29 March, 2012

Analisis Pencapaian Akademik Pelajar Pra Siswazah IZISH Sem 1 Sesi 2011-2012

Di bawah adalah data berkaitan pencapaian akademik pelajar IZISH. Pada yang berjaya mencatat keputusan yang cemerlang, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Pada yang sederhana, lakukan perubahan terhadap rutin seharian anda agar pencapaian akademik untuk semester ini akan lebih cemerlang. Pada pelajar yang sedar pencapaian akademiknya lemah, SEGERA lakukan perubahan dan mendapat bantuan (dapatkan khidmat nasihat, praktikkan teknik belajar yg berkesan, lakukan pengurusan masa yang lebih cekap). Jika anda masih mengulangi rutin yang anda lakukan di semester yang lepas, anda pasti akan mendapat keputusan yang lemah juga.

Semoga analisis ini membuka minda, membina kesedaran dan bersedia dengan azam untuk lebih bersemangat dalam pengajian di semester ini...Selamat maju jaya.

ANALISIS KEPUTUSAN PRA-SISWAZAH IZISH SEM I SESI 2011/2012

PNGK KESELURUHAN

3.50 – 4.00                =            51     orang
3.30 – 3.49                =            71     orang
3.00 – 3.29                =          131     orang
2.50 – 2.99                =          124     orang
2.00 – 2.49                =            37     orang
0.00 – 1.99                =              9      orang

            Jumlah          =          423     orang


PNGK PELAJAR FEP

3.50 – 4.00           =       12      orang
3.30 – 3.49           =       16      orang
3.00 – 3.29           =       19      orang
2.50 – 2.99           =       28      orang
2.00 – 2.49           =       12      orang
0.00 – 1.99           =         6     orang

         Jumlah      =       93      orang


PNGK PELAJAR FPEND

3.50 – 4.00           =         2     orang
3.30 – 3.49           =         5     orang
3.00 – 3.29           =         3     orang
2.50 – 2.99           =         5     orang
2.00 – 2.49           =         2     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       17      orang


PNGK PELAJAR FKAB

3.50 – 4.00           =         5     orang
3.30 – 3.49           =         6     orang
3.00 – 3.29           =       12      orang
2.50 – 2.99           =       14      orang
2.00 – 2.49           =         5     orang
0.00 – 1.99           =         1     orang

         Jumlah      =       43      orang


PNGK PELAJAR FPI

3.50 – 4.00           =         4     orang
3.30 – 3.49           =       11      orang
3.00 – 3.29           =       17      orang
2.50 – 2.99           =         4     orang
2.00 – 2.49           =         0     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       36      orang


PNGK PELAJAR FSSK

3.50 – 4.00           =       10      orang
3.30 – 3.49           =       17      orang
3.00 – 3.29           =       27      orang
2.50 – 2.99           =       13      orang
2.00 – 2.49           =         2     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       69      orang


PNGK PELAJAR FST

3.50 – 4.00           =       14      orang
3.30 – 3.49           =       11      orang
3.00 – 3.29           =       39      orang
2.50 – 2.99           =       49      orang
2.00 – 2.49           =       14      orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       127    orang


PNGK PELAJAR FTSM

3.50 – 4.00           =         4     orang
3.30 – 3.49           =         4     orang
3.00 – 3.29           =         6     orang
2.50 – 2.99           =       10      orang
2.00 – 2.49           =         2     orang
0.00 – 1.99           =         2     orang

         Jumlah      =       28      orang


PNGK PELAJAR FUU

3.50 – 4.00           =       0       orang
3.30 – 3.49           =       1       orang
3.00 – 3.29           =       8       orang
2.50 – 2.99           =       1       orang
2.00 – 2.49           =       0       orang
0.00 – 1.99           =       0       orang

         Jumlah      =       10      orang


PNGS KESELURUHAN 

3.50 – 4.00           =       81      orang
3.30 – 3.49           =       66      orang
3.00 – 3.29           =       110    orang
2.50 – 2.99           =       116    orang
2.00 – 2.49           =       36      orang
0.00 – 1.99           =       14      orang

