28 February, 2013

GMUKM Sudah Tersalah Langkah...


Peristiwa petang semalam di DECTAR memberikan satu petunjuk yang kuat bahawa Semakin ramai pelajar UKM sudah mula membenci perilaku dan perwatakan yang dibawa oleh pimpinan GMUKM-ISIUKM. Semakin lantang suara menpersoalkan apa perlunya GMUKM melalui ISIUKM membuat tindakan demontrasi yang tidak ada mempunyai asas yang kukuh di DECTAR. Kita boleh faham walaupun tidak menerima bila ada mahasiswa membuat demontrasi berkaitan AUKU, sekurang kurang ada asasnya, kita juga mungkin menerima jika mahasiswa membuat demontrasi berkaiatan isu Murtad di IPT atau isu yuran pengajian yang tinggi dan sebagainya. Walaupun saya tidak bersetuju dengan penganjuran demontrasi dan memilih cara negosiasi/perundingan/perbincangan yang lebih beradab, sekurang kurangnya saya boleh memahami mengapa perlunya diadakan satu tindakan demontrasi bila ada asasnya. Apa yang berlaku di Dectar petang tadi ialah seorang VVIP telah dijemput oleh pihak pengurusan UKM, begitu juga dengan kehadiran sebegitu ramai ketua ketua syarikat, wakil pihak industri yang turut sama untuk menjayakan satu program pendidikan. Langsung tiada elemen politik. Jadi mengapa berdemo? Atas tujuan apa? Apa yang ingin dicapai? apa pula untungnya?

Apa yang saya nampak ialah usaha provokasi pimpinan lelaki GMUKM dengan menggunakan siswi ISIUKM untuk melancarkan sabotaj memburukan nama UKM. Siswi-siswi yang berdemo jelas tidak faham niat sebenar pimpinan GMUKM telah termakan "umpan" dengan percaya bahawa apa yang akan mereka lakukan adalah satu "jihad dan perjuangan". Kebencian yang menebal yang terbina sekian lama pada VVIP tersebut telah menyebabkan dengan mudah para siswi dieksploitasi untuk melakukan sesuatu tindakan yang menguntungkan pihak lain.

Bayangkan kalau tetamu yang dijemput oleh ibubapa kita datang ke rumah, dan kerana semata mata kerana tidak suka pada tetamu tersebut,  kita dengan angkuh dan sombong telah menghalau tetamu itu balik? Apakah agaknya perasaan ibubapa kita? Apakah pula tanggapan tetamu tersebut kepada ibubapa kita? dan jika anda yang berdemo petang tadi ditempat ibubapa, apakah perasaan anda mempunyai anak yang begitu? Tidak mengapa kalau kita tidak suka, tetapi melakukan sesuatu yang tidak beradab akan menunjukan bahawa perilaku kita adalah buruk dan tidak beradab. Islam juga tidak menganjurkan perilaku sebegitu rupa. Saya tidak menyokong mana mana pihak, tetapi berpendirian sesorang mestilah menunjukkan adab yang baik, pada kawan dan juga pada lawan. 

Semua ini bermula bila  GMUKM berjaya menguasai PMUKM selama dua sesi berturut-turut. Kejayaan ini menyebabkan mereka sudah merasa kumpulan GMUKM sangat kuat, kebal dan tidak mungkin dikalahkan oleh parti lawan mereka ASPIRASI. Secara psiki politik, mereka sudah mula angkuh dan sombong dengan kemenangan besar mereka dalam PRK UKM.

Mereka mungkin terlupa bahawa jumlah pelajar yang turun mengundi pada PRK UKM yang lalu berjumlah hampir 9,000 orang. Mereka mungkin lupa bahawa penyokong tegar GMUKM hanya sekitar 400 orang sahaja (Harakah melaporkan hanya 50 siswi sahaja berdemo di DECTAR petang semalam, sedangkan siswi UKM berjumlah lebih 9,500 orang). Mereka mungkin terlupa bahawa hampir 8,000 pelajar yang turun mengundi dalam PRK UKM yang lalu adalah pengundi atas pagar.

Sebagai pengundi atas pagar, mereka mengundi GMUKM kerana mereka merasakan ASPIRASI ketika itu gagal mengemukakan calon yang berkaliber. Mereka mengundi GMUKM kerana mereka merasakan wasilah Islam yang dibawa oleh GMUKM adalah sesuatu yang baik dan perlu diberikan sokongan.

Pengundi atas pagar yang sama sedang memerhatikan perilaku dan tindak tanduk GMUKM sekarang. Sudah ada trend yang menunjukkan mereka kini sudah mula bersuara menyatakan kebencian mereka terhadap banyak tindakan tanduk GMUKM yang menguasai PMUKM. Pada ketika tidak ada satupun aktiviti yang besar dan berkesan berjaya dianjurkan oleh GMUKM-PMUKM untuk menjaga kebajikan pelajar UKM, tindakan tidak matang pula yang dilakukan oleh GMUKM sesi ini. Mereka mempermainkan gambar TNCHepa kerana isu nama PMUKM menjadi MPPUKM, mereka menuduh JAKSA membuli pelajar tahun satu semasa MMP, mereka mengecam Cheer kolej dan terbaru mereka dengan sengaja mencari publisiti dengan niat dan tujuan merosakan nama baik UKM dengan mengadakan demontrasi tanpa asas kukuh di depan Dectar UKM.

