- Shahrul Akmal Mesyuarat MPP secara bulanan untuk membincangkan masalah ada buat x? Ke nk tggu habis sem?
- Mohamad Fadhil MPP shahrul akmal ni tak professional langsung..Ada kelemahan skit2,tegur la secra beradab,No fon ada,chat fb boleh,msj boleh.mcm2 cara nak berithu kpda pimpinan agar buat mesyuart.Tapi dekat sini jgak kamu nak menconteng.tak beradab.huhh..lepas tu,sume pos kat group lain yg pmukm pos tntg ni pun kamu duk conteng perkara sma.1 kali dah la..provokasi je lebih.ayat pun seolah mempersoal dan memerli,bukan untuk bertnya untk jawapn..
- Shahrul Akmal Kamu nak cakap apa itu hak kamu Saudara Fadli..kalau kamu mahu cakap soal adab, perhatikan dulu 'geng' kamu..kalau mahu cakap psl conteng2, nasihatkn dlu 'geng' kamu..kalau mahu cakap psl provokasi pulak, kurangkan kontroversi 'geng' kamu..
- Shahrul Akmal kalau abg wan nak jmpe sy, sy tak kisah..lgpn kita da lama kenal..bkn atas kapasiti seorang presiden, tp atas diri seorang kwn..sy smbut baik..
- Khairyl Areef contoh berani??mcm cabut sticker yg kat dpn pintu tu yee???ciann kat akak2 jppel mengadu penat lelah menampal2 akhirnya ade yg 'berani' cabut pulak,kenapa?
- Ezuan Saad Ali Hussein sembang...
anyway, slmt mnunaikn janji. tak guna msyuarat sana sini, mecapap dlm fb kalau kerja x buat. pesanan ikhlas sbg mantan. salam'alaik - Shahrul Akmal sme la macam kenyataan 'geng2' kamu sebelum nie..baik kamu buat kerja kamu dari macam2 statement mencapap..sebelum ckp, tgok dlu la beb..pesanan ikhlas jugak la ni..
- Pejuang Alif Ba Ta aah, kita kerja dah selesai baru lah kita post, ni kerja baru nak buat, cakap macam dah selesai..kahkahkah makan masa ya, makan masa...itu baru sembang kencang ribut taufan...kahkah
- Ukm Kini BERANI apa nya?? BERANI berdiam diri. BERJIWA BESAR untuk berkuasa. itu yang kami nampak sebenarnya.
- Irsyad Hussin biasela mpp Shahrul Akmal diorang xbuat keje boring tgk kite buat keje..tu yg 'panas' je sorang2 aq tgk..
- Aniq Rukaini senior Ezuan Saad Ali Hussein saja kah yang nk reply.. x kn nk senior masuk semula jd presiden baru nk jawab persoalan..
- Aliff Farhan asyik nampak banner je kerja nya blom tentu lagi...turun la padang sikit ... bukan pe ? banyak lagi yang hendak kami beritahu... maaf kritikan membangun ... peace
- Khairyl Areef turun padang??nak turun pdg main bola kee main futsal pon susah haiyhhhhh.............
- Syahir Sihat Selalu kesian mpp aspirasi??? bagilah kritikan 2 yg membina skit... dah jadi mahasiswakan.. siap gabungan bagai... profesional skit..
- Ahmad Fayyadh Fudhail lah, dah aku nmpak mpp aspirasi cm dianaktirikan. aku ckp ar kesian. tak kan nk guling2 tergelak lak doh.
27 February, 2013
Bila Pimpinan Pelajar UKM Berbicara...
Ini adalah satu contoh dari ratusan contoh lain bagaimana kepimpinan mahasiswa UKM 'berbincang' dalam FB dalam 'usaha' mereka membangunkan kebajikan pelajar UKM. Malah kalau kita tinjau secara lebih teliti, trend seperti ini semakin meningkat sejak akhir akhir ini. Bagus kalau sudah mahu berbincang. Tetapi jika dibaca dari awal hingga akhir cara dan isi mereka 'berbincang' tiada langsung isu kebajikan diutarakan sebaliknya di isi dengan kata kata yang menimbulkan kebencian, menyakitkan hati orang lain, menjatuhkan usaha dan merendahkan airmuka rakan rakan. Apa agaknya pandangan pelajar bukan Islam tentang kepimpinan mahasiswa Islam UKM, apakah boleh cara kepimpinan mereka diberikan perhormatan, bolehkah pelajar Islam yang menjadi pemimpin di UKM dijadikan teladan..saya rapat dengan ramai pelajar bukan Melayu di UKM..rata-rata mengeleng kepala melihat telatah dan cara kepimpinan pelajar Melayu Islam berpolitik di UKM. Siapa yang rugi kalau bukan seluruh pelajar UKM sendiri..sedih juga bila dengar ada pelajar kolej yang kata kepimpinan pelajar UKM dah macam 'hampeh' (perkataan ini saya belajar dari anak muda UKM)...saya rasa pandangan itu tak betul..