Setiap manusia mempunyai berbagai perbezaan antara satu sama lain. Manusia berbeza minat, kecenderungan, bakat, kebolehan, kemahiran dan sebagainya. Kepelbagaian ini sangat luas skopnya. Setakat yang telah dikaji, Howard Gardener (1990) telah mengkategorikan keupayaan manusia kepada tujuh yang utama. Misalnya ada manusia yang punyai keupayaan bahasa dan komunikasi, kemahiran kinesthetic, kemahiran personaliti dan sosial, kemahiran matematik dan sebagainya.
Kepelbagaian ini bukan sahaja berbentuk horizontal tetapi juga vertikal. Maksudnya jika secara horizontal ada manusia punyai keupayaan berbahasa, dan yang lain tidak. Secara vertikal pula bermaksud dua orang yang dalam kumpulan keupayaan berbahasa boleh mempunyai tahap kemahiran yang berbeza-beza. Semua peguam mungkin punyai kemahiran berbahasa yang baik, tetapi antara kumpulan peguam itu pasti akan ada peguam yang lebih mahir berbahasa dari peguam yang lain. Semua pemain bola sepak dalam English Premier Leugue (EPL) sudah pasti mempunyai kebolehan kinesthetic yang baik tetapi pasti akan ada di antara mereka yang bakat kinesthetic beliau lebih baik dari pemain yang lain.
Saya bawakan persoalan ini untuk pelajar UKM teliti dan muhasabah diri mereka. Pertama, tanya secara bersungguh sungguh untuk dapatkan jawapan yang benar, "apakah kekuatan diri aku? Apa yang aku sebenarnya berbakat? Apakah potensi dan keupayaan yang Allah swt telah anugerahkan pada aku?" tentu kalau bersungguh sungguh bertanya pada diri, anda akan dapat jawapannya.
Mungkin sekurang kurangnya ada tiga jawapan.
Jawapan pertama, "aku SUDAH TAHU apa kekuatan aku".
Jawapan kedua, "aku TIDAK PASTI apa kekuatan aku",
Jawapan ketiga, "aku benar benar TIDAK TAHU LANGSUNG apa kekuatan diri aku. Aku memang TAK TAHU apakah potensi, bakat dan kelebihan yang telah Allah anugerahkan pada aku".
Bagi kumpulan yang pertama, mereka pasti akan cemerlang kalau mereka secara bersungguh sungguh membangunkan potensi yang telah mereka ketahui ada dalam diri mereka. Sebagai contoh, jika mereka sedar dan tahu bahawa mereka mahir dalam berbahasa, pasti mereka akan kembangkan samada sebagai pemidato, pendebat, penulis, editor majalah, pembangun laman web dan sebagainya sepanjang berada di UKM.
Bagi kumpulan kedua yang tak pasti apakah kekuatan dan potensi diri mereka, mereka harus segera mencuba semua perkara yang akhirnya mereka akan berjumpa apakah yang sebenarnya kekuatan diri mereka. Mereka harus mencuba dalam sukan, kesenian (alatan muzik, lukisan, fotografi, ukiran, tarian, vokal etc), kepimpinan dalam persatuan, perucapan (debat, ceramah, syarahan, pidato etc). Sepatutnya semua pelajar sepatutnya sudah tahu apa keupayaan sebaik sahaja tamat alam persekolahan. Di universiti mereka seharusnya sudah tahu apakah kekuatan diri mereka.
Bagi kumpulan ketiga, di mana mereka sendiri benar benar tak tahu apakah kekuatan diri mereka, Samada mereka setuju atau tidak, hakikatnya mereka sedang 'mengkhianati' anugerah bakat dan potensi yang telah Allah swt berikan pada mereka. Mereka seharusnya 'segera' bangun dan berurusan dengan tenaga akademik di fakulti, kepengetuaan kolej, felo felo kolej, senior yang cemerlang, rakan rakan yang rapat untuk menyelesaikan 'pengkhianatan' ini.
Mereka harus segera bangun dan mencari kekuatan bakat diri mereka sendiri. Allah Maha Kaya dan Maha Pemberi telah memberikan kepada kita semua (tidak terkecuali) anugerah besar iaitu bakat dan potensi diri. Malah bukan satu tetapi berbagai bentuk potensi diri. Sejarah menunjukkan bagaimana sarjana Islam seperti Ibnu Sina dan sebagainya boleh menjadi apa sahaja dari seorang ahli falsafah kepada seorang ahli sains. Ini bukti kepada kekuasaan Allah. Tetapi jika seseorang tidak mencari atau ingin tahu apa kekuatan yang ada dalam diri sendiri, bukankah itu satu pengkhianatan?
Isu berkaitan kepelbagaian potensi pelajar UKM (secara horizontal dan vertikal) ini jarang disentuh secara mendalam oleh mana mana pihak termasuklah tenaga pengajar di fakulti. Malah dalam pembangunan kurikulum di fakulti pun biasanya hal seperti ini terlepas pandang. Pengajar terlalu sibuk dengan isikandungan kurikulum. Tentang apa yang hendak di kuliahkan, tentang bagaimana hendak di kuliahkan? Sebagai pengajar, mereka jarang benar benar bertanya kepada siapakah (secara instrinsik) pengajaran yang hendak diberikan? Apakah mereka bertanya apakah bakat dan kekuatan pelajar secara individu? Jika semua soalan itu mereka timbulkan sebelum pengajaran bermula maka pengajaran mereka pasti tidak homogenous. Mereka pasti meraikan kepelbagaian pelajar di dalam kelas mereka, dan menguruskan dengan cara dan kaedah yang berbagai juga.
Sebab itu saya menyokong idea memperkenalkan pembelajaran berasaskan kontrak pembelajaran (LC) di UKM. Sebagai contoh bila pengurusan UKM menyediakan platform untuk para pelajar beraktiviti, dipecahkan aktiviti pelajar kepada teras teras tertentu seperti keusahawanan, keseniaan, sukan, kepimpinan, inovasi dan sebagainya. harapannya supaya pelajar mula meneroka apakah kekuatan, minat dan kecenderungan untuk mereka mengenali potensi diri mereka. Kemudian pihak pengurusan UKM menyediakan konsep pembelajaran berasaskan LC di mana pelajar boleh memilih apa sahaja aktiviti yang dirasakan mereka berminat supaya potensi mereka dapat dibangunkan.
