- Kita semua mengharapkan perpaduan menjadi satu realiti dalam kehidupan di negara ini.
- Kita semua inginkan orang Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan,Dusun dan seluruhnya berpadu sebagai rakyat Malaysia. Kita diajarkan melalui lagu Negaraku, Rukunegara, lagu lagu patriotik, sistem pendidikan dan berbagai lagi alat penyatuan untuk kita saling bersatupadu.
- Maka sejak merdeka pada 31 Ogos 1957, impian perpaduan inilah ditanamkan dalam minda dan perasaan setiap warga negara ini. Kita semua diasuh dan dididik supaya bersamalah untuk mencapai perpaduan.
- Persoalannya, adakah betul kita faham dan tahu apa itu perpaduan? Apakah negara kita ini boleh mencapai perpaduan? dan apakah kita sedang bergerak ke arah tersebut?
- Perpaduan bermaksud menjadi satu, homogen dan tidak berbeza. Mencapai perpaduan bermakna tiada lagi perbezaan antara kita. Tidak ada lagi bezanya Melayu, Cina atau India. Yang ada hanya orang Malaysia atau jika simboliknya bangsa Malaysia.
- Perpaduan bermakna kita semua sama. Tidak ada lagi istilah keistimewaan bagi orang melayu dan tidak ada lagi istilah bukan Melayu. Perpaduan membawa kita kepada satu yang secara realitinya tiada yang membezakan samada secara undang undang, dokumentasi dan status siapa kita. Maka ketika dan saat di mana semua pihak menerima persamaan tersebut, perpaduan tersebut tercapai.
- Sekarang kita tanyalah samada kondisi ini ada di dalam negara kita. Adakah kita semua sama secara statusnya? Adakah kita akan berkata tidak kepada pertanyaan tersebut kerana sejarah warga kita tidak sama. Jika orang melayu merasakan mereka lebih warga sifatnya dari orang Cina atau India maka kondisi ini telah melupuskan makna untuk mencapai maksud perpaduan (menjadi satu). Jika orang Cina merasakan bahasa ibundanya jangan sekali kali dipinggirkan, maka di manakah perpaduan yang ingin dikecapi?
- Mustahil di negara ini untuk hanya wujud satu agama, satu bahasa, satu budaya di Malaysia. Betul kita ada agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, malah kita ada baju kebangsaan dan sekolah kebangsaan, tetapi jangan kita lupa kita juga membenarkan wujudnya segala macam kepelbagaian, bukan sekadar sekolah Cina dan Tamil sahaja malah cuti rasmi yang rencam di Malaysia juga sudah cukup menjelaskan kita tidak mampu mencapai perpaduan untuk menjadi satu.
- Jadi perpaduan yang kita idamkan adalah satu retorik semata mata. l;atar sejarah menjadikan rakyat kita rencam. Bukan sahaja sejarahnya berbeza, agama, bahasa, budaya, cara berfikir malah sifat sifat kemasyarakatannya juga berbeza antara Melayu, Cina, Indoia, Iban, Dusun dan sebagainya. Nyatalah kita tidak sama. Kita tidak ada keupayaan untuk mencapai perpaduan (menjadi satu) kerana kita tidak mahu atau bersedia untuk berkorban apa yang kita miliki sebagai identiti kita semata mata untuk perpaduan.
- Orang Melayu mahu kekal dalam alamnya, begitu juga Cina, India atau sebagainya. Kerencaman ini adalah realiti sosial masyarakat Malaysia. Kerencaman ini sekaligus membuktikan usaha usaha untuk menjadi perpaduan sebagai satu agenda yang ingin dicapai itu satu impian semata mata.
- Jika kita tidak boleh mencapai perpaduan, apa yang boleh kita katakan tentang rakyat Malaysia. jawapnya kita di Malaysia mempunyai cara lain selain menjadi satu (perpaduan). Kita mempunyai sifat hidup bersama secara berakomodasi (kekal dalam alam/budaya masing masing tetapi bersedia bertolak ansur dan menghormati alam/budaya kumpulan lain).