         Jumlah      =       423    orang


PNGS PELAJAR FEP

3.50 – 4.00           =       19      orang
3.30 – 3.49           =       13      orang
3.00 – 3.29           =       21      orang
2.50 – 2.99           =       22      orang
2.00 – 2.49           =       11      orang
0.00 – 1.99           =         7     orang

         Jumlah      =       93      orang


PNGS PELAJAR FPEND

3.50 – 4.00           =       3       orang
3.30 – 3.49           =       5       orang
3.00 – 3.29           =       4       orang
2.50 – 2.99           =       3       orang
2.00 – 2.49           =       2       orang
0.00 – 1.99           =       0       orang

         Jumlah      =       17      orang


PNGS PELAJAR FKAB

3.50 – 4.00           =         9     orang
3.30 – 3.49           =         4     orang
3.00 – 3.29           =       10      orang
2.50 – 2.99           =       15      orang
2.00 – 2.49           =         4     orang
0.00 – 1.99           =         1     orang

         Jumlah      =       43      orang

PNGS PELAJAR FPI

3.50 – 4.00           =         9     orang
3.30 – 3.49           =       10      orang
3.00 – 3.29           =       11      orang
2.50 – 2.99           =         6     orang
2.00 – 2.49           =         0     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       36      orang

PNGS PELAJAR FSSK

3.50 – 4.00           =       21      orang
3.30 – 3.49           =       13      orang
3.00 – 3.29           =       21      orang
2.50 – 2.99           =       12      orang
2.00 – 2.49           =         2     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       69      orang

PNGS PELAJAR FST

3.50 – 4.00           =       15      orang
3.30 – 3.49           =       15      orang
3.00 – 3.29           =       32      orang
2.50 – 2.99           =       45      orang
2.00 – 2.49           =       16      orang
0.00 – 1.99           =         4     orang

         Jumlah      =       127    orang

PNGS PELAJAR FTSM

3.50 – 4.00           =         5     orang
3.30 – 3.49           =         5     orang
3.00 – 3.29           =         6     orang
2.50 – 2.99           =         9     orang
2.00 – 2.49           =         1     orang 
0.00 – 1.99           =         2     orang

         Jumlah      =       28      orang

PNGS PELAJAR FUU

3.50 – 4.00           =         0     orang
3.30 – 3.49           =         1     orang
3.00 – 3.29           =         5     orang
2.50 – 2.99           =         4     orang
2.00 – 2.49           =         0     orang
0.00 – 1.99           =         0     orang

         Jumlah      =       10      orang

** Terima kasih Sdr Chang Ee, Felo IZISH yang membantu saya menyediakan analisa ini untuk rujukan dan makluman para pelajar IZISH.

27 March, 2012

Lagi Lagi Pasal LC...

Hari ini seorang pelajar datang berjumpa saya untuk meminta pendapat kerana beliau ingin menggugurkan kursus pembangunan diri yang dilaksanakan berasaskan Kontrak Pembelajaran (LC). Bila saya tanya mengapa baru sekarang, di minggu yang ke enam semester berjalan. Jawabnya, "beban akademik semester ini sangat berat".

Bila saya cadangkan mungkin beliau boleh menilai serta menyusun semula keutamaan dalam rutin seharian beliau supaya masalah ini dapat diselesaikan, beliau terdiam. Beberapa ketika kemudian beliau bersuara " sebenarnya saya tak minat dengan pensyarah kursus Pembangunan Diri". Beliau namakan pensyarah berkenaan. Tapi biarlah saya rahsiakan.