Malangnya pelajar (kepimpinan pelajar khususnya) tidak dapat menterjemah usaha ini dalam mereka beraktiviti. Budaya 'angguk', budaya 'ikut kawan' masih kukuh menyelaputi pemikiran pelajar UKM di dalam memilih aktiviti. Idea LC sudah baik tetapi penerimaannyayang tidak jelas pasti akan mengagalkan usaha ini.
Pelajar harus sedar bahawa usaha mengenali kekuatan dan kecenderungan diri adalah asas dalam beraktiviti di UKM. Ini juga sebenarnya asas kepada pembentukan idealisme dalam diri mahasiswa. Mereka akan percaya kepada diri sendiri. Harga diri (self esteem dan self concept)) juga akan meningkat bila seseoranag kenal kekuatan diri mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar yang masuk di tahun pertama pengajian harus segera dibangunkan kesedaran ini seawal mungkin sebelum mereka beraktiviti di tahun tahun pengajian yang seterusnya. Jika semua pelajar sudah tahu apakah kekuatan dan potensi diri mereka dan mula memilih aktiviti yang selari dengan keupayaan tersebut, isu menguruskan kepelbagaian potensi secara horizontal boleh dikatakan selesai.
Bagi isu kepelbagaian potensi secara vertikal (maksudnya dalam satu teras aktiviti ada berbagai tahap kemahiran), satu mekanisme harus dibangunkan oleh PAP untuk membantu pelajar. Sebagai contoh pelajar tahun satu yang sudah menguasai bahasa Inggeris dengan baik sepatutnya tidak perlu lagi ikuti program/aktiviti bahasa Inggeris asas bersama pelajar yang masih lemah bahasa Inggeris. Sepatutnya ada pilihan lain samada mereka diberikan peluang tingkatkan tahap aktiviti Bahasa Inggeris (perniagaan) atau memilih kemahiran yang lain atau diberikan peluang sebagai 'mentor' pada kumpulan bahasa Inggeris yang lemah.
Pelajar tahun satu yang sudah wakili negeri dalam bolasepak, tentunya tidak lagi perlu ikuti kursus asas bolasepak tetapi bertindak sebagai mentor atau jurulatih pada kumpulan yang baru ingin bermula. Ini bermaksud pihak universiti mengiktiraf potensi pelajar secara vertikal. Kita harus berhenti dari menyamakan semua pelajar mempunyai potensi diri yang sama. Sepatutnya pelaksanaan aktiviti pelajar secara LC membuka ruang baru untuk kita segera merealisasikan tujuan murni ini dalam membangunkan potensi dan bakat pelajar UKM.
Unit Pengurusan dan Penyelidikan Bakat Pelajar adalah sangat perlu dibangunkan di UKM. Unit ini bukan sahaja berperanan membuka peluang pelajar mengenali potensi dan bakat masing masing, tetapi juga melatih pegawai, pensyarah dan kepimpinan pelajar UKM untuk mengutamakan bakat pelajar.
Abad ke 21 adalah abad inovasi dan pembangunan bakat. Pelajar UKM seawal mungkin perlu mengenalpasti keupayaan dan bakat mereka. Pada pelajar yang sudah tahu keupayaan diri, unit ini berperanan menyalurkan bimbingan untuk mencemerlangkan bakat tersebut.
Pada pelajar yang tidak pasti apakah bakat mereka, unit ini berfungsi menyediakan kauseling dan khidmat bimbingan bakat. Manakala pelajar yang masih tidak tahu apakah bakat mereka, unit ini akan berperanan membantu mengenalpasti apakah kecenderungan individu pelajar sehingga pelajar berkenaan menjadi jelas akan bakat mereka. Jika unit ini berjaya membangunkan kepercayaan setiap pelajar UKM tentang bakat dan potensi mereka, ini akan secara total melonjakkan kecemerlangan pelajar di UKM.
Pada akhirnya, semua yang memikul amanah di UKM tentunya boleh menjawab "Apa yang UKM tawarkan kepada masyarakat ialah graduan UKM yang cemerlang akademik, menghargai bakat dalam diri mereka dan mereka sudah bersedia untuk menggunakan kecemerlangan akademik dan bakat yang telah dibangunkan di UKM untuk memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Di UKM, kami satu satunya IPT negara ini yang telah meletakkan bakat pelajar di tempat yang sewajarnya".
Sehingga semua ini dilaksanakan, pada pelajar yang masih tidak tahu apakah bakat yang dianugerahkan oleh Allah swt pada mereka, sesungguhnya merekalah yang telah 'mengkhianati' diri sendiri....
20 October, 2012
16 October, 2012
Nota Pendek Buat Pemimpin Pelajar UKM...
Pemimpin pelajar UKM samada MPP PMUKM, JAKSA, urusetia mahupun persatuan harus mula segera menganjak paradigma di dalam mendefinisikan makna 'memperjuangkan kebajikan pelajar'. Jika dulu maksudnya merujuk kepada memperjuangkan soal kemudahan untuk pelajar seperti pengangkutan bas dalam kampus, yuran dan kemudahan penginapan di kolej, kemudahan perpustakaan, isu tempat letak kenderaan pelajar, masalah air dan isu keselamatan, hari ini maksud 'memperjuangkan kebajikan pelajar' telah BERKEMBANG (dengan tidak meninggalkan sama sekali makna yang lama) kepada memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar merancang dan melaksanakan program untuk memastikan masa depan pelajar UKM menjadi lebih baik, memiliki tahap kebolehpasaran yang lebih tinggi, memiliki keupayaan keusahawanan, kualiti berfikir, keupayaan melakukan inovasi dan sebagainya. Tak tercapai maksud 'perjuangan untuk kebajikan pelajar' jika semasa di kampus segala kemudahan pelajar telah berjaya diperjuangkan tetapi sebaik sahaja tamat pengajian, para pelajar tidak dibekalkan dengan kemahiran, pengalaman serta keupayaan untuk bersaing untuk mencipta atau mendapat pekerjaan. "Musuh" atau lawan sebenar pelajar UKM bukanlah polemik 'politik remeh' sesama pelajar UKM tetapi lawan sebenarnya ialah mengubah persepsi negatif majikan pada pelajar UKM (baca skor review kategori kebolehpasaran pelajar UKM oleh majikan di dalam World University Ranking (WUR) mengapa UKM sedikit jatuh pada 2010). Jika pemimpin pelajar UKM bersatu menentang 'musuh' yakni persepsi negatif sebahagian majikan, mereka tentunya dengan segera akan membina keupayaan dan potensi pelajar UKM dengan kemampuan yang ada. Maka sebagai pimpinan pelajar UKM, anda sebenarnya telah berjaya melaksanakan amanah anda dalam memperjuangkan kebajikan pelajar UKM untuk kesejahteraan hidup mereka. Tentunya pada masa yang sama sebagai pimpinan pelajar, anda juga memegang amanah untuk terus menerus meningkatkan kesedaran pelajar tentang soal mendapatkan keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat. Insyaallah...
