing us by at a time when education is more important to our collective prosperity than ever."
The U.S. higher-education system has in recent years arguably been living off its reputation as being the best in the world. The findings in our study, however, should remind us that the system's international reputation—largely derived from graduate programs at a handful of elite public and private universities—serves as no guarantee that undergraduate students are being appropriately challenged or exposed to educational experiences that will lead to academic growth throughout the wide range of diverse U.S. colleges and universities. While the U.S. higher-education system still enjoys the competitive advantage of a sterling international reputation, in recent decades it has been increasingly surpassed in terms of quantity (i.e., the percentage of young adults it graduates), and its quality is coming under increasing scrutiny. The U.S. government's recent decision to participate in international efforts led by the OECD to measure higher-education academic performance on a comparative basis cross-nationally, following the less-than-stellar comparative results observed in international comparisons of adult literacy, provides little reassurance that the system's reputation will not become increasingly challenged and debated. In an increasingly globalized and competitive world system, the quality and quantity of outcomes of a country's education system is arguably related to a nation's future trajectory and international economic position.
The changing economic and global context facing contemporary college graduates convinces us that the limited learning that exists on U.S. campuses—even if it has been a part of the higher-education landscape since the system's inception—qualifies today as a significant social problem and should be the subject of concern of policy makers, practitioners, parents, and citizens alike. While the phenomenon can accurately be described as a social problem, the situation that exists on today's college campuses in no way qualifies as a crisis, and we have consciously avoided the use of rhetoric here that would point to "a crisis in higher education."
Limited learning in the U.S. higher-education system cannot be defined as a crisis, because institutional and system-level organizational survival is not being threatened in any significant way. Parents—although somewhat disgruntled about increasing costs—want colleges to provide a safe environment where their children can mature, gain independence, and attain a credential that will help them be successful as adults. Students in general seek to enjoy the benefits of a full collegiate experience that is focused as much on social life as on academic pursuits, while earning high marks in their courses with relatively little investment of effort. Professors are eager to find time to concentrate on their scholarship and professional interests. Administrators have been asked to focus largely on external institutional rankings and the financial bottom line. Government funding agencies are primarily interested in the development of new scientific knowledge. In short, the system works. No actors in the system are primarily interested in undergraduates' academic growth, although many are interested in student retention and persistence. Limited learning on college campuses is not a crisis, because the institutional actors implicated in the system are receiving the organizational outcomes that they seek, and therefore neither the institutions themselves nor the system as a whole is in any way challenged or threatened.
Richard Arum is a professor of sociology and education at New York University and director of the Education Research Program of the Social Science Research Council. Josipa Roksa is an assistant professor of sociology at the University of Virginia. Their book, Academically Adrift: Limited Learning on College Campuses, is being published this month by the University of Chicago Press.

Al-Fatihah Buat Bekas Pengetua Kolej UKM

Pada 16 September 2011, di hari kita meraikan kelahiran negara Malaysia, kami para pengetua kolej kediaman UKM menerima berita perginya ke rahmatullah Dr Warnoh Katiman, bekas pengetua Kolej Ungku Omar. Allahyarham juga merupakan bekas pensyarah Fakulti Pendidikan UKM di dalam bidang pentadbiran pendidikan.

Allahyarham merupakan bekas seorang guru dan pengetua sekolah sebelum menjawat jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM. Seterusnya diberikan kepercayaan oleh Tan Sri Prof Dr.Mohd Salleh Yassin, Naib Canselor ketika itu untuk memegang jawatan pengetua kolej kediaman Ungku Omar UKM (2000-2003) mengantikan Dr. Fauzi Musa juga bekas pensyarah di Fakulti pendidikan UKM.

Saya mengenali allahyarham sebagai rakan karib dan juga rakan sekerjaya. Allahyarham ketika itu adalah pengetua yang paling  senior di kalangan semua pengetua kolej (dari segi umur), terkenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat berkaitan kebajikan pelajar UKM. Antara perkara yang paling dititikberatkan ialah soal akhlak dan ibadat pelajar Melayu. Beliau sangat tegas dengan soal pembangunan akhlak dan moral para pelajar.

Pernah satu hari selesai kami bermesyuarat berkaitan pengurusan kolej yang di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof Dato' Dr Mohd Wahid Samsudin TNC HEPA di bangunan canselori, saya dan allahyarham berkongsi kereta untuk balik ke pejabat kami di Fakulti Pendidikan. Sampai di persimpangan Kolej Burhanuddin Helmi untuk ke Fakulti Pendidikan, allahyarham tiba-tiba memberhentikan keretanya di tepi jalan (di depan bangunann PPU sekarang) semata-mata tidak puas hati melihat  seorang pelajar membuang bekas botol plastik di bawah pokok. Beliau keluar dari kereta, berjalan ke arah pelajar berkenaan dan dengan tegas mengarahkan pelajar berkenaan mengambil kembali sampah tersebut dan meminta pelajar itu berjalan ke arah tong sampah yang berada tidak jauh dari situ dan membuangnya. Beliau sanggup menunggu sehingga pelajar berkenaan benar benar membuang sampah tersebut.  Pada beliau soal ibadat, akhlak dan moral adalah asas dalam kehidupan. Beliau selalu berkata tidak guna selepas seseorang pelajar berjaya berjawatan tinggi, kaya raya dan berkuasa tetapi  akhlak dan moralnya rendah. "Jika akhlak dan moral rendah, itu maknanya pendidikan kita gagal", "itu maknannya guru juga gagal" sering disebut berkali kali prasa ini oleh beliau.

Pada saya, allahyarham adalah model guru yang sebenarnya. Hampir 40 tahun berkhidmat, barulah beliau bersara. Tetapi beliau tetap sibuk dengan projek pembangunan resort dan kem latihannya di Hulu Langat. Di sana beliau telah membeli 26 ekar tanah hutan yang mempunyai anak sungai dan kawasan perkelahan. Cantik dan tenang bila berasa di sana. Beberapa kali sempat saya ke sana menziarahi allahyarham. Begitu bersemangat beliau meceritakan rancangannya untuk terus membangunkan resort tersebut. Memang semangat 'cikgu' kukuh tersemat di dalam jiwa beliau.

Kini saya kehilangan seorang kawan karib dan juga rakan seperjuangan dalam pendidikan. Pemergiaan beliau menginsafkan saya tentang makna hidup dan mati. Pemergian beliau mengajar saya erti kasih sayang dan kematian. Pemergian beliau juga mengajar saya makna permusuhan dan kematian. Juga tentang jawatan, kuasa, harta dan keseronokan kehidupan di dunia. Mohon dijauhkan hidup kita semua dari perkara yang mungkar dan mohon Allah rahmati dengan semua perkara yang maaruf di dalam kehidupan yang sementara ini.

Al Fatihah buat sahabatku Allayarham Dr Haji Warnoh bin Katiman, semoga ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh..Semoga anak-anak saudara yang soleh dan solehah menjadi pendoa yang istiqamah, harta dan rezeki yang saudara cari di dunia dulu menjadi sedekah jariah yang berterusan pahalanya dan semua ibadah yang telah saudara tunaikan semasa di dunia dulu menjadi peneman abadi di alam yang baru. Kami di sini bila sampainya masa akan pasti juga ke sana...seperti yang telah Allah janjikan. al fatihah.