"Mengapa?" soal saya. Mulalah beliau bercerita panjang. "Kami sebenarnya dimaklumkan kursus ini memberikan peluang untuk kami melakukan aktiviti yang kami suka. Seperti yang dilakukan di kolej. Malangnya di dalam kursus pembangunan diri, pensyarah berkenaan telah menetapkan apa yang kami kena lakukan. Sebab itu bidang kepakaran beliau. Beliau tak kisah samada kami suka atau tidak dengan aktiviti tersebut. Beliau juga tak benarkan kami tukar aktiviti selain dari apa yang beliau berikan"ujar pelajar tersebut.

Sekarang baru saya faham. Rupanya ada juga ahli akademik yang tidak menghayati konsep kontrak pembelajaran yang sedang dianjurkan oleh universiti. Mereka kekal dalam bentuk dan cara lama. Masuk kelas, beri kuliah, beri beban tugas, dan akhirnya beri markah.

Dalam menjayakan pendidikan, insan pelajar yang paling utama, kemudian barulah isi kandungan pengajaran. Jika seorang pensyarah tidak boleh atau tidak mampu memahami jiwa, keperluan, keinginan, kesukaan serta apakah kebencian yang ada pada pelajar, mereka sebenarnya sudah GAGAL sebelum berjuang. Kenali dan rasai dulu hatibudi diri pelajar dengan ihsan, dekati dan kenali kekuatan serta kelemahan pelajar kemudian barulah mula mengajar. Itu yang sepatutnya.

Dalam sekumpulan pelajar, sangat salah kalau pensyarah katakan semuanya adalah sama sahaja. Sememangnya mereka tidak sama. Tidak sama sama sekali. Ada yang bijak bertutur, ada yang pandai menulis, ada yang pandai berfikir dan pula yang pandai melaksanakan arahan. Ada yang malu, ada pula yang yakin diri, ada yang keliru identiti dan ada pula yang suka memanipulasi. Semua ini adalah pelajar. Baik dan buruk yang ada dalam diri mereka itulah sebenarnya yang menjadikan pendidikan sesuatu yang mengujakan. Pada pelajar yang baik, pensyarah harus meningkatkan lagi potensi mereka, pada yang lemah pensyarah juga yang harus memberikan 'ubatnya'.

Saya tak pasti berapa ramai pensyarah yang tidak baik, tetapi saya kenal dengan ramai pensyarah yang sangat baik pada pelajar.

Lalu saya katakan pada pelajar berkenaan "anda sudah dewasa, anda sudah tahu apa yang baik untuk kemajuan anda, jika anda rasa pensyarah berkenaan tidak berupaya membantu anda, dengan cara yang baik tinggalkanlah kursusnya... carilah pensyarah lain yang punyai potensi untuk membangunkan diri anda..." Beliau tersenyum. Mungkin sudah merangka-rangka apakah isi kandungan surat permohonan untuk mengugurkan kursus berkenaan.

26 March, 2012

Kisah PRU, PRK dan Batu Nesan bersaiz 'S'...

1.Seluruh kampus menjadi heboh bila ada khabar bertiup kencang bahawa PRK 2012 akan diadakan pada bulan September depan. Pihak Menteri KPT awal awal lagi telahpun keluarkan kenyataan bahawa urusan penentuan pilihanraya adalah dibawah kuasa universiti masing masing.

2.Dikhabarkan juga beberapa buah universiti nampaknya telah bersetuju supaya PRK 2012 diadakan sekitar bulan September nanti. Antara sebabnya ialah untuk disesuaikan dengan kalendar akademik IPTA yang telah berubah sejak tahun lepas. Ada benarnya keputusan ini.

3.Bayangkan kalau PRK masih di bulan Februari seperti tahun tahun yang lalu. Pasti akan ada MPP yang di tahun akhir hanya berfungsi sekitar 2 bulan sahaja sebelum mereka berkonvokesyen.