...Selasa 16 Oktober 2012 (12.30 tengahari)
13 October, 2012
Pemimpin Persatuan Pelajar UKM Jangan Sampai 'Tertidur Nyenyak'
Sekian lama saya selalu terbayang satu pandangan simbolik tentang kepimpinan pelajar. Saya selalu 'nampak' kepimpinan pelajar seperti air jernih, suci dan bersih yang sedang mengalir laju. Jika ada yang tidak senang dengan arah alirannya, jangan ditahan aliran air ini dengan 'benteng benteng' yang menyebabkan kocakannya menjadi ombak ombak kecil yang 'keras'. Tetapi alirkan tenaga air yang mengalir ini dengan 'laluan laluan baru' yang tidak menyekat tenaga alirannya supaya ia terus mengalir laju tetapi penuh ketenangan". Itulah bayangan simbolik setiap kali perkara kepimpinan pelajar diajukan pada saya. Pada saya, kepimpinan mahasiswa adalah komponen yang penting di dalam sesebuah universiti. Saya sangat menghargai setiap saat apabila berpeluang berdiskusi (kadang kala 'berdebat') dengan mereka.
Dua hari lepas, saya menerima kunjungan beberapa pelajar yang memimpin salah sebuah persatuan pelajar UKM. Kebetulannya, salah seorang dari mereka adalah pelajar yang mengikuti kuliah saya di fakulti. Mereka sedang dalam proses menyusun aktiviti tahunan persatuan, lalu mengambil kesempatan bertandang ke pejabat saya untuk berkongsi pandangan. Saya ucapkan tahniah dan menghargai kunjungan mereka.

Apa yang saya bualkan dengan mereka biarlah menjadi
isi bicara antara kami. Tetapi dalam kebanyakan masanya saya sering menyebut
soal sangat penting untuk kepimpinan persatuan pelajar UKM masakini membina
kerangka pemikiran baru mentransformasikan halatuju, kepemimpinan dan aktiviti
persatuan mereka.
Pertamanya, tranformasi ini penting demi kebajikan
para ahli, kedua, untuk meningkatkan citra universiti dan seterusnya yang
ketiga, tranformasi ini akan memberikan kebaikan kepada masyarakat dan negara yang
sedang berkembang.
Saya sebutkan perlunya kerangka tranformasi untuk persatuan pelajar UKM ini
kerana zaman telah banyak berubah, kehendak dan aspirasi masyarakat di dalam
dan luar kampus juga telah berubah. Cabaran kepada mahasiswa juga sudah
berubah. Apa yang dihasratkan oleh masyarakat kampus pada ketika era saya
sebagai seorang pemimpin mahasiswa sudah tidak sama dengan hasrat masyarakat
masakini. Pemimpin masa kini harus jelas tentang keperluan masyarakat pelajar
UKM. Mereka harus peka dan 'tidak tertidur'.
Jika pemimpin muda yang memimpin persatuan pelajar UKM hari ini masih
kekal dengan cara pemikiran yang lama memimpin persatuan pelajar di UKM, mereka
akan menghadapi masalah. Sekurang kurang ada tiga isyarat utama yang
menunjukkan mereka sedang atau akan menghadapi masalah.
Isyarat pertama, mereka mula alami kesukaran mendapat keahlian yang baru
di kalangan pelajar baru. Jika sesuatu persatuan pelajar sangat relevan,
dinamik dan mendepani masa, menarik keahlian baru tidak sepatutnya menjadi
satu cabaran yang sangat besar. Lihat sahaja persatuan persatuan yang menyertai
Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar awal minggu ini. Ada yang mendapat sambutan
yang sangat menggalakan dengan penyertaan baru yang begitu besar dan ada persatuan
yang kurang mendapat sambutan. Lebih menyedihkan ada antara persatuan pelajar
UKM dikhabarkan sangat kurang pendaftaran ahli ahli baru terutamanya di kalngan
pelajar pelajar tahun satu.
Isyarat kedua, sesebuah persatuan pelajar mula menghadapi masalah ialah
bila mereka sudah ketiadaan kepimpinan pelapis yang akan meneruskan kepimpinan
sedia ada. Kalau adapun jumlahnya sangat kurang atau tiada langsung yang
berwibawa. Isyarat ini merupakan petanda awal menunjukan sesuatu yang drastik
harus dilakukan jika persatuan tersebut ingin terus ‘hidup’ di bumi UKM. Ada
ketikanya, persatuan pelajar UKM mempunyai kepimpinan yang begitu baik, tetapi
beberapa tahun kemudian persatuan yang
sama merundum prestasinya. Ini sangat berkait dengan cara kepimpinan sedia ada
merancang pembangunan bakat di kalangan pimpinan pelapis di dalam persatuan
berkenaan.
Isyarat ketiga yang boleh kita ukur ialah bila kadar ‘drop out’ atau fenomena
‘tarik diri’ yang tinggi berlaku selepas sesuatu persatuan selesai melakukan
pendaftaran ahli baru. Mungkin semasa minggu pendaftaran, puluhan pelajar baru
mendaftarkan diri sebagai ahli tetapi selang beberapa minggu kemudian ahli ahli
baru ini akan mula ‘menghilangkan diri’ dari persatuan berkenaan. Ini isyarat
untuk persatuan berkenaan mula memikirkan idea idea baru untuk
mentransformasikan persatuan mereka.
Banyak lagi isyarat lain yang boleh kita lihat untuk menilai sama ada
sesebuah persatuan pelajar itu berada dalam situasi yang baik, sederhana dan
lemah. Misalnya bentuk aktiviti, sambutan pelajar terhadap aktiviti, bentuk dan
kualiti kertas keraja dan laporan akhir yang disediakan, tahap penyertaan pihak
luar UKM, jumlah tajaan, kelancaran program dan sebagainya. Ini semua boleh
diperhalusi jika kita ingin menilai keupayaan sesebuah persatuan pelajar di
UKM.
