Semalam (24 April 2013) telah berlangsung satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelajar IZISH. Berlangsung dengan begitu lancar dan kemas sekali. Tahniah buat team HAM 2013. Jika saya selalu menyebut tentang projek pelajar berimpak tinggi, inilah modelnya. Majlis yang mengutamakan budaya ilmu, berjalan penuh protokol dan tertib tetapi santai, Penglibatan bukan sahaja di kalangan pelajar, tetapi juga para profesor, ahli akademik UKM, IPTA lain dan warga UKM.
Malah turut disertai oleh pihak luar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Ketua Pengarah Bahagian Sekolah Harian Malaysia dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor. Projek ini juga bukan bersifat
one-off tetapi kesinambungan dari Hak Asasi 2012 pada tahun lepas.
Malah dalam HAM 2013 ini terkandung beberapa projek awal yang melibatkan pelajar sekolah di Semenyih dan masyarakat orang asli di Perak. Saya sangat yakin para ajk dan seluruh warga HAM 2013 telah memperolehi banyak manafaat dalam penganjuran program ini. Malah tak salah kalau saya katakan apa yang telah dil;akukan lebih dari apa yang diperlukan dalam LC, dari segi masa, tenaga dan kemahiran yang diperolehi. Tahniah pada team felo yang menjadikan program ini begitu baik sekali. Saya bangga dengan komitmen anda!
Kehadiran Profesor Emeritus Dato Dr Hood Salleh (UKM), Prof Ong Puay Liu, Dato Mazlan (KPM) dan Tuan Hj Aziz (JHEOA) serta ramai ahli akademik menjadikan program ini bertambah serinya. Malah sebenarnya IZISH telah pun bersama dengan Prof Dato Hood sejak tahun lepas dalam program masyarakat orang asli di Pahang yang dirasmikan oleh Prof Dato Dr Othman Karim TNC HEPA.
Tahniah sekali lagi buat wargakerja HAM 2013...saya sematkan beberapa foto sebagai kenang kenangan untuk semua...(untuk gambar aktiviti pelajar IZISH sepanjang tahun 2013 sila layari
https://www.facebook.com/groups/194842577224489/photos/
|
Saat saat di bilik menunggu Canselori...Kisah Masyarakat Maori menjadi topik bualan... |
|
Nampak lembing di tangan Dato Mazlan (KPM), itu sebenarnya lembing kepunyaan Prof Dato Hood yang beliau terima dari ketua masyarakat Maori sebagai tanda kumpulan mereka telah menerima Prof Dato Hood sebagai ahli keluarga mereka. |
|
Sesi bermula, ucapan sang moderator,,,Sdr Nik Faizul TP IZISH |
|
Kalangan ahli akademik yang hadir.. |
|
Profesor Dr Ong Puay Liu, Felo KITA UKM |
|
Dua sahabat lama bertemu kembali...perjuangan mereka rupanya sama, memperkasakan masyarakat orang Asli di Malaysia.. |
|
Khusyuk menyediakan nota tambahan sebelum meberikan syarahan beliau. |
|
Gaya seorang sarjana keluaran Universiti Oxford |
|
Pegawai UKM yang ikut serta... |
|
Panel yang membentangkan idea mereka |
|
Khusyuk.... |
|
Prof Dr Ong membentangkan data dari hasil kajian beliau, bukan sekadar lontaran pandangan semata mata. |
|
ISC 1 dan ISC 2... |
|
Sesi soal jawab berlangsung...lebih 10 soalan seingat saya... |
|
Terima kasih... |
|
Terima kasih...sudah ada program lanjutan yang telah ditawarkan oleh KPM kepada IZISH..sedang diteliti... konsepnya ala-ala PEACE CORPS...untuk sesi 2013-2014 |
|
Tahniah EMCEE...suara yang jelas dan menyakinkan. |
|
Kini saya punyai rakan rakan yang punyai semangat yang sama..
memajukan masyarakat melalui pendidikan |
Sumber Foto : Danny Hamidon
Pen. Pengurus Kanan IZISH