Mungkin anda akan menjawab secara spontan seperti ini;
- saya pernah terlibat sebagai ahli dengan program khidmat masyarakat, atau;
- saya pernah jadi pengarah yang anjurkan hari keluarga kolej, atau;
- saya pernah menjadi pendebat fakulti;
- saya exco persatuan pelajar UKM, atau berbagai lagi jawapan lain!
Sekarang bayangkan pula ada seorang lagi calon yang datang dari universiti yang sama, iaitu dari UKM. Soalan yang sama diajukan oleh panel dan ini jawapan beliau;
"Bila saya masuk UKM, saya diberikan kebebasan untuk memilih apakah aktiviti yang saya diminati. Saya memilih terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan dan khidmat masyarakat. Di tahun satu, saya terlibat sebagai peserta beberapa khidmat masyarakat di sekitar kampus, di tahun dua pengajian, saya pergi lebih jauh menjadi pengarah projek sukaralewan untuk komuniti setinggan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, di tahun tiga, saya pergi lebih tinggi untuk menyertai program sukarelawan ke Aceh membantu masyarakat Islam di sana, dan di tahun empat, saya mendaftar dan menjadi ahli aktif Persatuan Islamic Relief untuk terus membantu masyarakat di Palestin dan Rohingya". Di Islamic Relief, sekarang saya terus menjadi seorang sukarelawan yang aktif selepas bergraduan"
Apa bezanya kedua dua jawapan ini, walaupun kedua- keduanya datang dari UKM?
Ya, jawapan pertama sifatnya mendatar dan tidak berfokus manakala jawapan kedua menunjukkan prestasi dan perkembangan seorang pelajar meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi dan terfokus (bidang sukarelawan) sejak di tahun pertama hingga akhir pengajiannya.
Jawapan yang pertama berlaku bila pelajar tidak merancang aktiviti pembangunan pelajar melalui ko kurikulumnya. Mereka menyertai program sesuka hati. Tiada faktor yang jelas. Mungkin kerana mengikut kawan, mungkin juga atas sikap "asal apa yang ada!"
Jawapan kedua sebaliknya berlaku bila pelajar bijak merancang tentang apakah dan kemanakah beliau ingin bina pembangunan dirinya melalui ko kurikulum.
Tempoh pengajian di UKM untuk seorang pelajar pra siswazah adalah pendek. Biasanya antara 3-4 tahun sahaja. Dengan komitmen akademik dan sebagainya yang tinggi, masa untuk membangunkan diri melalui aktiviti ko kurikulum tidak banyak. Maka pelajar perlu merancang dengan baik dan berkesan bagaiman membangunkan diri mereka, dan yang paling penting mereka perlu membuktikan pembangunan diri mereka telah berlaku dengan cemerlang. Soalnya bagaimana kita boleh membuktikan kegiatan kita? Gred A, B atau C belum tentu meyakinkan penemuduga kerana kemahiran softskills itu adalah diri anda bukannya gred anda atas kertas!
Setiap pelajar di awal kemasukan ke UKM pasti akan bertanya apakah program ko kurikulum untuk pembangunan diri yang ingin mereka lakukan. Untungnya sekarang mereka boleh memilih berbagai aktiviti, UKM misalnya telah mengkategorikannya kepada tujuh teras yang utama iaitu keusahawanan, pengucapan awam, kepimpinan, kesukarelawanan (badan beruniform), khidmat masyarakat, inovasi dan kreativiti, sukan dan kesenian. Pelajar boleh memilih mana mana teras yang diminati.
Malah di UKM, pelajar sangat beruntung kerana mereka sendiri yang menentukan bukan sahaja boleh menentukan apakah teras yang ingin disertai, mereka juga bebas memilih apakah bentuk aktiviti yang ingin dilakukan. PAP UKM akan memberikan pengiktirafan kepada apa juga bentuk aktiviti yang dirancang oleh pelajar dengan syarat memenuhi beberap syarat mudah. Sebanyak 8 kredit telah disediakan untuk pelajar melaksanakan aktiviti mereka yang secara langsung disasarkan akan membina softskills.