Satu ketika dulu, pernah dicadangkan supaya semua persatuan
pelajar UKM yang berdaftar diberikan penarafan bintang atau gred untuk
mengiktiraf keupayaan mereka. Pastinya akan ada persatuan pelajar bertaraf lima
bintang atau kategori Gred A dan ada yang berada dalam kategori Gred B bagi yang
sederhana dan Gred C bagi rendah. Melalui kaedah ini geran peruntukan aktiviti
boleh disalurkan secara berkesan dan seterusnya akan memberikan impak kepada
pelaksanaan program yang dianjurkan oleh persatuan pelajar UKM.
Bagi persatuan gred A, jumlah dana geran yang lebih besar sepatutnya
disalurkan kerana keupayaan mereka yang lebih baik berbanding persatuan dalam
kategori gred B atau C. Malah bagi ketegori Gred C, pihak universiti boleh
anjurkan latihan kepimpinan dan juga bantuan khidmat nasihat untuk pemimpin
persatuan meningkatkan keupayaan mereka.Maka dengan cara ini juga semua
persatuan akan berpeluang untuk berusaha meningkatkan prestasi persatuan mereka
supaya berada dalam kategori cemerlang dan berusaha untuk kekal selama mana yang
boleh.
Tentunya kriteria membuat penarafan bintang atau kategori gred ini perlu
jelas dan disokong oleh semua persatuan pelajar UKM. Malah sebaiknya mereka diberikan
peluang menyumbangkan pandangan dalam pembinaan kriteria. Malah apa salahnya
jika beberapa wakil pelajar juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam panel
penentuan kriteria yang ingin dibangunkan.
Antara kriteria yang penting ialah kriteria kualiti sistem pentadbiran persatuan, prosedur sistem perlantikan, kualiti sistem penyimpanan rekod dan laporan persatuan, kualiti penganjuran aktiviti, impak langsung aktiviti, pencapaian misi dan visi persatuan dan sumbangan persatuan kepada pembangunan citra UKM. Mungkin boleh difikirkan beberapa ‘variable’ lain yang sesuai digunakan sebagai asas pembangunan kriteria pengredan persatuan pelajar UKM. Malah sebagai mengiktiraf dan menghargai usaha persatuan pelajar yang berjaya, sijil dan poster pengiktirafan bintang boleh diabadikan di dinding pintu bilik persatuan pelajar yang berjaya.

Apa yang penting, usaha meningkatkan kualiti persatuan pelajar UKM harus
digerakkan oleh semua pihak yang bekepentingan. Pihak pengurusan UKM telah
melakukannya sejak sekian lama, kini tiba masanya untuk angkatan pemuda
pimpinan persatuan pelajar UKM bergerak ke hadapan menjayakan tranformasi
kepimpinan mereka. Harapnya janganlah sampai ada pimpinan mahasiswa UKM yang ‘tertidur
nyenyak’ semasa memegang amanah memimpin persatuan. Tentu malang sekali buat
ahli persatuan dan malang juga buat sebuah universiti berstatus kebangsaan yang
bernama UKM...
10 October, 2012
Persatuan Pelajar UKM Perlukan Transformasi Besar-Besaran
Saya sejak sekian lama sentiasa meneliti perkembangan persatuan pelajar UKM. Hari ini, bilangan persatuan pelajar yang berdaftar dengan JPPEL sudah menjangkau 202 buah persatuan. Bagaimanapun dikhabarkan hanya sekitar 60 buah sahaja persatuan yang benar benar konsisten aktif. Yang lain ada yang 'turun naik' prestasinya. Manakala sebahagian yang lain pula merupakan persatuan yang tidak aktif langsung. Tetapi akan kembali 'berpura pura' kelihatan aktif bila surat peringatan dikeluarkan pihak UKM untuk menamatkan pendaftaran persatuan mereka.
UKM masih kekal sebagai IPT yang paling banyak persatuan di negara ini. Data ini saya perolehi ketika menjadi salah seoarang panel penyelidik kepada pihak KPT sejak tiga tahun lalu berkaitan ko-kurikulum dan peningkatan kebolehpasaran mahasiswa IPT. Kami bergerak dari sebuah IPT ke IPT bagi meneliti kegiatan ko-kurikulum pelajar. Maknanya dari segi kuantiti persatuan pelajar, UKM memang telah hebat dan terkehadapan sekali!
Oleh kerana bilangan persatuan pelajar UKM yang begitu banyak, secara langsung bilangan aktiviti juga banyak. Setiap tahun purata aktiviti persatuan pelajar UKM mencecah hampir 1,000 aktiviti. Itu yang telah berdaftar dengan pihak JPPEL. Bayangkan aktiviti dalaman samada di fakulti, kolej dan persatuan yang mana aktiviti tersebut tidak didaftarkan dengan JPPEL sebaliknya mendapat kelulusan pihak kepengetuaan kolej atau kedekanan fakulti. Tidak dinafikan jumlah aktiviti persatuan pelajar UKM sebenarnya lebih dari seribu aktiviti.
Apakah jumlah sebegini banyak persatuan dan juga aktiviti secara objektifnya telah membuktikan kemahiran insaniah pelajar UKM meningkat? Tiada siapa yang tahu. Apatah lagi mengetahui sejauh mana peningkatan tersebut telah memberikan impak keupayaan pelajar UKM secara keseluruhannya ?
Sempena minggu pengenalan persatuan yang sedang berlangsung (9-12 Oktober 2012) di PUSANIKA, saya sempat membuat kunjungan ke setiap kaunter persatuan, berbual dan bertanya khabar untuk melihat perkembangan persatuan pelajar di UKM. Kesimpulan akhir yang boleh saya katakan sepanjang kunjungan saya ialah prestasi persatuan pelajar "ada yang baik, ada yang masih boleh dipertingkatkan dan ada sebahagiannya mengecewakan".
Harap pimpinan pelajar dapat menerima pandangan saya ini secara positif. Pandangan ini ikhlas ke arah mengimpikan persatuan pelajar UKM yang lebih dinamik dam hebat pada sesi ini dan sesi sesi mendatang. Sekurang kurang persatuan yang mengambil bahagian di PUSANIKA telah menyahut cabaran. Masih banyak persatuan lain yang langsung lesu dan tidak mengendahkan usaha untuk membuka kaunter dan mempromosikan persatuan mereka pada pelajar UKM khususnya pelajar tahun satu. Saya ucapkan tahniah pada pimpinan persatuan di atas penglibatan persatuan di bawah amanah mereka di PUSANIKA.