- Maka keupayaan untuk saling menghormati dan bertolak ansur ini yang sedang kita amalkan sekarang. Selagi mana sifat dan rasa hormat menjadi teras maka selagi itulah keamanan dinikmati oleh semua. Inilah RAHSIA yang perlu diketahui oleh semua rakyat kita di negara ini. Budaya menghormati dan bersedia untuk bertolak ansur dengan kepelbagaian ini.
- Di dalam keadaan kita semua hidup bersama, pasti akan timbul kontradiksi. pasti akan sekali sekala berlaku perbezaan pandangan, tindanlapis pendapat serta pertentangan idea. Oleh itu, kita harus menggalakan lebih banyak program "penyatupaduan" bukan untuk tujuan membina perpaduan yang satu tetapi membina kesepaduan yang menraikan kerencaman.
- Maka semua rakyat malaysia harus diberikan ilmu, pendidikan dan sejarah berkaitan kepelbagaian etnik agama, kelas sosial, bahasa dan sebagainya. perlaksanaan kelas bahasa mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan adalah satu contoh baik bagaiman usaha ini dilaksanakan.
- Perbincangan perbandingan agama di IPT juga adalah satu usaha yang seharusnya digalakkan. Begitu juga program silang budaya antara kaum dan etnik. Anak anak kita perlukan didikan tentang hal ini.
- Pendidikan ini bukan sekadar di bilik darjah. Pendidikan ini juga datangnya dari perilaku pemimpin politik negara. Sejauh mana ahli politik kita faham makna toleransi dan tolak ansur. Faham erti saling menghormati dan meraikan kepelbagaian ini. pendidikan juga datang dari media, dari ibubapa, dari guru dan dari ahli masyarakat yang lebih dewasa.
- Maka dalam keinginan mencapai kehidupan bersama, kita sudah lebih 50 tahun telah tersalah memahaminya. hari ini kita harus mulakan dengan memberikan makna yang tepat kepada sasaran kita..sebenarnya bukan perpaduan untuk menjadi satu tetapi kesepaduan meraikan kerencaman.
26 January, 2014
PERPADUAN IDAMAN RAKYAT MALAYSIA
18 January, 2014
Sistem Nilai Dan Budaya Hidup Dalam Kampus Universiti
Universiti adalah gedung ilmu. Itulah mantra yang selalu kita dengar sejak kita kecil. Kita digambarkan bahawa universiti tempat terhimpunnya segala maklumat, laporan, buku, dokumen, tenaga pemikir dan ahli dalam pelbagai bidang ilmu. Jika ingin menjadi bijak pandai, tempatnya ialah di universiti.
Di universitilah, kita diberikan keyakinan sejak dahulu bahawa kita akan menjadi seorang yang pandai. Mantra ini kekal dalam pemikiran kita, malah menjadi mantra mustajab kepada mereka yang tidak berpeluang belajar di universiti. Ibubapa yang tidak berpeluang belajar di universiti sentiasa bercita cita anak anak mereka akan belajar di universiti.
Kita juga diberikan kepercayaan bahawa seseorang yang tamat pengajian dan keluar dari universiti akan hebat pemikirannya. Kita juga telah diberikan kepercayaan bahawa hasil penguasaan ilmu dalam pengajian di universiti, mereka ini pasti akan hebat perilaku dan adabnya, hebat emosinya serta hebat sahsiahnya.
Tetapi apabila perkara sebaliknya berlaku, bila sahsiah, perilaku dan pemikiran seseorang graduan universiti tidak lagi sehebat mantra yang selalu kita didengarkan, kita mula tertanya-tanya dan mencurigai apakah ilmu yang dipelajari menjadi.
Bila ada graduan universiti yang terlibat dengan rasuah, perilaku tidak bermoral dan ketirisan nilai murni dalam kehidupan beragama, kita jadi keliru. Apa sudah jadi dengan ilmu yang dipelajari di universiti.
Di barat, sejak awal abad ke 17, hal ini telah dibangkitkan. Khususnya selepas berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Mereka di barat juga telah melalui kekeliruan yang sama malah masih berlaku sehingga hari ini, mereka masih dalam kekaburan. Kita juga sama. Bila apa yang kita diyakinkan dan diberikan kepercayaan, tetapi yang berlaku sebaliknya. Kita juga jadi keliru. Bagaimana untuk kita memahami kekeliruan ini? malah lebih besar, bagaimana kita dapat menyelesaikan isu ini?