Sudah mulai kelihatan semakin ramai pelajar yang dulunya bersimpati dengan GMUKM tersedar perjuangan GMUKM tidak seperti yang dijanjikan. Islam merekarupanya  terpilih-pilih sifatnya. Yang baik dan menguntungkan untuk mereka akan "dihalalkan". Kecaman, fitnah, mempermainkan maruah orang lain dibolehkan atas nama Islam-GMUKM.

Kelihatan juga kepimpinan GMUKM kali ini agak kurang bijak berbanding era pimpinan sdr Shukran dahulu. Kali ini kelihatan pemimpin nombor satu GMUKM agak kelam kabut, tidak tenang dan kelihatan terlalu egois serta sukar mengakui dan menerima pandangan orang lain yang lebih bernas, walaupun dari sahabat sahabat beliau sendiri. 

Ini masa terbaik untuk ASPIRASI mengatur langkah dengan merapatkan saf kepimpinan mereka. Sesi ini saya melihat sudah muncul beberapa pimpinan MPP Aspirasi yang lebih berwibawa, sopan dan mempunyai 'content' apabila diajak berbincang. Maka sebaiknya MPP Aspirasi mulakan kembali perjuangan untuk membina kegemilangan pelajar UKM. Selalunya saya mengambil pendirian tidak menyebelahi mana mana parti pelajar UKM, tidak kiri dan tidak ke kanan. Pelajar tetap pelajar yang perlu diberikan pendidikan terbaik untuk masa depan mereka.Tetapi untuk kali ini, oleh kerana GMUKM telah berjaya memburukkan nama baik UKM, saya mengharapkan ASPIRASI untuk kembali menjayakan cita cita penubuhannya dulu. 

Percayalah semakin ramai pelajar juga mengharapkan sesuatu yang terbaik dari ASPIRASI sesi depan demi pelajar UKM berpandukan perjuangan memartabatkan Iman, Ilmu, Amal. Pasukan MPP Aspirasi memang sudah memulakannya dengan Kempen Menutup Aurat, lawatan ke JAKSA Kolej dan sebagainya. Teruskan dengan program program lain yang memberikan fokus untuk medekati pelajar dan menyelesaikan masalah pelajar, tekadkan untuk sedaya upaya membantu kebajikan mahasiswa UKM dengan pendekatan berunding, berbincang dan bersama pengurusan UKM demi meningkatkan kualiti hidup mahasiswa. Tingkatkan sahsiah, adab dan menjadikan  slogan"mesra pelajar"sebagai intisari perjuangan. dan mula mendapat muka muka baru untuk diketengahkan sebagai calon yang berwibawa untuk mewakili ASPIRASI sesi depan.

Semakin lama, mahasiswa kelihatannya semakin bosan dengan kesombongan GMUKM. mengunakan Islam untuk melindungi kesombongan mereka nampaknya sudah tidak lagi berjaya. Mahasiswa kini sudah mula kenal dan faham muslihat GMUKM. Jika dulu sebelum pilhanraya mereka memberikan harapan kononnya perjuangan mereka sebenar-benarnya perjuangan mahasiswa, menggunakan perkataan pro-mahasiswa dan sebagainya, hari ini pelajar sudah sedar bahawa GMUKM hanyalah alat politik. Kita tentu tidak marah kalau GMUKM menjadi alat kepada parti politik luar, itu hak mereka. Tetapi memberikan harapan kepada mahasiswa UKM kononnya merekalah pro-Mahasiswa adalah tidak benar sama sekali. Tanyalah apa yang telah dilakukan oleh GMUKM dalam menjaga kebajikan pelajar UKM jika mereka benar benar pro-kebajikan mahasiswa? Atau mereka hanya menjaga ahli ahli GMUKM sekitar 400 sahaja? Anda cubalah sendiri nyatakan apakah sumbangan besar mereka..tidak perlu lima atau enam sumbangan..cukuplah dua atau tiga yang benar benar dirasai oleh semua mahasiswa UKM? 

Sengaja saya simpan keratan FB di bawah sebagai bukti semakin ramai pengundi atas pagar PRK UKM dulu, hari ini sudah tidak bersetuju dengan perilaku GMUKM. Mungkin juga ada kalangan yang membenci GMUKM adalah penyokong pakatan pembangkang di luar kampus. saya tiada halangan dengan itu. Itu hak setiap mereka sebagai pengundi PRU13. Tetapi di dalam kampus UKM, nampaknya mereka sudah mula menolak GMUKM. 

Malah sebenarnya sesiapapun yang sayangkan UKM (samada pelajar dan kakitangan) pasti tidak bersetuju dengan apa yang cuba dilakukan oleh GMUKM-ISIUKM  di DECTAR petang tadi...nampaknya GMUKM sudah tersilap langkah petang tadi.