Selain bilangan pengunjung yang agak kurang (pada hari kedua program berjalan), kaunter kaunter persatuan yang mengambil bahagian juga tidak melakukan banyak iniasiatif untuk menarik pendaftaran pelajar baru secara agresif dan menyakinkan. Rata-rata yang berada di kaunter tidak dapat menerangkan secara mendalam aktiviti yang mereka telah laksanakan. Mungkin kerana yang bertugas di kaunter adalah pelajar baru juga! rata-rata kelihatan lebih banyak berdiam diri bila pengunjung melewati kaunter mereka. Jika pun berbual lebih kepada sesama rakan mereka. Saya membayangkan sepatutnya aktiviti promosi di dalam menarik ahli baru ibarat eksekutif jualan kad kredit di 'shopping mall'. Tiada pamplet persatuan, tiada pemasaran dan juga aktiviti yang bertujuan membuka 'hati' pengunjung untuk mendekati kaunter kaunter persatuan.
Saya rasa persatuan pelajar UKM perlukan satu tranformasi besar besaran untuk mengalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti mereka. Tiga perkara utama yang perlu ditranformasikan. Pertama mindset pimpinan persatuan pelajar UKM. Kedua, bentuk aktiviti yang dilaksanakan dan ketiga proses dokumentasi semua aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan pelajar.
Mindset kepimpinan persatuan pelajar UKM kelihatannya seperti masih mewarisi bentuk dan kerangka pemikiran pimpinan pelajar UKM era 1990an. Mengapa saya berkata begitu? Lihatlah bentuk organisasi, jawatan yang dinamakan, matlamat dan tujuan persatuan, semuanya kekal seperti mana era 1990an. Di saat masyarakat luar sudah jauh berubah, malah rata rata semua pelajar UKM juga sudah jauh berubah, cara pengorganisasian persatuan pelajar UKM tidak juga berubah ubah. Gaya kepimpinan era 1990an kekal kuat menyelimuti organisasi dan gaya pimpinan pelajar UKM hari ini. Maka itu, saya cadangkan semua persatuan pelajar UKM segera duduk dan bina kembali penyataan visi, Misi dan objektif persatuan di bawah pimpinan masing masing supaya mendepani keperluan mahasiswa masakini.
Keduanya, aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar sewajibnya diselarikan dengan keperluan pelajar hari ini sesuai dengan perubahan yang sedang berlaku dalam masyarakat. Pimpinan persatuan pelajar UKM harus segera cakna dengan isu isu masakini seperti kebolehpasaran mahasiswa, political literacy, hubungan dan pengetahuan isu antarabangsa, perbincangan politik baru, perkembangan ekonomi dan perubahan sosial masyarakat.
Sebagai contoh persatuan anak negeri seharusnya membawa perbincangan isu ekonomi dan sosial negeri masing masing ke UKM. Anak negeri Johor mungkin boleh membawa perbincangan berkaiatan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar, Anak Negeri Pahang membawa isu Lynas, Anak Negeri yang mempunyai banyak wilayah Felda mungkin boleh membawa isu Felda FGV untuk diperdebatkan di dalam UKM.
Bagaimana dengan persatuan dan urusetia lain? Misalnya persatuan bersifat antarabangsa? AIESEC, Sahabat Aqsa, kelab United Nation dan sebagainya? Apa pula agenda dan misi besar Urusetia ASPIRASI, ISIUKM,Kelab Wawasan, Kelab Perkim, Kelab Penyayang dan sebagainya?
Ketiga, kita juga mengharapkan tranformasi di dalam cara persatuan mendokumenkan aktiviti mereka. Bila saya berkunjungi dari satu kaunter ke kaunter persatuan pelajar yang terlibat dengan minggu pengenalan persatuan di PUSANIKA, satu perkara yang sangat ketara ialah hampir semua persatuan tidak mempunyai sistem dokumentasi yang baik. Maksud dokumentasi bukanlah sekadar sistem file (yang juga saya tahu masih tidak teratur dan lemah) tetapi dokumentasi yang lebih merujuk kepada sistem merekodkan untuk rujukan semua aktiviti yang telah dianjurkan. rata rata pameran sekadar meletakan gambar gambar yang dicetak dalam keadaan yang agak tergesa gesa, tiada frame apatah lagi dalam bentuk poster. Sepatutnya semua aktiviti direkodkan dalam bentuk laporan dan juga poster (untuk tujuan pameran dan rujukan). Malah sepatutnya sudah bermula tradisi mendokumenkan semua aktiviti atau gabungan aktiviti perastuan pelajar yang diterbitkan dalam bentuk buku untuk rujukan dan bacaan umum. Dengan adanya bilik bilik persatuan pelajar yang baru siap di bina di PUSANIKA oleh pihak UKM, seharusnya tranformasi ini segera digerakkan.
PMUKM sebagai sebuah badan induk juga harus mula mengerakkan usaha membantu mentranformasikan persatuan persatuan pelajar UKM. Malah PMUKM juga sebenarnya perlukan transformasi. PMUKM sebagai sebuah majlis perwakilan pelajar UKM bukanlah penganjur kepada aktiviti. PMUKM adalah majlis yang membincangkan isu dan mencadangkan dasar dalam pembangunan pelajar di UKM. Jika PMUKM sekadar menganjurkan aktiviti, dan tidak pernag mengambil tahu tentang halatuju semua persatuan pelajar yang lain, hilanglah martabatnya sebagai badan induk kepada semua persatuan persatuan pelajar di UKM.
Sedih mendengar keluhan beberapa pimpinan persatuan yang mengambil bahagian di PUSANIKA. Antara lain mereka seperti bersetuju semakin ramai pelajar tidak berminat dengan aktiviti berpersatuan. Ada diantaranya yang seperti menyalahkan JAKSA Kolej kerana telah mendominasi penyertaan pelajar baru untuk aktiviti kolej. Ada pula yang menyalahkan sistem LC yang merencatkan keinginan pelajar tahun satu aktif berpersatuan, katanya tidak mendapat kredit dari PAP. Ada pula yang menyalahkan pihak UKM yang kononya tidak salurkan dana yang mencukupi untuk menganjurkan aktiviti persatuan.
Ada lagi berbagai keluhan yang disampaikan. Saya mendengar dan memberikan senyuman..di dalam hati saya segera menjawab, "inilah seronoknya menjadi pimpinan pelajar di universiti, diasak dengan pelbagai halangan dan cabaran, maka akan bermulalah pembinaan karisma, kreativiti, kematangan, kekuatan dalaman, bijak membuat keputusan yang tepat dan segera dan kebolehan dalam merancang strategi untuk mencapai objektif"..