17 October, 2011

Selamat Berjuang Kelab Sahabat Aqsa UKM

Pada 10 Oktober 2011, secara rasminya Kelab Sahabat Aqsa UKM ditubuhkan. Kelab ini yang telah dirancang sejak cuti semester yang lalu telah mendapat restu dan kelulusan dari Yang Berbahagia Tan Sri Naib Canselor UKM. Sijil kelulusan kelab pula telah ditandatangani oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM. Jelas sekali pihak pengurusan UKM sangat menyokong usaha para pelajar. Kelab ini menetapkan misi berikut;

"Mengembleng tenaga, idea dan pelbagai kebolehan yang dimiliki mahasiswa/i UKM dalam membantu rakyat Palestin atas nama persaudaraan dan memberikan kesedaran kepada para mahasiswa/i UKM mengenai isu kemanusiaan rakyat Palestin dan hak umat Islam terhadap Baitul Maqdis".

Tahniah pada saudara Khalid Jimat, pelajar IZISH yang dilantik sebagai YDP pertama kelab ini. Malah sebahagian besar ahli jawatankuasa penaja merupakan pelajar IZISH. Pada anda semua, sekalung tahniah dari kami para warga IZISH. Kelab ini tentunya memikul tanggungjawab berat untuk memyedarkan seluruh pelajar UKM (muslim dan non-muslim) berkaitan isu Palestin.

Kelab ini juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan yang diharapkan oleh pihak masyarakat Islam di Palestin. Berbagai bentuk bantuan boleh dilakukan dari segi kewangan, tenaga kerja, menyokong tekanan ekonomi pada pihak Yahudi dan yang paling utama iringan doa kepada Allah agar masyarat Palestin segera mendapatkan kembali negara palestin yang berdaulat.

Inilah contoh usaha pelajar UKM yang boleh dibanggakan. Mereka tidak lagi berfikir soal remeh temeh seperti politik kampus atau projek yang tidak penting (program hiburan yang berlebihan). Mereka sekarang bergerak di dalam dimensi yang baru, realiti dan mengujakan. Kelab ini bergerak atas kesedaran untuk membantu masyarakat yang benar benar menderita dan sangat memerlukan bantuan. Semoga kelab ini akan berjaya dalam perjuangan mereka.

Pilihanraya Kampus UKM Semakin Menyeleweng

Seksyen 15 dan 16 di dalam AUKU memperuntukan satu persatuan induk pelajar mestilah ditubuhkan di sesebuah institusi pengajian tinggi di negara ini. Persatuan itu boleh diwujudkan berdasarkan perwakilan yang dibentuk samada dengan cara pilihanraya, pemilihan secara perwakilan daripada persatuan atau temuduga oleh pihak pengurusan universiti dan membuat perlantikan.

UKM menggunakan seksyen 57, 58 dan 59 dalam perlembagaannya  untuk mengunapakai kaedah piliharaya kampus sebagai kaedah membentuk perwakilan pelajar di dalam persatuan induk pelajar UKM atau akronimnya PMUKM. Selain itu Statut Badan Badan Pelajar UKM (1992) juga menjelaskan secara terperinci keperluan dan tatacara perjalanan persatuan pelajar di UKM.

Mengapa Lembaga UKM memilih kaedah piliharaya pelajar untuk membentuk PMUKM?  Tujuannya ialah melalui cara pilihanraya (juga dikenali sebagai pemilihan pelajar sejak 2009), para pelajar berpeluang mendapat pendedahan tentang pendidikan demokrasi, pengalaman 'berpolitik' serta mendidik amalan hak dan tanggungjawab sebagai seorang warga sesebuah institusi. harapannya piliharaya kampus akan menjadi usaha awal mendidik pelajar mendalami aspek kepimpinan bagi yang kumpulan calon yang bertanding, dan aspek pertanggungjawaban bagi kumpulan yang mengundi.

Kajian oleh Keeter (2002), Lopez (2002) dan Bennet dan Craig (1997) menunjukkan semakin ramai pelajar universiti masa kini yang mempunyai persepsi yang negatif tentang politik. Pelajar mempunyai konsepsi bahawa politik adalah sesuatu yang bersifat tidak boleh dipercayai, kejam, bersifat individualism serta tidak bermoral (ibid).

Oleh kerana politik adalah asas pembentukan sesebuah negara, trend ini tentulah membimbangkan kerana kemahiran dan pengetahuan politik perlu dikuasai oleh para pelajar universiti. Kajian oleh Patterson (2002) misalnya menjelaskan seperti berikut " Today's young adults are less politically interested and informed than any cohort of young people on record". Kajian beliau menunjukkan semakin ramai orang muda yag layak mengundi di dapati tidak turun mengundi berbanding tahun tahun 1960an dulu.


Oleh itu sesuatu harus dilakukan. UKM mengambil tindakan bijak mempromosikan amalan demokrasi kepada para pelajarnya sejak tahun 1970an lagi. Persoalannya adakah apa yang sedang diamalkan oleh pelajar UKM berkaitan piliharaya kampus sesuatu yang membina pengetahuan dan pengalaman politik yang baik? Apakah pilihanraya kampus yang dilaksanakan setiap tahun telah memberi kesan yang positif terhadap pekembangan amalan demokrasi serta meningkatkan pengetahuan pelajar tentang politik yang berkualiti atau politik kampus sebenarnya merosakkan pengetahuan pelajar dan semakin menyeleweng?

Pengalaman serta pengamatan berkaitan politik kampus serta piliharaya pelajar UKM menunjukkan amalan berpolitik di UKM semakin menyeleweng dan lari daripada tujuan asal mengapa piliharaya kampus diadakan. Hari ini selain politik telah memecahbelahkan kesepaduan sosial pelajar (kata-mengata, fitnah menfitnah, amalan surat layang yang merosakkan reputasi seseorang yang menjadi 'musuh politik"), amalan politik pelajar juga mula menimbulkan ketidaselesaan kepada para pelajar yang tidak terlibat aktif dalam politik kampus. Malah tindakan berbentuk serangan fizikal yang melibatkan laporan polis terpaksa dibuat serta penggunaan perkataan yang tidak beretika di khemah semasa pesta konvo baru baru ini membuktikan politik kampus UKM semakin menyeleweng.

Amalan surat layang yang disebarkan di masjid (tempat suci dan rumah Allah) merupakan satu tindakan yang sangat mencemarkan nama baik serta kesucian agama Islam. Mungkin kita tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, tetapi menggunakan kaedah surat layang bagi tujuan menutup mulut orang yang tidak bersetuju dengan pandangan kita bukanlah sesuatu tindakan yang terbaik. Orang yang menulis dan menyebarkan surat layang mungkin tidak memikirkan implikasi apa yang ditulis tetapi pada yang membaca dan percaya apa yang ditulis adalah sesuatu benar, itu amat merbahaya. Amalan surat layang merupakan tindakan yang boleh dkategorikan sebagai jenayah ugutan; matlamat penulis surat layang supaya mangsa surat layang mendapat malu, rasa terhina dan akan mula mengambil sikap mengalah atau berdiam diri. Mangsa juga tidak mempunyai peluang membela dirinya untuk membersihkan nama baik.

