TREND pencapaian pelajar sekolah di Malaysia dalam pencapaian Sains, Matematik (TIMSS) dan literasi (PISA) di peringkat global semakin merudum (1999-2011). Anehnya perbelanjaan dan pelaburan per kapita pendidikan Malaysia semakin meningkat.
Dalam bahasa yang mudah, pelaburan yang semakin tinggi dalam pendidikan masih belum menghasilkan pulangan yang terbaik. Seperti ada yang tidak kena dan harus diperbaiki segera oleh pihak kerajaan dalam menguruskan peruntukan pendidikan negara.
Ironinya, ada negara yang setara KDNK dengan Malaysia di mana peruntukan per kapita pendidikan lebih rendah dari Malaysia, mereka lebih berjaya meningkatkan kualiti pencapaian di peringkat global.
Maksudnya, jumlah pelaburan tinggi yang dikeluarkan tetapi pencapaian pelajar kita masih belum berjaya seperti yang diharapkan, apakah ini memberikan isyarat bahawa peruntukan pendidikan yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan prestasi pelajar, telah kita gunakan untuk tujuan tujuan yang lebih bersifat 'aksesori dan ceremonial ' dalam menjayakan pendidikan negara...
Apakah dengan kualiti pendidikan sedia ada, graduan kita bersedia bersaing di peringkat global? Jika dapatan dari kajian JOBSTREET diteliti, hati saya semakin bimbang dan menjadi tidak tenang...
(Ini merupakan rumusan pembentangan pelajar sarjana saya dalam kursus Isu-isu Pendidikan di Malaysia. Terima kasih buat Salwa Awang, Rozeha Harun dan Nor Haslinda Hashim)