25 January, 2012

Mengimpikan Penerbitan Maya PMUKM

Mungkin ramai Pelajar UKM yang belum pernah mendengar laman web Project Syndicate sebelum ini. Apatah lagi membaca atau mendaftar sebagai pembaca tetapnya. Web ini mengumpulkan puluhan pakar dalam berbagai bidang khususnya ekonomi dan politik global. Mereka menjadi pusat perbincangan kepada isu isu global masa kini.

Para pakar ini menulis di dalam bidang masing masing, dan kebanyakan tulisan mereka kemudiannya di langgan oleh akhbar akhbar terkenal di seluruh dunia. Di Malaysia, akhbar STAR dan NST merupakan antara pelanggan tetap Project Syndicate.

Saya telah mengikuti web ini agak lama juga, dalam membantu saya untuk memenuhi keinginan menyelami pemikiran 'global thinker' yang kebanyakkannya berpaksi kepada acuan pemikiran post modernism barat. Sekurang kurang ini membantu saya untuk melihat sesungguhnya ISLAM telahpun mempunyai jawapan dan penyelesaian kepada semua isu yang mereka ketengahkan.

Apa yang belum ada ialah masyarakat muslim yang berilmu tinggi, berani dan mempunyai kekuatan sumber dan modal yang dapat digunakan untuk membangunkan politik, ekonomi dan sosial model Islam yang dapat mempengaruhi secara besar besaran segenap masyarakat di seluruh dunia.Usaha ke arah itu sudahpun bermula di beberapa negara termasuk di US sendiri.

Saya harap akan ada ruang lain untuk membincangkan isu ini. Kali ini saya lebih berminat untuk melihat bagaimana idea Project Syndicate dapat digunakan dalam kerangka aktiviti pelajar di UKM.

Kita semua tahu di UKM kini terdapat hampir 25 ribu pelajar. Sepenuh dan separuh masa. Bayangkan 25 ribu itu sebagai satu jumlah yang cukup besar. Bayangkan pula idea, pemikiran dan kuasa perbincangan yang ada pada 25 ribu orang pelajar UKM ini.

Mungkin PMUKM sebagai satu badan yang dianggap induk kepada semua pelajar UKM seharusnya mempunyai aktiviti ala Project Sydicate mereka sendiri. PMUKM boleh menjemput pelajar pelajar UKM yang berminat dengan perkembangan pendidikan negara, kesihatan, kebajikan, ekonomi, budaya dan juga politik untuk sama sama menulis dan membuka idea kepada perbincangan sebagaimana yang dilakukan oleh Project Sydicate.

Konsep majalah maya seperti Project Sydicate ini pasti akan menjadikan PMUKM sebagai satu institusi yang mengalakkan perbincangan yang baik, berhemah dan terbuka untuk dirasai oleh para pelajar di bawah naungannya.

UKM sudah ada Speakers' Corner, tentunya sangat menarik jika PMUKM pula memulakan majalah maya berkonsepkan Project Syndicate. Semoga usaha ini akan memberiakn peluang kepada pelajar yang mempunyai nilai nilai dan budaya intelektual dapat memberikan sumbangan pemikiran dengan cara menulis pula.

Untuk rujukan lanjut sila layari web berikut.

http://www.project-syndicate.org/