Salah satu yang sering ditegaskan ialah sesebuah universiti perlu beri keutamaan untuk bangunkan, kukuhkan dan amalkan sepenuhnya satu sistem nilai tinggi dalam hidup masyarakat kampus. Sistem nilai ini harus merentas semua kumpulan warga kampus. Dari pengurusan tertinggi hinggalah kepada yang terendah. Para pengurus universiti, ahli akademik, kakitangan pentadbiran, pekerja pekerja universiti, para pelajar dan para pelawat yang mengunjungi universiti.
Apakah sistem nilai tinggi? Paling mudah difahami ialah kehidupan yang menghormati fitrah. Sistem nilai tinggi meletakkan fitrah sebagai asas keputusan dan pengamalan. Misalnya, fitrah manusia suka pada kebersihan, bersederhana, cintakan keamanan, keadilan, menjunjung amanah, menghormati manusia lain dan seumpamanya. Secara kolektif, kita harus bersama untuk melaksanakan pendidikan kepada warga kampus untuk kembali kepada fitrah?
Ambil satu contoh mudah. Buang sampah ke dalam tong sampah adalah fitrah manusia yang sukakan kebersihan. Di universiti perilaku ini tidak perlu kepada papan tanda "Sila Buang sampah di dalam Tong sampah" sebagaimana adanya papantanda di luar kampus. Manusia kampus wajib di didik dan mengamalkan sistem nilai tinggi. Mereka dididik supaya tidak buang sampah merata rata bukan kerana adanya peraturan universiti yang berkata demikian tetapi kerana fitrah. kerana sifat manusia yang mempunyai sistem nilai tinggi sukakan kebersihan. begitu juga dengan pembaziran. Hari ini banyak bilik kuliah, bilik pelajar di kolej, hatta bilik bilik persyarah yang terbiar lampu terpasang dan penghawa dingin tidak dihentikan walaupun tiada penghuni di dalam bilik (termasuklah terpasang walaupun tanpa penghuni sepanjang cuti hujung minggu). Hakikatnya Fitrah manusia tidak suka kepada pembaziran. Tetapi budaya pembaziran tetap berlaku.
Banyak lagi (sebenarnya tersangat banyak) contoh contoh perlunya ditingkatkan usaha warga kampus mengamalkan sistem nilai tinggi ini (bukan sekadar membawa maksud budaya makan beradab atau memakai pakai mengikut kesesuaian majlis sahaja).
Mematuhi peraturan jalanraya, menghormati perbezaan pandangan, meraikan majlis ilmu, keinginan meningkatkan kemahiran, menghormati pelanggan di kaunter perkhidmatan, tidak melakukan vandalisme terhadap harta universiti (buku perpustakaan, perabot bilik kediaman dan seumpamanya).
Itulah bezanya antara nilai nilai hidup di kampus universiti dengan persekitaran di kilang, pasaraya atau sebagainya. Universiti meletakkan nilai ilmu dalam pengamalan melalui sistem nilai tingginya.
Di universiti kita diajar menghormati seseorang kerana ilmunya, bukan kerana pangkat atau kekayaan. Di universiti kita diajar boleh berbeza pandangan, tetapi mencintai perbezaan tersebut. Tidak membenci atau berdendam dengan sesiapa pun yang berpandangan berbeza dengan kita. Di universiti kita diajar mencintai majlis ilmu, bukan majlis hiburan yang berlebihan.
Di universiti kita akan melihat semua orang sibuk membaca, berbincang di mana mana. Kita akan lihat semua orang sibuk menulis, merekacipta dan menjalankan inovasi. Semua orang saling bantu membantu, lengkap melengkapi untuk menyokong usaha orang lain.
Sehingga tibanya waktu itu, dimana ilmu menjadi tunggak sistem nilai tinggi, kita di universiti tidak lebih dari sebuah kilang pengeluar 'barangan' yang bernama graduan.

08 January, 2014
Graduan UKM: Bersediakah Untuk Berkata "Saya Masih Belum Bekerja?"
