30 November, 2011

Lima Pemikiran Baru Penganjuran Aktiviti Pelajar UKM

  1. Sekian lama penganjuran aktiviti pelajar UKM tidak banyak berubah. hampir setiap tahun program yang sama diulang ulang. Memahmi kekangan yamg dihadapi seperti masa yang singkat untuk memikirkan program yang baru, kos penganjuran yang semakin meningkat, pengalaman para senior juga memudahkan penganjuran projek yang berulangan. Terdapat lapan tema utama penganjuran aktiviti pelajar di UKM. Setiap aktiviti pasti akan termasuk dalam mana-mana satu daripada lapan tema tersebut samada i) khidmat masyarakat, ii) badan beruniform, iii) keusahawanan, iv) kepimpinan, v) inovasi,penyelidikan dan akademik, vi) sukan, vii) kebudayaan, dan viii) komunikasi/perucapan umum.
  2. Di bawah 8 tema ini pelajar UKM menganjurkan program samada di kolej, di urusetia, persatuan fakulti atau persatuan di pusanika. Jumlahnya besar sekali bila digabungkan, mencecah hampir 600 aktiviti setahun.
  3. Antara yang paling banyak dianjurkan ialah yang bertemakan khidmat masyarakat, kepimpinan dan komunikasi. Manakala yang paling kurang berkaitan program keusahawanan.
  4. Hari ini, selain sekadar menjayakan sesuatu projek, pemimpin pelajar juga harus memastikan semua aktiviti yang dianjurkan benar benar memberikan makna serta learning outcomes kepada mereka dan para ajk. Dalam kata lain seseorang pemimpin pelajar harus lebih bijak menganjurkan aktiviti yang  memberikan nilai tambah terbaik untuk pembangunan softskills masing masing.
  5. Oleh itu pemimpin pelajar harus mempertimbangkan lima pemikiran baru di dalam menganjurkan aktiviti mereka;
    1. Setiap aktiviti harus dimulakan dengan pertanyaan mengapa saya menganjurkan aktiviti ini? seterusnya bagaimanakah aktiviti ini akan dapat meningkatkan softskills saya dan ajk? dan soalan terakhir apa yang patut saya lakukan untuk memastikan softskills dan ajak saya meningkat?
    2. Pemimpin pelajar juga harus mula membuka minda kepada konsep perkongsian di dalam menganjurkan aktiviti. Saya namakan ini sebagai gelombang ketiga penganjuran aktiviti. Katakanlah Jaksa Kolej sebagai contoh. Pada gelombang pertama dulu, setiap aktiviti hanya dianjurkan oleh Jaksa dalam ruang mereka sahaja. Misalnya Jaksa anjur projek di kolej, guna peruntukan kolej dan untuk pelajar di kolej. Gelombang kedua, Jaksa mula membuat aktiviti dan melibatkan orang luar kolej (khidmat masyarakat), mencari dana melalui tajaan atau sumbangan dari luar kolej. Gelombang ketiga, Jaksa mula melaksanakan projek bersama orang dari luar kolej. Bukan sahaja projek Jaksa ditaja tetapi mula berhasrat untuk menaja. IZISH UKM misalnya telah mengadakan projek bersama LESTARI UKM, Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), ditaja oleh syarikat syarikat luar dan seterusnya turut memberikan sumbangan kepada beberapa aktiviti berkaitan kelestarian di kampus UKM. Pemikiran projek kolej hanya untuk pelajar kolej sahaja sudah ketinggalan. Pemimpin pelajar UKM harus mampu melakukan kolaborasi dengan pihak luar UKM yang lebih pakar dan berpengalaman. Banyak pihak mula membuka ruang untuk pelajar UKM bekerjasama. Terbaru, DIGI dan MDeC adalah contohnya. Sebenarnya lebih banyak pengalaman dan jaringan yang diperolehi jika pemimpin pelajar UKM menganjurkan projek secara kerjasama dengan institusi luar UKM.
    3. Amalan kewangan projek bersifat one off  harus dikurangkan sedikit demi sedikit. Pelajar harus mula bergerak kepada aktiviti keusahawanan sebelum menganjurkan sesuatu program. Misalnya penganjuran makan malam tahunan kolej harus dimulakan dengan aktiviti keusahawanan secara berterusan.
    4. Pemimpin pelajar harus melihat setiap beban penganjuran aktiviti sebagai cabaran bukannya masalah. Apabila seseorang pelajar menganggap mencari dana projek seperti perlu membuat pembentangan projek pada bakal penaja sebagai satu masalah, beliau tidak akan mendapat hasil sebaik jika beliau melihat usaha itu sebagai satu cabaran yang ingin ditempuhi. Tahap kepuasan usaha juga berbeza, apatah lagi learning outcomes yang diperolehi.
    5. Mementingkan usaha penambahbaikan melalui aktiviti post mortem. Refleksi atau post mortem projek terbahagi kepada dua. Pertama, tahap individu dan kedua tahap projek. Pada tahap individu seseorang pelajar perlu mengenalpasti kekuatan yang telah beliau perolehi, kelemahan diri yang telah dikenalpasti, apakah ruang untuk menambahbaik serta apakah peluang peluang lain yang harus diambil selepas sesuatu projek selesai. Pada tahap projek, refleksi akan membantu pelajar melihat kekuatan projek, kelemahan yang perlu ditambahbaik dan peluang peluang untuk penganjuran seterusnya. Amalan sekarang, aktiviti post mortem atau refleksi adalah bahagian yang paling kurang dilakukan, malah ada kumpulan pelajar yang melupakannya terus.

29 November, 2011

Siapa Akan Anjurkan Hari Kerjaya UKM 2012?

