Sekian lama saya selalu terbayang satu pandangan simbolik tentang kepimpinan pelajar. Saya selalu 'nampak' kepimpinan pelajar seperti air jernih, suci dan bersih yang sedang mengalir laju. Jika ada yang tidak senang dengan arah alirannya, jangan ditahan aliran air ini dengan 'benteng benteng' yang menyebabkan kocakannya menjadi ombak ombak kecil yang 'keras'. Tetapi alirkan tenaga air yang mengalir ini dengan 'laluan laluan baru' yang tidak menyekat tenaga alirannya supaya ia terus mengalir laju tetapi penuh ketenangan". Itulah bayangan simbolik setiap kali perkara kepimpinan pelajar diajukan pada saya. Pada saya, kepimpinan mahasiswa adalah komponen yang penting di dalam sesebuah universiti. Saya sangat menghargai setiap saat apabila berpeluang berdiskusi (kadang kala 'berdebat') dengan mereka.
Dua hari lepas, saya menerima kunjungan beberapa pelajar yang memimpin salah sebuah persatuan pelajar UKM. Kebetulannya, salah seorang dari mereka adalah pelajar yang mengikuti kuliah saya di fakulti. Mereka sedang dalam proses menyusun aktiviti tahunan persatuan, lalu mengambil kesempatan bertandang ke pejabat saya untuk berkongsi pandangan. Saya ucapkan tahniah dan menghargai kunjungan mereka.
Dua hari lepas, saya menerima kunjungan beberapa pelajar yang memimpin salah sebuah persatuan pelajar UKM. Kebetulannya, salah seorang dari mereka adalah pelajar yang mengikuti kuliah saya di fakulti. Mereka sedang dalam proses menyusun aktiviti tahunan persatuan, lalu mengambil kesempatan bertandang ke pejabat saya untuk berkongsi pandangan. Saya ucapkan tahniah dan menghargai kunjungan mereka.
Apa yang saya bualkan dengan mereka biarlah menjadi
isi bicara antara kami. Tetapi dalam kebanyakan masanya saya sering menyebut
soal sangat penting untuk kepimpinan persatuan pelajar UKM masakini membina
kerangka pemikiran baru mentransformasikan halatuju, kepemimpinan dan aktiviti
persatuan mereka.
Pertamanya, tranformasi ini penting demi kebajikan
para ahli, kedua, untuk meningkatkan citra universiti dan seterusnya yang
ketiga, tranformasi ini akan memberikan kebaikan kepada masyarakat dan negara yang
sedang berkembang.
Saya sebutkan perlunya kerangka tranformasi untuk persatuan pelajar UKM ini
kerana zaman telah banyak berubah, kehendak dan aspirasi masyarakat di dalam
dan luar kampus juga telah berubah. Cabaran kepada mahasiswa juga sudah
berubah. Apa yang dihasratkan oleh masyarakat kampus pada ketika era saya
sebagai seorang pemimpin mahasiswa sudah tidak sama dengan hasrat masyarakat
masakini. Pemimpin masa kini harus jelas tentang keperluan masyarakat pelajar
UKM. Mereka harus peka dan 'tidak tertidur'.
Jika pemimpin muda yang memimpin persatuan pelajar UKM hari ini masih
kekal dengan cara pemikiran yang lama memimpin persatuan pelajar di UKM, mereka
akan menghadapi masalah. Sekurang kurang ada tiga isyarat utama yang
menunjukkan mereka sedang atau akan menghadapi masalah.
Isyarat pertama, mereka mula alami kesukaran mendapat keahlian yang baru
di kalangan pelajar baru. Jika sesuatu persatuan pelajar sangat relevan,
dinamik dan mendepani masa, menarik keahlian baru tidak sepatutnya menjadi
satu cabaran yang sangat besar. Lihat sahaja persatuan persatuan yang menyertai
Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar awal minggu ini. Ada yang mendapat sambutan
yang sangat menggalakan dengan penyertaan baru yang begitu besar dan ada persatuan
yang kurang mendapat sambutan. Lebih menyedihkan ada antara persatuan pelajar
UKM dikhabarkan sangat kurang pendaftaran ahli ahli baru terutamanya di kalngan
pelajar pelajar tahun satu.
Isyarat kedua, sesebuah persatuan pelajar mula menghadapi masalah ialah
bila mereka sudah ketiadaan kepimpinan pelapis yang akan meneruskan kepimpinan
sedia ada. Kalau adapun jumlahnya sangat kurang atau tiada langsung yang
berwibawa. Isyarat ini merupakan petanda awal menunjukan sesuatu yang drastik
harus dilakukan jika persatuan tersebut ingin terus ‘hidup’ di bumi UKM. Ada
ketikanya, persatuan pelajar UKM mempunyai kepimpinan yang begitu baik, tetapi
beberapa tahun kemudian persatuan yang
sama merundum prestasinya. Ini sangat berkait dengan cara kepimpinan sedia ada
merancang pembangunan bakat di kalangan pimpinan pelapis di dalam persatuan
berkenaan.