Beberapa hari lalu saya menerima senaskah Laporan Kajian Pengesanan Graduan UKM 2012. Dokumen ini adalah laporan tahunan yang diterbitkan oleh Pejabat Perhubungan Alumni UKM. Seingat saya, laporan ini bermula pada tahun 2007 ketika rakan saya Prof Madya Dr Ramli Omar (sekarang pengetua KAB) memegang amanah sebagai Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM yang pertama. Sejak itu, setiap tahun laporan ini akan dikeluarkan. Pada setiap tahun juga saya meneliti dan membaca laporan ini secara terperinci.
Apakah yang sepatutnya berlaku selepas dokumen ini dikeluarkan? Pada saya semua pihak di UKM khususnya fakulti dan kolej, perlu mengambil data data ini untuk dianalisis serta dicari jalan penyelesaian bagi beberapa isu yang ditimbulkan. Tetapi seingat saya, hal ini tidak pernah berlaku. Maksud saya secara konsisten pada setiap tahun. Tiada siapa pun peduli akan peri pentingnya dokumen ini.
Pada saya, dokumen Laporan Kajian Pengesanan Graduan UKM ini penting kerana ialah adalah input menyeluruh yang diperolehi dari semua pelajar yang bersedia untuk berkonvokesyen. Jumlah responden sangat besar iaitu seramai 6,789 orang. Mereka selaku graduan UKM 2012 telah memberikan input untuk digunakan bagi meningkatkan kualiti graduan selepas mereka.
Paling menarik untuk diteliti dalam dokumen ini ialah kadar graduan UKM 2012 yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian di UKM. Sebagai satu perbandingan, pada 2011, kadar graduan yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian di UKM ialah 62.21%. malangnya, kadar ini menurun pada 2012 kepada hanya 58.58%. Dan jika ditolak pelajar siswazah (PhD dan sarjana), peratus pra-siswazah yang telah bekerja dalam tempoh enam bulan selepas graduan jauh lebih rendah iaitu hanya 50.56%.
Maknanya, hanya separuh sahaja graduan prasiswazah UKM yang bergraduan pada 2012 telah bekerja selepas enam bulan tamat pengajian, dan peratus graduan prasiswazah wanita yang tidak bekerja jauh lebih besar berbanding graduan lelaki.
Jika kita tolak graduan bidang pengajian kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian, kadar yang telah bekerja dari bidang sains sosial, pendidikan, sains, teknikal dan teknologi maklumat jauh lebih rendah lagi.
Satu perkara yang agak unik ialah bila diteliti status responden yang telah bekerja dengan tahap pencapaian akademik (di mukasurat 24 laporan), kita akan dapati bilangan pelajar yang berpencapaian rendah (PNGK 2.00-2.49) lebih ramai yang telah bekerja berbanding yang berpencapaian tinggi (3.67-4.00) atau (73.94% berbanding 43.82%)!
Jika angka dan kadar ini benar, dan jika responden memberikan input yang tepat, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di sini! Bagaimana pula pelajar yang berprestasi rendah lebih ramai yang telah bekerja berbanding dengan pelajar yang berpencapaian tinggi? Atau sememangnya begitu?
Saya tidak percaya bahawa yang berpencapaian rendah telah memperolehi pekerjaan di bawah kelayakan akademik kerana data jenis pekerjaan (ms 31) menunjukkan 71.6% yang bekerja adalah dalam kategori profesional dan 68% graduan telah memperolehi gaji/pendapatan bulanan antara RM2000-RM5000.

Apa pun, paling utama kita kena akui prestasi kebolehpasaran graduan UKM masih kurang memberansangkan. Dengan kadar kebolehkerjaan hanya 50.56%, warga UKM khususnya pelajar harus mempunyai perancangan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini.
Sebagai satu perbandingan, kadar kebolehpekerjaan graduan peringkat kebangsaan berdasarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan IPT 2010 oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi ialah 72%, dengan UTP di Tronoh mencatat kadar tertinggi iaitu 92% graduannya bekerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
UKM perlukan lebih banyak perancangan untuk menjana kebolehpasaran mahasiswanya. Isu komunikasi dalam bahasa Inggeris masih dianggap isu paling utama. Selain itu kurangnya jaringan dengan pihak majikan semasa tempoh pengajian juga menjadi cabaran pada pelajar UKM.