********************** 

Tahniah diucapkan kepada Aksis UKM, (Angkatan Siswi Dinami UKM), salah satu front di bawah GMUKM diatas sambutan yang baik dan aman berhadapan dengan Dectar kepada DS Rosmah Mansor ke UKM. Tetapi kami kesal kerana DS Rosmah Mansur lari dari pintu belakang DECTAR."Hanya orang yg rasa dirinya bersalah lari dari belakang". Selamat datang DS rosmah ke UKM. Lain kali datang lagi...
17Like ·  · 
  • Gembala Suara hangpa ni mmg suka kacau orang la
    7 hours ago · Like · 2
  • Haziq Asyraf Kami sambut dengan baik dan lemah lembut meraikan isteri PM kita...
    7 hours ago · Like · 1
  • Gembala Suara hangpa sapa nak sambut.....
  • Haziq Asyraf Student UKM, kami sayang DS Rosmah...
  • Gembala Suara haha, hangpa mmg pelik.
  • فكري الرازي Aik, student UKM tak boleh sambut ke isteri PM datang kampus sendiri?
  • Gembala Suara Mana boleh, hangpa lawan kerajaan. Mana boleh sambut isteri Perdana Menteri. Hangpa buat kacau ja
  • Akmal Amin "Kedatangan dinanti,pemergian dirai"-kata2 yg mbawa seribu makna,,hehe
    7 hours ago · Like · 8
  • Gembala Suara seribu makna pa, dua makna ja. Tulisan merah, tulisan hitam.
  • Aniq Rukaini sambut konon, ingt mahasiswa ni semua x boleh nilai ke korunk ni nk sambut ke ap.
    7 hours ago · Like · 5
  • Sholihien Ahmad sambut dengan perkikan dan lolongan.. nice! dah la hantar barisan "srikandi2" ja.. yg khalifah duk blakang, bunyi cam x bunyi je... hahahaha
    7 hours ago · Like · 5
  • Pendekar Mustar Pinang Sebatang sambut k??? tiba2 HIDUP2!!!..
    7 hours ago · Like · 2
  • Hakim Razalan nape ea buat cmni?
    7 hours ago · Like · 5
  • Ahmad Al-Shakir terbaik la UKM.. gua caya sama lu ma.. hahaha..
  • Haziq Asyraf Sesuailah muslimat utk berjumpa dgn DS Rosmah...aman dn menjadi sedikit clash selepas ada pihak melakukan provokasi
  • Aniq Rukaini siapa pihak yang buat provokasi? x nk cerita kat banner2 tu tulis ap? siapa yang menjerit2 td. citer sket ajiq
    7 hours ago · Like · 1
  • Gembala Suara Selalu nya kalau hangpa berhimpun mesti ada provokasi, tak pernah tak da. hmmm
    7 hours ago · Like · 1
  • Pendekar Mustar Pinang Sebatang hahahaha.. ayat nk spin je ko ni..
  • Sholihien Ahmad haziq, terus terang la aku tanye, motif korang apa sebenarnyer? adekah motifnyer hanya nak sambut dan bersembang2 ngan rosmah?
    7 hours ago · Like · 6
  • AtiQa Yusop Bagi sy...walaupun kita tak suka seseorg itu...ini tetap bukan cara yg baik dri kita utk seseorg.....
    6 hours ago · Like · 22
  • Haziq Asyraf motifnya adalah menasihat Rosmah...
    6 hours ago · Like · 1
  • Sholihien Ahmad hebat cara anda menasihati... ikut sapa yang menasihati orang guna kain rentang bagai.. nabi xpernah ajar kita cam2 rasanyer.. dah dekat magrib nih, moh kita utamakan yang wajib dlu yer.. 
    6 hours ago · Like · 13
  • Syakir Saad malu wehhh
    6 hours ago · Like · 2
  • Haziq Asyraf nasihat ada pelbagai uslub...rasullullah S.A.W mmg x pernah buat kain rentang, nak tanya Sholihien Ahmad, banner nie bidaah dhalalah atau bidaah hasanah...cthnya, Rasullullah S.A.W pernah buat memorandum, percaya x?
  • Haziq Asyraf kesian, ramai mahasiswa nak keluar dari DECTAR utk bersama crowd kami, tetapi pintu DECTAR dikunci seperti Kandang...

    jom solat berjemaah di masjid blake 
    6 hours ago · Edited · Like · 1
  • Firdaus Pozi Rozi "So if you want to change our world, do not begin by rectifying the outward. Instead, change the condition of the inward".

