23 November, 2015
Islamism dan Pemikiran
Islam hanya satu, Islam bukan ideologi tetapi agama dari Allah swt yang syumul sifatnya. Tetapi manusia memecahkan Islam mengikut apa yang mereka tahu atau mahu... maka lahirlah ideologi Islamism yang menggunakan nama Islam mengikut keinginan mereka dan nafsu mereka. Sekarang berbagai nama wujud dari pemikiran Islamism ini seperti Islam fundamentalis, modernis dan liberalis.... tak puas dengan itu, lahir pula Islamism dengan idea reformis, Radikalis, Revolusionis dan terkini barat wujudkan label extremis pula. Satu perkara yang jelas tetapi sering dilupakan ialah semua tradisi pelabelan -ism ini datangnya dari orientalis barat dan bukannya dari dunia Islam. Tradisi barat era Renaissance Age di Eropah yang memulakan -ism ini, di saat mereka ingin keluar dari zaman kegelapan Eropah dan inginkan kehidupan serba baru yang berpegang kepada sekularisme. Orang Islam khususnya para intelektual Islam pula kemudiannya di era kolonialism terpesona dan mula menjadi pengguna setia dan percaya dengan semua label label -ism ini. Mereka mengkaji, menulis dan menerbit dengan kerangka -ism barat. Apa akibatnya bila acuan tradisi barat tidak sesuai dengan alamiah kehidupan muslim? Tentulah orang Islam sesama mereka berpecah belah sejak sekian lama kerana kuatnya mereka berpegang kepada Islamism yang diasaskan oleh label label -ism barat. Semakin kuat muslim berpegang pada acuan-ism, maka semakin jauhlah mereka dari agama.