|
Pelajar Baru Kolej Ibu Zain berinteraksi dengan alam di Hutan Pendidikan Alam UKM |
Secara tradisinya Kolej Ibu Zain sentiasa mendekatkan pelajar barunya dengan alam. Jika tahun lepas pelajar baru KIZ di bawa ke FRIM Sungai Buluh. Tahun ini, mereka yang baru mendaftar di KIZ telah berpeluang menjelajah ke Hutan Pendidikan Alam UKM.
|
Modul "Rainnforest Discovery Journey" oleh Felo Akademik Kolej Ibu Zain |
Hari ini (Sabtu 7 September 2013) bermula jam 7 pagi, Kolej Ibu Zain menganjurkan Program Apresiasi Alam di Hutan Pendidikan alam UKM (HPA-UKM). Para pelajar telah di bawa masuk ke dalam Hutan Pendidikan Alam UKM bagi mula mengenali khazanah UKM.
Anda mungkin terkejut jika diberitahu sebenarnya ada pelajar UKM sehingga tamat pengajian mereka tidak tahu di mana letaknya Hutan Pendidikan Alam.
Kesemua 116 pelajar baru KIZ, telah diperkenalkan dengan Felo Akademik Kolej Ibu Zain, Profesor Dato Dr Mohd Wahid Samsudin dan Dato' Shaharudin Mohd Ismail, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Hutan Malaysia yang sekarang berkhidmat di LESTARI UKM.Dua modul khusus telah dijayakan oleh felo akademik KIZ iaitu Eksplorasi Hutan UKM dan juga modul mengenali Liken
Semua berjalan dengan begitu lancar dan memuaskan. Dan saya tidak berhasrat berbicara panjang tentang hal tersebut. Pelajar yang pergi ke HPA pagi ini pasti gembira mendapat pengalaman yang baru di UKM.
Ada hal lain yang lebih menarik perhatian saya bila berada di Hutan Pendidikan Alam UKM.
|
Pelajar KIZ bersama Felo Akademik Prof Dato' Dr Mohd Wahid Samsudin |
|
Pelajar baru bersama Dato Shaharudin Mohd Ismail, Felo Akademik KIZ |
HPA adalah hutan yang berada dalam kampus UKM. Tidak ada universiti di dunia ini yang mempunyai hutan sebenar, sebagaimana yang ada di UKM. Malah hutan UKM memiliki faura dan fauna yang cukup kaya.
HPA adalah makmal pembelajaran 'hidup' tentang hutan dan seluruh isinya. Pada yang mengikuti program ini, meraka mula mengenali berbagai nama pokok yang mungkin jarang kita dengar. Pokok durian tupai, pokok jelutung, kedap, pokok kembang semangkuk dan berbagai lagi.
Apa yang ingin saya sentuh di sini ialah betapa dalam kita sibuk dengan berbagai perkara lain, kita mungkin terlupa untuk menghargai begitu banyak khazanah dan ilmu yang ada di UKM. Dalam hal ini HPA misalnya, dilupakan begitu sahaja oleh kebanyakkan warga UKM.
Pada setiap tahun, pihak kolej, fakulti, institut dan pusat pengajian menganjurkan berbagai latihan serta kursus 'outdoor' untuk kakaitangan dan para pelajar mereka di luar UKM. Ada yang ke Kem di luar UKM dan ada yang ke resort dan hotel.
Kursus MEP kolej misalnya memerlukan sekitar 5-7 ribu ringgit . Jika UKM mempunyai 12 kolej maka kita di UKM sudah membelanjakan sekitar RM60k hingga RM84k setiap tahun untuk tujuan itu. Bayangkan di UKM terdapat puluhan latihan dan kursus 'outdoor' yang diadakan setiap tahun. Maka ratusan ribu ringgit telah kita belanjakan untuk menganjurkan semua latihan ini di luar UKM. Dan tidak dapat tidak, latihan pembangunan pelajar dan kakitangan memang penting untuk dianjurkan secara berkala.dan peruntukan ini perlu disediakan untuk meningkatkan kualiti kerja di UKM dan dalam kes pelajar, membangunkan jatidiri dan personaliti pelajar.
Jika semua atau sebahagian kursus dan latihan luar ini dilaksanakan di HPA UKM, dengan syarat disediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan untuk berkursus. Bayangkanlah berapa banyak wang UKM dapat dijimatkan. Malah wang tersebut boleh digunakan semula untuk menaiktaraf kemudahan terbaik di HPA. Bayangkan jika HPA benar benar dibangunkan menjadikan resort hutan UKM, pastinya UKM akan muncul sebagai universiti pertama di negara ini atau mungkin di dunia yang mempunyai resort hutan sendiri! Sudah banyak universiti yang mempunyai hotel atau hospital mereka sendiri, tetapi belum kedengaran oleh saya adanya universiti yang memiliki resort hutan sendiri!.
Dengan memiliki kekayaan dan diversiti khazanah seperti tumbuhan, pokok, haiwan, UKM memiliki ast yang sangat berharga. Malahj jika dijayakan dengan hebat, semua kemudahan ini boleh disewakan pada pihak syarikat/organisasi luar yang ingin menggunakannya.
Malangnya, itu hanyalah impian saya. Lawatan saya bila mengikuti program pelajar KIZ pagi tadi benar benar mengecewakan. Sedih melihatkan jalan masuk ke HPA yang rosak teruk, najis lembu berselerakkan sepanjang jalan dan juga persekitaran dalam kawasan HPA yang tidak terurus. Kemudahannya semakin tidak terjaga dan daif sekali. Aset berharga UKM ini seperti sudah tidak 'bernyawa lagi'. Kita semua (termasuk saya) kena mengakui bahawa kita sendirilah yang mematikan khazanah UKM ini. Apa pun, saya akan tetap gunakan HPA pada setiap tahun, kerana HPA adalah khazanah UKM. pelajar UKM harus didekatkan dengan khazanah UKM supaya mereka sayang dan cintai khazanah tersebut.
Melihatkan keadaan HPA, tiada apa yang boleh saya katakan lagi...Biarlah gambar gambar di bawah yang berbicara...Semoga akan ada kekuatan untuk kita semua membangunkan semula Hutan Pendidikan Alam UKM...antara permata dan khazanah UKM yang sangat bernilai...
|
Kemudahan Perkhemahan yang sudah rosak sepenuhnya |
|
Wakaf yang menjadi ruang perbincangan para peserta sudah runtuh |
|
Dulunya ini adalah chalet untuk peserta yang ingin bermalam di dalam suasana hutan UKM,
sekarang sudah rosak sepenuhnya dan tidak boleh digunakan lagi. |
|
Chalet yang rosak sepenuhnya. |
|
Khemah yang tidak boleh digunakan lagi |
|
Tempat duduk yang rosak... |
|
Tapak perkhemahan yang sudah diabaikan... |
|
Wakaf Wakaf istirehat yang mula runtuh... |
|
Tandas...ada sesiapa yang ingin gunakan? |
|
Pokok Tumbang Menghempap Bumbung Dewan Makan..Agak Merbahaya Pada Para Peserta... |
|
Pokok Jelutong yang menjadi ikon HPA UKM telah mati sepenuhnya... |