    Shaykh Hamza Yusuf's introduction in his translation and commentary of Imam al-Mawlud's Matharat al-Qulub (Purification of the heart) page 8.
    6 hours ago · Like · 4
  • Syed Farid apa ni GM?? perjuangan apa ni??...Apa mesej yang korang nak sampaikan sebenarnya??... Menunjukan sikap mahasiswa yang tidak menghormati tetamu..kurang ajar..mentaliti rendah?
    6 hours ago · Like · 20
  • Hanya Arif Ya Allah. Malunya jadi pelajar UKM. Takut nak buat program ke dalam kampung jumpa masyarakat kalau mereka tahu perkara ini. Ya Allah, kau kekalkanlah keamanan di bumi Malaysia ini ya Allah. Amin
    6 hours ago · Like · 10
  • Tengku Muhammad Nasiruddin kandang?jangan camtu weyh.aku ada dalam dectar jugak tadi.dengan aku terasa macam aku nie haiwan haa.hahahaha.
  • Syazwan モハマド kawan,ini bukan adab menyambut tetamu..senang cakap,kalau kita tak suka diri kita dibuat macam nie,jangan buat macam nie kat orang lain..kalau kita membalas provokasi pihak musuh guna cara yg sama musuh gunakan,jadi apa beza kita dengan musuh kita? 
    6 hours ago · Like · 14
  • Syed Farid bukan semua benda boleh buat demo...cuba la fikir sikit secara matang....waktu ni orang luar tengok apa yang korang buat...memalukan UKM....sedih...mengaku diri mempratikkan Islam secara keseluruhan...tapi ini ke hasilnya?? siapa la punye idea yang "bijak" sangat ni.....
    6 hours ago · Like · 13
  • Ridzuan Arid malunya,,,jangan pakai kad matrik UKM tau..
    6 hours ago · Like · 8
  • Amirul Ashaff Abdul Rahman salam. maaf. kebebasan menyatakan meluahkan ekspressi itu hak asasi individu dan saya percaya siapapon tade hak melarang,namun saya merasa tindakan td petrang tidak berapa bijak kerana isu ini bukan level mahasiswa. seoalh intelek mahasiswa di injak. ini isu remeh,bersifat peribadi pula. maaf sekadar memberi pandangan
    6 hours ago · Like · 18
  • Ct Noornadhirah sumpah menjatuhkan imej perempuan bertudung labuh dan menjatuhkan imej UKM. tq
    6 hours ago · Like · 22
  • Ahmad Taufiq Mahasiswa; Semakin 'tinggi' ilmu, semakin kurang kematangan (kalau betul la tinggi)
    6 hours ago · Like · 8
  • Muhammad Syafiq the word "kandang" has been detected...haha...elok la tu...sebijik mcm tok guru sanjungan...sume org dihaiwankan...
    6 hours ago · Like · 7
  • Tasnim Ism UKM tadak kene mgena dgn HAL Ni..ni suma masalah ATTITUDE masing2... n btw.... sy pon ade dalam dectar td mase DS Rosmah bg talk...but, xdek nampak orang kalut nak kua tok join crowd korng pon?...n sy pon ley jeee keluar dengan PINTU TERBUKAAAAAA..xdek tutup2 pon? ermmmm..
    6 hours ago · Like · 7
  • Maya Safitrie subhanallah..... bnyak2xkanlah mengucap..... ni ke tindakan sebagai mahasiswa???
    6 hours ago · Like · 4
  • Azzah Addin Jelani nice lah korang, macam takde ADAB 
    6 hours ago · Like · 2
  • Haziq Asyraf Budak CESMED dipaksa dengar Rosmah Mansur berucap dan pintu dectar dikunci supaya mahasiswa tidak lari, adakah paksaan ini satu budaya intelectual...itulah intellectual yg digembar-gemburkan.

    Kandang itu adalah akibat penganjur program yg mengunci pintu seolah-olah mahasiswa didalam DECTAR dianggap sebagai lembu dan kambing. Ingat budak2dx sekolah ker dipaksa dengar Rosmah berucap...

    Ct Noornadhirah, mentaliti tinggi macam mana?? jelaskan??

    Saya tgk Ramainya dak2x macai UMNO kampus...
    6 hours ago · Like · 1
  • Ct Noornadhirah bila masa pintu DECTAR dikunci? kami pun ada di situ dan pintu DECTAR tak dikunci. banyak saksi di tempat kejadian. kami boleh keluar masuk dan sememangnya TAK BERKUNCI 
    6 hours ago · Like · 3
  • Muhamad Rafiuddin Pandai2 je ko memacai kan orang..sape ko nk macai kan org..AKU HAMBA ALLAH YANG SUKA KAN KEAMANAN..
    6 hours ago · Like · 2
  • Haziq Asyraf btul ker Ct Noornadhirah...hehehe, mungkin masa anda lalu dia buka la pintu dektar, kalau student lain mungkin dia kunci...
    6 hours ago · Like · 1
  • Haziq Asyraf saya tak kata kepada sapa2x...sape yg terasa, silakan lah...
  • Gembala Suara Haha, aku saja perangat ja td, kot2 dpa perasan dp #AnwarNewPM, tup2 timbul macai2 ukm. Haha
  • Ct Noornadhirah yaka? bukan saya sorang saja lalu. kami berENAm kat sana. kami keluar masuk ikut suka tanpa ada PADLOCK ke apa di pintu. tak berkunci. jangan bt penerangan tanpa bukti. tu fitnah namanya 
    6 hours ago · Like · 4
  • Hanya Arif Tiba tiba macai UMNO kampus? Tibah jah kau haziq. Orang takde sebut pasal politik pun. Orang cuma sebut one word, " HORMAT". Macam mana kau nak orang hormat TGNA kau, macam tu orang nak kau hormat orang lain. It is basic of our life!
    6 hours ago · Like · 8
  • Haziq Asyraf Gembala Suara, ramai macai2x UMNO kampus dkt UKM nie...hehehe
    6 hours ago · Like · 2
  • Haziq Asyraf Tok Guru kau sape Hanya Arif??? DS Najib kot rasanya...
  • Gembala Suara Macai ckp pasal adab, tggu umnu mampus la weh.
  • Haziq Asyraf apapun lebih ramai yg bersetuju dari tidak bersetuju...
    6 hours ago · Like · 1
  • Maya Safitrie salah satu adap dengan tetamu.. 