4.Malah hayat PMU itu juga agak pendek. Sebagai contoh dilantik bulan Mac, berkhidmat mulai bulan April, terhenti kerana minggu peperiksaan, seterusnya bercuti panjang sehingga Ogos. Hanya akan mula semua tugasan rasmi pada bulan September, Oktober, November, Disember dan bercuti lagi untuk cuti semester dan sambung kembali tugas pada bulan Februari . Bulan Mac (antara bulan paling banyak aktiviti dijalankan, MPP akan terpaksa melepaskan jawatan). Maksudnya sekitar enam  bulan sahaja PMU akan berkuasa daripada setahun tempoh yg diberikan.

5.Jika cadangan bulan September bermula PMU, maka mereka akan berkuasa pada September hingga Disember (4 bulan) diikuti dengan cuti semester ,seterusnya bertugas kembali secara berterusan dari bulan pertengahan Januari sehingga Jun.Sekitar 9 bulan PMU akan bersama pelajar dikampus. Maka kalendar PMU adalah lebih baik selari dengan kalendar pengajian. Itu tentunya lebih baik pada perancangan aktiviti PMU itu sendiri.

6. Pun begitu, ada yang awal-awal lagi sudah 'menghadiahkan batu nesan bersaiz 'S' pada YB Menteri Pengajian Tinggi baru baru ini, atas alasan kecewa kerana KPT tidak segera mengadakan piliharaya kampus. Ironinya, kumpulan yang menyerahkan batu nesan bersaiz kecil ini juga dimaklumkan menjadi pendokong dan mewakili kumpulan yang berkuasa di kebanyakkan IPTA.

7.Kalau dulu kumpulan yang sama bersungguh sungguh untuk menang dan menguasai MPP, kali ini mereka juga bersungguh sungguh supaya MPP yang mereka pegang segera dibubarkan, mereka menolak PRK diadakan bulan September walaupun telah dijelaskan rasional penangguhan pilihanraya kampus. Alasannya mudah bagi kalangan kita yang mahu berfikir, mereka ingin sekali supaya PRK tahun ini dijalankan sebelum PRU 2012 dilansungkan. Sebabnya, kalau PRK dijalankan selepas PRU, keberadaan mereka sebagai pemimpin kumpulan 'batu nesan' (maaf kerana perlu memberikan identiti kumpulan sebagai rujukan) sudah tidak relevan lagi.

8.Mereka sebenarnya tidaklah sangat berminat dengan PRK bagi tujuan menjaga kebajikan pelajar Ipta tetapi lebih berhajat untuk dilihat secara individu pemimpin oleh ahli politik di luar sana. Harapannya, jika sudah dilihat bekerja dengan penuh semangat, akan ada peluang untuk diangkat sebagai pimpinan 'kecil' mana mana parti politik bila bergraduan nanti tentunya lebih cerah. Itu strategi mereka, maka kita seharusnya hormati sebagai usaha mereka meningkatkan kebolehpasaran diri. Sekurang kurangnya mereka melakukan sesuatu untuk 'survival' masa depan mereka.

9.Jika  asas perjuangan mereka untuk kebajikan pelajar di kampus, tidak begitu sifat dan perlakuan mereka. Biar bila atau bulan berapa pun PRK diadakan, mereka akan boleh menerimanya kerana fokus mereka adalah demi kebaikan pelajar. Malah mereka boleh berbincang dan memberikan pandangan pada pihak pentadbiran universiti masing masing jika mereka mempunyai idea yang lebih baik. Tinggal lagi rasional yang telah diberikan memang sudah cukup jelas mengapa PRK akan dianjurkan pada bulan September depan.

10.Sebaliknya, kumpulan yang menjadi 'lawan politik' kepada kumpulan batu nesan ini tidak pula menentang penangguhan PRK. Walaupun mereka tahu penangguhan ini menyebabkan kumpulan batu nesan akan mendapat tempoh masa yang lebih panjang berbanding tahun tahun sebelumnya.