Isyarat ketiga yang boleh kita ukur ialah bila kadar ‘drop out’ atau fenomena
‘tarik diri’ yang tinggi berlaku selepas sesuatu persatuan selesai melakukan
pendaftaran ahli baru. Mungkin semasa minggu pendaftaran, puluhan pelajar baru
mendaftarkan diri sebagai ahli tetapi selang beberapa minggu kemudian ahli ahli
baru ini akan mula ‘menghilangkan diri’ dari persatuan berkenaan. Ini isyarat
untuk persatuan berkenaan mula memikirkan idea idea baru untuk
mentransformasikan persatuan mereka.
Banyak lagi isyarat lain yang boleh kita lihat untuk menilai sama ada
sesebuah persatuan pelajar itu berada dalam situasi yang baik, sederhana dan
lemah. Misalnya bentuk aktiviti, sambutan pelajar terhadap aktiviti, bentuk dan
kualiti kertas keraja dan laporan akhir yang disediakan, tahap penyertaan pihak
luar UKM, jumlah tajaan, kelancaran program dan sebagainya. Ini semua boleh
diperhalusi jika kita ingin menilai keupayaan sesebuah persatuan pelajar di
UKM.
Satu ketika dulu, pernah dicadangkan supaya semua persatuan
pelajar UKM yang berdaftar diberikan penarafan bintang atau gred untuk
mengiktiraf keupayaan mereka. Pastinya akan ada persatuan pelajar bertaraf lima
bintang atau kategori Gred A dan ada yang berada dalam kategori Gred B bagi yang
sederhana dan Gred C bagi rendah. Melalui kaedah ini geran peruntukan aktiviti
boleh disalurkan secara berkesan dan seterusnya akan memberikan impak kepada
pelaksanaan program yang dianjurkan oleh persatuan pelajar UKM.
Bagi persatuan gred A, jumlah dana geran yang lebih besar sepatutnya
disalurkan kerana keupayaan mereka yang lebih baik berbanding persatuan dalam
kategori gred B atau C. Malah bagi ketegori Gred C, pihak universiti boleh
anjurkan latihan kepimpinan dan juga bantuan khidmat nasihat untuk pemimpin
persatuan meningkatkan keupayaan mereka.Maka dengan cara ini juga semua
persatuan akan berpeluang untuk berusaha meningkatkan prestasi persatuan mereka
supaya berada dalam kategori cemerlang dan berusaha untuk kekal selama mana yang
boleh.
Tentunya kriteria membuat penarafan bintang atau kategori gred ini perlu
jelas dan disokong oleh semua persatuan pelajar UKM. Malah sebaiknya mereka diberikan
peluang menyumbangkan pandangan dalam pembinaan kriteria. Malah apa salahnya
jika beberapa wakil pelajar juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam panel
penentuan kriteria yang ingin dibangunkan.
Antara kriteria yang penting ialah kriteria kualiti sistem pentadbiran persatuan, prosedur sistem perlantikan, kualiti sistem penyimpanan rekod dan laporan persatuan, kualiti penganjuran aktiviti, impak langsung aktiviti, pencapaian misi dan visi persatuan dan sumbangan persatuan kepada pembangunan citra UKM. Mungkin boleh difikirkan beberapa ‘variable’ lain yang sesuai digunakan sebagai asas pembangunan kriteria pengredan persatuan pelajar UKM. Malah sebagai mengiktiraf dan menghargai usaha persatuan pelajar yang berjaya, sijil dan poster pengiktirafan bintang boleh diabadikan di dinding pintu bilik persatuan pelajar yang berjaya.
Antara kriteria yang penting ialah kriteria kualiti sistem pentadbiran persatuan, prosedur sistem perlantikan, kualiti sistem penyimpanan rekod dan laporan persatuan, kualiti penganjuran aktiviti, impak langsung aktiviti, pencapaian misi dan visi persatuan dan sumbangan persatuan kepada pembangunan citra UKM. Mungkin boleh difikirkan beberapa ‘variable’ lain yang sesuai digunakan sebagai asas pembangunan kriteria pengredan persatuan pelajar UKM. Malah sebagai mengiktiraf dan menghargai usaha persatuan pelajar yang berjaya, sijil dan poster pengiktirafan bintang boleh diabadikan di dinding pintu bilik persatuan pelajar yang berjaya.
Apa yang penting, usaha meningkatkan kualiti persatuan pelajar UKM harus
digerakkan oleh semua pihak yang bekepentingan. Pihak pengurusan UKM telah
melakukannya sejak sekian lama, kini tiba masanya untuk angkatan pemuda
pimpinan persatuan pelajar UKM bergerak ke hadapan menjayakan tranformasi
kepimpinan mereka. Harapnya janganlah sampai ada pimpinan mahasiswa UKM yang ‘tertidur
nyenyak’ semasa memegang amanah memimpin persatuan. Tentu malang sekali buat
ahli persatuan dan malang juga buat sebuah universiti berstatus kebangsaan yang
bernama UKM...