  1. Seingat saya dulu, selain Pesta Konvo, Hari Kerjaya adalah program yang ditunggu-tunggu oleh pelajar UKM. Jika Pesta Konvo meraikan pelajar yang bergraduan, Hari Kerjaya bertujuan menyediakan peluang untuk pelajar mendapatkan maklumat terus dari majikan dan juga untuk ditemuduga.
  2. Pernah satu ketika pada tahun 1992, Hari Kerjaya UKM dirasmikan sendiri oleh Tun Dr Mahathir, ketika itu merupakan Perdana Menteri. Bayangkanlah betapa besar program ini dan beruntungnya pelajar UKM ketika itu yang berpeluang memperolehi maklumat terkini tentang alam pekerjaan. Malah ketika itu ramai juga yang terus ditawarkan pekerjaan walaupun masih di tahun akhir kerana keupayaan mereka menyakinkan majikan bahawa mereka adalah calon yang paling sesuai untuk ditawarkan jawatan.
  3. Itu kisah dulu, sejak beberapa tahun ini hari kerjaya tidak lagi menjadi kemuncak program pelajar UKM. Kalau dulu Urusetia Kerjaya merupakan salah satu urusetia yang 'popular' di UKM selain PMUKM dan Jaksa kolej Kediaman, hari ini semua itu tinggal kenangan.
  4. Laporan Pengesanan Graduan KPT (2007-2010) menunjukkan walaupun jumlah pelajar yang cemerlang di IPTA bertambah dari tahun ke tahun, peratus yang memperolehi pekerjaan pada enam bulan pertama selepas bergraduan semakin merosot. Dengan kata lain, jika berdasarkan data yang ada, seolahnya graduan IPTA (termasuklah UKM) semakin kurang diminati oleh majikan khususnya di dalam sektor swasta. Secara khususnya syarikat multinasional dan antarabangsa.
  5. Antara sebabnya ialah syarikat-syarikat ini lebih cenderung mengambil graduan IPTS samada di kalangan IPTS yang mempunyai MOU dengan syarikat syarikat mereka atau kerana dikatakan mereka tidak berpuashati dan ragu-ragu dengan tahap komunikasi bahasa Inggeris di kalangan pelajar IPTA.
  6. Beberapa kajian yang dilakukan oleh KPT juga menunjukkan majikan swasta cenderung menawarkan pekerjaan kepada graduan IPTS dengan sebab sebab yang sama sejak beberapa tahun lalu.
  7. Apa yang patut pemimpin pelajar UKM lakukan tentang isu kebolehpasaran graduan UKM? Biarkan sahaja atau bersedia untuk lakukan sesuatu demi menjaga kebajikan pelajar UKM seluruhnya?
  8. UKM sebagai sebuah universiti tidak mempunyai peranan menawarkan pekerjaan kepada para graduannya. Tetapi UKM mempunyai peranan untuk menyediakan graduannya bersaing di dalam mendapatkan pekerjaan. Maka itu pihak pengurusan UKM telah menyediakan peruntukan yang besar di dalam menganjurkan program-program meningkatkan soft skills pelajar di sepanjang pengajian mereka. Malah pengenalan Kontrak Pembelajaran juga satu usaha untuk memastikan para pelajar UKM bersedia menempuh persaingan alam persaingan pekerjaan.
  9. UKM telah laksanakan peranannya.Tetapi pelajar UKM juga perlukan satu program Hari Kerjaya. Ini adalah di dalam tanggungjawab persatuan pelajar UKM. PMUKM misalnya sebagai badan induk pelajar boleh melaksanakan tanggungjawab ini demi kebajikan pelajar. Begitu juga dengan urusetia urusetia yang lain seperti UPSM dan Urusetia Kerjaya sendiri. Malangnya belum kelihatan semua usaha tersebut sehingga hari ini.
  10. Menginsafi bahawa program sepenting ini tidak mendapat tempat di kalangan persatuan induk pelajar, Jaksa IZISH telah bersetuju untuk menghantar satu proposal bagi menganjurkan UKM Career Day pada pihak JPPEL. Program ini akan dilaksanakan oleh IZISH sekitar bulan Mei 2012 akan datang. 
  11. Sebagai 'promosi' awal, pihak urusetia IZISH akan membawa masuk 50 buah syarikat swasta dan multinasional selama tiga hari bertempat di Dectar UKM. Bagaimanapun sektor awam dan jabatan kerajaan tidak akan dijemput atas dua faktor. Pertama, kajian menunjukkan penawaran pekerjaan di sektor swasta meliputi hampir 80% berbanding hanya 20% di sektor kerajaan. Kedua, untuk membuka ruang baru agar majikan sektor swasta lebih mengenali institusi UKM dan dapat melihat keupayaan sebenar pelajar UKM. Secara langsung ini diharap dapat meningkatkan reputasi graduan UKM di mata majikan pada masa masa akan datang.
  12. Selain pameran oleh syarikat, akan diadakan ceramah kerjaya, sesi temuduga, forum dan bengkel. Semua ini akan dikendalikan oleh para wakil syarikat yang telah dikenalpasti. Misalnya Ketua Jabatan Sumber Manusia Mercedec Benz (M) dan juga Ketua Jabatan Sumber Manusia Hitachi telah bersetuju untuk menjadi panel ceramah berkaitan "Graduan Dari Persepktif Majikan Sektor Swasta".
  13. Selain syarikat swasta, akan turut membuat pameran ialah NGO NGO berdaftar. Tujuannya ialah selain membina pekerjaan, pelajar juga harus mempunyai keupayaan 'social responsibility' pada masyarakat dan negaranya. Mendapat maklumat pekerjaan adalah untuk kemajuan individu, dan mendapat maklumat dan mendaftarkan diri dengan NGO adalah untuk menyumbang pada masyarakat.
  14. AJK di kalngan pelajar IZISH telah dibentuk di bawah exco Jaksa IZISH. Tahniah pada sdr Jonathan yang akan dibantu oleh felo penasihat Cik Stephanie, Cik Badariah, Encik Iejan sdr Chang Ee, Cik Liza dan Cik Roova. Kertas Kerja telah dihantar, borang LC juga sedang disediakan. Kita doakan agar Jaksa IZISH akan berjaya memberikan sumbangan kecil penuh bermakna kepada kebajikan pelajar UKM seluruhnya. Tentunya dengan cara mereka sendiri. Terimakasih saya ucapkan pada mereka semua.
  15. Jemputlah ke Dectar nanti!

28 November, 2011

PMUKM Perlu Adil Pada Semua Pelajar UKM

Kita sekarang dikatakan hidup dalam dominasi generasi Y, satu generasi yang sama sekali berbeza dengan generasi X. Generasi Y yang ditandai dengan pemikiran yang lebih terbuka, ingin kebebasan yang tinggi dalam bersuara dan bertingkahlaku. Generasi Y yang berhadapan dengan fenomena kebanjiran maklumat melampaui keperluaan, maklumat yang tidak lagi teratur disiplinnya serta murah harganya.

Salah satu ciri utama kehidupan generasi Y ialah keinginan yang tinggi untuk bebas bersuara mendapat keadilan. Mengapa? kerana plaform untuk bersuara sudah terbuka. Keinginan untuk bebas bersuara bermula bila kita mempunyai kebebasan untuk memperolehi maklumat. Ini semua sesuatu yang baik dan telah meningkatkan kualiti kehidupan manusia seluruh dunia yang cintakan kebebasan bersuara dan hak individu. Pada muslim, fenomena ini menuntut dan mengajar kita supaya lebih kuatkan ukkhwah sesama Islam dan pada masa yang sama berlaku adil pada semua insan. Apatah lagi kepada yang diberikan amanah sebagai pemimpin.

Apa kaitannya semua hal ini dengan PMUKM? Apa kaitannya meraikan hak, keadilan dan kebebasan bersuara dengan keberadaan PMUKM sebagai suara induk kepada lebih 20,000 pelajar UKM? Apakah PMUKM telah bersikap adil dan meraikan hak pelajar di bawah naungannya. Pimpinan PMUKM dan pelajar seluruhnya harus meneliti senarai semak di bawah untuk menilai apakah PMUKM telah meraikan keadilan, hak dan kebebasan bersuara untuk seluruh pelajar UKM sesi ini. Jika PMUKM telah raikan, kita semua sewajibnya mengucapkan tahniah dan terima kasih tetapi jika belum, PMUKM harus mengambil usaha memikirkan bagaimana keadilan, hak dan kebebasan bersuara ini segera dilaksanakan.

1. Keadilan untuk bukan Islam di PMUKM.
Kisah Pesta Konvo yang hanya seorang pelajar Tiong Hua dan tiada pelajar India sebagai MT Pesta Konvo telah diketahui oleh semua pelajar. Amalan peminggiran kaum yang tidak pernah dilakukan sebelum ini oleh MT Pesta Konvo. Apatah lagi di sebuah universiti yang sangat meraikan perpaduan kaum sebagai teras kebangsaannya. Meminggirkan pimpinan pelajar Tiong Hua dan India di dalam program terbesar pelajar UKM banyak meninggalkan kesan 'berkecil hati' pada pelajar bukan Islam di UKM. Mengapa PMUKM mengambil sikap meminggirkan kumpulan ini sehingga hari ini masih belum terjawab. Jika sambutan Ramadan, Pesta Ang Pow atau Sambutan Deppavali tidak menjemput pelajar dari kaum lain sebagai ajk, memanglah semua sedia maklum, tetapi tidak buat penganjuran Pesta Konvo. Apakah kesannya kepada penglibatan pelajar. Sistem penganjuran projek pesta konvo mengamalkan sistem biro/bahagian. Maka jika hanya seorang sahaja pelajar Tiong Hua sebagai MT pesta konvo, berapa orangkah pelajar Tiong Hua yang akan menjadi ajk ajk kecil? Jumlahnya pasti lebih kecil berbanding 3 atau 4 orang pelajar Tiong Hua menjadi MT seperti tahun tahun yang lalu. Selain Pesto Konvo, apakah lagi program yang melibatkan secara siknifikan pelajar Tiong Hua dan India di PMUKM. Tiada! Janganlah disekalikan penganjuran Pesta Ang Pow, Pesta Tanglung dan Deepavali kerana ianya bukanlah anjuran sebenar PMUKM. Sekadar bernaung di bawah PMUKM semata-mata. Oleh itu, samada GMUKM atau Aspirasi yang memerintah PMUKM selepas ini, keadilan kepada pelajar bukan Islam haruslah dikembalikan kerana itu adalah hak mereka sebagai pelajar UKM.