Amalan persaingan politik sihat seperti perdebatan idea, penghasilan manifesto dan menjanjikan agenda pembangunan dan kebajikan adalah digalakkan dalam amalan demokrasi. Biar pelajar yang menentukan apa yang mereka fikir terbaik untuk kebajikan dan masa depan mereka. Pemimpin bagaimana yang menjadi pilihan dan harapan mereka. Amalan doktrinisasi politik menggunakan agama, kaum dan sebagainya haruslah dielakkan sama sekali dalam menjayakan amalan demokrasi melalui piliharaya kampus.

16 October, 2011

Bila Pemimpin Pelajar UKM Mula Buta Sejarah

Pasti ramai pemimpin pelajar UKM hari ini mengenali Datuk Razali Ibrahim, Dato Seri Liow Tiong Lai, Datuk Shafie Abu Bakar tetapi pelajar sangat kurang atau langsung tidak mengenali Datuk Rahman Bakar, Dali Husin, Abdul Ghani Ahmad, Datuk Ramli Noh atau Wan Ali Wan Jusoh. Mereka adalah bekas pemimpin PMUKM satu masa dulu. Banyak lagi bekas pemimpin PMUKM yang ada di luar sana, dan ada di antaranya telah kembali ke rahmatullah.

Jika pemimpin pelajar UKM hari ini 'buta sejarah' tentang perjuangan pemimpin pelajar UKM dahulu, mereka tidak tahu tentang idealisme, bentuk pergerakan serta kaedah perjuangan bekas bekas pemimpin pelajar dulu. Misalnya bagaimana pemimpin dahulu merangka strategi mengambil hati dan bekerjasama dengan pelajar Cina dan India di UKM atau bagaimana pemimpin pelajar dulu menyatakan bantahan dalam berbagai bentuk kepada pengurusan UKM. Apakah dengan membuat bantahan secara keras dan agresif semua tutntuan mereka berjaya dipenuhi oleh pengurusan, atau apakah semua tuntutan yang dilakukan secara sopan dan berhemah tidak memberikan hasil yang baik. Apabila pemimpin pelajar hari ini tahu kaedah yag terbaik untuk mencapai matlamat kepada sebarang tuntutan mereka, mereka akan dilihat lebih berkesan dan berkarisma sebagai pemimpin.

Seingat saya kebanyakan tuntutan yang dibuat secara perbincangan mendatangkan hasil yang lebih memuaskan berbanding tuntutan yang dibuat secara agresif dan tidak bersopan. Banyak tuntutan seperti isu pengangkutan bas, isu air di beberapa kolej, isu penangguhan kenaikan yuran kolej, isu meningkatkan kemudahan untuk pelajar di UKM, isu meletak motosikal pelajar telah berjaya diselesaikan secara berperingkat melalui cara perbincangan yang berhemah dan bersopan. Jika pemimpin pelajar celik sejarah, maka mereka akan memelih untuk berbincang denagn pihak pengurusan UKM dan tidak berminat untuk berkonfrantasi.

Hari ini masih ramai pemimpin pelajar UKM bermula dari PMUKM, JAKSA, ISIUKM, Persatuan Anak Negari, Persatuan Pelajar Fakulti yang terpilih atau dilantik menjadi pemimpin pelajar tidak mempunyai pengetahuan tentang sejarah UKM dan juga sejarah perjuangan pelajar UKM. Pada mereka apa perlunya mengetahui sejarah UKM dan sejarah perjuangan pemimpin pelajar UKM dahulu. Pada mereka "bila dilantik tugas kami ialah menganjurkan aktiviti, selepas setahun orang lain pula yang akan mengambilaliah tugas daripada kami"Jika ditanya bila UKM ditubuhkan pun belum tentu semua pemimpin pelajar UKM dapat memberikan jawapan spontan dan menyakinkan. Kalau masih ragu ragu, cubalah bertanya secara rawak pada mereka. Bagaimana dengan siapa peneraju awal pengurusan UKM, senarai sumbangan UKM kepada kemajuan negara, siapa YDP PMUKM terdahulu?, apa sumbangan pemimpin pelajar UKM dahulu? dan sebagainya.

Pemikiran 'buta sejarah' ini adalah tidak sesuai dengan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar di semua peringkat dalam UKM. seorang Presiden atau YDP persatuan pelajar UKM misalnya harus tahu apakah teras aspirasi UKM, sejarah perjuangan masyarakat Melayu di dalam menubuhkan UKM, apakah idealisme kepimpinan pelajar sebelum beliau. Malah beliau juga sepatutnya boleh menamakan nama-nama tokoh kepimpnan pelajar PMUKM sejak tahun 1970an hinggalah kini. Mereka perlu menguasai semua itu agar benar benar berjiwa UKM.

Apabila seseorang pemimpin pelajar tidak menguasai sejarah UKM dan sejarah pejuangan pemimpin pelajar UKM terdahulu, mereka menjadi pemimpin dengan minda yang longgar. Walaupun mereka ada semangat yang kuat, komitmen kerja yang tinggi terhadap tanggungjawab yang diberikan tetapi mereka tidak mempunyai semangat dan aspirasi UKM. Sejarah UKM dan sejarah perjuangan pemimpin UKM adalah input yang diperlukan oleh pemimpin pelajar UKM hari ini.

Pengetahuan sejarah UKM dan perjuangan pemimpin pelajar UKM inilah yang akan membantu mereka menjadi rasional dan bertindak matang bila perlu membuat keputusan. Meeka yang ada latar sejarah juga  akan mempunyai keupayaan dan karisma bila bercakap tentang perjuangan mahasiawa. Tentulah selain sejarah UKM dan sejarah perjuangan, pemimpin peljar juga perlukan pengetahuan yang baik dalam hal hal pengurusan organisasi supaya PMUKM menjadi lebih berkesan.

Pemimpin pelajar yang buta sejarah dan tidak menghayati aspirasi UKM cenderung untuk melatah bila dikritik, mudah disogok dengan pandangan pandangan yang retorik serta mudah membuat keputusan yang tidak menguntungkan pelajar dan universiti. Mereka mudah dijadikan boneka, ditunjuk tunjuk apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain yang ingin menggunakan mereka. Oleh kerana 'buta sejarah' mereka sanggup membelakangkan pihak pengurusan universiti yang bertanggungjawab membangunkan kecemerlangan universiti dan para pelajar di dalamnya.

Maka sudah sampai masanya seseorang yang bakal menjadi pemimpin pelajar di semua peringkat persatuan pelajar UKM wajib menghadiri kursus pembangunan kepimpinan pelajar UKM. Kursus ini jangan pula dibentuk bertujuan untuk mendoktrinisasikan pemimpin pelajar tetapi harus lebih terbuka dan dibentuk supaya memberikan input yang tepat tentang sejarah UKM, sejarah kepimpinan pelajar UKM pada para peserta. Pentingnya kursus ini agar bakal pemimpin pelajar menghayati UKM sebagai sebuah universiti kebangsaan.

Kursus ini juga perlu dibentuk secara dinamik, di mana bakal bakal pemimpin pelajar boleh berbincang secara bersemuka dan secara bijaksana dalam usaha penuh mesra dengan semua entiti yang bertanggungjawab kepada hal ehwal pelajar UKM. Di sinilah selain input sejarah UKM dan sejarah perjuangan pelajar diberikan pada bakal pemimpin UKM, pada masa yang sama para bakal pimpinan UKM berpeluang memberikan pandangan dan input kepada entiti pentadbiran UKM berkaitan pelajar. Ini juga adalah latihan awal kepada bakal pemimpin pelajar UKM bahawa semua masalah boleh diselesaikan dengan cara berbincang secara baik.