Bagaimana dengan program keusahawanan? Saya punya pandangan yang berbeza. Pada saya, tidak semua pelajar minat dengan keusahawanan. Keusahawanan bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang. Oleh itu program keusahawanan bukanlah penyelesaian jitu dalam mengekang isu kebolehpasran mahasiswa. ia sekadar satu sokongan atau alternatif semata mata.
Maka isu pemantapan bahasa kedua (bahasa Inggeris), isu membina jaringan dengan bakal bakal majikan seawal memulakan pengajian di UKM dan juga keupayaan menguruskan kemahiran melalui program pembangunan diri mesti diperhebatkan oleh para pelajar UKM.
Tanpa menafikan isu kebolehparasan juga ditentukan oleh prestasi ekonomi negara. Jika di era ekonomi berkembang dengan pesat, kadar kebolehpasaran meningkat begitu tinggi kerana pasaran kerja yang terbuka luas. Jika ekonomi menguncup dasn meleset, sebaliknya akan berlaku.
Apapun, persediana untuk bersaing mendapat pekerjaan mestilah bermula dari sekarang. Jika anda sebagai pelajar UKM tidak lakukan sekarang, anda perlu bersedia untuk mengisi ruang "Masih Tidak Bekerja" di dalam borang Kajian Pengesanan Graduan apabila anda berkonvo nanti. Apakah anda ada pilihan lain? Saya yakin pastinya tidak ada...
05 January, 2014
MPP UKM: Di mana anda?
Petang semalam, seorang pelajar kolej Ibu Zain bertanya mengapa saya sudah lama tidak menulis di blog. Ada juga saya terima pm di FB dari pelajar bertanya soalan yang sama. Betul, hampir dua bulan saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan tidak sepatutnya jadi alasan, tetapi itulah hakikatnya.
Saya tetap akan terus menulis, bergantung pada keadaan dan masa yang sesuai. Apapun, ini tidak menjadi keutamaan untuk saya sentiasa menulis di ruangan ini. Apatah lagi audien blog ini hampir semuanya berada di UKM sahaja. Apa yang saya tulis sememangnya telah diketahui oleh semua.
Cuma kali ini ada sedikit keinginan untuk saya menulis tentang MPP UKM yang dah dua bulan menang besar di PRK UKM. Mereka pun sudah hampir sebulan dilantik secara rasminya sebagai pemegang amanah memimpin pelajar UKM.
Usia perkhidmatan sebagai MPP ini sebenarnya agak pendek. Malah lebih pendek berbanding tempoh perkhidmatan sebagai MEP di kolej, Majlis Tertinggi persatuan anak negeri atau persatuan di fakulti. Oleh itu, setiap masa yang berlalu tanpa sebagai agenda atau aktiviti oleh MPP UKM tentunya merugikan pelajar secara keseluruhannya.
UKM membelanjakan kewangan yang besar dalam mengujudkan MPP UKM. Kos latihan, bayaran elaun petugas, kos percetakan poster dan kertas undi, kos makan petugas di hari pemilihan, kos penangguhan kuliah dan sebagainya. Kos ini walupun besar dilihat tidak sebesar usaha membina pemimpin muda dari UKM.
Kos yang besar ini (datangnya dari peruntukan untuk pembangunan pelajar UKM) diharapkan berbaloi bila semua MPP yang berjaya terpilih melaksanakan tugasan mereka dengan cemerlang.
Sebagai contoh mereka di kalangan MPP secara segera patut mengambil peranan menjadi suara pelajar untuk mengusulkan agenda penting untuk kebajikan pelajar. Adalah penting suara pelajar sampai ke pihak pengurusan untuk membantu pihak pengurusan UKM mengutamakan yang utama sebelum yang lain. Dengan suara suara yang datang dari MPP sebagai suara pelajar terbanyak, tentunya suara suara ini menjadi keutamaaan pada pihak pengurusan UKM.
Tentunya dengan cara beradab dan berhikmah, bukan dengan cara berdemontarsi atau menimbulkan pertelagahan kerana ingin menjadi 'juara' di mata pelajar' semata mata. yang penting agenda dapat dibincang secara baik, harmoni dan mencapai jalan penyelesaian.