2. Keadilan untuk pelajar yang bukan dalam kelompok PMUKM-GMUKM-ISIUKM
Pilihanraya kampus memisahkan pelajar UKM kepada tiga kelompok terbesar, kelompok GMUKM, Aspirasi dan pengundi atas pagar. Jumlah pengundi atas pagar adalah kelompok yang paling besar. Keputusan piliharaya kampus yang lalu menunjukkan walaupun GMUKM menang dan menguasai PMUKM tahun ini, peratus yang turun mengundi merosot berbanding tahun sebelumnya. Jumlah perbezaan undi majoriti antara kelompok GMUKM dan Aspirasi juga tidak jauh berbeza. Jika pilihanraya lalu, kubu kuat GMUKM di tahun tiga, Aspirasi pula lebih kuat mendapat sokongan di tahun 1 dan 2. Piliharaya kampus pada tahun 2012 akan lebih menarik bentuk kempennya kerana GMUKM terpaksa bergantung kepada undi pelajar tahun 1 jika mereka ingin terus menguasai PMUKM.

Bila GMUKM menang tahun ini, seperkara yang sangat ketara dilakukan ialah mereka terus melebarkan pemisahan kelompok kelompok ini di dalam mencaturkan aktiviti mereka. Secara jelas aktiviti PMUKM berlegar di antara ISIUKM dan beberapa persatuan fakuliti yang lain. Walaupun beberapa anak negari juga menyokong perjuangan GMUKM, mereka kurang mendapat perhatian PMUKM sebagaimana ISIUKM. Manakala persatuan persatuan lain (mengikut rekod JPPEL 2011, UKM mempunyai 197 buah persatuan, urusetia, sekretariat yang berdaftar dan bernaung di bawah PMUKM). PMUKM-GMUKM nampaknya telah 'menghukum' persatuan persatuan yang tidak bersamanya di dalam piliharaya dengan cara meminggirkan mereka sepenuhnya walaupun sepatutnya semua persatuan ini adalah di bawah tanggungjawab PMUKM. Oleh itu, kerajaan pelajar yang akan datang samada dikuasai GMUKM atau Aspirasi, kembalikanlah keadilan dengan mengadakan dasar yang bersifat inklusif supaya semua persatuan pelajar mendapat pembelaan tanpa mengira samada mereka telah bersama atau tidak di dalam piliharaya kampus UKM.

Adalah tidak adil juga untuk mendakyahkan hanya GMUKM sahaja di UKM ini yang memperjuangkan Islam, orang lain tidak dan malah dikatakan pula menjadi musuh Allah. Sirah Nabi membuktikan musuh Allah ialah orang munafik, musyrik dan bukan Islam yang menentang Islam. Apakah di UKM ini kumpulan Aspirasi itu sifatnya sama seperti musyrik dan munafik dan harus dimusuhi? Apakah pengurusan UKM juga sifatnya seperti musuh Allah dan harus diperangi? Ini hanya urusan politik kampus, jika pun ingin memenangi piliharaya kampus dan ingin memperjuangkan Islam secara politik, lakukanlah dengan cara yang benar dan baik. Islam tetap kedudukannya di atas politik. Bagaimana rasanya bila orang lain menuduh pimpinan GMUKM-PMUKM sebagai 'musuh Allah' bila membenarkan konsert maksiat dianjurkan di pesta konvo baru baru ini? Tentulah pimpinan PMUKM akan menolak tuduhan itu dan "berkata tidak adil kami dituduh sebagai musuh Allah kerana hal yang sebegitu". Alhamdullillah, tiada sesiapa pun menuduh mereka sedemikian rupa, sehinggalah sekarang. Tetapi jika kumpulan Aspirasi atau TSB yang anjurkan konsert sedemikian rupa, pengalaman yang lalu telah membuktikan akan adanya boikot, demontrasi, dan tuduhan bahawa 'Aspirasi jadikan bumi UKM penuh maksiat' oleh GMUKM. Inilah modal politik sempit yang kadang kala 'memakan tuannya' sendiri.  Kembalilah bermuhasabah mengapa Allah turunkan ujian sedemikian pada GMUKM? Tentunya untuk GMUKM kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar. Terus mempraktikkan 'dakwah Islamiyah melalui politik' dan bukannya mempolitikkan dakwah dan Islam untuk kepentingan politik semata-mata.

3.Keadilan untuk pelajar antarabangsa UKM
UKM mempunyai hampir 5,000 pelajar antarabangsa. Terdapat 7 persatuan pelajar antarabangsa di UKM. Antara yang paling aktif ialah pelajar Indonesia, China, Iraq, Iran, Palestin dan Oman. Kerana status mereka ialah pelajar UKM, secara langsung mereka juga adalah ahli kepada PMUKM. Malangnya di dalam beberapa perjumpaan yang saya adakan bersama pelajar antarabangsa, semua pimpinan persatuan pelajar  antarabangsa langsung tidak kenal organisasi PMUKM dan juga tidak kenal pimpinan utama dalam PMUKM. Maka isu kebajikan pelajar antarabangsa langsung tidak mendapat tempat untuk diperjuangkan oleh PMUKM. Isu penginapan luar kampus, isu keselamatan dan isu penganjuran aktiviti pelajar antarabangsa. Tahniah kepada beberapa Jaksa kolej yang menganjurkan aktiviti untuk pelajar antarabangsa di kolej masing masing. Untuk rekod, Jaksa IZISH mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti untuk pelajar antarabangsa di UKM antaranya trip ke Pulau Pinang, Melaka, Malay Heritage Carnival dan program homestay di Temerloh Pahang. AJK penganjurnya adalah pelajar tempatan dan sebahagiannya pelajar antarabangsa. Pada masa depan, mana mana kumpulan yang akan memenangi piliharaya kampus khususnya pada 2012, eloklah diwujudkan sekretariat pelajar antarabangsa di bawah biro antarabangsa PMUKM. Mungkin ini boleh dimulakan di dalam manifesto piliharaya masing masing nanti.

4.Keadilan untuk pelajar siswazah UKM
Satu perkara yang baru di dalam piliharaya kampus UKM tahun ini ialah penglibatan pelajar siswazah di dalam piliharaya kampus UKM. Mereka kini boleh menjadi calon dan juga mengundi. Malangnya, keberadaan mereka di dalam PMUKM seperti tidak membawa apa apa makna kepada kebajikan pelajar siswazah seluruhnya. UKM mempunyai  hampir 8 ribu pelajar siswazah pada hari ini. Malangnya mereka tidak mendapat keadilan sewajarnya di dalam perjuangan PMUKM sesi ini. Seperti ada yang tidak kena di dalam kaedah PMUKM mendekati pelajar siswazah. Samada mereka tidak mempunyai keupayaan menguruskan pelajar siswazah atau pelajar siswazah sendiri yang merasakan PMUKM sebagai sudah tidak relevan pada mereka. Maka itu sesiapa pun yang menguasai PMUKM pada 2012, pengurusan kebajikan siswazah harus menjadi agenda besar PMUKM. Bukan sahaja jumlah pelajar siswazah akan semakin membesar tetapi keberadaan siswazah akan memberikan ruang dan peluang kepada MPP PMUKM mencari cabaran yang lebih menarik untuk menjadi pimpinan pelajar UKM.