    ~Memuliakan tetamu~

    Tuan rumah perlu menerima tetamunya dengan hormat dan memuliakan, iaitu menerimanya dengan senyuman, wajah yang ceria dan mengucapkan kata-kata selamat datang dan sambutan.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    6 hours ago · Like · 11
  • Muhamad Rafiuddin Tengok la diri sendiri tu dulu..ko pon macai gak..kalau ko xde macai saper2 xde nyer korg nak wat benda2 cm nih..
    5 hours ago · Like · 1
  • Hanya Arif Susah nak cakap dengan saudara Haziq yang ilmu nya terlalu tinggi ni. Mungkin saya bukan orangnya yang setaraf dengan Haziq. Saya takde nak cakap sapa sapa. Or nak hina sapa sapa. Cuma HORMAT. Itu sahaja. Terima kasih 
    5 hours ago · Like · 3
  • Ct Noornadhirah tapi yang kami nampak ramai yang tak bersetuju dari bersetuju 
    5 hours ago · Like · 4
  • Gembala Suara Korg nk hormat bt ape perompak masuk rumah. Haha
    5 hours ago · Like · 1
  • Sholihien Ahmad dan kesimpulannya disini, haziq dan segerombolan yang lain bermotif politik luar kampus.. membawa masuk politik luar ke dalam kampus.. nokhtah.. dan saya sebagai mahasiswa ukm dengan ini berharap agar isu politik luar tidak mengacau dan mengugat ketenteraman dan keamanan di UKM..
    5 hours ago · Like · 5
  • Haziq Asyraf rasanya tak salah kalau kita sambut DS Rosmah dgn banner dan play card...apa yg x beradab??
    5 hours ago · Like · 1
  • Hakim Razalan =.= ape korang ni. saling bermacaian.
  • Haziq Asyraf xde pun isu politik luar Sholihien Ahmad, just nak sambut Isteri Perdana Menter datang UKM jer 
    5 hours ago · Like · 1
  • Tasnim Ism i just wanna drop a comment, saye ade di DALAM DECTAR..n DS Rosmah dtg sbb nak BAGI TALK pasal LEGACIES OF WOMEN FORUM 2013... so, sila differentiate kan antara POLITIK DGN EDUCATION... UKM sendiri yang invite DS Rosmah.... tp, mcm ni pulak layanan yg dberi pelajar nye....haiyaaaa..... 
    NOBODY'S perfect dalam dunia ni... even dalam kuarga pon,kte tak ley jd leader yg baeek..how come kte nak mgharap kesempurnaan DPD orng yg LEAD 1 NEGARAAAA? 
    5 hours ago · Edited · Like · 16
  • Muhamad Rafiuddin Syaitan sentiasa ada cara melaga-lagakan umat Islam..moga dijauhkan dari gangguan..
    5 hours ago · Like · 5
  • Gembala Suara Rosmah adlh Perdana menteri, bkn isteri PM.
  • Ct Noornadhirah kahkah. bagusla Haziq Asyraf ni. jangan fikir mahasiswa tak bijak berfikir. maksud ayat2 atas banner tu pun budak 5 thun pun tahu yg tu berunsurkan PERLIAN.
    5 hours ago · Like · 5
  • Haziq Asyraf mmg x salah DS Rosmah datang dan nak bg talk pasal LEGACIES OF WOMEN FORUM 2013...kami nak sambut DS Rosmah datang jer..

    Ramainya Macai, Macai tetap Macai...
  • Sholihien Ahmad sudah la haziq.. mahasiswa UKM sendiri cukup bijak untuk membezakan sambutan atau suatu kebiadapan... usahlah cuba menegakkan benang yang basah..
    5 hours ago · Like · 11
  • Tengku Ismaha ni la tindakan mahasiswi yg burukkan imej UKM.. Memalukan betol la.. Nak suruh org lalu pintu depan, kalau mcm ni gaya sambutan.. Baik keluar pintu belakang daripada jumpa mahasiswi yg langsung xde kredibiliti.. 
    Pity all these student used by politician...
    5 hours ago via mobile · Like · 7
  • Haziq Asyraf budak 5 tahun kata cantik banner tue dan berwarni-warni...

    Sholihien Ahmad, benang apa nie???
    5 hours ago · Like · 1
  • Gembala Suara Macai mmg suka guna point yg sma berulang2.
    5 hours ago · Like · 1
  • Tasnim Ism kalau saye pon..saye lari pintu balakng..ada harimau kat depan.. ahahahahahahhahaaha..tatutttttttt 
    5 hours ago · Like · 1
  • Pendekar Mustar Pinang Sebatang haziq2.. nak tegur sikit. sorilaaa. saudara ni pakai kopiah ke mana2 sahaja.. cuma kenapa nak sebut macai2.. kalau saudara orang cakap macai PAS marah tak??? cuba btulkan adab dulu..
    5 hours ago · Like · 9
  • Haziq Asyraf komen fake profile dan macai tidak dilayan...harap maklum 
  • Ct Noornadhirah kalau mcm ni cara berdakwah, anda GAGAl 
    5 hours ago · Like · 14
  • Sholihien Ahmad sadis sungguh.. berkobar2 smalam bercakap dihadap media mengenai keintelektual bagai... hari ini, dengan bukti yang nyata, tahap keintelektualan MACAI2 anak didik cikgubad ini hanyalah ditahap budak 5 tahun...SADIS!!! sungguh2 SADIS!!!!
    5 hours ago · Like · 6
  • Pendekar Mustar Pinang Sebatang haziq pun macai PAS ke? hehe.. sorilaa. tegur je. jangan marah.. hehehe
    5 hours ago · Like · 4
  • Tengku Ismaha Biarla si haziq ni.. Dia sedar tu diri dia adalah macai.. Sbb tu dia suka guna perkataan mcm tu.. Macai jer yg buat cara biadap cmtu.. Macai = haziq asyraf.. Thumbs up.
    5 hours ago via mobile · Like · 4
  • Haziq Asyraf saya tak layan macai...sory 
  • Tengku Ismaha Haha. Thumbs up la lu cai.. Haha
    5 hours ago via mobile · Like · 4
  • Tasnim Ism kami bukan macai..cuma tegur attitude anda yg kami rasa salah  itu aje...
    5 hours ago · Edited · Like · 3
  • Haziq Asyraf inilah idolaku...adakah saya macai?? 

