Di dalam kurikulum Pendidikan Kewarganegaraan dan Sivik di sekolah, disebut tentang amalan demokrasi dan piliharaya. Tetapi tidak disentuh tentang konsep UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. Undi rahsia adalah satu ciri yang menjadi syarat utama di dalam melaksanakan pilihanraya yang adil.
Amalan undi rahsia ini kadangkala tidak difahami oleh pelajar. Cuba kita tanya mereka "Mengapa undi perlu rahsia?" Apa jawapan yang kita akan dapat?
Mungkin jawapan yang paling ramai dan mudah dijawab ialah supaya orang lain tak tahu apa yang kita undi. Tanya lagi mengapa kita tak mahu orang lain tahu apa yang kita undi?
Maka kita akan dapat berbagai jawapan, misalnya untuk elak perselisihan faham. tak nak kawan atau keluarga kecil hati jika undi kita dan mereka berbeza.
Sebenarnya amalan undi rahsia adalah asas menghormati hak asasi dan mempertahankan pelaksanaan demokrasi. Jika undi tidak rahsia, kita mungkin dipaksa, diarah, diugut atau sebagainya untuk mengundi calon bukan pilihan anda.
Maka kita kena faham mempertahankan amalan undi rahsia adalah asas kepada setiap warganegara yang layak untuk mendapatkan hak bersuara dalam sebuah negara demokrasi.
Malangnya ramai pelajar tidak tahu hal ini....