5.Keadilan untuk pihak pengurusan universiti
PMUKM harus berlaku adil pada pihak pengurusan UKM. Mengapa?  PMUKM sebagai satu badan yang mendapat mandat pelajar untuk menjadi suara mereka seharusnya mengambil sikap mengadakan hubungan yang baik dengan pihak pengurusan UKM. Sebagai sebuah badan pengurusan universiti, samada PMUKM ingin mengambil sikap berbaik-baik atau bermusuhan, itu langsung tidak menjadi hal. Setiap tahun akan ada kumpulan baru yang akan memimpin PMUKM. Maka setiap kali itulah juga buku baru PMUKM akan di buka. Jika berbaik baik, banyaklah perkata yang dapat dijayakan bersama, jika ingin memusuhi pihak pengurusan UKM maka banyaklah perkara yang PMUKM tidak dapat lakukan demi kebajikan pelajar UKM.

Pihak pengurusan adalah satu badan yang bebas, tetapi ada pihak -pihak yang menghasut pelajar kononnya pihak pengurusan 'tidak bebas'. Dulu bila kumpulan Aspirasi menguasai PMUKM, pimpinan GMUKM menuduh calon Aspirasi menang kerana mendapat sokongan pihak pengurusan UKM. Jelas tuduhan ini tidak berasas bila tahun ini calon GMUKM pula yang menang dan kuasai PMUKM. Jika benarlah calon Aspirasi disokong oleh pihak pengurusan UKM, sudah pasti GMUKM tidak akan menguasai PMUKM sebagaimana hari ini. Inilah politik sempit namanya. Menuduh dan memburukkan sesiapa sahaja hatta pihak pengurusan UKM pun dibabitkan sama.

Mudah sahaja untuk kita faham tindakan ini. Dulu 'dalang dalang' politik kampus mengajar supaya pimpinan GMUKM kaitkan kononnya pihak pengurusan UKM menyokong calon Aspirasi supaya pengundi simpati dengan pejuangan mereka yang kononnya pro-mahasiswa. Akan kelihatanlah seolah olah GMUKM seperti kumpulan yang independent. Tetapi bila calon GMUKM menang dan bimbang akan dituduh mendapat sokongan pengurusan UKM oleh kumpulan Aspirasi, 'dalang dalang' ini dengan segera mengajar pimpinan PMUKM supaya memusuhi pengurusan UKM. Maka imej independent akan kekal pada GMUKM. Tetapi sekarang bila GMUKM menang piliharaya kampus UKM, semua pelajar UKM sedar bahawa pihak pengurusan UKM tidak bersikap menyebelahi mana mana kumpulan politik pelajar. Ini semua adalah dakyah 'dalang dalang' politik kampus semata-mata, dan dakyah mereka gagal diteruskan bila GMUKM berjaya. Dulu bila Aspirasi menang, itu kerana sokongan pihak pengurusan UKM, jadi bila calon GMUKM menang siapa pula yang menyokong mereka? Pihak pengurusan UKM juga? nampaknya dalang dalang politik terpaksa mencari isu baru untuk terus memburukkan pengurusan UKM di mata pelajar.

Sebenarnya pendirian pihak pengurusan UKM sangat jelas dalam hal kepolitikan pelajar. Pengurusan UKM adalah sebuah badan profesional yang bekerja untuk pembangunan universiti, terbuka dan bebas sepenuhnya dari politik kampus UKM. Pengurusan UKM juga sedar masa dan tenaga yang ada harus ditumpukan kepada pembangunan UKM khususnya berkaitan penyelidikan dan pengajaran. Apalah sangat kesannya dengan mencampuri urusan politik pelajar yang akan hanya berkuasa setahun di Pusanika. Pada pihak pengurusan UKM, sesiapa pun yang menang dalam piliharaya kampus, itu adalah keputusan yang telah dibuat oleh pelajar. Harus dihormati oleh semua.

27 November, 2011

Mengapa Pelajar Perlu Terlibat Dalam Aktiviti Ko-Kurikulum di UKM?

Pagi ini sempat tonton youtube ceramah oleh Simon Sinek bertajuk "how leaders inspire action", beliau adalah seorang 'guru' pengurusan organisasi dan motivator yang sudah terkenal dengan idea 'golden circle'.  http://www.youtube.com/watch?v=qp0HIF3SfI4&feature=share

Terima kasih pada saudara Zulhilmi Abd Razak, Exco Keusahawanan JAKSA IZISH yang 'post' klip video ini untuk dikongsi bersama dengan rakan rakan di Facebook IZISH.
Golden Circle (Simon Sinek, 2010)

On Why, How and What
Antara intipati utama idea beliau ialah konsep golden circle yang berkaitan "why, how dan what". Semua konsep ini memang telah kita ketahui secara umum, tetapi beliau berhasil menakrifkan secara sistematik bagaimana konsep ini dapat digunakan dalam perancangan sesebuah organisasi atau kejayaan seseorang individu.

Saya tertarik untuk kaitkan pandangan Simon Sinek dengan isu mengapa pelajar perlu terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum di UKM ?

Setiap tahun rekod kelulusan aktiviti pelajar di PPP (dulunya) dan sekarang di JPPEL menunjukkan pelajar UKM menganjurkan hampir 600 aktiviti ko-kurikulum yang berdaftar. Jumlah ini bertambah jika mengambilkira program di kolej, fakulti dan pusat yang dianjurkan secara dalam dan di luluskan di peringkat pengetua, dekan atau ketua program sahaja. Malah ada juga segelintir program pelajar yang dianjurkan tidak mendapat kelulusan mana mana pihak berkuasa UKM pun tetapi tetap dilaksanakan. (Pelajar harus sensitif sebelum mengikuti apa juga program yang tidak berdaftar kerana kegiatan pelajar yang didaftarkan dan mendapat kelulusan sahaja akan dilindungi insuran kelompok UKM dan pelajar akan juga dilindungi di bawah peraturan universiti).

Bayangkan 600 aktiviti setahun atau puratanya 1.35 program setiap hari!. Jika diambil waktu sebenar pelajar di kampus UKM (setelah ditolak cuti sesi, semester dan perayaan utama negara) puratanya meningkat kepada 2.5 program pelajar setiap hari!

Kesan Aktiviti Pada Pelajar UKM
Persoalannya selepas begitu banyak program dan projek anjuran pelajar UKM, ke mana semua ini berakhir? Apakah bilangan projek sebanyak ini akhirnya berjaya meningkatkan kebolehpasaran pelajar UKM? Apakah semua aktiviti  ini telah berjaya meningkatkan softskills pelajar UKM? Apakah semua aktiviti ini berjaya meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris, Bahasa Arab atau bahasa Melayu pelajar UKM? atau jika lebih mendalam lagi apakah semua penganjuran aktiviti ini telah berjaya meningkatkan kematangan berfikir, keupayaan kepemimpinan atau perpaduan kaum di kalangan pelajar UKM? Atau sejauh mana pula semua program itu pada akhirnya meningkatkan ketakwaan pelajar kepada Penciptanya. Apakah hanya program kerohanian sahaja untuk tujuan meningkatkan ketakwaan? apakah tidak ada tujuan mempertingkatkan ketakwaan sebagai muslim atau meningkatkan moral dan intergriti pada non muslim di dalam program keusahawanan, akademik, kepimpinan, kesenian, sukan dan sebagainya?