    http://www.saifuddinabdullah.com.my/

  • Sholihien Ahmad itulah dinamakan keintelektualan sang barua cikgu Bad!!! idola hang? motif?? rasenyer xde sesapa pon yang tanye... hahahaha...
    5 hours ago · Like · 4
  • Muhammad Syafiq tipikal sungguh la saudara ni...bila da tak mampu menahan asakan, terus menghina orang...sama la mcm teman seperjuangan saudara yang lain
  • Nur Cahaya kalian betul2 nak sambut kedatangan DS Rosmah @ ada niat lain? Allah maha tahu niat hati kita. kalau betul niat nak menyambut, sila study semula adap-adap menyambut tetamu. dan kalau xsuka sekalipun, itu bukan cara terbaik untuk kita buat kat seseorang itu. Allah! kalian bijak. cuba fikirkan semula.
    5 hours ago · Like · 5
  • Zaim Mikewl salam..berjuang kononnye perjuangkan agama,dan hak orang lain,kalau betul anda seorang yang memperjuangkan hak dan agama,kenapa perlu bahasa yang x melambangkan agama?sudahla,kita xperlu memanggil panggilan yang tidak elok kepada orang lain,kalau pasal hak dan perjuangan agama memang ak sokong,tapi perlulah dgn cara yang menurut syariat islam,jgnla sampi orang agama lain pandang serong terhadap agama kita,jadila profesional,kata2mu itu memalukan orang yang menyokong perjuangan mu di ukm.SEKADAR NASIHAT.
    5 hours ago · Like · 7
  • Akim Shabudin haha.. dlu, mse CEO AL-Jabbar datang, tk de plak diorg buat mcm nie...hahaha.. kan tetamu tu..hehe
    5 hours ago · Like · 2
  • Syed Amirul Syed Edros weh weh.apa hal ni.
    4 hours ago · Like · 3
  • 4 hours ago via mobile · Like · 2
  • Syakir Syahid Razalli apela syok sgt dgr makcik rosmah ni becakap
  • Muhammad Aminuddin tak suka takpelah..tapi xperlu buat banner sebegini..

    saya juga tak berapa gemar dgn Rosmah ni,tapi saya lagi tak gemar tindakan tidak beradap sebegini.

    Rasulullah mengajar untuk menghormati tetamu.Jika anda berada di tempat beliau,what do you feel?Terhina kan?

    Perkara sudah berlalu,biarkan berlalu.Tapi ambil pengajaran.Jangan satu hari nanti,kita da tua,dan kita perlu diperlakukan secara kurang ajar spt ni jugak.What goes around,comes around kata orang.
    3 hours ago · Like · 15
  • Haziq Asyraf Kami sambut kedatangan rosmah dgn banner dn playcard supaya lebih meriah..sya rasa smasa najib tun razak buat konsert PSY pun ramai yg buat playcard, x salh pun...kami buat jer dikatakan salah...
  • Muhammad Aminuddin Tak salah buat placard dan banner.Tapi yang salah apa yang tertulis di atas banner tersebut.I think you know what I mean.

    Mari kita doa,agar akhlak kita tidak menjadi fitnah untuk orang mendekati Islam.Dan teruskan berdoa moga kita juga menjadi qudwah utk orang tertarik kepada Islam.AMin
    3 hours ago · Like · 15
  • Al-Hafydz Fahmy Vevo harap je bertudung labuh
    3 hours ago · Like · 2
  • Yana Yasir assalamualaikum, maaf jika komen ini menyakitkan hati mana-mana pihak. tapi bagi pandangan saya, kita sebagai mahasiswa perlulah menunjukkan attitude sebenar seorang yg bergelar mahasiswa, bukan ini caranya kita menyambut tetamu,sejujurnya saya tidak memihak pada mana-mana pihak. sebelum kita berbuat sesuatu kita mestilah memikirkan apa akibatnya, akibat yg bukan hanya jadi pada diri kita tetapi kepada orang lain. jika tidak suka seseorang bukan ini caranya menunjukkan rasa tidak suka tersebut, kita mahasiswa, kita masa depan negara. berfikir dan bertindak selayaknya seorang mahasiswa kerana mahasiswa dipandang tinggi oleh masyarakat, perlakuan kita dilihat dan dinilai oleh mereka. maaf jika komen ini menyinggung mana-mana pihak  terima kasih,
    3 hours ago · Like · 11
  • Dyana Nadirah Apa yang kita buat pada org kita akan dapat balik dengan izin Allah. harini kita layan tetamu kita sendiri, kemungkinan besar kita juga akan dilayan seperti ini suatu hari nanti, maaf ilmu tak tinggi utk menegur tetapi ini hanya teguran sebagai seorang manusia. tak suka macamanapun pd manusia, jgn kita bt perangai macam ini. dalam masa sama, anda memburukkan nama MAHASISWA dan UKM yang dipandang tinggi masyarakat sekeliling tidak kira taraf dan pangkat.
    3 hours ago · Like · 4
  • Haziq Asyraf Agak2x korang semua...sebab apa dorg sanggup buat mcm nie hingga terpaksa korbankan malu? Adakah saja2x atau kefahaman terhadap sesuatu pegangan...cthnya tidak stuju dgn pembaziran wang negara oleh keluarga pemimpin negara..
  • Hafidz Yusoff Saya memang x suka attitude DS Rosmah. Tapi saya malu bila student Ukm menunjukkan tahap intelektual yang begitu rendah, paling sedih menatasnamakan agama.
    3 hours ago via mobile · Like · 2
  • Muhammad Aminuddin Prinsip Machiavelli tidak sama sekali termasuk dalam kamus seorang Muslim.'Matlamat tidak harus menghalakan cara!!
    3 hours ago · Like · 2
  • Hafidz Yusoff Abu Hurairah meriwayat sebuah hadis: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (Hadis Riwayat Muslim) Pernah diriwayatkan bahawa Allah pernah menegur Nabi Sulaiman AS kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu daripada orang kafir, baginda tidak sepenuh hati memulianya.

