Kali ini saya benar benar teruja dengan komitmen pelajar di IZISH. Jika sebelum ini saya sentiasa membimbing secara dekat setiap program 'besar' di IZISH, kali ini saya hampir 'melepaskan' para pelajar untuk bergerak dalam ruang yang seluas luasnya untuk mereka beraktiviti. Kesibukan sebagai Pengarah ISC (sehingga 28 Februari 2012), seterusnya mengambil cuti panjang kerana mengerjakan Umrah bersama keluarga pada bulan Mac 2012, menuntut para pimpinan program Hak Asasi Manusia (HAM) IZISH bergerak sendirian dengan bimbingan para felo penasihat. Begitu juga dengan beberapa program lain besar yang lain seperti team FESKIB (Festival Kebudayaan) yang menjadi acara tahunan di IZISH.
Alhamdullilah, Feskib dan HAM berjalan dengan lancar dan memberansangkan. Selain berjaya mendidik warga Ibu Zain dan warga UKM tentang perjuangan Palestin menentang kekejaman Israel Zoinis, HAM juga berjaya mengumpul dana lebih RM 14,000 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin khususnya untuk membangunkan pendidikan anak anak mereka.
Dana RM 14,000 sepenuhnya diusahakan oleh pelajar kolej! Tahniah. Diteliti kembali program pelajar di UKM sepanjang sesi ini, inilah kali pertama pelajar berjaya mengumpulkan dana sebanyak itu tanpa sedikitpun mengharapkan sumbangan pihak berkuasa UKM. Tahniah sekali lagi.
Satu lagi yang paling menarik ialah penghasilan dokumen resolusi untuk menjayakan pendidikan anak-anak Palestin. Sebanyak 10 buah IPTA turut serta dalam menghasilkan resolusi hasil round table meeting di bilik Senat. Semuanya diuruskan oleh pelajar IZISH dalam projek HAM, semuanya idea pelajar dan mendapat sokongan penuh dari pelajar. Insyallah resolusi ini akan sentiasa mendapat sokongan saya sebagai pengetua kolej. Malah berharap dibengkelkan secara teliti resolusi ini untuk menyediakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.
Buat semua AJK yang diketua oleh sdr Khalid Jimat dan Sdr Abdillah, semoga usaha murni penuh barakah ini diteruskan pada masa depan. pada team felo yang membantu, sekalung terima kasih daripada saya. Pada penderma, peserta program dan penyokong aktiviti kolej, percayalah usaha anda pasti akan membuahkan hasil nanti. Marilah kita berdoa dengan bersungguh sungguh pada Allah s.w.t agar diizinkanNya kewujudan sebuah negara bangsa Palestin yang merdeka dan berdaulat...
Tinggal lagi kita merasa gusar, mana pergi kepimpinan tertinggi pelajar dalam menganjurkan program yang berimpak tinggi di UKM? Isu Palestin sepatutnya mendapat tempat di Biro Antarabangsa PMUKM. Bukan sekadar ceramah sejam dua semata-mata tetapi usaha yang kukuh dalam membantu saudara se agama di Palestin yang berjihad menentang Yahudi Zionis laknatullah. Atau mungkin PMUKM sudah pun menganjurkan program sebegini yang ramai tidak ketahui. Mungkin juga kerana program sebaik ini hanya dianjurkan dalam kelompok mereka sahaja. Atau mungkin juga PMUKM sudah ada rancangan program seumpama ini pada masa yang terdekat.
Apa pun pastinya tak cukup untuk mana-mana juga pemimpin pelajar di UKM sekadar berkata 'kasihan' atau mengeleng-geleng kepala sambil menunjukkan wajah sayu ketika menonton kekejaman Yahudi di Youtube sahaja. Hiba sekejap, beberapa ketika kemudian lupa penderitaan warga Palestin.
Mahasiswa UKM harus bangun menyatakan kebenaran, memperjuangkan hak asasi umat Islam dan menentang dengan upaya yang ada terhadap Yahudi laknatullah (musuh Allah), pimpinan mahasiswa harus bangun berjuang dengan apa juga cara yang ada. Itu baru namanya pemimpin mahasiswa, lebih lebih lagi di sebuah universiti yang satu-satunya bertaraf kebangsaan di negara ini...