Mungkin saya terlepas pandang, tetapi saya sejak dua bulan yang lalu tidak nampak adanya usaha usaha besar yang sedang berlaku di MPP UKM. Apa yang sedang mereka usahakan? Apa agenda utama yang ingin di kongsi dengan masyarakat pelajar di kampus UKM (selain pembentangan kertas dasar presiden yang telah diminta dibuat penambahbaikan)?
Dengarnya memang ada usaha usaha kecil seperti mengumpulkan aduan kerosakan di sana sini, begitu juga ada perjumpaan perjumpaan kecil untuk membincangkan isu isu pelajar di sana sini.
Saya fikir menjadi MPP UKM perlu ada gagasan yang lebih besar. betul, soal kebajikan soal utama. Soal air, jalan berlubang, lampu jalan, makanan kafe mahal, kemudahan sukan dan puluhan masalah lain memang penting, tetapi jangan sampai MPP UKM hilang fokus sehingga meninggalkan agenda yang lebih memerlukan mereka.
UKM sudah mempunyai sistem aduan yang baik. samada MPP UKM kumpul aduan atau tidak, pelajar akan tetap membuat aduan terus pada pengurusan. Cumanya bila aduan yang tidak diambil tindakan dalam satu tempoh yang munasabah ingin diajukan, MPP sampaikanlah pada pengurusan tertinggi.
Tetapi itu sajakah tugasan sebagai seoarang MPP di sebuah universiti yang terkehadapan seperti UKM? Atau masih banyak agenda yang perlu diperjuangkan?
Bagaimana MPPUKM melihat isu antarabangsa? Isu nasional? dan isu kemasyarakatan? Sekadar melaung? berdemonstrasi dan lawatan ke kampung kampung sahaja? Atau perlukan satu agenda yang menjenamakan usaha MPP UKM secara total?
Bagaimana dengan soal Islam dan kemajmukan masyarakat? Siapa di UKM yang mendepani isu Kalimah Allah? Jika berdiam diri, apakah teraju MPP UKM juga setuju kalimah Allah digunakan oleh semua agama? Bagaimana dengan Isu jenayah? Isu penguncupan ekonomi negara? Isu pengangguran graduan? Isu Comango?
MPP sudah terlepas tempoh masa dua bulan sejak selesai PRK untuk memberikan khidmat mereka. Tinggal lagi 10 bulan. Setelah di tolak cuti semester (sebulan), gabungan cuti cuti perayaan 2014 (sebulan), cuti sesi (dua bulan), minggu mingu peperiksaan di sem 1 dan sem 2 (sebulan), hanya tinggal lagi 5 bulan sahaja untuk MPP UKM memberikan perkhidmatan pada pelajar.
Melihatkan senario semasa, apakah akan berlaku dimana sesi ini menjadi sesi yang paling 'perlahan' pergerakan MPPUKM. Sehingga hari ini, masih belum ada apa apa yang berlaku secara konstruktif oleh mereka. Sekadar satu dua program ceramah oleh penceramah luar. Belum ada agenda besar untuk membawa perubahan kepada pengembangan budaya tinggi di dalam masyarakat UKM.
Agenda pemupukan budaya ilmu belum ada, agenda budaya hidup sihat juga belum kelihatan, agenda pejenamaan pelajar UKM juga masih kabur. Apatah lagi agenda MPP UKM dalam menjayakan pengembangan aspirasi UKM di peringkat antarabangsa.
Jika isu kebajikan yang sudah menjadi rutin belum terencana, apa yang dapat pelajar UKM harapkan untuk MPPUKM menjayakan agenda besar membawa UKM di persada yang lebih tinggi.
Dengan desakan masa serta tuntutan bebanan akademik, setiap MPP UKM perlu merancang dengan baik perkhidmatan mereka. Jika tidak, semuanya akan jadi sia-sia sahaja....Ini satu cabaran yang seharusnya diambil peduli oleh semua MPP UKM...jangan sampai semakin ramai pelajar bertanya "MPP UKM: Di mana anda? Untuk dua minggu ini, jawapan paling selamat.."Sekarang minggu peperiksaan di UKM", tetapi apa yang akan dijawab bila semester 2 di buka nanti?
Subscribe to:
Posts (Atom)