Saya tidak pasti jawapan pembaca, tetapi pada saya tentu ada juga kesan baiknya, cuma pada saya kesannya di tahap yang sangat minima. Sebagai contoh, apakah kita dapat membezakan dengan jelas kualiti graduan UKM jika dibandingkan dengan kualiti graduan kolej swasta pada tahap umur yang sama? Apakah ada imej atau reputasi yang menonjol pada graduan UKM jika dibandingkan dengan graduan IPTS? Itu pada saya tidak jelas perbezaannya, malah dalam isu penguasaan bahasa terutamanya Inggeris, kajian pengesanan graduan KPT (2008 hingga 2010) menunjukkan prestasi penguasaan pelajar UKM masih jauh di belakang hatta dibandingkan dengan graduan kolej swasta sekalipun.

Oleh itu, idea Simon Sinek (2010) boleh digunakan di dalam merancang semula cara pemimpin pelajar menganjurkan aktiviti di dalam persatuan mereka. Tambahan pula semangat di dalam Kontrak Pembelajaran (LC) selari dengan idea yang dikemukan oleh beliau dan pastinya akan banyak membantu dalam hal ini.

Sejak dahulu, apa yang  diamalkan oleh pemimpin pelajar apabila memimpin sesebuah persatuan samada di PMUKM, fakulti, JAKSA atau sebagainya ialah segera memikirkan apakah (What) projek yang akan dianjurkan sebaik sahaja sahaja mereka memegang amanah. Setelah mengenalpasti apakah (what) projek, barulah akan dirancangkan bagaimana (how) projek itu akan dijalankan. Persoalan mengapa (why) projek itu dianjurkan sangat kurang difikirkan.

Jika pun ada jawapannya kepada mengapa, ianya akan ditentukan oleh persoalan bagaimana (How). Sebagai contoh mengapa (why) persatuan anak negeri menganjurkan khidmat masyarakat di negeri masing masing kerana itulah projek tradisi persatuan mereka. Mengapa kolej anjurkan hari keluarga kerana itulah yang telah dilakukan oleh para senior mereka pada tahun tahun sebelumnya. Oleh kerana ini adalah projek tradisi, ada contoh atau pengalaman senior yang boleh diguna semula dan akan memudahkan segala urusan ajk.

Jika kita membaca buku The Death of Why tulisan Susan Baker (2007), kita akan berjumpa dengan kenyataan ada dua bentuk why secara umum iaitu why yang bersifat ekstrinsik dan why yang bersifat instrinsik. Why ekstrinsik ialah yang bersifat jawapan luaran ( mengapa berniaga, jawapnya mencari untung, mengapa perlu belajar, jawapnya untuk mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang, mengapa berkelakuan baik, jawapnya supaya dilihat dan dipuji baik atau tidak dirotan). Why intrinsik pula lebih bersifat dalaman dan subjektif (mengapa berniaga; jawapnya untuk mengenal potensi diri, untuk menerima cabaran, untuk membuat kebajikan bila memperolehi keuntungan, mengapa belajar, jawapnya untuk ingin mencari ilmu, ingin meningkatkan kemahiran diri etc.). Malah pada yang muslim, why instrinsik ini akan sampai ke tahap yang lebih mendalam bila melakukan sesuatu perkara kerana ingin semata-mata mendapat keredaan Allah S.W.T

Penganjuran Ko-Kurikulum Perlu Perubahan
Maka itu, pemimpin pelajar harus merubah cara mereka menganjurkan program aktiviti pelajar dengan memulakan pemikiran why, diikuti dengan how dan what. Misalnya pemimpin pelajar perlu bertanya pada diri sendiri dan rakan rakan ajk mengapa aktiviti khidmat masyarakat hendak dilakukan. jawapannya secara intriksik ialah meningkatkan kemahiran bekerja dengan pelajar lain, ingin meningkat komunikasi dengan orang yang baru dikenali di luar kampus atau ingin meningkatkan kemahiran membuat keputusan yang tepat. Why ekstrinsik pula ialah ingin membantu keluarga yang miskin, membantu pendidikan anak anak kampung yang memerlukan dan sebagainya.

Apabila kita jelas tentang mengapa, barulah kita akan lebih jelas bagaimana program ini akan dijalankan. Misalnya untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, bagaimana program ceramah akademik, ceramah keibubapaan, ceramah keusahawanan desa, program gotong royong dan sebagainya akan dianjurkan.

Apabila tujuan dan caranya sudah jelas (why maka pakejkan semua program-program tersebut sebagai satu projek. Pada tahap ini kita akan mampu menjawab persoalan 'what' iaitu apakah projek yang akan kita anjurkan. Malangnya masih ramai pemimpin pelajar UKM yang saya lihat tidak dapat bezakan antara maksud aktiviti, program dan projek bila menyediakan kertas kerja!

Sesuai dengan itu juga, Kontrak Pembelajaran telah diwujudkan sejak awal tahun ini bagi membantu pelajar di dalam hal ini. Kontrak Pembelajaran juga utamakan hasil pembelajaran (penyataan komitmen kepada mencapai "why intrinsik dan why ekstrinsik"). Oleh itu, pelajar harus mengutamakan pencapaian hasil pembelajaran ini (why), dan tidak sekadar menganjurkan apa sahaja aktiviti ko-kurikulum tanpa tujuan yang jelas selepas ini.

25 November, 2011

PMUKM Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

"Rencana ini tidak menyentuh secara khusus mana-mana kumpulan pelajar yang menguasai PMUKM tetapi membincangkan PMUKM sebagai sebuah organisasi pelajar secara umum". - Penulis

PMUKM adalah sebuah persatuan pelajar yang istimewa. Ditubuhkan sebagai induk kepada hampir 180 persatuan pelajar di UKM. Mandat yang diperolehi juga istimewa, melalui satu proses pilihanraya kampus yang menggunakan peruntukan universiti dan tenaga kerja di kalangan kakitangan akademik dan juga kakitangan sokongan universiti. Setiap tahun piliharaya kampus UKM diadakan, setiap kali itu juga puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk menyediakan kursus bakal calon, latihan kakitangan, persiapan teknikal dan logistik piliharaya (pengangkutan, keselamatan, kemudahan komputer dan sistem), percetakan kertas undi dan sebagainya.

Para calon pula secara terang-terangan membina blok partisan (walaupun di larang di dalam peraturan piliharaya kampus UKM). Mereka akan berseragam ungu, hijau, merah atau biru di sepanjang minggu pilihanraya sebagai satu manifestasi solidariti kumpulan, bekerja menyebarkan manisfesto dan menganjurkan ceramah untuk pelajar pelajar. Ada yang mendakwa kumpulan mereka memperjuangkan Islam sebagai wadah perjuangan, ada pula yang menggunakan wadah perpaduan, kebajikan dan pembangunan masyarakat sebagai intipati perjuangan, walaupun bila diteliti mana juga kumpulan yang menang, setiap kali dilantik PMUKM yang baru, bentuk aktivitinya hampir juga sama sahaja.

Gaya Bakal Pemimpin
Setiap tahun, pada saat hari piliharaya kampus UKM berlaku, calon calon piliharaya akan dipandu oleh pemandu masing masing ke kolej kolej di mana pusat pembuangan undi diadakan. Berjalan dalam kelompok masing masing, penuh gaya dengan kot dan bertali leher, membuat lawatan di peti peti undi.

Pilihanraya kampus pada saya hari ini seperti satu proses latihan yang bukan sahaja membina pemimpin pelajar, tetapi juga membina pemimpin yang bergaya! Saya gembira dan meraikan usaha mereka ini.  Perlakuan gaya berpakaian mereka ini lebih menarik jika dibanding calon calon pilihanraya umum atau calon pilihanraya kecil ADUN di luar sana. Calon di luar sana bukan sahaja kelihatan simple dalam gaya dan perwatakan mereka tetapi lebih menumpukan kepada berinteraksi dengan para pengundi. Malah gaya Barrack Obama ketika turun berkempen dan membuang undi dulu dengan hanya baju kemeja (warna biru muda kegemarannya) pasti akan kalah kalau dibandingkan dengan gaya calon piliharaya kampus UKM. Begitu juga dengan gaya simple calon pilihanraya di Singapura dan United Kingdom.