11.Misalnya di UKM, PMUKM masih belum dibubarkan walaupun tempoh masanya telah tamat.Tidak pula kedengaran dari pihak 'lawan' politik mereka untuk membuat sebarang bantahan bertulis. Sebaiknya begitulah, mungkin untuk cuba bertolak ansur dalam berpolitik. Harapnya PMUKM akan berterima kasih atas tolak ansur ini. Atau mungkin juga kalangan lawan politik kumpulan batu nesan sendiri juga sudah tidak berminat dengan pilihanraya kampus kerana sibuk dengan pilhanraya umum. Atau mungkin juga mereka 'kaku' dan tidak sedar apa yang sedang berlaku di dalam kampus. Kalau begitu apa salahnya batu nesan bersaiz 'S' yang ditolak oleh Menteri diberikan pada 'pemilik yang baru' ini.

24 March, 2012

Tranformasi Sistem Pendidikan Negara: Mana pandangan pemimpin pelajar UKM?

Sejak dua minggu ini, beberapa kali saya berulang alik dari UKM ke Putrajaya kerana terlibat dalam perbincangan berkaitan Cadangan Tranformasi Sistem Pendidikan Negara yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dan Timbalannya.

Selain berbengkel, 'brain-storming' dan diskusi, pihak akhbar juga semakin sibuk untuk mendapat komentar tentang konsep sistem pendidikan negara yang akan mula digerakkan beberapa tahun lagi.

Sejak merdeka beberapa kali negara kita telah membentuk, mengubah- semula sistem pendidikan kebangsaan. Pada 1956 Laporan Razak dihasilkan setahun sebelum negara merdeka. Pada 1960 pula Laporan Rahman Talib dihasilkan. Diikuti dengan Laporan Kabinet mengenai pelajaran dihasilkan pada 1984. Seterusnya membawa kepada pelaksanaan KBSR dan KBSM dibawah payung Falsafah Pendidikan Negara bagi mengantikan KLSM. Seterusnya diwartakan Akta Pendidikan 1996 dan pelancaran PSPTN di peringkat pengajian tinggi pada 2006. ini hanya sebahagian kecil dari puluhan lagi usaha kerajaan ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Tidak dinafikan juga ada beberapa perkara yang masih kurang diberikan perhatian oleh pihak kerajaan termasuklah membangunkan pendidikan agama Islam yang lebih berkesan serta bantuan kepada kumpulan termiskin mendapat pendidikan yang lebih baik.

Soalnya setelah sekian banyak pembaharuan dalam sistem pendidikan dilakukan, apakah kita masih lagi belum mencapai apa yang diharapkan? Jika diteliti kita tentu yakin bahawa sistem pendidikan negara berada di keadaan yang baik, kalau ada pun kekurangan, boleh sahaja diperbaiki dari masa ke semasa.

Namun bila diukur kualiti di peringkat global, sistem pendidikan yang dikatakan sudah baik ini pada pandangan umum rupanya masih ketinggalan sebenarnya. Negara kita masih dibelakang jika diukur skor daya saing globalnya. Potensi Modal insan negara ini secara keseluruhannya masih di belakang negara seperti Korea Selaran, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Korea Selatan misalnya pada tahun 1968, KDNK setaraf negara kita tetapi pada tahun 2010, KDNK Korea Selatan adalah 12 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia! Salah satu sebabnya ialah potensi sumber manusia yang belum berjaya dikeluarkan dari sistem pendidikan negara. Malah negara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia yang dulunya jauh di belakang negara kita pada tahun tahun 1980an, kini sedang mengejar dengan pantas dari segi keupayaan daya saing dengan negara kita.

Sejak beberapa minggu lalu, pihak kementerian pelajaran telah mewar warkan bahawa tranformasi pendidikan yang akan dilakukan secara besar besaran ini akan mengambil kira pendangan serta input yang diberikan oleh seluruh lapisan rakyat. Sasarannya, sejuta rakyat akan dilibatkan secara langsung dalam beberapa perbincangan peringkat daerah, negeri dan nasional. Malah ketika ini pun sebenarnya telah dimulakan oleh pihak ahli akademik, kesatuan guru guru, PIBG yang menganjurkan program untuk memberikan input kepada pihak KPM dalam bentuk kertas cadangan dan resolusi.