Menjadi pemimpin bukan sekadar menganjurkan projek dan menguruskan pejabat persatuan tetapi jauh lebih daripada itu bertanggungjawab menaikkan nama dan imej UKM di mata masyarakat luar serta menjadi pengerak hadapan kepada tiga tunggak aspirasi UKM; (a) UKM universiti rakyat, (b) UKM mempertahankan identiti kebangsaan berlandaskan perlembagaan negara dan (c) UKM mengukuhkan perpaduan kaum berasaskan kontrak sosial).

PMUKM Gagal Hayati Aspirasi UKM

UKM telah ditubuhkan sejak 41 tahun yang lalu dan mempunyai status yang agak istimewa. UKM diberikan status kebangsaan. Satu- satu universiti yang seumpamanya di Malaysia. Apa maknanya status ini ? Kita ada lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan, kita ada bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya, kita ada Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, kita ada agama rasmi  iaitu agama Islam, maka negara kita juga ada sebuah universiti kebangsaan iaitu UKM.

Membawa status sebagai satu-satunya universiti kebangsaan menyebabkan kita semua seluruh warga UKM harus insaf tentang peranan kita di UKM, sebagai memenuhi status ini. Maka kita harus memahami TIGA teras aspirasi UKM yang mendokong peranannya sebagai sebuah universiti kebangsaaan.

Teras aspirasi UKM pertama yang harus dikongsi dan dihayati oleh seluruh warga UKM ialah UKM sebuah universiti yang terbina hasil perjuangan rakyat khususnya orang Melayu. Pelajar bukan Melayu khususnya Cina, India dan pelajar Sabah dan Sarawak harus memahami sejarah ini. Kisah bagaimana orang Melayu di bandar, kampung dan  pendalaman membantu dan menyokong pemimpin Melayu mengumpulkan dana dan menyakinkan kerajaan ketika itu bahawa sudah sampai masanya sebuah universiti yang berteraskan bahasa pengantar bahasa Melayu ditubuhkan.

Manakala para pemimpin Cina dan India bukan sahaja tidak membantah idea penubuhan UKM malah telah memberikan sokongan kepada usaha ini. Maka hasil usaha keras di kalangan semua orang Melayu dan sokongan dan persefahaman yang diberikan oleh orang Cina, India dan Sabah Sarawak, UKM ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Hari ini UKM menjadi milik bersama rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa atau wilayah.

Oleh itu jika pemimpin pelajar UKM memahami teras aspirasi UKM bahawa "UKM universiti rakyat" mereka perlu kembali berkhidmat untuk membalas budi baik rakyat. PMUKM sebagai badan induk pelajar harus menerajui aspirasi ini di peringkat pelajar. Jika PMUKM memahami aspirasi UKM yang pertama ini, mereka akan memberikan keutamaan untuk menganjurkan program kemasyarakatan. Program khidmat masyarakat perlulah untuk semua kaum dan sasaran utama ialah kumpulan masyarakat yang sangat memerlukan bantuan seperti masyarakat miskin dan masyarakat OKU, orang asli dan kanak-kanak terbiar di bandar besar.

Adalah kurang bijak jika PMUKM hanya menganjurkan khidmat masyarakat di kalangan kampung Melayu sehingga meninggalkan usaha membantu masyarakat Cina di kampung kampung baru dan masyarakat India di kawasan estet. Adalah salah juga jika PMUKM hanya menggalakan pelajar Melayu ke kampung kampung, pelajar Cina ke kampung baru dan pelajar India menganjurkan khidmat masyarakat di kawasan estet. Itupun kalau PMUKM mempunyai program untuk diadakan di kampung baru dan kawasan estet. Setahu semua pelajar UKM, PMUKM belum lagi ada sebarang perancangan untuk menganjurkannya.

Teras aspirasi UKM yang kedua ialah UKM sebagai sebuah universiti kebangsaan wajib mempertahankan serta memperjuangkan identiti kebangsaan yang terkandung di dalam perlembagaan negara. Perkara 3(1), Islam sebagai agama rasmi negara, perkara 152, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perkara 153 berkaitan hak keistimewaan orang Melayu dan perkara 181, kedaulatan raja raja Melayu.

Sebagai contoh perlembagaan telah menetapkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara. Maka para pelajar UKM harus memperjuangkan dan menterjemahkan pernyataan dalam konteks kegiatan pelajar. Selain bagi tujuan Islam untuk berpolitik (jika ada), kita boleh mengucapkan tahniah pada ISIUKM yang begitu berjaya dan aktif menganjurkan program keIslaman di UKM. Usaha tarbiyah ini adalah kejayaan ISIUKM di dalam menjunjung teras kedua aspirasi UKM yang selari dengan pernyataan perkara di dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Begitu juga halnya dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. PMUKM harus menterjemahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam aktiviti (bukan sekadar menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar aktiviti tetapi juga menganjurkan aktiviti bagi tujuan menyedarkan pelajar UKM bahawa bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan.

Maka para pimpinan PMUKM harus mengerakkan usaha-usaha untuk memperkukuhkan dan memperjuangkan Bahasa Melayu supaya benar benar bersifat kebangsaan di UKM. Malangnya pada sesi ini tiada apa pun yang dilakukan oleh PMUKM untuk memenuhi teras aspirasi ini. Malah Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut pada bulan ini (Oktober) di seluruh negara dipandang sepi oleh PMUKM.

Di peringkat pengurusan UKM, PTSL bertanggungjawab dalam aktiviti bulan bahasa, di peringkat pelajar, PMUKM adalah badan induk untuk merancang dan menganjurkannya. Sepatutnya PMUKM menjemput semua kolej kediaman bekerjasama menjayakan program bulan kebangsaan pada bulan ini. Malangnya sekarang sudah masuk minggu ketiga bulan Oktober dan mungkin sudah agak terlewat bagi PMUKM.

Apa salahnya sebagai menghayati teras kedua aspirasi UKM ini, PMUKM menganjurkan program pidato, debat bahasa Melayu, pertandingan esei, larian kesedaran bahasa, pertandingan lagu lagu bahasa Melayu untuk pelajar bukan Melayu atau jika pun tak mampu lakukan semua yang dicadangkan sekurang kurangnya PMUKM boleh naikkan satu 'banner' di Pusanika memaklumkan 'PMUKM Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan' untuk dirasai oleh para pelajar. Peliknya pada sesi ini banyak sungguh 'banner' yang memaparkan wajah Presiden PMUKM dan exco PMUKM di sekitar UKM sehinggalah ke kawasan meletak kenderaan di komuter UKM tetapi mereka tidak berupaya menyediakan walaupun satu banner untuk meraikan bulan bahasa kebangsaan!

Teras aspirasi UKM yang ketiga ialah memperkukuhkan perpaduan kaum berasaskan kontrak sosial yang telah diamalkan sekian lama dan terbukti memberikan kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat negara ini. PMUKM sepatutnya berusaha untuk menganjurkan perpaduan di antara kaum kaum utama seperti Melayu, Cina , India dan etnik Sabah Sarawak.