Para calon piliharaya kampus UKM biasanya lebih gemar berjabat tangan dengan 'pekerja mereka' sahaja tetapi kurang berinteraksi dengan para pengundi. Pekerja mereka ini biasanya adalah kalangan mahasiswi tahun satu dan dua yang akan duduk seharian di kawasan agen calon untuk membuat bancian, umpama tugas juruaudit lagaknya. Menarik saya melihat kelakuan mereka ini.

Masa 'Bersih' MPP PMUKM
Setiap MMP diberikan mandat selama setahun untuk memerintah PMUKM. Itu secara kasarnya. Cuba kita teliti jangka masa 'bersihnya'. Setahun ada dua semester (juga semester ketiga untuk kursus tertentu). Setelah ditolak cuti sesi (2 bulan) dan cuti semester dan mid semester ( lebih kurang 1 bulan), jumlah yang masih ada pada PMUKM ialah 9 bulan. Jika ditolak minggu study week (2 minggu) dan minggu peperiksaan (6 minggu) pada kedua dua semester,  jumlah yang masih ada pada PMUKM ialah 7 bulan sahaja. Jika ditolak lagi minggu untuk urusan piliharaya (1 minggu), urusan angkat sumpah MPP (1 minggu), acara rasmi UKM seperti minggu MMP (1 minggu) dan  minggu konvokesyen (1 minggu), masa 'bersih' yang ada pada PMUKM hanyalah 6 bulan sahaja. Itu belum ditolak cuti umum perayaan utama seperti Hari raya Puasa, hari Raya Haji dan sebagainya.

Sebagai MPP, mereka juga adalah pelajar, yang mempunyai beban akademik yang sama seperti pelajar lain. Harus menyiapkan assingment, tugasan tutorial, kerja makmal dan sebagainya. Jika enam bulan itu benar benar diteliti, hanya sekitar 3 atau empat bulan sahaja, MPP tersebut akan bekerja sebagai MPP PMUKM.

Maknanya, dengan segala masa, peruntukan serta tenaga kerja untuk piliharaya kampus, sebenarnya MPP PMUKM hanya akan berkerja 'bersih' sekitar 4 bulan sahaja dalam setahun. Dengan segala fitnah, kata mengata dan surat layang yang membina permusuhan politik, sepertinya tidak berbaloi langsung pada yang menang dan menguasai PMUKM. Mereka hanya berkuasa 'bersih' selama 3 hingga 4 bulan sahaja.

Apa yang boleh dilakukan dalam masa 4 bulan tersebut? Mampukan mereka menjaga kebajikan 20,000 pelajar UKM? atau sebenarnya masa yang ada itu lebih baik digunakan hanya untuk kelompok mereka sahaja. Mampukan dengan masa yang ada, mereka boleh membantu ratusan persatuan dan urusetia pelajar di UKM atau sekadar lebih baik menjaga satu dua persatuan yang menaungi PMUKM?

Mengapa Bermusuhan?
Maka jika PMUKM bijak dan ikhlas untuk menjaga kebajikan pelajar UKM seluruhnya, masa yang pendek harus digunakan sebaiknya. Janganlah bermusuhan dengan pihak pengurusan UKM, janganlah bermusuhan dengan pihak kepengetuaan dan janganlah membelakangkan JPPEL dan pengurusan HEPA. Jika ini mereka dapat elakkan, masa yang pendek akan dapat dimanafaatkan sebaiknya. Dalang-dalang politik kampus yang 'menunggang' PMUKM pasti tidak gembira kalau MPP PMUKM yang mereka sendiri caturkan kemenangannya cuba ingin berbaik baik dengan pihak pengurusan UKM. Mereka kalau boleh, pada setiap masa mahu pimpinan PMUKM merujuk dan berbincang dengan mereka dan bukannya dengan pihak kepengetuaan, JPPEL atau pihak HEPA UKM.

Jika hubungan baik dengan pengurusan UKM berjaya dipelihara, PMUKM pastinya akan dapat menjalankan tanggungjawabnya mentadbir semua persatuan di bawah naungannya, menjaga kebajikan lebih 20,00 pelajar UKM dan berwibawa membawa nama UKM ke persada kebangsaan dan antarabangsa. Para pimpinan persatuan UKM akan berterima kasih dengan kepimpinan PMUKM sebagai induk mereka Berbagai program dan projek secara anjuran bersama antara PMUKM, Jaksa, Persatuan Fakulti, Persatuan anak Negeri dapat dijayakan. Pelajar UKM yang dapat manafaatnya. PMUKM akan dilihat sebagai benar benar sebuah persatuan induk yang menaungi semua persatuan di bawahnya.

Jika hal seperti ini tidak berlaku , pasti nanti  PMUKM akan diibaratkan seperti bidalan Melayu "menang sorak, kampung tergadai"

23 November, 2011

Dua Cabaran Utama Pelaksanaan Kontrak Pembelajaran (LC) di UKM

Satu perkara yang menarik tentang ko-kurikulum di UKM ialah kesungguhan para pentadbir tertinggi universiti bersikap dinamik dan terbuka di dalam mencari kaedah terbaik membangunkan soft skills para pelajarnya. Malah apa yang dilakukan oleh pihak HEPA UKM biasanya sering menjadi trend setter kepada universiti universiti lain yang lebih muda di negara ini.

Terbaru, Kontrak Pembelajaran (Learning Contract-LC) diperkenalkan bagi mengantikan Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) bagi menguruskan ko-kurikulum di UKM. Sehingga ini, Kontrak Pembelajaran (LC) untuk ko-kurikulum ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua peringkat pusat pembelajaran di UKM (fakulti, kolej etc.). Melalui pendekatan LC,  pelajar wajib menyelesaikan 8 kredit pembelajaran sebagai sebahagian daripada melengkapkan 120 kredit pengajian keseluruhannya.

Cabaran LC
Ada dua cabaran besar yang sering saya fikirkan, sekurang-kurangnya pada peringkat IZISH. Cabaran pertama, bagaimana memastikan kecekapan pengurusan LC demi kebajikan pelajar IZISH supaya kolej  dapat memastikan setiap pelajar di IZISH mempunyai sekurang-kurangnya satu projek yang telah mempunyai akreditasi status LC untuk semester ini. Alhamdullillah, rekod terkini menunjukkan semua pelajar tahun satu di IZISH  telah pun mendaftar dan mempunyai projek yang mempunyai LC. Hampir 90% daripada pelajar di IZISH telah mendaftar untuk menyertai projek yang dianjurkan oleh Jaksa (MEP) IZISH, manakala 10% lagi telah mendaftar untuk menyertai projek di Pusat Kebudayaan UKM dan juga Pusat Sukan UKM.

Apa yang mesti dicapai ialah sebelum semester ini tamat, semua pelajar IZISH berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 2 kredit kokurikulum masing masing. Ada pelajar yang mendaftar 2 kredit dan ada juga pelajar yang mendaftar 4 kredit. Saya ingin merakamkan penghargaan pada seluruh warga kerja IZISH (timbalan pengetua dan pasukan felo IZISH) dan juga JAKSA (MEP)  IZISH yang bersungguh-sungguh memastikan semua pelajar IZISH mempunyai projek masing masing yang mempunyai LC.  Saya pasti semua kolej UKM juga melakukan hal yang sama. Tetapi pada yang pelajar yang belum ada projek atau pelajar yang tinggal di luar kampus mereka haruslah segera mempunyai projek LC masing masing.

