1.Seluruh kampus menjadi heboh bila ada khabar bertiup kencang bahawa PRK 2012 akan diadakan pada bulan September depan. Pihak Menteri KPT awal awal lagi telahpun keluarkan kenyataan bahawa urusan penentuan pilihanraya adalah dibawah kuasa universiti masing masing.
2.Dikhabarkan juga beberapa buah universiti nampaknya telah bersetuju supaya PRK 2012 diadakan sekitar bulan September nanti. Antara sebabnya ialah untuk disesuaikan dengan kalendar akademik IPTA yang telah berubah sejak tahun lepas. Ada benarnya keputusan ini.
3.Bayangkan kalau PRK masih di bulan Februari seperti tahun tahun yang lalu. Pasti akan ada MPP yang di tahun akhir hanya berfungsi sekitar 2 bulan sahaja sebelum mereka berkonvokesyen.
4.Malah hayat PMU itu juga agak pendek. Sebagai contoh dilantik bulan Mac, berkhidmat mulai bulan April, terhenti kerana minggu peperiksaan, seterusnya bercuti panjang sehingga Ogos. Hanya akan mula semua tugasan rasmi pada bulan September, Oktober, November, Disember dan bercuti lagi untuk cuti semester dan sambung kembali tugas pada bulan Februari . Bulan Mac (antara bulan paling banyak aktiviti dijalankan, MPP akan terpaksa melepaskan jawatan). Maksudnya sekitar enam bulan sahaja PMU akan berkuasa daripada setahun tempoh yg diberikan.
5.Jika cadangan bulan September bermula PMU, maka mereka akan berkuasa pada September hingga Disember (4 bulan) diikuti dengan cuti semester ,seterusnya bertugas kembali secara berterusan dari bulan pertengahan Januari sehingga Jun.Sekitar 9 bulan PMU akan bersama pelajar dikampus. Maka kalendar PMU adalah lebih baik selari dengan kalendar pengajian. Itu tentunya lebih baik pada perancangan aktiviti PMU itu sendiri.
6. Pun begitu, ada yang awal-awal lagi sudah 'menghadiahkan batu nesan bersaiz 'S' pada YB Menteri Pengajian Tinggi baru baru ini, atas alasan kecewa kerana KPT tidak segera mengadakan piliharaya kampus. Ironinya, kumpulan yang menyerahkan batu nesan bersaiz kecil ini juga dimaklumkan menjadi pendokong dan mewakili kumpulan yang berkuasa di kebanyakkan IPTA.
7.Kalau dulu kumpulan yang sama bersungguh sungguh untuk menang dan menguasai MPP, kali ini mereka juga bersungguh sungguh supaya MPP yang mereka pegang segera dibubarkan, mereka menolak PRK diadakan bulan September walaupun telah dijelaskan rasional penangguhan pilihanraya kampus. Alasannya mudah bagi kalangan kita yang mahu berfikir, mereka ingin sekali supaya PRK tahun ini dijalankan sebelum PRU 2012 dilansungkan. Sebabnya, kalau PRK dijalankan selepas PRU, keberadaan mereka sebagai pemimpin kumpulan 'batu nesan' (maaf kerana perlu memberikan identiti kumpulan sebagai rujukan) sudah tidak relevan lagi.
8.Mereka sebenarnya tidaklah sangat berminat dengan PRK bagi tujuan menjaga kebajikan pelajar Ipta tetapi lebih berhajat untuk dilihat secara individu pemimpin oleh ahli politik di luar sana. Harapannya, jika sudah dilihat bekerja dengan penuh semangat, akan ada peluang untuk diangkat sebagai pimpinan 'kecil' mana mana parti politik bila bergraduan nanti tentunya lebih cerah. Itu strategi mereka, maka kita seharusnya hormati sebagai usaha mereka meningkatkan kebolehpasaran diri. Sekurang kurangnya mereka melakukan sesuatu untuk 'survival' masa depan mereka.
9.Jika asas perjuangan mereka untuk kebajikan pelajar di kampus, tidak begitu sifat dan perlakuan mereka. Biar bila atau bulan berapa pun PRK diadakan, mereka akan boleh menerimanya kerana fokus mereka adalah demi kebaikan pelajar. Malah mereka boleh berbincang dan memberikan pandangan pada pihak pentadbiran universiti masing masing jika mereka mempunyai idea yang lebih baik. Tinggal lagi rasional yang telah diberikan memang sudah cukup jelas mengapa PRK akan dianjurkan pada bulan September depan.
10.Sebaliknya, kumpulan yang menjadi 'lawan politik' kepada kumpulan batu nesan ini tidak pula menentang penangguhan PRK. Walaupun mereka tahu penangguhan ini menyebabkan kumpulan batu nesan akan mendapat tempoh masa yang lebih panjang berbanding tahun tahun sebelumnya.
11.Misalnya di UKM, PMUKM masih belum dibubarkan walaupun tempoh masanya telah tamat.Tidak pula kedengaran dari pihak 'lawan' politik mereka untuk membuat sebarang bantahan bertulis. Sebaiknya begitulah, mungkin untuk cuba bertolak ansur dalam berpolitik. Harapnya PMUKM akan berterima kasih atas tolak ansur ini. Atau mungkin juga kalangan lawan politik kumpulan batu nesan sendiri juga sudah tidak berminat dengan pilihanraya kampus kerana sibuk dengan pilhanraya umum. Atau mungkin juga mereka 'kaku' dan tidak sedar apa yang sedang berlaku di dalam kampus. Kalau begitu apa salahnya batu nesan bersaiz 'S' yang ditolak oleh Menteri diberikan pada 'pemilik yang baru' ini.