Apakah usaha ini telah sudah selesai selepas pelajar lengkap memenuhi 8 kredit ini? Sesetengah pelajar pasti akan berkata "ya! kami telah selesaikan 8 kredit. Kami telah berjaya menyelesaikan pembangunan softskills kami".
Tetapi saya telah lama berfikir sebaliknya. Sebenarnya pelajar baru selesai separuh jalan. Ada lagi separuh jalan yang pelajar perlu tempuh jika mereka ingin benar benar memanafaatkan 8 kredit tersebut. PAP UKM membenarkan pelajar mencapai sebanyak mana kredit dalam satu semester, selagi termampu. Saya fikir mesti ada juga pilihan lain. Pertama, untuk mendapatkan manfaat maksima, pelajar harus merancang bagaimana menggunakan 8 kredit itu secara berkesan. Pada saya mereka boleh lakukan begini:
- Jika ada pelajar yang minat membangunkan teras usahawan dalam diri mereka, sepatutnya di semester pertama mereka mesti menjadi ahli aktif yang belajar tentang bagaimana memulakan sebuah perniagaan. 2 kredit ko kurikulum pertama beliau harus digunakan untuk menghadiri beberapa bengkel, seminar berkaitan memulakan perniagaan.
- Semester kedua, pelajar secara berkumpulan boleh memulakan satu perniagaan kecil. Masa dan tanggungjawab menjalankan perniagaan boleh diagih samarata dengan ahli kumpulan. 2 kredit kedua ini digunakan melalui aktiviti perniagaan kecilan ini. Mungkin jualan ini dari bilik bilik pelajar, atau pernaiagaan ini ketika pesta konvo, atau hari keluarga kolej/fakulti, atau bila ada program jualan di Pusanika.
- Di tahun dua, semester pertama, 2 kredit ketiga boleh digunakan untuk menubuhkan sebuah syarikat enterprise. Mereka boleh mula menyewa raung kecil di dalam atau luar kampus, Secara berkumpulan menjalankan perniagaan secara serius dan mengikuti sepenuhnya prosedur dan aturan perniagaan.
- Untuk 2 kredit terakhir, pelajar yang sudah satu setengah tahun berjinak jinak dengan perniagaan sudah berkemampuan membuka sebuag syarikat sdn bhd sendiri atau bersama rakan rakan. mereka kini sudah boleh bergelar usahawan sebenar, bermula dari minat untuk menjadi usahawan, digerakkan oelh 8 kredit LC, dan kini di tahun akhir sudah mempunyai perniagaan sendiri.
Konsep yang sama juga boleh berlaku dalm teras yang lain. Jika sertai Palapes, di tahun akhir mereka akan diiktiraf sebagai Leftenan Muda, dan begitu juga untuk Suksis, Sispa dan PBSM. Jika mereka terlibat dengan sukan ditahun akhirnya mereka layak untuk menerima sijil kejurulatihan asas dalam sukan yang mereka minati. Jika mereka terlibat dengan pengucapan awam, mereka juga akan diiktiraf dengan sijil sijil separa profesional yang disediakan oleh badan badan profesional berkaitan pengucapan awam.
Saya membayangkan bila seseorang graduan UKM yang dianugerahkan Ijazah dalam bidang pengajian masing masing, akan juga menerima pengiktirafan dalam bentuk sijil, pangkat, keahlian persatuan NGO dan sebagainya dalam ko kurikulum sebelum menamatkan pengajian mereka.
Saya pasti graduan UKM akan dipandang tinggi, bila semasa ditemuduga nanti, mereka bukan sahaja mempunyai ijazah yang cemerlang tetapi juga boleh membuktikan aktiviti pembangunan pelajar merka yang terfokus, berimpak tinggi dan diiktiraf oleh pelbagai badan luar UKM.