Pengukuhan perpaduan pelajar UKM tidak boleh berlaku secara retorik misalnya "Marilah bersama Islam", "Islam agama perpaduan", "PMUKM sayang pelajar bukan Islam " tetapi mestilah dalam bentuk tindakan dan perlakuan dalam PMUKM. Malah PMUKM seperti tidak menyokong usaha perpaduan sebagai teras ketiga aspirasi UKM bila bertindak menyenaraikan hanya seorang sahaja pelajar Cina dan tiada pelajar India dalam urusetia induk (MT) Pesta Konvokesyen.

Malah dalam takwim PMUKM sesi ini hampir tidak ada aktiviti perpaduan kaum (Melayu, Cina dan India) dinyatakan. Malah usaha integrasi nasional Semenanjung Sabah dan Sarawak juga tidak kelihatan dalam takwim PMUKM sesi ini.

Jika PMUKM gagal menghayati tiga teras aspirasi UKM; (a) UKM universiti rakyat, (b) UKM mempertahankan identiti kebangsaan yang termaktub dalam perlembagaan dan; (3) UKM berusaha mengukuhkan perpaduan kaum berasaskan kontrak sosial, hal ini amatlah mendukacitakan. Ketiga-tiga teras aspirasi UKM melangkaui fahaman politik kampus yang sempit. Teras aspirasi UKM adalah menyokong agenda besar pemimpin negara terdahulu dan mesti diteruskan. Maka PMUKM yang mewakili semua pelajar UKM bertanggungjawab menghayati, mengukuh dan memperjuangkan tiga teras aspirasi UKM secara bersungguh-sungguh.

Jika PMUKM berjaya menghayati dalam memperjuangkan ketiga-tiga teras dalam aspirasi UKM, maka kewujudan urusetia dan kelab Aspirasi sudah tidak relevan lagi di UKM. Malangnya PMUKM telah gagal menghayati aspirasi UKM kerana lebih mendahului perjuangan untuk kepentingan kumpulan mereka. Bagaimanapun hal ini boleh diperbaiki. PMUKM masih berupaya dan harus mula menggerakkan teras aspirasi UKM, "better late than never".

Oleh itu  disarankan PMUKM sebagai badan induk pelajar UKM mengambil inisiatif menganjurkan "Forum Penghayatan Perlembagaan Negara" agar pelajar UKM berpeluang memahami peranan mereka sebagai warga pelajar di sebuah universiti berstatus kebangsaan. Jika PMUKM tidak berminat dengan usaha ini, pasti ada kumpulan pelajar lain yang sayangkan UKM akan berminat menganjurkannya dan meletakkan tiga teras aspirasi UKM di tempat yang sewajarnya.

15 October, 2011

Berani Kerana Benar

Petang tadi selesai solat Asar di surau IZISH, sambil menuruni tangga surau untuk ke pejabat, saya sempat bertanya khabar dengan beberapa pelajar yang mengimarahkan surau IZISH. Alhamdulillah surau IZISH semakin aktif dengan beberapa program yang dijalankan sejak bermulanya semester ini. Dari bertadarus Al Quran setiap malam, penganjuran solat hajat, ceramah selamatkan Palestin bersama Aman Palestin hinggalah menganjurkan majlis berbuka puasa sunat.

Tahniah atas usaha pengurus bahagian kerohanian dan sivik IZISH (saudara Pak Lah). Dalam kesibukan berkuliah, team kerohanian surau IZISH masih berupaya memganjurkan pelbagai program meningkatkan amalan dan juga program kesedaran berkaitan pejuangan membela Islam. Malah majlis berbuka puasa jadi lebih menarik bila berjaya menarik pelajar bukan Islam tempatan dan antarabangsa untuk ikut serta.

Tanpa terduga, salah seorang pelajar mengajukan soalan, "saya baca FB PMUKM, nampaknya pengetua dah kena 'marah' dengan PMUKM'". Saya angguk sambil tenung mata pelajar ini . Kaki kami  terus melangkah turun tangga. Secepat itu juga saya berfikir, saya kena terangkan sesuatu yang penting pada pelajar ini.

Selalunya saya suka berbincang dalam kumpulan kecil dengan pelajar jika ingin memberikan apa juga penerangan tetapi kali ini biarpun untuk seorang, saya perlu terangkan melihatkan beliau berminat untuk tahu apa sebenarnya telah berlaku.

Kami sama-sama duduk di sofa lobi kolej. suasana lobi agak sunyi dan tenang sekali. Saya katakan padanya, "Saya adalah guru, tugas saya mendidik. Dulu saya guru sekolah, saya dah mengajar di sekolah yang sangat daif di pendalaman Sarawak, saya dah dah tengok betapa susahnya anak orang miskin berjuang untuk mencari ilmu. Berjalan kaki meredah jalan lori balak berbatu-batu ke sekolah, mengharungi sungai deras dan denai yang becak dan berlumpur. Kita di sini tak merasai kesukaran tersebut. Malah lebih sedih jika kita juga tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti pada kita.

Saya juga dah ada pengalaman mengajar di sekolah Jenis Kebangsaan di bandar besar. Sekolah yang mempunyai pelajar dari keluarga yang kaya-raya. Hasilnya saya dah tengok kesombongan manusia dalam mencari ilmu walaupun bukan semua. Saya dah jumpa berbagai ragam dan jenis pelajar. Ada yang bersopan santun, ada yang nakal dan ramai yang degil. Ini bukan kali pertama 'dikata' oleh pelajar. Dah banyak kali, secara berdepan dan juga secara sembunyi sembunyi.

Semuanya kerana saya memberi nasihat dan mereka tidak setuju dengan nasihat saya.Tetapi siapa pun mereka, baik atau nakal, sopan atau kasar, mereka tetap pelajar saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik mereka. Jika mereka menolak nasihat saya, itu di luar kemampuan saya", kata saya sambil senyum pada pelajar ini.

Kami berbual lagi, tapi kali ini saya rasa ingin lebih bercakap. Saya katakan pada pelajar ini "saya dah lebih sepuluh tahun menjaga pelajar dari kolej hingga ke PPP. Saya dah tengok lebih sepuluh batch pelajar UKM bergraduan, lebih lebih lagi pelajar di Kolej Ibu Zain. Saya dah lalui bagaimana seorang pelajar yang saya selia kertas projeknya terang terang memarahi dan mencerca saya kerana beliau 'mabuk' dengan politik kampus. perjuangan Islam kononnya.

Tetapi saya sedaya upaya bantu dan bimbing beliau siapkan kertas projek kerana masa pengajian beliau yang semakin suntuk. Alhamdullilah beliau berjaya bergraduan dan telah pun menjadi guru. Saya tak pernah bezakan siapa pun mereka. Mereka tetap pelajar saya. Mereka bukannya penjenayah, mereka adalah pelajar yang perlukan pendidikan untuk meneruskan kehidupan.

Saya katakan lagi, "ramai rakan rakan saya dulu yang lantang berpolitik, jauh lebih lantang daripada apa yang ada pada hari ini, sekarang dah berjawatan tinggi dalam berbagai jabatan kerajaan dan swasta. Ada yang dah jadi pengarah bahagian, ada yang dah jadi pegawai kanan PTD di Wisma Putra, ada juga menjawat jawatan kanan dalam pasukan polis dan kastam.

Hari ini bila kami berjumpa sempena re-union dan juga bermain golf bersama sama, apabila saya berseloroh "mengapa engkau kuat sangat berpolitik masa kat UKM, ada antara mereka menjawab dalam nada yang bergurau  "ala itukan masa darah muda, masa masih muda belia". Mereka yang dulunya kononnya pejuang agama semasa di kampus, hari ini mereka langsung tidak melibatkan diri dalam mana-mana badan politik. Sibuk dengan kerjaya dan keluarga dan juga persatuan surau dan penduduk di kawasan perumahan masing masing.

