Isu (1) yang perlu dijawab oleh GMUKM-PMUKM: KEGAGALAN PESTA KONVO KE-39

ii) Sambutan pelajar ke Pesta Konvokesyen yang hambar. Rata-rata pelajar mempersoalkan mengapa sambutan pelajar untuk Pesta Konvokesyen tahun ini hambar. Selain isu jualan barangan yang seperti pasar malam, program dan pengisian Pesta Konvo ke 39 juga dikatakan gagal menarik sambutan pelajar Cina dan India. Juga di kalangan pelajar antarabangsa. Benarkah begitu?Bagaimanapun arahan menghormati waktu solat telah mendapat sambutan baik dari para pelajar dan pengunjung dan diharapkan berkekalan.
iii) Tiada peluang untuk pelajar bukan Melayu berorganisasi dalam MT Pesta Konvo jelas bila hanya seorang sahaja pelajar Tiong Hua (jawatan yang kurang peranan) dan tiada pelajar India yang dilantik sebagai MT Pesta Konvo sesi ini. Sedangkan semua pelajar tahu Pesta Konvo yang lepas lepas berjaya mendapat penajaan Maxis dan Digi hasil kerja kuat pelajar Tiong Hua. Adakah benar begitu?
Isu (2) yang perlu dijawab oleh ASPIRASI: KEGAGALAN MPP ASPIRASI MENONJOLKAN KEPIMPINAN DALAM PMUKM
i. Walaupun bilangan MPP Aspirasi adalah agak besar (walaupun bukan majoriti) dalam PMUKM, rata rata pelajar merasakan MPP Aspirasi gagal menonjolkan diri dalam memberikan perkhidmatan kepada para pelajar. Mereka dilihat terperangkap dalam biro biro yang dibentuk oleh MT PMUKM. Misalnya walaupun mereka diletakkan di dalam biro kebajikan atau perpaduan PMUKM, mereka tidak mampu menonjolkan usaha mereka di dalam menjaga kebajikan pelajar UKM. mereka dilihat kurang aktif dan lebih bersikap 'mendiamkan diri' sebagai tanda protes kepada kepimpinan PMUKM. Malangnya sikap protes ini diterjemahkan sebagai lemah oleh para pelajar UKM. Adakah benar begitu?
ii) Tidak ada program yang berjaya dianjurkan oleh MPP Aspirasi sehingga berjaya menarik pelajar untuk memberikan sokongan kepada mereka. Sebaliknya MPP Aspirasi lebih bersikap tunggu dan lihat dengan apa yang dianjurkan oleh MPP GMUKM. Benarkah begitu?
** Pihak GMUKM-PMUKM dan Aspirasi diharapkan menjawab isu ini dengan berhemah agar pelajar mempunyai peluang untuk meneliti dan membuat keputusan. Tanpa penjelasan dan jawapan, isu ini akan pasti meningkatkan lagi telahan para pelajar bahawa ianya benar benar berlaku sehingga tidak mampu dijawab oleh pihak pihak yang berkenaan.