    Baginda merasa tidak perlu memuliakan tetamu itu seperti memuliakan tetamunya daripada sesama pengikut. “Disebabkan ia bukan umatku yang beriman,” begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya.

    Setelah tetamu itu pulang, datang malaikat Jibril AS menyampaikan teguran Allah yang bermaksud: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu? Jawab Nabi Sulaiman: “Bukankah dia (tetamu itu) daripada golongan kafir?” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” Lantas Nabi Sulaiman menjawab dengan yakin: “Allah.” Lantas ditanya lagi oleh Jibril: “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Seterusnya Jibril bertanya: “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan?” Tetap dijawab dengan jawapan sama oleh Nabi Sulaiman iaitu: “Allah.” Jibril bertanya lagi: “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” Dan Nabi Sulaiman tetap dengan jawapannya: “Allah.” Jibril terus berkata: “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Mendengar soalan Jibril, Nabi Sulaiman terdiam dan terus bersujud. Baginda kemudian mengejar orang kafir itu tadi seraya meminta maaf kepadanya selepas menyedari kesilapannya.

    Anda pejuang Islam, patut anda lebih tahu
    3 hours ago via mobile · Like · 12
  • Haziq Asyraf Adakah cara ini tidak syar'ie
  • Hafidz Yusoff Please come to my room to discuss. Level 2,blok baru fst.
    3 hours ago via mobile · Like
  • Hafidz Yusoff Kita boleh bincang sambil minum minum. kat fb x dapat berukhwah sangat..
    3 hours ago via mobile · Like
  • Mohd Masri Mohd Ramli memalukan imej Muslimah. Ini bukan akhlak Muslimah.
    2 hours ago · Like · 5
  • Hanif Abdul Bahar sedihnya, berpolitik guna agama tapi tak ikut ajaran agama.
    2 hours ago · Like · 1
  • Gembala Suara Hanif pun macai jgk ? haha saja tanya
  • Muhammad Redzuan Zaaba adab dan akhlak menunjukkan segala..taraf akal manusia setakat ini shj..kasihan
    2 hours ago · Like · 1
  • Farhan AdOwn dah la pakai tudung labuh.. tpi adab.?? hmm lu pk la sendiri...
    2 hours ago · Like · 2
  • Syed Farid Haziq Asyraf...bilamana org kata tindakan ini salah, semuanya ko kata "Macai"... Pemikiran "MACAI" sebenar adalah pemikiran kau sendiri... MACAI akan tetap cakap pihak dia sahaja betul...prefect...pihak lain semuanya salah... lepas cakap tu cakap mengarut tak ada fakta.....aku tanya soalan mudah, apa kebaikan kepada mahasiswa bila demo ni dibuat??...kalau demo kebangkitan rakyat, bersih..semua ada tujuan dan isu...ini?? hanya kerana org yang kita tak suka datang, terus buat demo?? isu remeh..bodoh...cara kita bertindak tak menunjukan tahap pemikiran mahasiswa...tak akan setiap kali org yang kita tak suka dtg kita buat demo??...yang salah mengaku je salah, baru boleh perbaiki diri... takpela, macam aku cakap, Pemikiran "MACAI", tak akan pernah mengaku kesilapan diri...
    2 hours ago · Like · 8
  • Noor Atikah Rozemi cuba check balik Perkara 10 Perlembagaan Malaysia. Berhujah secara matang dan intelektual saudara. Minta maaf, tolong hentikan fitnah tak berasas. Adakah saudara-saudara ada bukti yang menunjukkan mereka benar-benar tidak beradab? Jangan kerana berbeza ideologi, saudara sanggup mereka-mereka cerita, malah mengfitnah. Teruskan berkata-kata..setiap kata-kata itu melambangkan akhlak dan tahap pemikiran saudara sekalian. Fikir-fikirkan.. 
    2 hours ago · Like · 2
  • Gembala Suara Macai akan terasa bila orang kata macai. Hahaha. Itu syarat kedua seorang macai la. Syarat yang pertama, ialah mereka mesti UMNU/BN
  • Mohamad Afiq Iqbal kan best kalau kt banner tu tulis ~ we want in DeanList this semester  We gonna prove it 
    2 hours ago · Like · 1
  • Syed Farid Saudari noor atikah, pandai guna Perlembagaan ya..baguslah...tapi tahu tak perkara 10 perlembagaan bukanya bagi kebebesan mutlak, ada limitasi dalam perkara 10(2) dimana kebebasan bersuara boleh disekat melalui undang-undang yang lain. Saya dari FUU saudari, masa tahun satu dulu dah study perlembagaan. tak payah tengok dari sudut undang-undang, tengok dari sudut moral dan etika, elok ke kita buat demo begini ketika ada tetamu dtg ke UKM? ingat, bukan Rosmah je yang datang..bnyak lagi tetamu luar. JANGAN KATA, "KAMI NAK SAMBUT ISTERI PERDANA MENTERI" sedangkan NIAT sebenarnya lain, org bodoh je percaya alasan korang ni. pandai nak bercakap secara intelektual, just bagi tahu saya apa kebaikan demo ni kepada MAHASISWA UKM?? bukan fitnah, bukan nak buat cerita..tapi ini fakta..demo ni tak ada kebaikan, tak ada faedah..
  • Syed Farid maaflah, saya tak berpegang kepada mana-mana ideologi politik. bagi saya mudah, benda salah saya kata salah, benda betul saya kata betul. Kalau duk pegang ideologi politik, begini la jadinya. yang salah pun kata betul. sedih
  • Amirah Nasir Kesian tengok GM ni. Bila fikiran dikuasai politik setiap masa, suma benda nmpk -ve. Takut pd bayang2 sendiri korg ni sebenanya.
  • Farhan AdOwn biase la tu.. ape2 yg dorg buat sume btol.. matlamat menghalalkan care.
    about an hour ago via mobile · Like · 2
  • Mohd Fadzil Razali dan.....Harakah Daily medium terbaik mereka....slogan korang memang sarkastik...is this politik nilai?ceh!
    about an hour ago · Edited · Like · 1
  • Haziq Asyraf Syed farid nie fake profile..sbb tue seronok jer hentam, x brani tonjolkan diri yg sebenar...cuba tgk balik siapa yg saya katakan macai. 