Itu sebabnya saya tak akan marah pelajar bila ada yang 'mengata' pada saya. Mereka masih belajar. Nanti mereka juga akan seperti kawan kawan saya sekarang, bekerja, bekeluarga dan meneruskan kehidupan seperti orang lain. Masa itu mereka juga ada perjuangan. Perjuangan membesarkan anak-anak dan berusaha meningkatkan amal ibadat para ahli keluarga.Selain itu, mereka perlu memastikan kerjaya berkembang dan berjaya.

Ada juga beberapa rakan yang cuba bemain politik tetapi mereka akhirnya sedar bahawa politik kampus masih rendah cabaran dan tarafnya jika nak dibandingkan dengan ranjau permainan politik sebenar di luar sana.

Sementara pelajar-pelajar ini masih belajar dan menuntut di UKM, mereka tetap pelajar saya. Insyallah, kematangan hidup akan bermula sebaik mereka melangkah ke alam kehidupan yang sebenar. Hari ini mereka masih bergantung dengan bantuan para  pensyarah, para pengetua kolej, para felo dan pihak pengurusan universiti untuk menguruskana masa depan mereka, tiba masanya di luar sana mereka harus menguruskan kehidupan sendiri.

Oleh itu jika ada antara mereka yang tak setuju dengan saya atau mana mana orang lain yang cuba menasihati mereka semasa di kampus, itu bukanlah sesuatu yang pelik. Mereka berdarah muda. Hanya selepas selesai pengajian, barulah kematangan mereka akan diuji.  Saya katakan pada pelajar tersebut, " saya berani kerana saya tahu saya benar". Saya akan teruskan tanggungjawab saya mendidik selagi saya berupaya. Jika ada yang menolak bimbingan saya, itu maknanya cara saya mendidik yang salah, dan saya harus terus berusaha memperbaiki kaedah didikan saya. Kami terus berbual.

Akhirnya, pelajar ini memberikan senyuman sambil  menghulurkan tangan bersalam dengan saya untuk memohon pulang ke biliknya. Saya menarik nafas tanda lega kerana saya tahu "saya berani kerana saya yakin saya benar". Lega kerana saya tak rasa bersalah di dalam hati atas keputusan saya. Moga Allah memberkati usaha saya.

14 October, 2011

Siapa Akan Menang Pilihanraya Kampus UKM untuk 2012 ?

Awal bulan November 2011 nanti, PMUKM sesi ini akan mencecah hampir 300 hari berkuasa di Pusanika. Maknanya tidak lama selepas itu, piliharaya kampus akan sekali lagi diadakan. Pihak JPPEL sebagai urusetia akan kembali sibuk. Pelajar pula akan mula merasai bahang piliharaya bila setiap kumpulan sekarang sudah mula berkempen secara 'tidak sah'. Apa pun usaha kempen mereka, kita harus  raikan asalkan tidak menggunakan cara-cara yang tidak beretika. Kempen dengan menyatakan 'kami sedang bekerja untuk anda' dan menunjukkan hasil kerja  di blog dan facebook adalah baik. Setiap kumpulan berhak memaklumkan semua usaha mereka untuk menarik perhatian pengundi akan datang.

Sejarah Politik Kampus UKM
Di UKM,  ada dua front utama politik pelajar. Pertama kumpulan yang menggunakan agama Islam sebagai wadah perjuangan dan keduanya yang menggunakan wadah pembangunan berasaskan persefahaman kontrak sosial. Sebenarnya tidak banyak bezanya antara mereka kerana semuanya dipelopori adalah pelajar Melayu dan Islam . Cara mereka berfikir juga tidak jauh berbeza kerana budaya Melayu, ajaran Islam serta sistem pendidikan yang membentuk mereka adalah sama. Tetapi sebagai meraikan idealisme kemahasiswaan, maka wujudlah perbezaan wadah perjuangan. Maka akan ada kalangan mereka yang berkata "kami Islam, kamu kurang Islam", begitu juga sebaliknya kumpulan yang satu lagi akan pula berkata "kami berjuang membawa kemajuan dan pembanguan, anda tidak, anda anti-establishsment". Kita perlu raikan perbezaan ini untuk tujuan meningkatkan motivasi berpolitik di kampus UKM. Kalau tidak diraikan, apa pula yang ingin mereka gagaskan untuk diperjuangkan.

Kumpulan yang menggunakan agama Islam pada peringkat awal dulu diterajui oleh Islam Penyelamat Ummah (IPU). IPU terkenal dengan cara berpolitik mereka yang agak agresif, suka mengambil sikap menentang pengurusan universiti dan kesannya IPU tidak digemari oleh pengundi atas pagar serta kumpulan pelajar Cina dan India. Mereka seringkali kalah  dalam pilihanraya kampus sekitar tahun 1990an kerana cara mereka yang kurang disenangi oleh para pengundi. Walaupun kalah, ukhwah mereka sangat kuat dalam kelompok atau jamaah. Hal ini menyebabkan IPU memang tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam politik kampus UKM yang mempunyai kepelbagaian latar pelajar.

Menyedari hakikat ini, akhirnya keputusan dibuat oleh pimpinan  IPU supaya dijenamakan semula IPU agar lebih mesra kepada pengurusan universiti, mesra pengundi atas pagar serta mula berkerjasama dengan pelajar Cina  dan India dengan syarat tidak meninggalkan dasar perjuangan yang sedia ada. IPU kemudian dtukar namanya kepada MAMPU. Pertelagahan terus berlaku antara kumpulan yang setia pada IPU dengan kumpulan MAMPU berkaitan penjenamaan semula ini. Beberapa pimpinan IPU menolak pendekatan berlembut yang cuba di bawa oleh MAMPU. Bagaimana pun atas kepentingan untuk menang dalam piliharaya kampus UKM, pimpinan IPU mengalah dan sedia membubarkan IPU untuk memberi laluan kepada perjuangan MAMPU.

Penjenamaan semula IPU kepada MAMPU memberi fokus kepada usaha kerjasama dengan pihak pelajar bukan Islam serta menarik pengundi atas pagar di UKM. Rancangan mereka berjaya bila akhirnya MAMPU berjaya menguasai PMUKM pada sesi 1992-93. Mereka berjaya mengambilalih PMUKM daripada kumpulan TSB. Maknanya strategi mendekati pengundi Melayu atas pagar, pengundi pelajar Cina dan India adalah sangat penting dalam politik kampus UKM. Mana- mana kumpulan yang cuba meminggirkan ketiga tiga kelompok ini akan menghadapi kesukaran untuk menang dalam piliharaya kampus UKM. Jika pengundi atas pagar menggunakan persepsi sebagai asas memilih sebelum mereka mengundi, pengundi bukan melayu pula melihat kepada apa akan mereka perolehi jika kumpulan yang mereka sokong menang. Adakah mereka akan ditawarkan sebarang jawatan exco dalam PMUKM atau jawatan majlis tertinggi dalam Pesta Konvo. Semakin baik jawatan dan peluang yang ditawarkan maka akan semakin tinggilah undi bukan melayu pada kumpulan berkenaan. Keadaannya masih kekal sehingga hari ini.