Di UKM, sehingga kini belum ada tanda tanda bahawa pihak kepimpinan pelajar khususnya di peringkat PMUKM akan menganjurkan perbincangan tentang simtem pendidikan kebangsaan dalam usaha memberikan input dari perspektif mahasiswa tentang apakah bentuk tranformasi pendidikan yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan. Misalnya apakah asas utama yang harus ada dalam membina sistem pendidikan negara yang baru. Harus juga diingat bila sesuatu sistem pendidikan baru dibangunkan, hasil sepenuhnya hanya akan mula dinikmati paling awal 15 tahun dari sekarang. Oleh itu input kepimpinan mahasiswa hari ini sebenarnya mewakili pandangan pimpinan negara akan datang kerana mahasiswa hari ini akan berusia sekitar 35-40 tahun ketika sistem pendidikan negara akan matang 15 tahun dari sekarang.
Seharusnya penglibatan pimpinan mahasiswa UKM terkehadapan dalam isu ini sesuai dengan statusnya sebagai sebuah persatuan mahasiswa di sebuah universiti berstatus kebangsaan. Ini bukan kritikan tetapi sebagai satu pandangan ikhlas. Apa salahnya dianjurkan seminar atau perbincangan meja bulat dalam usaha menyatakan pandangan mahasiswa dalam pengubalan sistem pendidikan yang baru. Kalau pimpinan PMUKM tidak bersedia, pimpinan peringkat fakulti, kolej atau persatuan yang lebih kecil harus mengambil inisiatif menganjurkannya.
Jika mahasiswa lantang memperjuangkan penghapusan AUKU, berminat dengan hal politik nasional, tentunya memberikan input membangunkan pendidikan negara penting untuk mahasiswa turut serta.
Sikap mendiamkan diri pemimpin pelajar UKM membawa dua makna. Pertama, akan kelihatan seperti pemimpin mahasiswa hanya berminat dengan politik pecah belah yang berlaku di luar kampus (yang sepatutnya mahasiswa menggerakan idea menganjurkan politik penyatuan bukannya turut dihanyutkan oleh budaya politik luar kampus). Jadi bila dipohon memberikan input berkaitan pendidikan, ekonomi, hubungan kaum, sukan, budaya dan sebagainya mereka tidak menunjukkan minat sebagaimana dengan minat mereka terhadap politik. Kedua, akan kelihatannya pemimpin mahasiswa seperti tidak mempunyai idea untuk mereka kongsi dengan masyarakat dan kerajaan tentang bagaimana untuk menjadikan sistem pendidikan kita lebih baik untuk masa depan. Tentunya lebih mudah kerjanya menurunkan bendera di PWTC jika dibandingkan dengan menganjurkan perbincangan kemahasiswaan yang komprehensif. Alasannya mudah. Bila turunkan bendera satu negara akan kecoh, kalau setakat berbincang dan berseminar tak ramai pun yang tahu. Ironinya, dalam berpolitik sering kita lihat perlakuan mahasiswa berpolitik menjurus kepada tindakan tindakan berbentuk emosi semata mata. Amalan berdikusi, bermusyawarah, saling mencadang secara akademik dan memberikan idea secara aman masih kurang berlaku.Makanya emosi kelihatan lebih kuat pengaruhnya dari akal di kalangan mahasiswa. Jika begitu alasannya apakah akan berlaku pada mahasiswa negara ini seterusnya...