Cabaran kedua yang lebih besar sifatnya ialah bagaimanakah untuk memastikan perlaksanaan LC benar-benar membangunkan soft skills para pelajar UKM. Pihak PAP telah berusaha memberikan kefahaman agar pelajar bersedia mengamalkan LC demi membangunkan soft skills mereka. Sekurang kurangnya penerangan ini akan membantu pelajar memahami tujuan LC dan pelajar tidak mengambil sikap untuk segera menyelesaikan 8 kredit LC semata mata supaya mereka tidak perlu aktif lagi di dalam kegiatan ko-kurikulum selepas itu. Maka cabaran ini sebenarnya lebih kritikal sifatnya berbanding cabaran pertama berkaitan pengurusan LC.

Proses, Hasil dan Output
Bagi menangani cabaran kedua ini, para pelajar pada peringkat paling asas harus memahami tiga perkara di dalam LC iaitu proses pembelajaran (learning process), hasil pembelajaran (learning outcomes) dan output pembelajaran (learning output). Secara mudah, untuk seseorang pelajar mendapatkan 2 kredit, beliau perlu melibatkan diri dengan satu projek yang mempunyai status LC yang bernilai 2 kredit (rujuk dengan pengarah projek untuk mengetahui nilai kredit LC setiap projek). Di IZISH misalnya, pihak MEP telah menguruskan dengan pihak PAP untuk mendapatkan status LC tersebut. Ada projek bernilai 1 kredit dan ada yang bernilai 2 kredit. Oleh itu pelajar yang mendaftar dengan projek Jaksa (MEP) IZISH secara langsung telah mempunyai nilai kredit LC masing masing.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah mengisi borang LC dan secara sedar menyatakan dan menulis apakah soft skills yang ingin dipertingkatkan oleh mereka di dalam projek tersebut. Seterusnya berjumpalah dengan penyelia masing masing untuk mereka nyatakan komitmen meningkatkan softskills yang telah dipilih. Langkah seterusnya ialah memulakan aktiviti projek dari terlibat di dalam pertemuan, mesyuarat AJK, perbincangan dengan pihak JPPEL, berbincang dengan pihak luar UKM dan sebagainya. Misalnya jika seseorang pelajar  bersetuju untuk menjadi AJK pemasaran projek, maka aktiviti seperti menyediakan surat penajaan, menelefon syarikat untuk mendapatkan tajaan, membuat temujanji dengan syarikat yang berminat, membuat pembentangan cadangan kepada wakil syarikat, menguruskan prosedur pembiayaan dengan pihak Bendahari UKM dan sebagainya adalah PROSES PEMBELAJARAN di dalam melengkapkan komitmen LC.

Semasa melakukan semua proses pembelajaran ini, pelajar secara sedar harus belajar bagaimana untuk meningkat cara dan kemahiran berkomunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran pembentangan, kemahiran berunding dan sebagainya. Apabila seseorang pelajar telah melalui proses tersebut dan sedar beliau telah meningkatkan kemahiran kemahiran tersebut, maka itulah hasil pembelajaran yang telah diperolehi oleh mereka. Bila selesai membentangkan cadangan mereka dan pihak penaja bersetuju memberikan tajaan, maka tajaan tersebut dinamakan output pembelajaran. Semakin banyak proses pembelajaran dilalui oleh pelajar, maka akan semakin tinggi hasil pembelajaran dan semakin banyak output pembelajaran diperolehi.

Katakanlah, seorang pelajar berjaya membentangkan cadangan penajaan kepada 10 syarikat (maknanya 10 kali proses pembelajaran berlaku), ini juga bermaksud 10 kali pelajar tersebut mendapat pengalaman untuk hasil pembelajarannya dan jika 5 daripada 10 syarikat setuju memberikan tajaan itu bermaksud 5 output pembelajaran telah berjaya diperolehi.

Jika pelajar benar benar faham pendekatan LC, beliau akan sedaya upaya memperbanyakkan proses pembelajaran supaya dengan itu mereka dapat meningkatkan hasil pembelajaran masing masing. Secara tidak langsung juga output pembelajaran juga akan bertambah dengan sendirinya.

Terdapat lapan hasil pembelajaran utama yang perlu dibangunkan, oleh itu pelajar harus bijak di dalam memilih proses pembelajaran yang berbeza bagi setiap aktiviti projek yang mereka sertai. Jika ingin meningkatkan hasil pembelajaran kemahiran komunikasi maka mereka harus serta aktiviti pemasaran, promosi, pengacaran majlis, mempengerusikan mesyuarat dan sebagainya. Jika mereka ingin meningkatkan hasil pembelajaran berkaitan membuat keputusan maka mereka seharusnya melaksanakan aktiviti seperti pengurusan kewangan projek, penyelaras protokol dan penyelaras program/event. Pihak penyelia pelajar, felo dan  pimpinan pelajar peringkat PMUKM atau JAKSA haruslah bersedia memberikan bimbingan di dalam membantu pelajar membuat keputusan di dalam menentukan bentuk aktiviti yang diperlukan oleh pelajar.

Jika semua ini dapat dilaksanakan, barulah impak pembangunan soft skills akan terhasil melalui pelaksanaan LC di dalam ko-kurikulum di UKM. Di IZISH, kami akan terus berusaha demi kebajikan pelajar.

22 November, 2011

Berbincanglah Dengan Niat Yang Baik, Bukan dengan Emosi Amarah..

Dua hari lepas (petang ahad 20 Nov), saya sempat meluangkan sedikit masa bersama beberapa pelajar (itulah jangkaan saya) membincangkan tentang politik pelajar di UKM. Walaupun perbincangan di FB tidak selesai petang itu, ingin juga saya ucapkan terima kasih pada mereka (sdr Shukran, Afiq, Hafifi, Waliyuddin, Ibn Abdullah dan seorang "Pemburu Keadilan". Saya hargai sikap mereka yang dapat memberikan pandangan secara berhemah dan menggunakan bahasa yang baik. Saya setuju sebagai seorang yang bergelar mahasiawa (jika benar andaian saya), mereka tidak semestinya setuju dengan semua pandangan saya. Tetapi saya rasa mereka bersetuju dengan saya bahawa sekalipun pandangan berbeza, kita masih memegang nilai dan sifat baik sebagai seorang muslim bila berhubungan dengan orang lain, lebih lebih lagi saudara seagama. Kita mesti raikan perbincangan sebegini. Alhamdullillah..




 ·  ·  ·  · Sunday at 11:47am

    • Shukran Ijtihad rajinlah en. Anuar Ahmad. bleh buat bgkel pnulisan x?
      Sunday at 11:49am ·  ·  2

    • Anuar Ahmad salam sdr shukran. Sekadar berkongsi pandangan, masih banyak kekurangan diri.
      Sunday at 11:52am · 

    • Shukran Ijtihad alhamdulillah, msih ada kbebasn dlm mnyatakan pndpt dn pndangan...andai smua mnusia sdar akan klemahan diri msg2, spttnya msg2 bleh mnrima stiap kritikan yg mmbangun
      Sunday at 11:55am · 

    • Anuar Ahmad begitulah yang kita harapkan. berlapang dada dalam mengkritik dan menerima kritikan. hanya malu dengan Allah, bukan malu kerana kritikan manusia. minta dijauhkan Allah agar kita tidak sombong dalam berilmu dan tidak sombong dalam perjuangan agama.
      Sunday at 12:04pm ·  ·  1

    • Muhammad Afiq Md Nasir kenapa hanya menyentuh pihak gmukm semata-mata? seolah-olah gmukm sgt2 bersalah..bukankah ada 2 parti besar dalam kampus iaitu gmukm dan aspirasi? kenapa aspirasi tidak diketengahkan dlm blog en anuar?
      Sunday at 12:30pm · 