Bagaimanapun bila berlaku gerakan besar tsunami politik  negara pasca 1998 hingga 2008, kesannya sampai ke kampus sehingga membawa kepada pembentukan Gabungan Mahasiawa UKM (GMUKM). MAMPU adalah salah satu komponen utama dalam pakatan GMUKM.  Selain MAMPU terdapat juga beberapa kumpulan kecil  yang bersetuju bernaung di bawah GMUKM. Oleh kerana kumpulan -kumpulan ini terlalu kecil dan kurang sambutan, GMUKM dikuasai sepenuhnya oleh pimpinan MAMPU. Bagi tujuan penyelarasan gerakan GMUKM,  ISIUKM bertindak sebagai 'abang besar' dalam GMUKM. Maka itu PMUKM dan ISIUKM adalah 'satu' walaupun sebenarnya mereka adalah dua persatuan yang berbeza. Malah akhir- akhir ini PMUKM dilihat lebih cenderung untuk menjadi 'patuh' kepada ISIUKM walaupun sebenarnya PMUKM adalah sebuah badan induk pelajar UKM. Walaupun PMUKM bertanggungjawab pada lebih 170 kelab dan persatuan di UKM, hanya ISIUKM sahaja yang menonjol di dalam penganjuran program kerana mendapat sokongan serta perhatian sepenuhnya dari pimpinan PMUKM.

Apa peluang ISIUKM-GMUKM dalam piliharaya kampus 2012? 
Berdasarkan statistik undi piliharaya yang lalu, pelajar UKM telah memberikan undi protes yang besar pada GMUKM. Selain itu sentimen mendapatkan undi simpati kerana memperjuangkan Islam turut menyumbang kepada kejayaan GMUKM. Sistem jaringan pemimpin GMUKM dengan para pengikutnya juga kukuh dan dilakukan secara konsisten.Sistem usrah misalnya walaupun bertujuan untuk meningkatkan perkongsian ilmu agama tetapi juga berperanan sebagi satu mekanisme yang ampuh untuk meningkatkan sokongan pada GMUKM. Bak kata orang dalam IPU dulu " Usrah ni macam kata peribahasa Melayu "sambil menyelam minum air". Maksudnya sambil beribadat, usrah untuk politik juga. Saya pernah juga bertanya mereka "Macam mana kalau menyelamnya cetek saja, tetapi air yang diminum banyak". Sampai sekarang belum ada jawapan!

Undi kemenangan GMUKM datang 'sepenuhnya' dari kubu kuat di Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan. Manakala mendapat undi majoriti besar dari pelajar FST, tetapi gagal menguatkan pengaruh di beberapa buah fakulti lain seperti FEP, FSSK, FUU dan FTSM. Walaupun ada antaranya mereka menang tetapi dengan undi majoriti yang agak kecil.Walaupun mereka berjaya menguasai Pusanika, mereka kurang berjaya meluaskan pengaruh kepada sebahagian besar 170 persatuan pelajar yang ada di UKM dan ditolak oleh Jaksa Kolej Kediaman.

Mereka berjaya menubuhkan kerajaan pelajar sesi 2010-2011 pada Januari 2011. Nasib tidak menyebelahi mereka kerana cuti semester yang panjang, Beberapa agenda tidak dapat dilaksanakan. Oleh kerana mereka menggunakan pemikiran dan acuan lama untuk bekerja, perubahan takwim pengajian IPTA menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengubahsuai strategi  mendekati pelajar UKM semasa cuti semester berjalan. Mereka rugi besar bila gagal mencuri peluang mengunakan masa cuti semester selama 5 bulan (April-Ogos). Maknanya 45% tempoh penggal yang diperuntukan untuk kerajaan PMUKM sesi ini dibuang begitu sahaja.

Kesannya, mereka menjadi agak agresif apabila sesi bermula pada bulan September 2011. Mereka menuntut supaya dilibatkan dalam BMP sempena pendaftaran pelajar baru. Mereka tahu BMP hanya berlaku untuk tempoh tiga hari sahaja tetapi menuntut supaya PMUKM diberikan masa dan ruang yang lebih. Seterusnya mereka juga mula bertindak agresif bila diberikan nasihat oleh pihak tertinggi pengurusan universiti. Masa nampaknya tidak meyebelahi PMUKM tahun ini.

Tindakan agresif ini sebenarnya akan menyebabkan persepsi di kalangan pengundi  Melayu atas pagar, pengundi Cina dan India mula berubah pada PMUKM berbanding pilihanraya yang lalu. Mereka adalah undi penentu untuk pilihanraya kampus akan datang. Misalnya pelajar Cina  mempertikaikan mengapa wakil Cina tidak diberikan peluang dalam Majlis Tertinggi Pesta Konvo. Hanya seorang pelajar Cina dan tiada langsung pelajar India dalam MT Pesta Konvo tahun ini. Pengundi Melayu atas pagar pula tidak setuju dengan cara PMUKM mengeruhkan hubungan dengan pihak pengurusan universiti. Mereka juga tidak gembira kerana penganjuran Pesta Konvo yang agak kurang menarik dan hambar pada tahun ini.

PMUKM tahun ini mempunyai beberapa isu  yang belum selesai dan  menyebabkan mungkin berlakunya pengurangan undi yang agak besar pada pilihanraya akan datang. Mereka masih berpeluang untuk meneruskan tampuk kekuasaaan di Pusanika.jika tiada lagi isu besar lain yang akan berlaku dalam masa yang terdekat sehingga berlangsung piliharaya kampus 2012. Jika mereka ingin menarik kembali sokongan pelajar, mereka perlu lakukan sesuatu yang terbaik dalam masa yang terdekat. Sebagai contoh penerbitan majalah Aspirasi edisi ke-34 baru baru ini memberi imej yang baik kepada PMUKM. Selain itu, keadaan itu juga bergantung kepada sejauh mana kuatnya kumpulan 'musuh politik' mereka bekerja untuk meraih sokongan pengundi atas pagar, pengundi Cina dan India.

Kumpulan kedua ialah kumpulan yang membawa wadah pembangunan berasaskan kontrak sosial sebagai wadah perjuangan. Mulanya diasaskan oleh Tindakan Siswa Bersatu (TSB). Selepas agak lama berkuasa di Pusanika, tiba-tiba dalam piliharaya kampus pada sesi 1992-93 TSB ditewaskan oleh MAMPU dan kemudiannya berjaya mempertahankan penguasaan Mampu dalam PMUKM untuk satu tempoh masa yang agak lama. Sehinggalah pada tahuan 2003 (10 tahun kemudian), muncul front kepimpinan pelajar yang baru dikenali sebagai Aspirasi UKM. Sebagai rekod, UKM merupakan universiti pertama di mana wujudnya front Aspirasi di negara ini. 

Kepimpinan Aspirasi pada masa itu diisi oleh kumpulan pelajar yang menolak cara perjuangan Mampu dan juga mengambil sikap tidak menyebelahi TSB. Aspirasi pada peringkat awalnya merupakan kumpulan yang cuba memberikan alternatif ketiga kepada politik kampus selain Mampu dan TSB. Kewujudan Aspirasi juga dilihat sebagai usaha  pelajar UKM untuk memprotes politik kampus yang  yang tidak membantu kepada pembangunan kebajikan pelajar. Dua fokus utama Aspirasi ialah menjadi model kepimpinan pelajar di UKM dan bersama UKM membina kecermerlangan.