22 March, 2012

Tahniah Buat Team Program Hak Asasi Manusia IZISH

Kali ini saya benar benar teruja dengan komitmen pelajar di IZISH. Jika sebelum ini saya sentiasa membimbing secara dekat setiap program 'besar' di IZISH, kali ini saya hampir 'melepaskan' para pelajar untuk bergerak dalam ruang yang seluas luasnya untuk mereka beraktiviti. Kesibukan sebagai Pengarah ISC (sehingga 28 Februari 2012), seterusnya mengambil cuti panjang kerana mengerjakan Umrah bersama keluarga pada bulan Mac 2012, menuntut para pimpinan program Hak Asasi Manusia (HAM) IZISH bergerak sendirian dengan bimbingan para felo penasihat. Begitu juga dengan beberapa program lain besar yang lain seperti team FESKIB (Festival Kebudayaan) yang menjadi acara tahunan di IZISH.

Alhamdullilah, Feskib dan HAM berjalan dengan lancar dan memberansangkan. Selain berjaya mendidik warga Ibu Zain dan warga UKM tentang perjuangan Palestin menentang kekejaman Israel Zoinis, HAM juga berjaya mengumpul dana lebih RM 14,000 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin khususnya untuk membangunkan pendidikan anak anak mereka.

Dana RM 14,000 sepenuhnya diusahakan oleh pelajar kolej! Tahniah. Diteliti kembali program pelajar di UKM sepanjang sesi ini, inilah kali pertama pelajar berjaya mengumpulkan dana sebanyak itu tanpa sedikitpun mengharapkan sumbangan pihak berkuasa UKM. Tahniah sekali lagi.

Satu lagi yang paling menarik ialah penghasilan dokumen resolusi untuk menjayakan pendidikan anak-anak Palestin. Sebanyak 10 buah IPTA turut serta dalam menghasilkan resolusi hasil round table meeting di bilik Senat. Semuanya diuruskan oleh pelajar IZISH dalam projek HAM, semuanya idea pelajar dan mendapat sokongan penuh dari pelajar. Insyallah resolusi ini akan sentiasa mendapat sokongan saya sebagai pengetua kolej. Malah berharap dibengkelkan secara teliti resolusi ini untuk menyediakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Buat semua AJK yang diketua oleh sdr Khalid Jimat dan Sdr Abdillah, semoga usaha murni penuh barakah ini diteruskan pada masa depan. pada team felo yang membantu, sekalung terima kasih daripada saya. Pada penderma, peserta program dan penyokong aktiviti kolej, percayalah usaha anda pasti akan membuahkan hasil nanti. Marilah kita berdoa dengan bersungguh sungguh pada Allah s.w.t agar diizinkanNya kewujudan sebuah negara bangsa Palestin yang merdeka dan berdaulat...

Tinggal lagi kita merasa gusar, mana pergi kepimpinan tertinggi pelajar dalam menganjurkan program yang berimpak tinggi di UKM? Isu Palestin sepatutnya mendapat tempat di Biro Antarabangsa PMUKM. Bukan sekadar ceramah sejam dua semata-mata tetapi usaha yang kukuh dalam membantu saudara se agama di Palestin yang berjihad menentang Yahudi Zionis laknatullah. Atau mungkin PMUKM sudah pun menganjurkan program sebegini yang ramai tidak ketahui. Mungkin juga kerana program sebaik ini hanya dianjurkan dalam kelompok mereka sahaja. Atau mungkin juga PMUKM sudah ada rancangan program seumpama ini pada masa yang terdekat.

Apa pun pastinya tak cukup untuk mana-mana juga pemimpin pelajar di UKM sekadar berkata 'kasihan' atau mengeleng-geleng kepala sambil menunjukkan wajah sayu ketika menonton kekejaman Yahudi di Youtube sahaja. Hiba sekejap, beberapa ketika kemudian lupa penderitaan warga Palestin.

Mahasiswa UKM harus bangun menyatakan kebenaran, memperjuangkan hak asasi umat Islam dan menentang dengan upaya yang ada terhadap Yahudi laknatullah (musuh Allah), pimpinan mahasiswa harus bangun berjuang dengan apa juga cara yang ada. Itu baru namanya pemimpin mahasiswa, lebih lebih lagi di sebuah universiti yang satu-satunya bertaraf kebangsaan di negara ini...