Semoga semua pimpinan persatuan pelajar UKM akan tabah untuk terus memimpin..

04 October, 2012
Peringatan Buat MPP PMUKM Yang Baru Dilantik...
Semua sudah selesai. GMUKM menang 19 kerusi ( 7 kerusi menang tanpa bertanding), Aspirasi gagal bertahan dengan cuma menang 9 kerusi. Maka GMUKM memiliki majoriti 2/3 yang tipis dalam MPP PMUKM sesi ini. Mengapa GMUKM menang dan mengapa ASPIRASI kalah telah diulas oleh banyak pihak termasuk blog ini minggu lepas.
Sekarang fasa dua akan bermula. Fasa penubuhan kerajaan pelajar di PUSANIKA. Tentunya telah ditentukan awal awal oleh mentor (dalang?) politik GMUKM siapakah antara calon GMUKM yang menang akan diberikan jawatan Presiden PMUKM, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari dan biro biro yang lain. Ini bukan urusan calon yang menang. Mereka hanya perlu 'mengangguk' bila diarahkan menerima mana mana jawatan. Itu sudah menjadi kelaziman. Samada suka atau tidak, samada bersedia tauapun tidak, mereka harus menerima seadanya.
Tanpa mengira calon GMUKM mana pun yang diberikan jawatan dalam PMUKM, jawatan kecil atau besar, penting atau remeh, sebagai pelajar, semuanya harus menghormati amalan demokrasi, keputusan tersebut mesti diterima. Samalah seperti sebuah kerajaan di Putrajaya. Kerajaan yang dibentuk adalah hasil undian rakyat majoriti. Samada suka atau tidak sebagai rakyat yang matang, kita harus menerima keputusan majoriti rakyat. Itulah tujuan piliharaya dan itulah demokrasi. Semua boleh berkempen, boleh berperang saraf dan sebagainya semasa proses piliharaya berjalan tetapi apabila sesebuah parti telah mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan, semua yang lain samada yang suka atau yang membangkang harus menghormati keputusan rakyat majoriti.
Malang sekali kalau sebagai rakyat, kita tidak boleh berlaku matang dan menolak kerajaan yang telah diterima majoriti oleh warganegara yang lain. Hal yang sama juga dengan kerajaan PMUKM di PUSANIKA. Setelah selesai piliharaya kampus UKM, semuanya harus kembali berpadu untuk menjayakan tranformasi UKM. Pada yang menang jangan menkhianati undi pelajar pada mereka dengan meminggirkan kepentingan pelajar sebaliknya mengutamakan kepentingan puak puak yang menjadi 'dalang politik' mereka di luar kampus. Pada yang kalah, haruslah mereka berlapang dada menerima kekalahan tersebut. Watak pemimpin tak akan hilang sekalipun mereka kalah kerana kekalahan itu bukanlah penamat kepada perjuangan mereka, itu sekadar satu pertempuran dari peperangan yang panjang.
Saya cuma ingin mengingatkan beberapa perkara agar MPP PMUKM yang menang sesi ini, tak kira dari GMUKM mahupun ASPIRASI supaya jangan mengulangi kesilapan abang abang dan kakak kakak MPP PMUKM sesi yang lalu. Ambillah iktibar dan jadikan sempadan kesilapan mereka yang lalu untuk menjadikan MPP sesi ini lebih baik.
1. Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh PMUKM sesi lalu ialah memulakan konflik dengan pihak pengurusan tertinggi UKM. Satu satunya perkara yang tidak menguntungkan seluruh pelajar UKM. Di dalam UKM, piliharaya kampus bertujuan membentuk PMUKM adalah satu proses pendidikan semata mata. Melatih pemimpin pelapis dan melatih pelajar berorganisasi. Manakala pelembagaan Universiti masih tetap di bawah pihak pengurusan universiti. Sebagai satu contoh mudah, menguruskan pembinaan dan penyelenggaraan bangunan, membaiki jalanraya, membaiki sistem pengangkutan, melantik pengendali kafetaria dan segala macam pengurusan hal ehwal UKM samada akademik dan bukan akademik adalah tanggungjawab pihak pengurusan UKM. Samada wujudnya PMUKM atau tidak, samada piliharaya kampus diadakan atau tidak, semua urusan dalam UKM masih diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan UKM. Apakah tanpa PMUKM, universiti ini tidak akan berjalan? tentulah tidak.
Tetapi cara PMUKM sesi lalu mengendalikan diri mereka dengan menganjurkan konflik terhadap pihak pengurusan UKM seolah olah mereka merasakan diri mereka 'sangat berkuasa'. Mereka mula menjadi pihak kumpulan pendesak atas tujuan yang tidak jelas (selain mungkin diarahkan dan ditunjukkan oleh mentor luar kampus). Akhirnya hubungan PMUKM dan pengurusan tertinggi UKM hambar, kurang perbincangan dilakukan untuk menjadikan kualiti hidup pelajar UKM lebih baik . PMUKM sesi lalu bergerak dalam ruang mereka sendiri. Tidak banyak yang dapat mereka lakukan selain terus menerus menyalahkan pengurusan UKM atas semua perkara yang kononnya mereka tidak dapat kerjasama pengurusan UKM, sedangkan merekalah yang merenggangkan hubungan tersebut sejak mula. Makanya, MPP PMUKM yang akan dilantik sesi ini haruslah mengubah kesilapan ini dengan menwujudkan hubungan baik dengan pengurusan UKM. Tidak rugi sedikit pun jika hubungan dieratkan antara PMUKM dan pengurusan UKM. Yang untungnya adalah pelajar. PMUKM boleh menjadi suara pelajar yang benar benar menjaga kebajikan pelajar untuk dijayakan bersama dengan pengurusan UKM. Pelajar tentu gembira jika kebajikan mereka diambil berat secara bersama antara PMUKM dan pengurusan UKM.