Pimpinan Aspirasi merupakan kumpulan pelajar dari kalangan kepimpinan Jaksa Kolej Kediaman UKM yang secara jelas berusaha menggerakkan UKM sebagai universiti terbaik di negara ini. Salah satu ciri jelas pemimpin Aspirasi ketika itu,  mereka memiliki pencapaian akademik yang tinggi, berpengalaman dalam penganjuran aktiviti pelajar dan mempunyai dasar menggunakan saluran yang betul dan rasmi di dalam menyuarakan aduan pelajar, memberikan pandangan dan menyuarakan kritikan pada pihak pengurusan UKM.

Hasilnya Aspirasi berjaya menewaskan Mampu pada tahun 2003 dengan jumlah majoriti yang besar.  Kemenangan Aspirasi sekali lagi membuktikan pentingnya undi yang diberikan oleh para pengundi atas pagar, pengundi Cina dan India. Sejak 2003 aspirasi telah menguasai PMUKM sehinggalah GMUKM pula mengambialih PMUKM pada tahun 2011.

Apa peluang ASPIRASI untuk menang piliharaya kampus 2012?
Seperti GMUKM, Aspirasi juga mempunyai peluang yang cerah. Kemenangan Aspirasi sangat bergantung kepada sejauh mana mereka berjaya meraih undi pengundi melayu atas pagar, pengundi Cina dan India. Kemenangan mereka juga akan dipengaruhi oleh sebaik mana mereka dapat menggunakan isu kelemahan di pihak PMUKM tahun ini. Sebagai contoh ;
a.Sejauh mana mereka dapat menyedarkan pelajar tentang kelemahan kepimpinan Presiden PMUKM di dalam menguruskan PMUKM. Walaupun PMUKM menaungi 170 persatuan pelajar, nampaknya PMUKM lebih cenderung hanya mengikut arahan ISIUKM sahaja dan membiarkan kelab dan persatuan lain bersendirian.
b. Tindakan PMUKM meminggirkan pelajar bukan Melayu dalam penganjuran program Pesta Konvo dan juga program program yang lain anjuran PMUKM.
c. 'Keretakan" hubungan pihak pengurusan universiti dengan kepimpinan PMUKM (sehingga kini dimaklumkan PMUKM tidak berminat untuk memohon maaf pada pengurusan UKM).
d. Isu penganjuran program yang dilabelkan 'maksiat' oleh PMUKM satu ketika dahulu tetapi sebaliknya dianjurkan pula oleh Pesta Konvo tahun ini.
e. Isu penganjuran Pesta Konvo yang lemah (tiada tajaan utama, kurang pengunjung, kurang gerai yang menarik) dan di anggap gagal oleh ramai pelajar di kalanagan pengundi atas pagar.

Aspirasi juga ada kelemahan yang ketara, misalnya pelajar melihat front pimpinan Aspirasi tidak mempunyai perancangan yang menyakinkan di dalam meraih undi mereka. Selain itu tiadanya sistem komunikasi dan penyampaian maklumat yang baik dan berkesan di pihak Aspirasi (melalui facebook, web dan bersemuka). Aspirasi juga tiada pengisian program yang menarik undi pelajar, semua web pro-aspirasi juga masih kucar kacir, perbincangan pimpinan Aspirasi dalam facebook rasmi Aspirasi juga yang tidak begitu membina. Aspirasi juga kurang jentera untuk menggerakkan program yang mendekati pelajar.

Walaupun Aspirasi mempunyai persepsi yang baik pada mata pelajar Melayu atas pagar dan juga pelajar bukan melayu, kerana dilihat lebih sederhana, MPP PMUKM pro Aspirasi pula tiada agenda tersendiri sebagai 'check and balance" kepada PMUKM. Misalnya 'kabinet bayangan' PMUKM pro aspirasi gagal mengerakkan program untuk menjadi pesaing kepada PMUKM. Sebenarnya Aspirasi  lebih mudah untuk mendapat kerjasama pelajar bukan melayu kerana acuan kontrak sosial yang sudah difahami oleh semua pelajar bukan Melayu. Malah secara psikologi pun pimpinan pelajar bukan Melayu lebih selesa untuk bekerja dengan front Aspirasi.Malangnya pimpinan  Aspirasi  tidak menggunakan peluang ini dan terlepas peluang tersebut. Aspirasi juga dilihat masih tidak kuat bekerja untuk meraih sokongan pengundi sehingga hari ini.

Jika Aspirasi berhasrat mencabar GMUKM  dalam piliharaya kampus akan datang, mereka perlu melakukan post- mortem besar besaran dan melakukan tranformasi sesegera mungkin. Bermula membina kepimpinan yang mantap, membina jaringan komunikasi yang aktif hinggalah mengerakkan program dan projek untuk kebajikan pelajar. Aspirasi mempunyai kekuatan yang tidak ada pada GMUKM iaitu penerimaam yang baik di kalangan pelajar Cina dan India pada wadah pembangunan yang dibawa oleh ASPIRASI.

Aspirasi juga mengambil sikap yang bijak dengan tidak mewujudkan permusuhan dengan pihak pengurusan universiti dan lebih sinonim mengambil sikap berbincang. Hal ini juga disenangi oleh kumpulan pengundi melayu atas pagar dan kumpulan pengundi Cina dan India.

Kini terserahlah pada para pelajar UKM pada siapa yang ingin mereka berikan undi. Pelajar akan menentukan siapa yang akan menang pada piliharaya kampus UKM pada tahun 2012 nanti. Undi milik individu. Buatlah pilihan yang bijak demi menjamin PMUKM akan datang bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Pilihanraya kampus akan datang adalah tempat memberikan latihan dan pendidikan kepada pelajar UKM yang ingin menjadi pemimpin PMUKM. Saya selalu berjumpa dengan rakan rakan lama yang dulunya bekas pimpinan TSB dan juga IPU. Ada yang bekerja di jabatan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Semuanya sudah berumur sekitar pertengahan 40an. Pernah sekali semasa bermain golf seorang rakan  bertanya kepada saya " Ante dah maafkan ana ke bila ana mengata ante masa election campus dulu". saya jawab "bila hang mengata aku?, aku tak ingat, tapi kalau aku ingat pun aku dah maafkan hang dunia akhirat". Kami terus ketawa sambil  memecut buggy yang dikongsi berdua.

Sekarang, kami kalangan pimpinan pelajar dari berbagai front semasa di UKM dulu dah pun bekerja. Hari ini kami rakan, dulunya kami 'musuh politik' yang kalau boleh tidak mahu bertemu walaupun di akhirat. Hari ini kami boleh ketawa, bermain golf bersama, saling ziarah menziarahi bila ada kenduri dan keraian. Perkara yang sama juga akan berlaku pada pemimpin pelajar hari ini di UKM. Selepas bergraduan nanti masing masing akan sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing masing. Politik kampus akan tinggal dalam kenangan.

Malah ada satu kisah kerana jodoh yang kuat dari Allah, ada  seorang pimpinan TSB dulu yang berumahtangga dengan muslimat IPU. Semoga mereka bahagia dan jangan marah pada saya kerana kisah mereka saya nukil disini. Pada mereka, jika diizinkan Allah kita akan terus berjumpa tiga Syawal depan seperti tahun tahun yang lalu. Menarik bukan...politik kampus UKM.