    Macai tetap macai...
  • Mohd Fadzil Razali macai2...come onlah....bukan sebab nak pertahankan rosmah lah orang komen..saya pun idok ler gemor sangat datin rosmah tu...cume kurang setuju perbuatan gini pada majlis rasmi UKM ramai delegasi luar hadir...
  • AtiQa Yusop Tepuk dada dan tanya hati sendiri...adakah ini cara yg beradab ataupun tidak...adakah ini cara yg berintelek ataupun tidak..sedangkn seorg yg berintelektual tggi pun tidak akn menolak tepi erti adab dan nilai2 yg baik...malah yg profesional jg pasti akn menolak cara ini...tak suka org itu tak apalah..tapi betapa mulianya nabi kita iaitu berlembut dlm apa jua hal....malah sntiasa mengalukan2 tetamu baginda yg hadir meskipun yg hadir itu org yg byk brbuat jahat kpd baginda...
  • Amirah Nasir Haziq da xreti defend sebab tu guna perkataan macai je. sebenarnya dia yg macai. Isunya skrg ialah psl adab, lain pula dijawabnya.
  • Syed Farid Haziq Asyraf, mana ada fake profile bro. Aku dah tukar DP dah ni. nama syed farid syed ali. tahun 4 FUU, bekas Presiden PMFuu. kolej Kajai. buat apa nak takut, aku cakap benda betul, tegur berdasarkan fakta. dari tadi aku tanya apa kebaikan demo ni kepada mahasiswa, satu pun ko tak bagi lagi. ramai je kawan-kawan aku budak GM n Aspirasi ni tapi aku selalu cakap kat diorg nak sokong jangan sokong buta tuli. kalau salah mengaku je salah, minta maaf. lepas tu try elakan buat lagi. Tapi kalau dah salah still nk kata betul jugak, memang sampai bila pun akan buat salah je.
  • Mohd Fadzil Razali Kami mahasiswa UKM selain AKSIS juga ada HAK untuk jaga nama baik UKM....sekian...
  • Ariff Hakimi sian gila ko kena fake profile Syed Farid...hahahahah....xpelaaa...carilah kebenaran walau dianggap fake...hahaha...uni ni mmg depa je yang berilmu...
  • Nurul Nazuah x berape faham kenape perlu buat ini semua dalam UKM..tolong jage name UKM.kalo x suke datin Rosmah sekali pom,x perlu buat semua bnde dlm UKM..buat kt luar UKM..adakah ini memberikan reaksi positf kpda pelbagai pihak??kita mmg berhak untuk bersuara tetapi pikir untuk semua pihak..ini hanya pendapat shja..jgn marah..
  • Cahaya Kasih mahasiswi berani!!
  • Penyu Shahril bertudung labuh asenya taw adab2 untuk mnyambut n melayan tetamu..adakah ini dinamakn beradab sedara????jgn sbb nila setitik rosak susu sebelnga..x skong mana2 pihak cuma sekadar pandangan..sekian
    36 minutes ago · Like · 2
  • Hanya Arif fuyoooo. Berani? Bila sorang sorang kena tangkap camera, masing masing gelabah tutup muka. Kalau betul anda di pihak yang benar, kenapa nak tutup muka guna tudung yang labuh itu akak ku oi. Bila bergambar dengan geng sendiri, bukan main megah lagi cik kak.
    35 minutes ago · Like · 1
  • Farhah Zm ini lah antara sebab kenapa aku suka ukm. studentnya yang zahir nampak cemerlang belum tentu cemerlang dalam jiwanya!!
    14 minutes ago · Like · 1