    • Anuar Ahmad Agak agak Afiq walaupun si ayah sayang semua anaknya sama saja, mengapa kebiasaannya si ayah lebih banyak menegur dan menasihati anak sulung berbanding anak bongsu?
      Sunday at 1:29pm ·  ·  1

    • Pemburu Keadilan 


      cik Anuar Ahmad...saya nakkan penjelasan kes pembuangan kolej pada tahun2 sebelum ini. Saya masih belum dapat sebarang penjelasan, mengapakah ramai student yg ditendang kolej dan ada diantara mereka yang aktif tapi tetap ditendang sedangkan...See More

      Sunday at 2:12pm · 

    • Pemburu Keadilan persoalannya macamana ianya boleh jadi begini, dimana kayu ukur yg pihak pentadbiran kolej gunakan...kenapa kolej yg banyak bilik kosong pun masih juga menendang pelajar keluar...
      Sunday at 2:13pm · 

    • Muhammad Syafiq Bin Akmal hebatlah tok nujum ni...
      Sunday at 2:24pm · 

    • Hafifi Borhan El Said II siapa bongsu siapa sulung? nanti merajuk lak yg bongsu atau sulung sebab ayah sygkan seorang je.....
      Sunday at 2:26pm ·  ·  2

    • Anuar Ahmad 


      Salam, Sejak saya diamanahkan memimpin majlis pengetua, ini adalah perkara yang saya utamakan. Utk pengetahuan pemburu keadilan, saudara Muzammil, sdr Izzudin dan semua YDP Jaksa telah mengadakan perjumpaan dengan saya bagi membincangkan ha...See More

      Sunday at 2:29pm · 

    • Shukran Ijtihad mksdunya GMUKM ni anak sulung ke? sjak bila en Anuar Ahmad jd ayah kepada GMUKM n ASPIRASI??
      Sunday at 3:15pm · 

    • M Waliyuddin Bahza en Anuar Ahmad, saya tak berapa setuju dengan kenyataan "kuning" dalam posting ni. En anuar x perasan ke mahasiswa ni sepatutnya jadi entiti check & balance kepada pemerintah mahu pun pembangkang, sedangkan realiti mahasiswa sekarang hanya bersikap "akutakpedulisme" seolah-olah hanya bertumpu kepada meja belajar sahaja? di mana wibawanya mahasiswa?
      Sunday at 3:27pm · 

    • Anuar Ahmad ‎"walaupun si ayah sayang semua anaknya sama saja, mengapa kebiasaannya si ayah lebih banyak menegur dan menasihati anak sulung berbanding anak bongsu?" itu cuma analogi, Bila pula saya kata saya ayah, pandai pandai shukran ubah makna ye ..:-)
      Sunday at 3:28pm · 

    • Anuar Ahmad 


      Saya sangat setuju dan berkongsi pandangan dgn sdr Waliyuddin. Sepatutnya mahasiswa berperanan sebagai penyemak dan pengimbang. Kita selalu dengar GMUKM kritik dan bantah parti kerajaan, saya setuju itu peranan mahasiswa, tetapi pernahkah k...See More

      Sunday at 3:39pm · 

    • Pemburu Keadilan saya rasa cik Anuar Ahmad dah salah tanggap...kritikan GM kepada kerajaan bukanlah soal dia parti permerintah ataupun pembangkang...tapi bagi saya ianya lebih melihat kepada sejauh mana kemampuan pihak tersebut dlm membuat perubahan.kritik pembangkang pun dia boleh buat apa...buat apa kritik pembangkang sedangkan kuasa untuk melaksanan itu kini berada di tangan kerajaan...
      Sunday at 3:49pm ·  ·  4

    • M Waliyuddin Bahza 


      saya sedikit gusar bila isu sebegini dibangkitkan oleh en Anuar seolah-olah memberi doktrin kepada mahasiswa supaya menjauhi GMUKM atas alasan seumpama itu. En anuar mungkin cenderung mengkaji kritikan tetapi kurang melihat sokongan, saya p...See More

      Sunday at 3:50pm ·  ·  4

    • M Waliyuddin Bahza saya setuju dengan Pemburu Keadilanberhubung isu kuasa yang boleh menyebabkan perubahan. Buat apa penat-penat nak suruh kuda minum racun kalau kita mampu suntik racun ke dlm kuda tu? Point saya ada kuasa yang mampu mengubah. Apa kata en Anuar?
      Sunday at 3:54pm · 

    • Anuar Ahmad 


      saya setuju sekali dgn pandangan sdr pemburu keadilan. Sdr sudah menjawab bagi pihak saya mengapa saya lebih berminat untuk memberikan pandangan dan kritikan pada PMUKM-GMUKM berbanding Aspirasi. Saya tidak menyokong kumpulan politik pelaja...See More

      Sunday at 4:04pm · 

    • Pemburu Keadilan 


      Tapi, saya tidak berpandangan seperti apa yg cik Anuar Ahmad. Di UKM berbeza dgn di luar sana. klu di luar sana, mmg betul, mereka yg menang pilihanraya punyai kuasa utk lakukan segala-galanya..membuatkanmereka mampu utk membuat perubahan....See More

      Sunday at 4:10pm · 

    • Anuar Ahmad Sdr Wali, zaman kita mungkin berbeza tetapi hal perjuangan tetap perkara yang sama. Sdr mungkin boleh nafikan GMUKM pro parti pembangkang. Dulu pun pimpinan IPU lakukan perkara yg sama. Modus operandi masih sama. Mungkin kalau sdr benar benar berada di dalam saf pimpinan tertinggi GMUKM-MAMPU saudara akan fahami maksud saya.
      Sunday at 4:11pm · 

    • Muhammad Afiq Md Nasir saya yakin dan percaya jika ASPIRASI-TSB berada di tampuk pimpinan PMUKM, mereka juga akan melakukan perkara yg sama yakni akan menyokong kerajaan sekarang 100% tanpa kritikan dan mengkritik pihak pembangkang seolah-olah pihak kerajaan sentiasa sempurna..saya rasa en.anuar perlu neutralkan pandangan di blog en.anuar agar tidak 'tembak' pada satu kelompok sahaja..
      Sunday at 4:19pm · 

    • Anuar Ahmad 


      sdr pemburu, PMUKM tahun ini pasti tak setuju bila sdr kata mereka adalah penghubung antara pelajar dan pengurusan. mereka terang terangan memusuhi pengurusan. saya setuju tempoh setahun bukanlah tempoh yg sesuai untuk membuat perubahan tet...See More

      Sunday at 4:21pm · 

    • Hafifi Borhan El Said II dah azan jom solat....wasalam
      Sunday at 4:25pm · 

    • Anuar Ahmad sdr Afiq, saya pun rasa begitulah sifatnya bila Aspirasi menguasi PMUKM. Jadi apa bezanya antara GMUKM, TSB atau ASPIRASI di dalam memperjuangkan idealisme mahasiswa? Nampaknya semua berada di dalam acuan yg sama..maka sesiapa pun yg menguasai PMUKM tidaklah berbeza perjuangannya.
      Sunday at 4:26pm · 

    • Muhammad Afiq Md Nasir urm jikalau en.anuar ada kelapangan, bolehkah en.anuar post di blog en.anuar perihal sejarah Logo UKM yang ada sejarahnya tersendiri yakni pertukaran logo ukm, dimana logo ukm yang sedia ada ini adalah logo yang diubah beserta makna-makna simbolnya..
      Sunday at 4:26pm · 

    • Muhammad Afiq Md Nasir ‎*selingan..
      Sunday at 4:26pm · 

    • Ibn Abdullah ‎"Perjuangan Islam bukan perjuangan setahun dua, perjuangan Islam perjuangan sepanjang hayat seorang muslim.