2. Kesilapan besar yang kedua ialah meminggirkan pelajar kaum bukan muslim-melayu di UKM. Sangat ketara PMUKM yang lalu meminggirkan seawal memegang kuasa di PUSANIKA. Bayangkan hanya seorang pelajar Cina yang diberikan jawatan tidak penting dalam Pesta Konvo dan tiada pelajar India dalam MT Pesta Konvo yang memerlukan ramai pelajar Cina dan India untuk turut serta. Malah tiada program untuk menghargai pelajar dari masyarakat Tiong Hua dan India dalam Pesta Konvo. Begitu juga dengan sokongan kepada persatuan Pelajar Cina dan India yang berada di bawah PMUKM. Bagi pelajar antarabangsa lebih menyedihkan. Tiada dialog dan perjumpaan PMUKM dengan pelajar antarabangsa secara berterusan. Malah tiada langsung program PMUKM khusus untuk persatuan pelajar antarabangsa. Pihak PMUKM seharusnya boleh hadir mengadakan lawatan untuk meneliti kebajikan yang diperlukan oelh pelajar antarabangsa. MPP PMUKM sesi ini diharapkan lebih bersedia membuka pintu PMUKM untuk pelajar Tiong Hua, India dan pelajar antarabangsa, janganlah diulang kesilapan MPP PMUKM sesi yang lalu.(untuk makluman MPP PMUKM yang akan dilantik, pihak pengurusan IZISH telah sejak enam bulan lalu menyediakan 10 bilik pejabat persatuan pelajar antarabangsa di blok K19A).
3. PMUKM adalah induk kepada puluhan persatuan dan kelab pelajar di UKM. Bukan ISIUKM sahaja. Oleh itu diharap MPP PMUKM sesi ini bersedia melihat keberadaan semua persatuan, kelab dan urusetia selain ISIUKM agar makna PMUKM mewakili semua pelajar UKM benar benar diterjemahkan. Jika itu gagal dilakukan, walaupun menang piliharaya, kemenangan sebenar masih belum diperolehi kerana gagal menguruskan semua ahli di bawahnya.
4. Itu kisah MPP PMUKM di bawah GMUKM. Hal yang sama ingin diperingatkan kepada MPP Aspirasi yang menang sesi ini. Jumlah 9 kerusi yang dimenangi harus jangan sampai menyebabkan anda kecewa dan meninggalkan kepercayaan pelajar yang memberikan undi mereka kepada anda. Anda harus melihat gelas air yang separuh penuh dan tidak sekali kali melihat gelas yang separuh kosong. Cara anda melihat kekalahan dalam PRK harus lebih baik berbanding MPP Aspirasi sesi lepas. Bukan sahaja mereka tidak bersatu dengan baik, mereka juga tidak mengemaskinikan organisasi mereka sebaik sahaja kalah. Jumlah kerusi menang kalah dalam politik UKM bukanlah penting sangat. samada anda kumpulan majoriti atau minoriti, itu sebenarnya tidak memberikan apa apa kesan kerana MPP PMUKM tidak menguruskan hal hal bersifat dasar di UKM. Yang penting ialah bekerja dengan teliti, istiqamah, bermula dari awal dan membina kekuatan untuk adik adik anda bertanding pada sesi hadapan. Malangnya sesi lalu, MPP Aspirasi hampir lumpuh akibat trauma kalah buat kali pertama setelah tujuh sesi menguasai PMUKM. Mereka menjadi longlai tidak bermaya, usaha sebagai MPP Aspirasi menjaga kebajikan pelajar UKM juga tidak kelihatan berjaya. Jangan anda semua ulangi kesilapan tersebut. Kembali bersatu, merancang dan bekerja keras untuk kebajikan pelajar.
5. MPP Aspirasi sesi dulu sangat ketandusan program, diharap MPP Aspirasi sesi ini segera menggerakkan program untuk disertai oleh pelajar. tentukan program yang dianjurkan membawa kebaikan kepada pelajar. Program kerohanian, program kecemerlangan akademik, program khidmat masyarakat, keusahawanan, inovasi dan sebagainya. Jika anda boleh ambil iktibar dari kesilapan MPP Aspirasi sesi lepas, anda telah berjaya memulakan satu episod baru kejayaan Aspirasi. UKM bermula dengan Aspirasi Rakyat, UKM bermula dari pengorbanan rakyat mengimpikan sebuah universiti yang menjulang bahasa Melayu/kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan Islam sebagai nilai jati diri warganya. Itulah sebabnya falsafah UKM berteraskan Iman, Ilmu dan Amal. Jika nenek moyang kita sejak 1917 berjuang membina UKM, hari ini MPP Aspirasi harus mula berjuanag menggerakkan semangat aspirasi rakyat yang murni ini untuk diresapi oleh seluruh warga UKM khususnya pelajar.
Sebagai ahli MPP, samada GMUKM ataupun Aspirasi, anda semua telah berjaya memenangi undi rakyat UKM. Kini anda akan dihadapkan dengan tanggungjawab dan amanah. Maka anda juga seperti pemimpin yang lain akan dipersoalkan dengan setiap apa yang anda lakukan. Berlaku adil pada kawan dan lawan. Selamat berkhidmat Yang Berhormat sekalian...

01 October, 2012
Mahasiswa UKM: Mulakan Dengan Yang Mudah Mudah...
Universiti di bina untuk membangunkan keperibadian manusia. Itulah matlamat dan tujuan asas sesebuah univesiti di bina. Hal yang berkaitan pengeluaran sijil atau ijazah untuk untuk mendapat pekerjaan hanya bermula selepas revolusi industri di Eropah. Sebelumnya tujuan mendaftar untuk menjadi 'mahasiswa' dan kemudiannya menjadi seorang graduan lebih untuk membina diri, meneroka ilmu dan menyumbang kepada idea idea baru membangunkan diri dan masyarakat.
Era sebelum revolusi industri di eropah, mobiliti sosial tidak ditentukan oleh pencapaian akademik tetapi ditentukan oleh siapa ayah anda? apa keturunan anda? dan serapat mana hubungan anda dengan kumpulan elit dalam masyarakat. Kini sesiapa juga boleh memobilitikan dirinya untuk mencapai tahap atau strata tertinggi dalam masyarakat (Green.2006).
Ada baik dan ada juga buruknya. Baik kerana pendidikan membuka peluang untuk semua orang maju ke depan tanpa mengira apa juga latarbelakangnya. Buruknya juga ada. pendidikan yang secara keterlaluan untuk tujuan meningkatkan taraf hidup (ekonomi dan sosial) menyebabkan tujuan tujuan murni pendidikan di tinggalkan kerana kebobrokan mengejar sekeping ijazah atau markah tertinggi tanpa melihat falsafah atau tujuan sesuatu ilmu pendidikan dipelajari.
Tanyalah diri sendiri, anda masuk dan belajar ke UKM untuk apa? Jika jawapannya untuk mendapat PNGK 3.5 dan ke atas, anda telah berjaya mencapai 50% dari sebab yang benar mengapa seseorang masuk ke universiti. Jika anda tidak ada matlamat untuk mencapai PNGK 3.5 ke atas, sekadar berhajat untuk lulus sahaja, anda hanya memenuhi 25% sahaja tujuan seseorang masuk ke universiti. Jika anda yang tidak kisah, tiada apa matlamat dan tidak pasti ingin lulus atau tidak, maknanya anda mencapai 0% mengapa seseorang masuk ke universiti.
