Pada saya, ini semua adalah satu pengalaman 'bermain politik' yang jika dibiarkan akan menatijahkan sesuatu yang sukar dikawal kemudian hari. Tetapi tentunya juga ini satu pengalaman yang harus diambil iktibar. Pengundi muda UKM harus melihat dari sisi sisi pendidikan bagaimana perkara sebegini dapat disempadankan.
Satu isu yang tidak diperbincangkan langsung dalam PRK kali ini ialah kemenangan tanpa bertanding calon GMUKM di Fakulti Pengajian Islam. FPI ialah kubu kuat GMUKM sejak sekian lama.

Kondisi GMUKM yang dilihat dimonopoli oleh pimpinan mahasiswa dari FPI , secara langsung mengaitkan imej Pengajian ISLAM pada GMUKM. Hakikatnya tidak semestinya begitu. Malah semua pelajar seakan sudah menerima bahawa menang tanpa bertanding untuk GMUKM di FPI adalah satu kebiasaan, bersifat tradisi dan tidak perlu diperdebatkan lagi. Bukan hanya pelajar FPI, malah seluruh pelajar UKM mempunyai pemikiran yang sama. FPI adalah GMUKM.
Apa yang berlaku di FPI, pada saya ialah satu keadaan di mana DEMOKRASI TELAH MATI SEPENUHNYA. Di FPI amalan demokrasi sudah tidak diraikan lagi. Di FPI, pendidikan demokrasi telah dimatikan dan sedang melalui proses penghapusan. Anda mungkin menolak pandangan ini tetapi lihat dulu sejarah politik mahasiswa di FPI. Sekian lama menang GMUKM tanpa bertanding. Mungkin ada yang berkata itu menunjukkan GMUKM kukuh di FPI, tetapi pada saya isyaratnya mungkin berbeza. Kukuh kerana menang dalam pertandingan, dan kukuh kerana menang tanpa bertanding, kerana tiada pihak "berani" bertanding dengan GMUKM adalah dua perkara yang berbeza.
Pernah juga sekali dua ada calon bukan GMUKM bertanding. Tahun lepas ada juga yang telah bertanding. Tetapi natijahnya mereka bukan sahaja kalah teruk tetapi telah diberikan pandangan yang 'pelik' di FPI. Mereka diberikan isyarat seperti mereka tidak diterima oleh warga FPI. Sepertinya budaya dan norm FPI tidak selari dengan mereka yang telah bertanding atas tiket bukan GMUKM. Mereka di layan seperti orang asing di FPI.
Ramai tahu bagaimana jika ada calon bukan GMUKM termasuk calon bebas cuba bertanding di FPI, mereka bukan sahaja akan dipandang serong malah akan turut di pulau oleh warga fakulti.

Bukan rahsia lagi melihat bagaimana anak anak muda yang ingin bertanding bagi tiket bukan GMUKM di FPI akan melalui tahun tahun yang sukar dalam pengajiannya. Dalam pergaulannya dan dalam membina kepimpinannnya. Hanya yang tabah dan cekal akan dapat teruskan niat mereka, itupun "nyawa nyawa ikan". Apa salah mereka?
Saya selalu mendengar slogan slogan tuntutan "mencari kebebasan bersuara", "mempertahankan demokrasi" dari pihak pimpinan mahasiswa GMUKM ( yang kebanyakkanya dari FPI,) tetapi mereka mungkin terlupa atau mungkin juga sengaja sembunyikan bahawa di bumi UKM ini, hanya FPI sahajalah tempatnya si mana demokrasi telah mati sepenuhnya.. Maka saya ucapkan takziah buat demokrasi di FPI UKM.

Perancangan lebih besar sedang berlaku sebenarnya. UKM punya 12 fakulti. Tetapi mengapa pada kali ini dari 11 calon Umum GMUKM, 8 adalah dari FPI.. Apakah tidak ada calon GMUKM yang hebat dari 11 fakulti lain untuk bertanding kerusi umum? Apakah ini satu lagi perancangan besar untuk mematikan amalan demokrasi di UKM. Sebagaimana apa yang telah berlaku di FPI?
Walaupun ada kecenderungan itu, saya fikir tidak semudah itu kerana mahasiswa di berbagai fakulti lain masih boleh melihat perancangan jangka panjang ini. Mereka tentu tidak mahu apa yang sedang berlaku di FPI, juga akan berlaku pada seluruh UKM.