Saban tahun majlis jamuan makan malam tahunan dianjurkan oleh pelajar di UKM. Samada di peringkat kolej, persatuan fakulti, persatuan, program, pusat dan seumpamanya. Jika dihitung- hitung jumlah '
annual dinner' ini menjangkau hampir seratus semuanya.
Bulan Mei ini saya dimaklumkan DECTAR telah penuh tempahan untuk
dinner termasuklah oleh pihak kolej untuk anjurkan '
dinner college'. Ini adalah antara aktiviti tahunan yang paling bersungguh sungguh dianjurkan di kalangan JAKSA kolej kediaman. Selain acara makan malam, di sediakan acara penganugerahan hadiah serta sijil pada pelajar yang berjaya dan cemerlang. Majlis
dinner college ini juga diselang seli dengan persembahan kesenian oleh pelajar atau artis jemputan. Malahan tidak ketinggalan diadakan cabutan bertuah dan juga hadiah "
Prince and Princess of The Night". Semua aktiviti ini diberikan laluan oleh pihak kepengetuaan kolej. "Asalkan pelajar gembira dan rasa dihargai, apa salahnya".
Elok juga di dalam 'kehangatan' menganjurkan
dinner college ini, kita kembali kepada asas mengapa majlis ini dianjurkan. Saya berikan tiga tujuan asas yang utama, selebihnya biarlah pembaca yang tentukan. Harapnya bila pelajar melangkah masuk ke dewan jamuan nanti mereka akan dapat mengamalkan asas asas ini sebaiknya. Malah asas ini juga sebenarnya memberikan peluang untuk mereka memahami mengapa acara tahunan ini perlu dipertingkatkan prestijnya dari tahun ke tahun.
1
. Dinner College sebagai majlis penghargaan kepada semua warga kolej yang berjaya.
Dinner kolej secara jelas bertujuan memberikan penghargaan kepada para kakitangan, felo, JAKSA, pelajar tahun akhir dan seluruh pelajar di kolej berkenaan. Melalui
dinner kolej, pelajar yang hebat dan cemerlang diraikan dengan anugerah kecemerlangan akademik, sukan, kesenian, inovasi, khidmat masyarakat, keusahawanan, perucapan umum dan sebagainya. Tiada ruang lain yang lebih sesuai dan berprestij selain malam '
dinner college'. Malah dengan melihat rakan rakan mereka menerima anugerah, pelajar lain juga akan mula menanamkan keinginan untuk turut menerima anugerah pada tahun tahun berikutnya. JIka itu tujuannya janganlah penerima anugerah naik ke pentas hanya dengan selipar dan t-shirt tak berkolar sahaja.
2. Dinner College meningkatkan kemahiran softskills para AJK yang menganjurkannya.
Penganjuran
dinner kolej sangat berbeza dengan penganjuran aktiviti yang lain. Tiga perkara utama
dinner kolej ialah protokol, protokol dan protokol. Jika hal ini tidak dijayakan,
dinner kolej yang sepatutnya berprestij akan bertukar menjadi makan malam di cafetaria sahaja. Maka AJK perlu melakukan banyak perkara untuk menjayakan '
dinner college'.
Pertama, mereka perlu membina pasukan AJK yang dapat menjana kewangan untuk perbelanjaan
dinner college. Yuran pelajar sebanyak RM20 untuk aktiviti ini tidak lagi mencukupi berbanding 15 tahun dahulu bila kadar yuran ini diperkenalkan. Hari ini kos penganjuran
dinner college telah meningkat berkali ganda.
Kedua, memastikan majlis berjalan dengan baik dan dirancang dengan penuh ketelitian. Sesuatu majlis makan malam memerlukan ajk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan. Pematuhan masa bermula acara dan masa berakhirnya sesuatu
dinner college adalah antara yang paling penting.
Dinner college menuntut AJK melakukan banyak sumbang saran, perbincangan, latihan serta membuat keputusan yang cepat dan tepat.
3.
Dinner College melatih pelajar menghormati etika dan protokol dalam sesebuah majlis rasmi
Seseorang yang menghadiri majlis makan malam harus mempunyai beberapa kemahiran yang asas sesuai dengan tujuan majlis makan malam diadakan.
i. Apabila dijemput hadir maka adalah menjadi tanggungjawab mengesahkan kehadiran samada bersetuju atau tidak untuk hadir ke majlis tersebut. Elakkan membuat keputusan
last minute.
ii. Seterusnya hadirkan diri sepertimana masa yang telah ditetapkan di dalam surat jemputan.
iii. Berpakaiannya seboleh mungkin mengikut tema yang diberikan supaya kita merasa sebahagian daripada majlis pada malam tersebut. Jika majlis menetapkan konsep elegance tentunya jeans dan t shirt tidak sesuai. Tetapi jika majlis menetapkan temanya '
heavy metal' (tema ini tidak digalakkan oleh penulis) maka jeans dan t-shirt mungkin boleh digunakan. AJK yang bijak memilih tema tentu boleh membezakan antara '
annual dinner' dan '
party dinner' sebelum menentukan sesuatu tema.
Dinner college tergolong di bawah kategori '
annual dinner' manakala sambutan hari jadi pula dikategorikan sebagai
party dinner.
iv. Satu perkara yang paling tidak sesuai dan harus dielakkan ialah bercakap-cakap dengan kuat semasa majlis perasmian sedang dilakukan atau semasa ucapan sedang diberikan. Pihak pengucap harus diberikan penghargaan oleh tetamu untuk mereka memberikan ucapan. Mereka telah menyediakan ucapan dan ingin para tetamu memberikan perhatian kepada ucapan mereka.
v. Makanlah dengan tenang dan menjaga ketertiban anda. Semasa makan anda boleh berbual bual kecil dengan rakan rakan di sebelah dengan suara yang sederhana.
vi. Jangan meninggalkan majlis sebelum tamat. Pihak penganjur juga harus memastikan acara tamat seperti masa yang ditetapkan. Amalan makan malam di negara ini majlis rasmi akan tamat sekitar jam 10.30 malam.
Majlis makan malam dianjurkan bukan hanya untuk kita 'makan makan' sahaja. Majlis ini memberikan peluang kepada kita belajar makna protokol, ketelitian kerja serta menghormati majlis rasmi. Apabila pelajar UKM keluar dan mula bekerja mereka pasti akan mula menghadiri pelbagai majlis jamuan di agensi tempat mereka bekerja. Malah mungkin mereka juga akan menjadi AJK bagi majlis tersebut.
Sesebuah
dinner college yang gilang gemilang dan berjaya tidak hanya bergantung kepada bilangan tetamu yang hadir, makanan yang banyak atau persembahan yang tidak putus putus di atas pentas. Juga bukan hanya kerana cabutan bertuah yang berlonggok longgok.
Dinner college menjadi sangat berjaya bila AJK mempunyai tema yang menarik, ketelitian kerja yang tinggi serta protokol yang mantap. Ia juga disokong oleh tetamu jemputan yang beretika tinggi, menghormati majlis serta berkerjasama untuk menjayakan
dinner college tersebut.