Jika mencapai PNGK 3.5 ke atas hanyalah 50% daripada sebab mengapa kita masuk ke universiti, mana lagi 50%?
Sebenarnya sesebuah kampus bukan sahaja tempat seseorang memperolehi ilmu berkaitan bidang pengajian tetapi juga memperolehi ilmu yang membina keperibadian diri. Mengetahui tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Seterusnya menentang dan menolak keburukan dan mengalakkan kebaikan dan kesejahteraa berlaku di dalam kampus.
Saya ingin ajak mahasiswa UKM memulakan dengan yang mudah mudah dahulu. Perkara mudah tahap pertama ialah memasuki universiti akan mengubah budaya dan perlakuan buruk dalam diri kita. Sebagainya contoh, jika meletakkan kenderaan pun kita gagal lihat rasionalnya mengapa kita perlu meletakkan kenderaan mengikut peraturan dan tempat yang di sediakan, malang sekali universiti mempunyai mahasiswa sebegini. Bagaimana dengan perlakuan membuat bising dalam PTSL, tidak solat wajib yang lengkap, tidak hentikan kenderaan di kawasan pejalan kaki melintas jalan (zebra crossing), hadir lewat ke dewan kuliah, tidak sediakan tugasan dan assingment secara berkualiti dalam masa yang ditetapkan.
Begitu juga dengan budaya buruk seperti berpakaian yang tidak sesuai dengan persekitaran atau program tertentu, tidak menguruskan kebersihan dan kekemasan diri, bising di kolej ketika rakan rakan rakan menelaah pelajaran di bilik masing masing. Bagaimana pula dengan pelajar yang tidak boleh mendisiplinkan diri sehingga tanpa henti henti menggunakan FB atau internet walaupun sedar masa untuk belajar telah dipinggirkan. Begitu juga dengan tidak mempamerkan sifat ikhlas menghormati pensyarah dan kakitangan universiti yang berlaku sopan pada kita. Bagaimana pula dengan perlakuan pembaziran air dan elektrik di kolej kolej?
Banyak lagi perkara perkara yang lain boleh dikategorikan sebagai buruk tetapi tetap dilakukan oleh pelajar. Pendek kata memasuki universiti sepatutnya mengubah budaya buruk kita menjadi lebih baik. Jika tidak berlaku, kita adalah orang yang gagal sebenarnya. Inilah 50% lagi perkara perkara yang dapat membezakan seseorang yang masuk ke universiti dengan seseorang yang tidak masuk ke universiti. Bukan sekadar segulung ijazah. tetapi perlakuan, pertuturan, tingkahlaku serta pemikiran yang akan menentukan siapakah graduan yang sebenarnya.
Jika perkara yang mudah tahap pertama telah berjaya dilakukan oleh pelajar, mulakan dengan perkara yang mudah tahap kedua. Iaitu mula mencari ilmu ilmu penting lain yang tidak ada dalam pengajian khusus anda. Belajar dan baca sebanyak mungkin ilmu agama, kemasyarakatan, sains dan sebagainya untuk memahami kebesaran Allah (pada yang muslim). Bertanyalah soalan pada ahli akademik yang anda kenali dan hormati. Berdialog dan berinteraksi dengan rakan rakan yang mencintai ilmu agar anda mendapat kebaikan. Saya yakin perkara yang mudah mudah sebeginipun masih amat kurang berlaku dalam kehidupan pelajar di UKM. Mereka seperti sudah hilang keinginan untuk menerokai ilmu untuk memahami persekitaran mereka.
Lebih malang mereka menjadi 'pengangguk setia' kepada pandangan orang lain. Katalah apa sahaja pasti diangguk. Selepas puas mengangguk, mereka kekal seperti sebelumnya..tidak berubah sedikitpun. Sebagai satu contoh, bila dikatakan cafetaria UKM menjual makanan yang mahal, maka seluruh pelajar pasti akan mengangguk-angguk tanda setuju. tapi cuba ditanya lagi, "bagaimana untuk menurunkan harga barangan yang mahal tersebut", mereka akan mengulang ulang kembali jawapan mereka. "Cekik darah"..mungkin jawapan paling popular.
Mungkin ramai di antara mereka tidak pun membaca tentang apakah yang pengguna boleh lakukan bila berhadapan dengan situasi harga barangan yang mahal? Malah mereka juga tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk membuat aduan yang terbaik bila berhadapan isu seperti ini! Bayangkan hal hal yang lebih berat misalnya apabila ada parti politik menggunakan Islam untuk meraih undi. Mereka juga terangguk angguk tanpa memahami apa pun...
Perkara mudah yang ketiga ialah menggerakkan budaya baik kepada orang lain. sebagai contoh, bagaimana pelajar UKM dapat membina budaya baik supaya semua pemandu kenderaan WAJIB berhenti apabila ada orang melintas jalan dalam kampus UKM ialah dengan melakukan sendiri. satu demi satu pelajar lakukan, akhirnya semua akan lakukan. Bagaimana pelajar UKM dapat bina budaya pengguna PTSL "rasa bersalah dan malu bila membuat bising dalam PTSL, rasa bersalah bila membuat bising dalam bilik penginapan di kolej, rasa kekok bila hadir lewat ke kuliah, rasa bimbang bila mendahului keinginan untuk FB dari assingment yang perlu segera di siapkan! lakukan sendiri secara istiqamah, bila semua pelajar lakukan ini akhirnya akan membina budaya baik berkenaan dalam kampus UKM.
Malah dalam konteks yang lebih besar bagaimana pelajar UKM dapat membina budaya simpati supaya seluruh warga kampus UKM merasai keperitan dan kesengsaraan rakyat Palestin, Rohingya dan Tibet yang sedang berjuang memerdekaan diri dan agama mereka. Bagaimana boleh dibangunkan keinginan dalam kampus untuk membantu masyarakat miskin tegar dalam negara kita. Bagaimana boleh pelajar UKM meniupkan semangat sayangkan UKM atas nama kejerihan datuk nenek kita berkorban membangunkannya...Semuanya mungkin dilakukan.. dengan syarat..Mulakan dengan yang mudah mudah dahulu....dari diri sendiri...

Subscribe to:
Posts (Atom)